You are on page 1of 37

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

SJK TAHUN 5

BAHASA
MELAYU

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KANDUNGAN

Rukun Negara v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii

Kata Pengantar ix

Pendahuluan 1

Matlamat 1

Objektif 1

Organisasi Kurikulum 3

Penerangan Tentang Huraian Sukatan Pelajaran 4

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 7

Sistem Bahasa 10

Pengisian Kurikulum 12

Huraian Sukatan Pelajaran 15

iii
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk


mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil
bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga


dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-
prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

vii
KATA PENGANTAR

Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen yang memperincikan rendah agar dapat melahirkan murid yang berketerampilan
sukatan pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni menggunakan bahasa Melayu baku.
dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21. Dalam menyediakan huraian sukatan pelajaran yang disemak
semula ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran maktab dan universiti, pegaw ai Kementerian Pendidikan, dan
yang merangkumi pendekatan berpusatkan murid, serta individu yang mew akili badan-badan tertentu.
kepelbagaian teknik dan sumber. Guru digalakkan menggunakan
kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan
berkesan. setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru


diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai
tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivismel dan
pembelajaran kontekstual. Di samping itu, nilai murni, serta
semangat patriotik dan kew arganegaraan tetap diutamakan. (Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZIN)
Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan Pengarah
kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan Pusat Perkembangan Kurikulum
dunia pekerjaan. Kementerian Pendidikan Malaysia

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan


Tahun Lima menggariskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai
oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut aras kesukaran isi
kandungan dan tahap keupayaan murid melalui pernyataan dalam
Huraian Hasil Pembelajaran. Pernyataan tersebut memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid dalam pendidikan sekolah

ix
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub bernilai tambah. Aktivti kokurikulum yang dijalankan di luar w aktu
dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk memantapkan
teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu ilmu dan pengalaman pembelajaran di bilik darjah.
berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima merupakan
rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan perincian kepada kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada sekolah rendah dan berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam
semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua pengajaran dan pembelajaran. Huraian sukatan pelajaran ini
rakyat dalam satu w aw asan. Pendidikan Bahasa Melayu disediakan bagi setiap tahun pembelajaran, iaitu tahun satu hingga
mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas khususnya tahun enam.
ke peringkat antarabangsa khususnya menerusi teknologi
maklumat dan komunikasi. Huraian sukatan pelajaran ini mengandungi Matlamat, Objektif,
Organisasi Kurikulum, Penerangan tentang Huraian Sukatan
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk Pelajaran, dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Organisasi
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi Kurikulum merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran,
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.
emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu
menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara MATLAMAT
betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu
daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk
mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian,
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi perhubungan sosial dan memperoleh ilmu.
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Penumpuan pada OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan RENDAH
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan
sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Pada akhir sekolah rendah murid dapat:
Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan
terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta
yang berbeza antara satu sama lain di kalangan murid dengan menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi
menekankan pembelajaran masteri dan penyerapan kemahiran formal;

1
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SJK
yang betul dalam pelbagai situasi; TAHUN LIMA

iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan Pada akhir tahun lima murid dapat:
masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan
tentang sesuatu perkara; i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta
menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera formal;
dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan
berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi
secara kritis; yang betul secara bertatasusila dalam pelbagai situasi;

v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara
membina budaya pembelajaran berterusan; untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan
membuat keputusan;
vi. memperkembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, iv. membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan
dan menulis; sastera yang berunsur ilmu;

vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif v. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian;
dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan
kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan vi. menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif berunsur
betul; pengetahuan dengan menggunakan proses penulisan yang
sesuai;
viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, ejaan,
kosa kata, serta sebutan dan intonasi yang betul dalam vii. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang
aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; kemas dan cantik;

ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya viii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang
sastera dan karya bukan sastera; dan daripada 80 perkataan;

x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa
semangat patriotik, dan kew arganegaraan. kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul; dan

2
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, Kem ahiran m enulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
semangat patriotisme, dan kew arganegaraan. perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang
ORGANISASI KURIKULUM gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang
jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti
Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan
Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan imaginatif.
Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di baw ah:
b. Hasil Pem belajaran
a. Kem ahiran Bahasa
Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran
bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang
Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan
bahasa baku. menyepadukan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan
pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai
Kem ahiran m endengar merujuk kepada keupayaan murid kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil
mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat membantu guru
yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran
memberikan maklum balas. yang relevan dan berkesan. Pendekatan yang berfokus pada
gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid
Kem ahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran
berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang pencapaian murid.
kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang
c. Sistem Bahasa
menggunakan tatabahasa yang betul.
Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk
Kem ahiran m em baca merujuk kepada keupayaan murid kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa,
membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan Pelaksanaan sistem bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu
penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa
dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, Melayu baku.
murid berupaya menghayati teks yang dibaca.

