You are on page 1of 19

PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU


(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan)

PERATURAN
PERATURAN
PERGERAKAN
PERGERAKAN
PEMUD
PEMUDA A UMNO

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMA


BERSATU T
BERKHIDMAT

1
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

KANDUNGAN

FASAL 1 Darihal Peraturan Ini


FASAL 2 Nama
FASAL 3 Tujuan-tujuan
FASAL 4 Keahlian Pemuda
FASAL 5 Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia
FASAL 6 Mesyuarat Jawatankuasa
FASAL 7 Tugas-tugas Dan Tanggungjawab
FASAL 8 Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia
FASAL 9 Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia
FASAL 10 Perhimpunan Agung Khas Pemuda UMNO Malaysia
FASAL 11 Badan Perhubungan Pemuda UMNO
FASAL 12 Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian
FASAL 13 Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian
FASAL 14 Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian
FASAL 15 Mesyuarat Perwakilan Khas Pemuda UMNO Bahagian
FASAL 16 Penubuhan Pemuda UMNO Bahagian
FASAL 17 Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan
FASAL 18 Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan
FASAL 19 Persidangan Pemuda UMNO Cawangan
FASAL 20 Persidangan Khas Pemuda UMNO Cawangan
FASAL 21 Kewangan Dan Harta
FASAL 22 Kesempurnaan Peraturan Ini
FASAL 23 Tafsiran
FASAL 24 Peraturan-Peraturan Mesyuarat
FASAL 25 Tarikh Dijalankan Peraturan Ini

2
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

FASAL 1 DARIHAL PERATURAN INI


Menurut Fasal 21 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu, bahawa Majlis Tertinggi UMNO berkuasa membuat Peraturan
ini yang dinamakan “Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO”.

FASAL 2 NAMA
Pergerakan ini adalah dinamakan “Pergerakan Pemuda UMNO”,
ringkasnya “Pemuda UMNO”.

FASAL 3 TUJUAN-TUJUAN
Tujuan-tujuan Pemuda UMNO ialah :-
3.1 Menggalakkan Ahli-ahlinya mengambil bahagian aktif dalam
lapangan agama, politik, pendidikan, ekonomi, kebudayaan,
sukan dan kebajikan masyarakat.
3.2 Menganjurkan dan mengadakan latihan kepimpinan dan lain-
lain latihan bagi mencapai tujuan-tujuan di atas.
3.3 Bekerjasama dengan badan-badan lain yang dipersetujui oleh
Majlis Tertinggi UMNO.

FASAL 4 KEAHLIAN PEMUDA


4.1 Setiap Ahli-ahli (lelaki) UMNO yang berumur tidak lebih daripada
40 tahun yang dikira pada 1 Januari pada tahun berkenaan,
adalah secara sendirinya menjadi Ahli Pergerakan ini.
4.2 Seseorang Ahli Pemuda akan menjadi Ahli Pemuda di dalam
Cawangan UMNO dimana ia berdaftar menjadi Ahli Biasa UMNO.
4.3 Seseorang Ahli Pemuda tidak boleh menjadi Ahli Pemuda lebih
dari satu Cawangan.
4.4 Seseorang tidak lagi menjadi Ahli Pemuda dengan berhentinya
ia daripada menjadi ahli UMNO.

FASAL 5 JAWATANKUASA PEMUDA UMNO MALAYSIA


5.1 Sesebuah Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah
diadakan dengan mengandungi Ahli-ahli seperti berikut:-
5.1.1 Ketua
5.1.2 Naib Ketua
5.1.3 Setiausaha Agung
5.1.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
5.1.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
5.1.6 Ketua Penerangan (Pemuda)
5.1.7 Tidak lebih dari 20 orang Ahli Jawatankuasa Pemuda yang
3
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

dipilih oleh Perhimpunan Agung Pemuda UMNO.