3
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

d. Pengisian Kurikulum Hasil pembelajaran tahun lima adalah seperti yang berikut:

Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang


mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Kemahiran Hasil
Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu Bahasa Pembelajaran Kemahiran Berbahasa
ilmu, nilai murni, kew arganegaraan, peraturan sosiobudaya,
dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, 1.0 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran Mendengar 2.0 2.1, 2.2
belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, & Bertutur 3.0 3.1, 3.2, 3.3
pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. 4.0 4.1, 4.2, 4.3
Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia 5.0 5.1, 5.2
pekerjaan. Di samping itu, nilai murni, serta patriotisme dan Membaca 6.0 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5
kew arganegaraan diberikan penekanan selaras dengan 7.0 7.1, 7.2
matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani. 8.0 8.1, 8.2, 8.3, 8.4
Menulis 9.0 9.1, 9.2, 9.3
10.0 10.1, 10.2, 10.3
PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 11.0 11.1, 11.2
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Lima dipersembahkan dalam tiga
lajur. Lajur pertama ialah Hasil Pembelajaran. Lajur kedua Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur
Huraian Hasil Pembelajaran, dan lajur ketiga ialah Cadangan merangkumi kemahiran berbual, bercerita, menyampaikan
Aktiviti atau Nota. maklumat dan berbincang. Kemahiran membaca pula
memberikan penekanan pada kemahiran membaca kuat,
a. Hasil Pem belajaran membaca dan memahami maklumat, serta membaca,
menaakul, dan menghayati teks yang dibaca. Bagi kemahiran
Hasil pembelajaran dalam lajur pertama mengandungi menulis, tumpuan diberikan pada kemahiran menggunakan
pernyataan hasil pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan pelbagai jenis ayat, dalam menghasilkan penulisan.
Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Pengajaran dan Penekanan juga diberikan pada kemahiran mencatat dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan menyusun maklumat serta menghasilkan penulisan kreatif dan
tumpuan pada murid untuk menguasai hasil pembelajaran. bukan kreatif.

4
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

b. Huraian Hasil Pem belajaran kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid. Semua
cadangan ini hanyalah sebagai panduan untuk guru. Guru
Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan boleh mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang
secara jelas aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid sesuai dengan kebolehan murid.
mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada
pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras paling
asas yang harus dicapai oleh semua murid. Kandungan
kurikulum bagi aras ini adalah yang paling minimum yang harus
dikuasai oleh semua murid. Aras 2 ialah aras bagi murid yang
berpencapaian sederhana manakala Aras 3 ialah aras paling
tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang.
Pemeringkatan berdasarkan aras ini sejajar dengan
pembelajaran masteri dan membolehkan murid yang cemerlang
terus maju tanpa mengabaikan murid yang berpencapaian
rendah.

Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh


meneruskan pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3.
Sekiranya seseorang murid masih tidak berupaya mencapai
Aras 1, maka guru hendaklah melatih dan membimbing murid
tersebut sehingga mereka menguasai aras tersebut
sepenuhnya. Dalam hal ini, penilaian terhadap pencapaian
murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti
sama ada murid perlu dibimbing lagi atau boleh beralih ke
pelajaran seterusnya.

c. Cadangan Aktiviti/Nota
Cadangan Aktiviti atau Nota dalam lajur ketiga mengandungi
cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan
bantu belajar di bilik darjah. Cadangan tersebut disesuaikan
dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira
elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum,
contohnya kemahiran meramal dan membuat pilihan
menggunakan kajian masa depan atau mengaplikasikan jenis
5
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Pem aparan Contoh Huraian Sukatan Pelajaran

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota
1.0 Berbual dengan keluarga,
rakan sebaya dan pihak lain
dalam situasi form al dan tidak Aras 1
form al
i. menggunakan kata panggilan xBerbual tentang aktiviti masa cuti
1.1 Berbual tentang sesuatu dalam kumpulan.
yang sesuai mengikut situasi
perkara berkaitan dalam perbualan.
kehidupan seharian dengan
menggunakan kata,
ungkapan, ayat, sebutan,
intonasi, dan nada yang
sesuai.