5.1.8 Tidak lebih dari 5 orang Ahli Pemuda yang dilantik oleh
Ketua Pemuda UMNO.
5.2 Ketua Pemuda hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung
Pemuda tiap-tiap tiga tahun sekali dan akan menjadi Naib
Presiden UMNO Malaysia menurut Perlembagaan UMNO Fasal
9.2.3 dan 9.4.
5.3 Naib Ketua Pemuda dan dua puluh (20) orang Ahli Jawatankuasa
Pemuda UMNO Malaysia hendaklah dipilih oleh Perhimpunan
Agung Pemuda tiap-tiap tiga (3) tahun sekali dan mereka
bolehlah meneruskan khidmat mereka sebagi Ahli Jawatankuasa
Pemuda UMNO dalam tempoh pelantikan tersebut walaupun
telah berumur 40 tahun atau lebih.
5.4 Setiausaha Agung UMNO dengan sendirinya menjadi Setiausaha
Pemuda UMNO.
5.5 Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda),
dan Ketua Penerangan (Pemuda) dan lima (5) orang Ahli Jawa-
tankuasa (Pemuda) boleh dilantik oleh Ketua Pemuda dan
disahkan oleh Presiden dan akan memegang jawatan selama
tiga (3) tahun kecuali mereka meminta berhenti atau
diberhentikan oleh Ketua.
5.6 Calon-calon yang bertanding untuk memegang sebarang jawatan
Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah dinama-
kan oleh sekurang-kurangnya:-
(a) Ketua Pemuda - 20%
(b) Naib Ketua Pemuda - 15%
(c) Ahli Jawatankuasa Pemuda - 5%
dari jumlah Bahagian yang sah mengikut Fasal 14.3.5 Peraturan
ini.
5.7 Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa
Pemuda berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar
dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Agung
Khas Pemuda UMNO Malaysia bagi menubuhkan semula
Jawatankuasa Pemuda UMNO dan Majlis Tertinggi berkuasa
menentukan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa yang baru
dipilih itu.
5.8 Sekiranya seseorang Ahli Jawatankusa Pemuda tiada lagi
memegang jawatannya atas apa-apa sebab sekalipun maka
Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia tidak berkuasa melantik
gantinya kecuali Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik menurut
Fasal 5.1.4, 5.1.5, 5.1.6 dan 5.1.8 Peraturan ini yang mana Ketua
Pemuda UMNO Malaysia berkuasa melantik gantinya.
5.9 Pegawai-pegawai Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia ialah:

4
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

5.9.1 Ketua
5.9.2 Naib Ketua
5.9.3 Setiausaha Agung
5.9.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
5.9.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
5.9.6 Ketua Penerangan ( Pemuda)
5.10 Tugas-tugas pegawai dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO Ma-
laysia ialah :-
5.10.1 Ketua :-
5.10.1.1 Membantu tugas-tugas Presiden.
5.10.1.2 Menjadi pemimpin utama kepada Pemuda
UMNO dan bertanggungjawab menjaga
kesempurnaan.
5.10.1.3 Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda),
Penolong Bendahari (Pemuda), Ketua Pene-
rangan (Pemuda) dan Ketua Pemuda Perhu-
bungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.
5.10.1.4 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat
Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia.
5.10.1.5 Melantik lima (5) orang Ahli Jawatankuasa
Pemuda Malaysia mengikut Fasal 5.1.8. pera-
turan ini.
5.10.2 Naib Ketua:-
5.10.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua.
5.10.2.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia apa-
bila Ketua Pemuda tidak hadir.
5.10.3 Setiausaha Agung :-
Menerima maklum dan memberi garis panduan mengenai
perjalanan Pemuda UMNO yang dirujukkan oleh
Penolong Setiausaha (Pemuda).
5.10.4 Penolong Setiausaha (Pemuda):-
5.10.4.1 Bertanggungjawab kepada Ketua Pemuda dan
Setiausaha Agung UMNO Malaysia.
5.10.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan
mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pemuda
UMNO Malaysia dan Perhimpunan Agung
Pemuda serta menyelaras dengan Pemuda
UMNO Malaysia dan Perhimpunan Agung
Pemuda serta menyelaras dengan Pemuda
Negeri dan Pemuda UMNO Bahagian.
5.10.4.3 Menyediakan Penyata Tahunan dan Peringa-

5
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

tan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Ma-


laysia yang menerangkan pekerjaan dan
kemajuan dalam masa setahun yang lalu.
5.10.5 Penolong Bendahari (Pemuda) :-
5.10.5.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perja-
lanan kewangan Pemuda UMNO Malaysia.
5.10.5.2 Menyediakan anggaran pendapatan dan per-
belanjaan tahunan kepada Jawatankuasa
Pemuda UMNO Malaysia.
5.10.6 Ketua Penerangan (Pemuda):-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan
penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan mela-
porkannnya kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO Ma-
laysia.

FASAL 6 MESYUARAT JAWATANKUASA


6.1 Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah bersidang
sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau pada sebarang masa
yang dikehendaki oleh Ketua.
6.2 Satu perdua daripada Ahli Jawatankuasa itu adalah menjadi
cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa.
6.3 Sebarang mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipengerusikan
oleh Ketua atau Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan
sekiranya mereka tidak hadir bolehlah mesyuarat memilih salah
seorang daripada Ahli Jawatankuasa yang hadir menjadi
Pengerusi.

FASAL 7 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


Tugas-tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pemuda UMNO Ma-
laysia ialah :-
7.1 Berikhtiar dan berusaha melaksanakan tujuan-tujuan yang
terkandung dalam Fasal 3 Peraturan ini.
7.2 Menjalankan arahan-arahan daripada Majlis Tertinggi.
7.3 Berikhtiar dan berusaha mencari derma-derma untuk kemajuan
Pemuda UMNO dengan persetujuan Majlis Tertinggi atau
Presiden UMNO.