Cadangan aktiviti pengajaran dan


Kemahiran berbahasa Huraian kemahiran berbahasa pembelajaran yang bersesuaian
dengan aras
untuk Aras 1

Hasil Pembelajaran

6
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a. Pendekatan Berpusatkan Murid c. Kepelbagaian Sum ber Bahan

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan
Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-
mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui bahan seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, bahan
pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan daripada internet, perisian kursus, serta bahan sastera dan
berbahasa. Pendekatan berpusatkan murid selari dengan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran masteri yang menekankan keperluan memastikan pembelajaran dan untuk bacaan luas.
murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Melalui
pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju
mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Dalam hal ini d. Penggunaan Tatabahasa yang Tepat
aktiviti penilaian, pemulihan, dan pengayaan perlu dijadikan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan
penggunaan tatabahasa yang tepat. Untuk mencapai tujuan
tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek
b. Kepelbagaian Teknik tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh
penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih
pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Kaedah e. Pengajaran dan Pem belajaran Bertem a
dan teknik perbincangan, simulasi, projek, dan inkuiri
berasaskan pembelajaran kajian masa depan, kecerdasan Pendekatan bertema amat diigalakkan dalam pengajaran
pelbagai dan konstruktivisme umpamanya, dapat meningkatkan bahasa. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema,
minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan
bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan.
bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain
menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir secara kritis dan lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, guru perlu merancang
kreatif. dan menentukan tema bagi pengajarannya yang meliputi
bidang ilmu, hal persendirian dan kemasyarakatan serta isu
semasa.

7
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

f. Bacaan Luas perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata


(sama ada kata umum atau istilah), dan peribahasa; serta
Bacaan luas memberikan peluang kepada murid untuk melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa
menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik yang betul dalam pelbagai genre penulisan.
bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus
membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan
Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan h. Penyerapan
sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan
secara serapan. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu,
nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini
g. Penggabungjalinan dihuraikan seperti yang berikut:

Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang
pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal
kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan persendirian dan kemasyarakatan.
berlaku antara hasil pembelajaran, serta antara kemahiran
bahasa dengan tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa. ii. Semangat kew arganegaraan dan nilai murni masyarakat
Penggabungjalinan ini dihuraikan seperti yang berikut: Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan
i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan
membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses dilakukan secara sedar dan terancang namun murid
pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.
dua kemahiran. Misalnya kemahiran mendengar dan
bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran menulis. iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang
Penggabungjalinan kemahiran bahasa ini bertujuan untuk dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan
mencapai hasil pembelajaran. menulis. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini
memberikan penekanan pada kemahiran berfikir secara
ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.
konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:
iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus
digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti x Mencirikan
kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau x Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan

8
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

x Menghubungkaitkan kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira


x Membandingkan dan membezakan kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin
x Menyusun atur dicapai, kebolehan murid, serta sumber yang ada.
x Menentukan urutan
x Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu
x Membezakan fakta dengan pendapat i. Penilaian
x Menganalisis
x Mengesan kecondongan pendapat Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan
x Mengenal pasti sebab akibat pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan
x Meramalkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu
x Mensintesiskan hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
x Mengitlak Oleh itu, penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Melalui
x Menganalogikan penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan tindakan
x Membuat inferens susulan yang perlu diambil terhadap seseorang murid, sama
x Membuat kesimpulan ada dalam bentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan.
x Menginterpretasikan, mentafsirkan
x Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
x Menilai j. Pem ulihan
x Menjanakan idea
x Mereka cipta Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid
x Merumuskan, meringkaskan menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini
x Membuat keputusan dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.
x Menyelesaikan masalah

Untuk membolehkan kemahiran berfikir dikuasai oleh k. Pengayaan


murid, alat berfikir seperti penyusun grafik, soalan
(bertumpu, bercapah, dan lingkaran soalan) serta peta Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid
minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid
pembelajaran. yang menguasai hasil pembelajaran lebih aw al atau dalam
jangka masa yang ditetapkan diberikan aktiviti atau tugasan
yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian
iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran atau dengan bimbingan guru.
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar
cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran

9
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

SISTEM BAHASA - kata majmuk


- kata ganda
Sistem bahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan
peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan Proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi:
di baw ah. - pengimbuhan
- penggandaan
a. Tatabahasa - pemajmukan

Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa


dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang amat
berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan
dan sintaksis. hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang
betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru
I. Morfologi dalam proses pengimbuhan.

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, iii. Golongan kata terdiri daripada:
bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk - kata nama
bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa - kata kerja
yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa - kata adjektif
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses - kata tugas
pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan
kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan II. Sintaksis
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam
golongan kata yang sama. Aspek morfologi yang diberikan Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
tumpuan ialah: struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang
sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa
i. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi: yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
- kata asli bahasa Melayu perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.
- kata pinjaman bahasa Melayu Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:

ii. Bentuk kata terdiri daripada: i. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa
- kata tunggal dan pembinaannya, serta pembahagian subjek dan predikat
- kata terbitan

10
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa
dan ayat seruan Melayu baku.
iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
iv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang ii. Intonasi
v. Binaan ayat: Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan
- ayat dasar mengikut pola ayat yang berikut:
- ayat tunggal - ayat penyata
- ayat terbitan atau majmuk - ayat tanya
vi. Proses penerbitan ayat: - ayat perintah
- konsep ayat terbitan - ayat seruan
- proses pengguguran - ayat terbalik atau songsang
- proses penyusunan semula - ayat aktif
- proses peluasan - ayat pasif
vii. Aspek tanda baca
Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan
agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
b. Sistem Ejaan
* Buku Tatabahasa Dew an Edisi Baharu ialah buku
Perkara yang ditekankan ialah: tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan
i. Pola keselarasan huruf vokal dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Ejaan kata pinjaman
iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan * Buku Daftar Ejaan Rum i Bahasa Malaysia Edisi Kedua
ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
c. Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut d. Kosa kata
perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan
jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.
dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi Penguasaan kosa kata di peringkat sekolah rendah perlu
supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. dikukuhkan, ditingkatkan dan dikembangkan selaras dengan
pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah
i. Sebutan rendah.
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut
kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang

11
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

e. Peribahasa bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah


tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk sama
pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata hikmat yang perlu ada secara langsung atau tidak langsung, selaras dengan
diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan nilai sejagat.
peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian,
dan nilai murni masyarakat Malaysia. Peribahasa hendaklah Nilai murni ini ialah:
diajarkan dalam konteks. Buku-buku peribahasa Melayu boleh
dijadikan sumber rujukan. x Baik hati x Kejujuran
x Berdikari x Kerajinan
x Hemah tinggi x Kerjasama
PENGISIAN KURIKULUM x Hormat-menghormati x Kesederhanaan
x Kasih sayang x Kesyukuran
Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni, x Keadilan x Patriotisme
kew arganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai
x Kebebasan x Rasional
tambah. Semua elemen ini diserapkan dalam konteks bagi
x Keberanian x Semangat
kemahiran bahasa yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran.
x Kebersihan fizikal dan bermasyarakat
Penerangan ringkas bagi setiap pengisian ini adalah seperti yang
mental
berikut:

a. Ilm u
c. Kew arganegaraan
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin,
Penyerapan unsur patriotisme dan kew arganegaraan dalam
contohnya ilmu bidang sains dan geografi yang boleh
pendidikan Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan
digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan
semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini
kemahiran bahasa. Ilmu juga termasuk perkara semasa yang
bertujuan untuk melahirkan w arganegara yang baik dan
boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan
meningkatkan komitmen terhadap bangsa dan negara.
pembelajaran.
d. Peraturan Sosiobudaya
b. Nilai Murni
Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu
meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa.
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu
Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan
adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki
keperibadian masyarakat Malaysia.
akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni

12
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

e. Kem ahiran Bernilai Tam bah yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan
murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak
Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan
dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam dunia mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.
Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah iv. Kajian Masa Depan
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran
depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap
dan pembelajaran kontekstual. Penerangan ringkas tentang sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa
kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti yang berikut: lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid
dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
i. Kemahiran Berfikir mengendalikan perubahan supaya murid mendapat
manfaat yang maksimum.
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan
dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif v. Kecerdasan Pelbagai
dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran berfikir, sama ada dari segi Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-
mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal,
membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu
harian dan kerjaya murid pada masa depan. mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan
menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu
diajarkan kepada murid supaya mereka dapat vi. Pembelajaran Konstruktivisme
menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti
menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan
mengakses maklumat melalui internet. pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran
iii. Kemahiran Belajar Cara Belajar ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok
untuk belajar sepanjang hayat.
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada
murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran

13
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

vii. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran


yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian
murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini
disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara
konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna
dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan
kehidupan mereka.