FASAL 8 PEJABAT SETIAUSAHA PEMUDA UMNO MALAYSIA


Pejabat Setiausaha Agung UMNO Malaysia adalah juga Pejabat
Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.

6
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

FASAL 9 PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA UMNO MALAYSIA


9.1 Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda UMNO Malaysia
hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dari Perhimpunan
Agung UMNO Malaysia.
9.2 Sebarang Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hendaklah
mengandungi Ahli-ahli sebagaimana yang berikut:-
9.2.1 Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap
Pemuda.
9.2.2 Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia.
9.2.3 Ketua dan Naib Ketua Pemuda Bahagian-bahagian yang
telah mengadakan Perwakilannya. Jika mereka menjadi
Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia, maka bo-
lehlah melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa
Pemuda Bahagiannya.
9.2.4 Dua (2) orang wakil yang dipilih oleh Mesyuarat
Perwakilan dari dari tiap-tiap Bahagian Pemuda
Bahagiannya.
9.2.5 Tidak lebih dari tiga (3) orang wakil Majlis Tertinggi.
9.3 Semua Ahli-ahli Perwakilan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO
Malaysia di bawah Fasal 9.2.4 Peraturan ini hendaklah mem-
bawa surat tauliah dari Ketua atau Setiausaha Pemuda UMNO
Bahagian masing-masing.
9.4 Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia hendaklah
memilih :-
9.4.1 Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap
Pemuda.
9.4.2 Seorang Ketua Pemuda mengikut Fasal 5.2 Peraturan
ini.
9.4.3 Naib Ketua dan Jawatankuasa Pemuda mengikut Fasal
5.3 Peraturan ini.
9.4.4 10 orang wakil ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 8.4.5 Per-
lembagaan UMNO.
9.5 Semua keputusan Perhimpunan Agung Pemuda hendaklah
terlebih dahulu dirujukkan kepada Majlis Tertinggi.
9.6 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Perhimpunan
Agung Pemuda UMNO Malaysia hendaklah dipilih pada tiap-
tiap tiga tahun sekali dalam Perhimpunan Tahunannya dari
kalangan Ahli Biasa (lelaki) UMNO. Pengerusi Tetap atau
Timbalan Pengerusi Tetap ini hendaklah menjadi Pengerusi di
dalam sebarang Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia
maka berkuasalah Perhimpunan itu mengangkat seorang
daripada Ahli-ahli Perwakilan yang hadir menjadi Pengerusi bagi
7
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

Perhimpunan itu sahaja.

FASAL 10 PERHIMPUNAN AGUNG KHAS PEMUDA UMNO MALAYSIA


10.1 Perhimpunan Agung Khas Pemuda UMNO Malaysia yang
mempunyai cara perwakilan yang sama dengan Perhimpunan
Agung Pemuda UMNO Malaysia bolehlah diadakan pada bila-
bila masa mengikut salah satu syarat yang berikut:-
10.1.1 Dengan kehendak Majlis Tertinggi.
10.1.2 Dengan permintaan bertulis dua pertiga daripada
jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia dan dengan
kebenaran Majlis Tertinggi.
10.1.3 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya
satu perdua daripada jumlah semua Bahagian-bahagian
Pemuda dengan syarat Bahagian-bahagian Pemuda itu
telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas
masalah yang sama.

FASAL 11 BADAN PERHUBUNGAN PEMUDA UMNO


11.1 Badan Perhubungan Pemuda UMNO bolehlah ditubuhkan di tiap-
tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan yang mempunyai lebih
dari satu Bahagian Pemuda UMNO dengan mempunyai tugas-
tugas dan tanggungjawab yang tertentu untuk mentadbirkan
perjalanan Bahagian-bahagian Pemuda UMNO yang ada di da-
lam sesebuah Negeri dan Wilayah Persekutuan.
11.2 Badan Perhubungan Pemuda UMNO hendaklah terdiri daripada:-
11.2.1 Ketua
11.2.2 Naib Ketua
11.2.3 Setiausaha Badan Perhubungan UMNO
11.2.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
11.2.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
11.2.6 Ketua Penerangan (Pemuda)
11.2.7 Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian berhak mengambil
tempat Ketua Pemuda di Mesyuarat Jawatankuasa Badan
Perhubungan jika Ketua Pemuda Bahagian tidak dapat
hadir.
11.3 Ketua dan Naib Ketua hendaklah dilantik oleh Ketua Pemuda
UMNO Malaysia, selepas pemilih Perhimpunan Agung Pemuda
UMNO Malaysia atau pemilihan mesyuarat Perwakilan Pemuda
UMNO Bahagian.
11.4 Setiausaha Badan Perhubungan UMNO adalah dengan
sendirinya menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda
UMNO.

8
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

11.5 Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda)


dan Ketua Penerangan (Pemuda) hendaklah dilantik oleh Ketua
Badan Perhubungan Pemuda UMNO dan akan memegang
jawatan masing-masing sehingga dilantik Badan Perhubungan
Pemuda UMNO yang baru atau mereka meminta berhenti atau
diberhentikan dengan apa jua sebab sekalipun oleh Ketua dan
mereka boleh digantikan oleh Ketua itu.
11.6 Badan Perhubungan Pemuda UMNO hendaklah bersidang
sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 bulan atau pada bila-
bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketuanya atau Ketua
Pemuda UMNO Malaysia ataupun dengan permintaan bersurat
dari atu pertiga daripada bilangan Ahli-ahlinya.
11.7 Satu perdua daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa adalah
menjadi cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat.
11.8 Sebarang mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO
hendaklah dipengerusikan oleh Ketua atau Naib Ketuanya dan
sekiranya mereka tidak hadir maka bolehlah Ahli-ahli yang hadir
memilih salah seorang Ahli Jawatankuasa menjadi Pengerusi.
11.9 Pegawai-pegawai Badan Perhubungan Pemuda UMNO ialah:-
11.9.1 Ketua
11.9.2 Naib Ketua
11.9.3 Setiausaha Badan Perhubungan UMNO
11.9.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
11.9.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
11.9.6 Ketua Penerangan (Pemuda)
11.10 Tugas-tugas pegawai dalam Badan Perhubungan Pemuda
UMNO:-
11.10.1 Ketua :-
11.10.1.1 Membantu tugas-tugas Pengerusi Badan Per-
hubungan UMNO.
11.10.1.2 Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda),
Penolong Bendahari (Pemuda) dan Ketua
Penerangan (Pemuda).
11.10.1.3 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat
Badan Perhubungan Pemuda UMNO.
11.10.1.4 Menjadi wakil ke Mesyuarat Badan Perhu-
bungan UMNO mengikut Fasal 12.2.7 Perlem-
bagaan UMNO.
11.10.2 Naib Ketua :-
11.10.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua.
11.10.2.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat
Badan Perhubungan Pemuda UMNO apabila
Ketua tidak hadir.
9
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

11.10.2.3 Menjadi wakil ke Mesyuarat Badan


Perhubungan UMNO.
11.10.3 Setiausaha Badan Perhubungan:-
11.10.3.1 Menerima maklum dan memberi garis pan-
duan mengenai perjalanan Badan Perhu-
bungan Pemuda UMNO yang dirujukkan oleh
Penolong Setiausaha Badan Perhubungan
Pemuda UMNO.
11.10.3.2 Menyelia kesempurnaan mesyuarat-me-
syuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO.
11.10.4 Penolong Setiausaha (Pemuda):-
11.10.4.1 Bertanggungjawab kepada Ketua dan
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO.
11.10.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan
mesyuarat-mesyuarat Badan Perhubungan
Pemuda UMNO.
11.10.4.3 Memanggil mesyuarat Badan Perhubungan
Pemuda UMNO.
11.10.5 Penolong Bendahari (Pemuda) :-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
kewangan Badan Perhubungan Pemuda UMNO.
11.10.6 Ketua Penerangan (Pemuda) :-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan
penerangan Badan Perhubungan Pemuda UMNO dan
melaporkannya kepada badan Badan Perhubungan
Pemuda UMNO.
11.11 Tugas-tugas dan tanggungjawab Badan Perhubungan Pemuda
UMNO ialah :-
11.11.1 Bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO dan
mengatur serta menyesuaikan perjalanan Bahagian-
bahagian dan Cawangan-cawangan Pemuda UMNO
dalam sesebuah negeri itu.
11.11.2 Menjadi badan perantaraan di antara Pemuda UMNO
Malaysia dengan Pemuda Bahagian atas perkara-perkara
yang ditugaskan kepadanya.
11.11.3 Mencari sumber-sumber kewangan untuk kemajuan
Pemuda dengan perseyujuan Badan Perhubungan
UMNO.
11.11.4 Menyampai dan menjalankan arahan-arahan yang
diterima daripada Pemuda UMNO Malaysia dan Badan
Perhubungan UMNO kepada Bahagian-bahagian
Pemuda UMNO dalam Negeri itu.
11.11.5 Bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO

10
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

dalam serba lapangan yang dikehendaki.