14
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Llima

Kem ahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Kem ahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan
yang menggunakan tatabahasa yang betul.

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

1.0 Berbual dengan keluarga,


rakan sebaya dan pihak
lain dalam situasi form al
dan tidak form al

1.1 Berbual tentang Aras 1


sesuatu perkara
berkaitan kehidupan i. Menggunakan kata panggilan yang x Berbual tentang aktiviti masa cuti dalam kumpulan.
seharian dengan sesuai mengikut situasi dalam
menggunakan kata, perbualan. x Mengadakan aktiviti perbualan telefon menceritakan
ungkapan, ayat, peristiw a menarik semasa cuti sekolah.
sebutan, intonasi, dan
nada yang sesuai.

Aras 2

i. Menggunakan kata panggilan dan x Membuat simulasi mengendalikan perhimpunan.


kata ganti nama diri yang sesuai Contoh: Situasi bergotong-royong di taman
dalam situasi formal. perumahan.
- Sebagai pengacara majlis.
- Sebagai ketua pengaw as.

15
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Menyatakan teguran dengan sopan x Melafazkan dialog yang mengandung unsur-


secara berterus-terang dalam unsur penerimaan teguran.
perbualan. Contoh:
- Terima kasih kerana kamu menegur
kesilapan saya.
- Terima kasih kerana mengingatkan saya.

16
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Llima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

1.2 Bertanya dan menjaw ab Aras 1


tentang sesuatu perkara
secara bertatasusila i. Mendengar dan mengecam intonasi x Mendengar dan mengecam intonasi dalam
dalam soalan tanpa kata tanya. soalan tanpa kata tanya.

ii. Mengemukakan soalan dengan Nota: Perdengarkan rakaman perbualan dua


menggunakan kata tanya dan tanpa orang sahabat.
kata tanya untuk mendapatkan Contoh:
penjelasan. - Kamu nak ikut ?
- Boleh saya ikut?
iii. Memberikan jaw apan yang sesuai
kepada soalan yang dikemukakan.

Aras 2

i. Mengemukakan soalan yang tepat x Membuat simulasi temu bual dengan


tentang sesuatu perkara yang mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah
dibualkan. serta menjaw abnya dengan tepat.
Contoh:
ii. Menjaw ab untuk menerangkan - Bagaimanakah kamu boleh mendapat A dalam
sesuatu perkara yang dikemukakan. Bahasa Melayu?
Saya membuat banyak latihan mengarang.

17
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Mengemukakan soalan pelbagai aras x Menemu ramah seorang personaliti.


dengan menggunakan bahasa yang Contoh: guru komputer
sesuai - Apa cabaran cikgu sebagai guru komputer?
- Mengapa belajar komputer penting?

18
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Llima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

1.3 Memberikan dan Aras 1


memahami arahan serta
pesanan tentang sesuatu i. Menyatakan panduan tunjuk arah x Melakonkan situasi bagi tujuan menunjuk arah
perkara kepada orang lain. kepada seseorang.
Contoh:
ii. Menyampaikan arahan serta pesanan - Menunjuk arah jalan kepada pelancong.
dengan intonasi yang betul dan
bersopan.

Aras 2

i. Mendengar arahan serta pesanan x Membaca nota arahan dan pesanan dan
dengan teliti untuk bertindak balas. melakukan arahan tersebut.
Contoh:
ii. Melaksanakan arahan dengan tepat. - Permainan dalam kumpulan
(Arahan permainan disimpan dalam sampul)

Aras 3

i. Mendengar dan menerima arahan x Berbincang untuk membina arahan bagi


untuk dilaksanakan mengikut melaksanakan sesuatu projek.
keutamaan. Contoh:
- Folio simpulan bahasa

19
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

1.4 Menyatakan permintaan Aras 1


secara berterus terang
dan meyakinkan dengan i. Memilih dan menggunakan kata dan x Berbincang dalam kumpulan untuk mengadakan
menggunakan intonasi ayat yang sesuai untuk menyatakan sukaneka. Aktiviti dijalankan di padang.
dan paralinguistik yang sesuatu permintaan. Contoh:
sesuai untuk menguatkan - Murid membuat permintaan bagi menyediakan
permintaan. ii. Menyatakan permintaan dengan jelas peralatan.
dan tepat. Bolehkah kami mengambil bola dari stor?