11.12 Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan UMNO adalah menjadi
Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

FASAL 12 JAWATANKUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN


12.1 Pemuda UMNO Bahagian boleh ditubuhkan oleh Jawatankuasa
UMNO Bahagian di tiap-tiap Bahagian.
12.2 Tugas dan tanggungjawab sesebuah Jawatankuasa Pemuda
UMNO Bahagian itu adalah tertakluk di bawah Perlembagaan
UMNO dan Peraturan ini.
12.3 Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian hendaklah diadakan
dengan mengandungi Ahli-ahli seperti berikut :-
12.3.1 Ketua
12.3.2 Naib Ketua
12.3.3 Setiausaha UMNO Bahagian
12.3.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
12.3.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
12.3.6 Ketua Penerangan (Pemuda)
12.3.7 Tidak lebih dari lima belas (15) orang ahli jawatankuasa
Pemuda yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan Pemuda
UMNO Bahagian.
12.3.8 Tidak lebih dari tiga (3) orang Ahli Pemuda yang dilantik
oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
12.4 Ketua, Naib Ketua dan lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa
Pemuda Bahagian tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.
12.5 Setiausaha UMNO Bahagian adalah dengan sendirinya menjadi
Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian.
12.6 Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda),
Ketua Penerangan (Pemuda) dan tiga (3) orang Ahli Jawatan-
kuasa Pemuda hendaklah dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO
Bahagian dan akan memegang jawatan itu selama tempoh
jawatankuasa Bahagian yang berkenaan selama tempoh
Jawatankuasa Bahagian yang berkenaan kecuali mereka
berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Pemuda Bahagian.
12.7 Calon-calon yang bertanding bagi memegang jawatan di dalam
Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian hendaklah dinamakan
oleh sekurang-kurangnya:-
(a) Ketua - 15%
(b) Naib Ketua - 10%
(c) Ahli Jawatankuasa - 2 cawangan
12.8 Jika Ketua Pemuda UMNO Bahagian berhenti atau diberhentikan
maka Naib Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku
11
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

Ketua berhenti atau diberhentikan maka Jawatankuasa bolehlah


melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa untuk memangku
jawatan itu sehingga diadakan Mesyuarat Perwakilan Pemuda
UMNO Bahagian menurut Fasal 14.3.2 Peraturan ini.
12.9 Pegawai-pegawai Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian ialah
:
12.9.1 Ketua
12.9.2 Naib Ketua
12.9.3 Setiausaha UMNO Bahagian
12.9.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
12.9.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
12.9.6 Ketua Penerangan (Pemuda)
12.10 Tugas-tugas pegawai dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO
Bahagian.
12.10.1 Ketua:-
12.10.1.1 Membantu tugas-tugas Ketua UMNO Baha-
gian.
12.10.1.2 Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda)
12.10.1.3 Melantik tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa
Pemuda UMNO Bahagian Mengikut Fasal
12.3.8 Peraturan.
12.10.1.4 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat
Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.
12.10.2 Naib Ketua:-
12.10.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua
12.10.2.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian
apabila Ketua tidak hadir.
12.10.3 Setiausaha UMNO Bahagian:-
12.10.3.1 Menerima maklum dan memberi garis panduan
mengenai perjalanan Pemuda UMNO Baha-
gian yang dirujukkan oleh Penolong
Setiausaha (Pemuda) UMNO Bahagian.
12.10.3.2 Menyelia kesempurnaan mesyuarat-
mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO
Bahagian Mengikut Fasal 12.3.8. Peraturan.
12.10.4 Penolong Setiausaha (Pemuda):-
12.10.4.1 Bertanggungjawab kepada Ketua UMNO
Bahagian dan Setiausaha UMNO Bahagian.
12.10.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan me-
syuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pemuda
UMNO Bahagian.
12
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

12.10.4.3 Menyediakan Penyata Tahunan dan Peringa-


tan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO
Bahagian.
12.10.5 Penolong Bendahari (Pemuda):-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat
perjalanan kewangan Pemuda UMNO Bahagian.
12.10.6 Ketua Penerangan (Pemuda):-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
kewangan Pemuda UMNO Bahagian.
12.11 Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa
meletakkan jawatan mereka maka Jawatankuasa UMNO
Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Khas
Pemuda UMNO Bahagian untuk memilih Jawatankuasa Pemuda
yang baru dan Jawatankuasa UMNO Bahagian bolehlah
menentukan tempoh perkhidmatannya.
12.12 Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO
Bahagian tidak lagi memegang jawatannya atas apa-apa juga
sebab sekalipun maka Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian
tidak berkuasa melantik gantinya kecuali Ahli yang dilantik di
mana Ketua Pemuda UMNO Bahagian berkuasa melantik
gantinya.

FASAL 13 PEJABAT SETIAUSAHA PEMUDA UMNO BAHAGIAN


Pejabat Setiausaha UMNO Bahagian adalah juga menjadi Pejabat
Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian.