Aras 2

i. Menyatakan sebab untuk menyokong x Berbincang secara berpasangan untuk


sesuatu permintaan. mendapatkan barangan daripada iklan atau
brosur yang diberikan.
Contoh: Brosur/ iklan jualan.
- Saya ingin membeli beg kerana beg lama saya
telah rosak.

Aras 3

i. Menggunakan kata dan ayat yang x Simulasi menjual barang.


sesuai dalam menyatakan - Penjual cuba mempengaruhi pembeli untuk
permintaan untuk meyakinkan pihak membeli sesuatu barangan.
lain.

20
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Llima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

1.5 Memberikan Aras 1


penjelasan tentang
sesuatu perkara i. Menyatakan penerangan tentang x Berbincang untuk mengecam isi tersurat dalam
yang tersurat dan tersirat sesuatu isi berkaitan perkara yang sesuatu bahan. Menjelaskan isi tersirat
dengan menggunakan dibualkan. menggunakan teknik penyoalan.
kata, ungkapan, dan ayat Contoh: Gambar Sungai Tercemar
yang sesuai. - Sungai itu kotor (tersurat)
- Mengapa sungai itu kotor? (tersirat)

Aras 2

i. Menerangkan maklumat yang tersurat x Berbincang untuk menerangkan sebab yang


dan tersirat tentang sesuatu peristiw a. tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiw a.
Contoh:
- Murid itu sihat dan cergas.
- Mengapa dia kelihatan sentiasa sihat dan
cergas?
(Makanan berkhasiat, bersenam)

21
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Menghubungkaitkan dan menjelaskan x Berbincang tentang bahan rangsangan.


isi tersurat dan tersirat dalam sesuatu Contoh :
bahan. Poster Hapuskan Denggi
Yang Tersurat Yang Tersirat
1. Tin-tin 1. Menjaga
kosong kebersihan
kaw asan.
2. Gigitan 2. Tidur
nyamuk gunakan
kelambu.
3. Raw atan 3. Berjumpa
dengan
doktor
segera.

22
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Llima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

1.6 Menyatakan sesuatu Aras 1


kemahuan semasa
menjalankan transaksi i. Menyoal untuk mendapatkan x Bertanya untuk mengenal pasti perkhidmatan /
dalam urusan harian penjelasan tentang sesuatu barangan yang ditaw arkan.
untuk mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan. Contoh: Situasi di pejabat pos.
barangan dan Murid : Bolehkah berikan saya sekeping setem ?
perkhidmatan.

Aras 2

i. Berbincang untuk mendapatkan x Menjalankan simulasi aktiviti berjual beli di kedai


persetujuan dalam berurusan. buku.
Contoh dialog :
Pembeli :Bolehkah pak cik kurangkan harga
kamus ini?
Penjual : Boleh, pak cik akan kurangkan sepuluh
peratus sahaja.

Aras 3

Menggunakan bahasa yang sesuai untuk x Main peranan untuk berunding dengan sopan
mendapatkan keyakinan semasa bagi mendapatkan persetujuan semasa
berurusan. berurusan.
Contoh: Situasi di kedai.
Pembeli : Pak cik, radio yang saya beli semalam
tidak boleh digunakan.
Penjual : Maafkan saya, biar saya periksa
radio itu.

23
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

2.0 Bercerita dan m elaporkan


sesuatu perkara yang
didengar, ditonton, dibaca
atau dialam i

2.1 Bercerita dengan Aras 1


menggunakan kata,
frasa, ayat serta sebutan i. Memilih diksi yang sesuai untuk x Berbincang dalam kumpulan tentang isu semasa
dan intonasi yang baik menyampaikan sesuatu cerita. yang berlaku dalam minggu itu.
dan jelas.
ii. Menyampaikan cerita tentang isu
semasa yang didengar atau dibaca.
Aras 2

i. Membuat ramalan permulaan atau x Bercerita kepada rakan tentang bahan yang telah
kesudahan sesuatu cerita dengan didengar atau dibaca.
sebutan serta intonasi yang baik.
x Sesi sumbang saran untuk meramal permulaan dan
kesudahan cerita.