FASAL 14 MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN


14.1 Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah
diadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat
Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian.
14.2 Sebarang Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian
hendaklah mengandungi Ahli-ahli sebagaimana yang berikut:-
14.2.1 Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap.
14.2.2 Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.
14.2.3 Ketua-ketua Pemuda Cawangan. Sekiranya ia menjadi
Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian, maka
bolehlah ia melantik gantinya yang terdiri daripada
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli
Jawatankuasa Pemuda Cawangan.
14.2.4 Dua (2) orang wakil yang dipilih oleh Mesyuarat
Persidangan Pemuda UMNO Cawangan dalam
Bahagian, mana-mana wakil yang tidak boleh melantik
gantinya.
13
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

14.2.5 Tidak lebih dari tiga (3) orang wakil daripada


Jawatankuasa UMNO Bahagian.
14.3 Tugas-tugas Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian ialah:-
14.3.1 Memilih Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan
Pengerusi Tetap Pemuda.
14.3.2 Tertakluk kepada Fasal 12.4 Peraturan ini, memilih
Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian mengikut Fasal
12.3.1, 12.3.2 dan 12.3.7 Peraturan ini.
14.3.3 Memilih sepuluh (10) orang wakil ke Mesyuarat
Perwakilan UMNO Bahagian, menurut Fasal 14.4.6
Perlembagaan UMNO.
14.3.4 Memilih dua (2) orang wakil ke Perhimpunan Agung
Pemuda UMNO Malaysia menurut Fasal 9.2.4 Peraturan
ini.
14.3.5 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli
Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia mengikut Fasal
5.1.1, 5.1.2 dan 5.1.7 dan Pengerusi Tetap Pemuda
mengikut Fasal 9.6 Peraturan ini.
14.4 Semua Ahli-ahli Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian
di bawah Fasal 14.2.4 Peraturan ini hendaklah membawa surat
tauliah daripada Ketua atau Setiausaha Cawangan Pemuda
UMNO masing-masing.
14.5 Semua keputusan Mesyuarat Jawatankuasa dan Perwakilan
Pemuda UMNO Bahagian hendaklah terlebih dahulu dirujukkan
kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian.
14.6 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Mesyuarat
Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah dipilih tiap-tiap
tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunannya
daripada Ahli Pemuda UMNO. Pengerusi Tetap Pemuda atau
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda hendaklah mempengerusi-
kan sebarang mesyuarat melainkan jika mereka tidak dapat hadir
atau meminta berhenti atau diberhentikan oleh Mesyuarat
Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian maka berkuasalah
Mesyuarat Perwakilan memilih seorang daripada Ahli-ahli yang
hadir menjadi Pengerusi Mesyuarat Perwakilan itu sahaja.

FASAL 15 MESYUARAT PERWAKILAN KHAS PEMUDA UMNO BAHAGIAN


15.1 Perwakilan Khas Pemuda UMNO Bahagian yang mempunyai
cara perwakilan yang sama dengan Perwakilan Pemuda UMNO
Bahagian bolehlah diadakan pada bila-bila masa mengikut salah
satu syarat yang berikut:-
15.1.1 Perwakilan Khas Pemuda UMNO Bahagian yang
mempunyai cara perwakilan yang sama dengan
Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian dan dengan

14
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

kelulusan Jawatankuasa UMNO Bahagian.


15.1.2 Dengan kehendak Jawatankuasa UMNO Bahagian dan
dengan persetujuan Pemuda UMNO Malaysia.

FASAL 16 PENUBUHAN PEMUDA UMNO CAWANGAN


16.1 Pemuda UMNO Cawangan bolehlah ditubuhkan oleh
Jawatankuasa UMNO Cawangan di tiap-tiap UMNO Cawangan
di mana Ahli Pemuda adalah sekurang-kurangnya 15 orang.
16.2 Sesebuah Cawangan Pemuda UMNO Cawangan dengan
mengandungi ahli-ahli sebagaimana di bawah ini.

FASAL 17 JAWATANKUASA PEMUDA UMNO CAWANGAN


17.1 Hendaklah diadakan sebuah Jawatankuasa Pemuda UMNO
Cawangan dengan mengandungi ahli-ahli sebagaimana di
bawah ini:-
17.1.1 Ketua
17.1.2 Naib Ketua
17.1.3 Setiausaha UMNO Cawangan
17.1.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
17.1.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
17.1.6 Ketua Penerangan (Pemuda)
17.1.7 Tidak lebih dari tujuh (7) orang Ahli Pemuda UMNO yang
dilantik oleh Ketua Pemuda yang dipilih oleh oleh
Persidangan Pemuda UMNO Cawangan.
17.1.8 Tidak lebih dari tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda
UMNO yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO
Cawangan.
17.2 Ketua, Naib Ketua dan tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa
Pemuda hendaklah dipilih di dalam Persidangan Pemuda UMNO
Cawangan tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.
17.3 Setiausaha UMNO Cawangan adalah dengan sendirinya menjadi
Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan.
17.4 Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda),
Ketua Penerangan (Pemuda) dan tiga (3) orang Ahli
Jawatankuasa Pemuda hendaklah dilantik oleh Ketua Pemuda
UMNO Cawangan dan akan memegang jawatan itu selama
tempoh Jawatankuasa Cawangan yang berkenaan kecuali
mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Pemuda
Cawangan.
17.5 Jika Ketua Pemuda UMNO Cawangan berhenti atau
diberhentikan maka Naib Ketua akan memangku jawatan itu dan
jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka
15
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang Ahli


Jawatankuasa untuk memangku jawatan itu sehingga diadakan
Persidangan Pemuda UMNO Cawangan.
17.6 Pegawai-pegawai Pemuda UMNO Cawangan ialah:-
17.6.1 Ketua
17.6.2 Naib Ketua
17.6.3 Setiausaha UMNO Cawangan
17.6.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
17.6.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
17.6.6 Ketua Penerangan (Pemuda)
17.7 Tugas-tugas pegawai Pemuda UMNO Cawangan:-
17.7.1 Ketua:-
17.7.1.1 Membantu tugas-tugas Ketua UMNO Cawa-
ngan.
17.7.1.2 Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda),
Penolong Bendahari (Pemuda) dan Ketua
Penerangan (Pemuda).
17.7.1.3 Melantik tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa
Pemuda UMNO Cawangan mengikut Fasal
17.1.8 Peraturan ini.
17.7.1.4 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat
Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan.
17.7.2 Naib Ketua:-
17.7.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua.
17.7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan
apabila Ketua tidak hadir.
17.7.3 Setiausaha UMNO cawangan :-
17.7.3.1 Menerima maklum dan memberi garis panduan
mengenai perjalanan Pemuda UMNO Cawa-
ngan yang dirujukkan kepadanya oleh Peno-
long Setiausaha (Pemuda) UMNO Cawangan.
17.7.3.2 Menyelia kesempurnaan mesyuarat-
mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO
Cawangan.
17.7.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
17.7.4.1 Bertanggungjawab kepada Ketua Pemuda
UMNO Cawangan dan Setiausaha UMNO
Cawangan.
17.7.4.2 Bertanggunjawab atas kesempurnaan perja-
lanan kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan.
16
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

17.7.4.3 Menyediakan Penyata Tahunan dan peringa-


tan Persidangan Pemuda UMNO Cawangan.
17.7.5 Penolong Bendahari (Pemuda) :-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
kewangan Pemuda UMNO Cawangan.
17.7.6 Ketua Penerangan (Pemuda) :–
Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan
penerangan Pemuda UMNO Cawangan dan
melaporkannya kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO
Cawangan.
17.8 Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa
Pemuda UMNO Cawangan boleh mengadakan Persidangan
Khas Pemuda UMNO Cawangan untuk menubuhkan semula
Jawatankuasa Cawangan itu dan Jawatankuasa UMNO
Cawangan akan menentukan tempoh perkhidmatannya.
17.9 Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO
Cawangan tiada lagi memegang jawatannya atas apa-apa sebab
sekalipun maka jawatan itu tidak boleh diganti kecuali Ahli yang
dilantik yang mana Ketua Pemuda UMNO Cawangan berkuasa
melantik gantinya.

FASAL 18 PEJABAT SETIAUSAHA PEMUDA UMNO CAWANGAN


Pejabat Setiausaha UMNO Cawangan adalah juga menjadi Pejabat
Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan.

FASAL 19 PERSIDANGAN PEMUDA UMNO CAWANGAN


19.1 Persidangan Pemuda UMNO Cawangan hendaklah diadakan
berasingan dan terdahulu daripada Persidangan UMNO
Cawangan dan penetapan tarikh Persidangan Pemuda UMNO
Cawangan hendaklah dibuat oleh Pemuda UMNO Bahagian
setelah dirujuk kepada UMNO Cawangan dan Bahagian.
19.2 Sebarang Persidangan Pemuda UMNO Bahagian setelah dirujuk
kepada UMNO Cawangan dan Bahagian.
19.2.1 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
19.2.2 Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan.
19.2.3 Ahli-ahli Pemuda UMNO Cawangan yang telah
menjelaskan yuran tahun itu mengikut Fasal 25.1 dan
25.2 Perlembagaan UMNO.
19.2.4 Tidak lebih dari dua orang wakil daripada Jawatankuasa
UMNO Cawangan.
19.3 Cukup bilang (kuorum) Persidangan Pemuda UMNO Cawangan
adalah sekurang-kurangnya sembilan (9) orang Ahli Pergerakan
Pemuda yang telah menjelaskan yuran.
17
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

19.4 Tugas-tugas Persidangan Pemuda UMNO Cawangan:-


19.4.1 Memilih Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan
Pengerusi Tetap Pemuda.
19.4.2 Tertakluk kepada Fasal 17.2 memilih Jawatankuasa
Pemuda UMNO Cawangan sebagaimana Fasal 17.1.1,
17.1.2 dan 17.7.7 Peraturan ini.
19.4.3 Memilih dua (2) orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan
Pemuda UMNO Bahagian sebagaimana Fasal 14.2.4
Peraturan ini.
19.4.4 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli
Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian mengikut Fasal
12.3.1, 12.3.2 dan 12.3.7 dan Pengerusi Tetap mengikut
Fasal 14.6 Peraturan ini.
19.4.5 Tertakluk kepada Fasal 9.2.4 Peraturan ini,
mencadangkan dua (2) orang wakil Pemuda UMNO
Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Ma-
laysia.
19.5 Semua keputusan Persidangan dan Mesyuarat Jawatankuasa
Pemuda UMNO Cawangan hendaklah terlebih dahulu dirujuk
kepada Jawatankuasa UMNO Cawangan.
19.6 Sebarang Persidangan Pemuda UMNO Cawangan hendaklah
dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap yang dipilih tiap-tiap tiga
(3) tahun sekali oleh Persidangan itu dari Ahli-ahli Pemuda
UMNO atau Pengerusi Tetap UMNO Cawangan dan sekiranya
ia tidak hadir bolehlah Persidangan itu memilih daripada ahli-
ahli Persidangan itu memilih daripada ahli-ahli Persidangan yang
hadir menjadi Pengerusi.
19.7 Ahli-ahli Pemuda yang tidak menjelaskan yuran bagi tahun-tahun
yang lalu mengikut Fasal 25.1 dan 25.2 Perlembagaan UMNO
hilanglah haknya mengikut Fasal 6.2 Perlembagaan UMNO tetapi
bolehlah menghadiri Persidangan Pemuda UMNO Cawangan
dengan syarat dia tidak boleh mengundi atau apa-apa usul serta
tidak boleh dilantik memegang apa-apa jawatan jua pun.
19.8 Ahli-ahli Pemuda yang baru didaftarkan sebagai Ahli-ahli Biasa
UMNO selepas ditutup tarikh pembayaran yuran tidak berhak
mengambil bahagian dalam Persidangan Pemuda UMNO
Cawangan mengikut Fasal 6.2. Perlembagaan UMNO tahun
berkenaan tetapi boleh hadir sebagai pemerhati.

FASAL 20 PERSIDANGAN KHAS PEMUDA UMNO CAWANGAN


20.1 Persidangan Khas Pemuda UMNO Cawangan yang mempunyai
cara persidangan yang sama dengan Persidangan Pemuda
UMNO Cawangan bolehlah diadakan pada bila-bila masa
mengikut salah satu syarat yang berikut :-

18
PERATURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

20.1.1 Dengan permintaan bertulis dua pertiga daripada Ahli-


ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan dan
dengan kelulusan Jawatankuasa UMNO Cawangan.
20.1.2 Dengan kehendak Jawatankuasa UMNO Cawangan dan
dengan persetujuan Pemuda UMNO Bahagian.

FASAL 21 KEWANGAN DAN HARTA


21.1 Peraturan Kewangan UMNO hendaklah dipakai sebagai
Peraturan Kewangan Pemuda UMNO.
21.2 Tiap-tiap hak tak alih, iaitu tanah dan bangunan kepunyaan
Pemuda UMNO, hendaklah didaftarkan di atas nama UMNO
pada peringkat yang berkenaan.
21.3 Tiap-tiap alih kepunyaan Pemuda UMNO hendaklah didaftarkan
mengikut Perlembagaan UMNO.

FASAL 22 KESEMPURNAAN PERTURAN INI


Bagi kesempurnaan Peraturan ini dan perjalanan serta pentadbiran
Pemuda UMNO dalam semua peringkatnya maka sebarang perkara
yang tidak tersebut di dalam Peraturan ini hendaklah dijalankan dengan
berpandu kepada Perlembagaan UMNO.

FASAL 23 TAFSIRAN
Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Peraturan ini maka
hendaklah perkara ini dirujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO dan tafsiran
yang diberikannya adalah muktamad.

FASAL 24 PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT


Aturan Peraturan UMNO hendaklah dipakai dalam semua peringkat
mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO.

FASAL 25 TARIKH DIJALANKAN PERTUKARAN INI


25.1 Peraturan ini dipersetujukan dengan pindaan Majlis Tertinggi dan
akan berkuatkuasanya pada 10 Februari, 2001.
25.2 Peraturan ini hanya diakui sah dan berkuatkuasa setelah
dipersetujukan oleh Malis Tertinggi sebagaimana kuatkuasa yang
ada padanya menurut Perlembagaan UMNO Fasal 21.

19

You might also like