Aras 3

i. Mempersembahkan cerita dengan x Murid mengambil bahagian dalam pertandingan


sebutan, intonasi, dan penghayatan bercerita peringkat sekolah.
yang sesuai.
x Menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat
dalam cerita yang disampaikan.

24
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Llima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

2.2 Melaporkan sesuatu Aras 1


perkara dengan
menggunakan bahasa i. Mengemukakan data yang diperoleh x Mendengar berita dan menyampaikan data yang
yang sesuai dan tepat. daripada sesuatu bahan. diperoleh.
Contoh:
- Mendengar rakaman berita.

Aras 2

i. Membentangkan hasil perbincangan x Membuat persembahan menggunakan kertas


tentang sesuatu topik. sebak.

Aras 3

i. Mengemukakan cadangan berdasarkan x Memaklumkan cadangan hasil kerja kumpulan.


perbincangan tentang sesuatu isu. Contoh: Permainan tradisional.
- Ketua kumpulan melaporkan cadangan
kumpulan untuk menarik minat kanak-kanak
terhadap permainan tradisional.

25
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

3.0 Menyam paikan m aklum at


dalam pengucapan yang
m udah, betul, m enarik dan
berkesan
3.1 Menyampaikan Aras 1
maklumat tentang
sesuatu perkara atau i. Memilih maklumat yang sesuai tantang x Membaca teks dan menggaris baw ah data yang
tajuk dengan sesuatu topik dibincangkan. dikehendaki berdasarkan soalan yang diberikan.
menggunakan kata,
istilah, frasa, struktur ii. Mengemukakan maklumat dengan x Menyampaikan isi penting mengikut urutan.
ayat yang betul, dan jelas dan tersusun.
laras bahasa yang
sesuai. Aras 2

i. Mengelas maklumat berdasarkan x Murid berbincang untuk membuat pengelasan


sesuatu topik yang dibincangkan. sesuatu topik berdasarkan tugasan yang diberikan
oleh guru.
ii. Menyampaikan maklumat yang bernas Contoh :
dengan jelas dan tersusun.
Haiw an

Liar Jinak

Berkaki Berkaki Berkaki Berkaki


2 4 2 4

x Membuat pembentangan.

26
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Llima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Mengkategorikan maklumat tentang x Membuat poster tentang sesuatu aktiviti


sesuatu topik yang dibincangkan. ko-kurikulum..
Contoh: Membuat kraf tangan.
ii. Mengemukakan maklumat dengan
menggunakan laras bahasa yang x Berbincang untuk mengkategorikan bahan-bahan
sesuai. kraf tangan.
Contoh :
- daripada plastik
- daripada kertas
- daripada botol

27
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

3.2 Menghuraikan Aras 1


maklumat dengan
menggunakan alasan Membentangkan fakta tentang sesuatu x Menyatakan sebab dan akibat berdasarkan
yang meyakinkan. topik dengan ulasan yang w ajar. pernyataan yang diberi.

Pernyataan Akibat
a. Tin-tin kosong tidak Pencemaran
ditanam
b. Bekas takungan air Nyamuk
dibiarkan membiak
c. Longkang Banjir kilat
tersumbat

Aras 2

i. Membentangkan dapatan tentang x Berbincang dalam kumpulan tentang sesuatu isu


sesuatu isu dengan memberikan yang diberikan.
penerangan yang jelas. Contoh: Internet
- faedah melayani internet

x Membentangkan hasil perbincangan

Aras 3

i. Mengembangkan idea berdasarkan x Menjana idea untuk memberikan inovasi melalui


pemerhatian dengan memberikan pemerhatian.
penjelasan. Contoh:
- suasana kelas masa depan.

28
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Llima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

3.3 Menyampaikan Aras 1


maklumat kepada pihak
lain dalam aktiviti yang i. Mengemukakan pendapat dalam x Berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan
terancang. ucapan dengan menggunakan isi yang menarik.
sebutan yang jelas. Contoh: Ucapan terima kasih.
- memilih ungkapan yang sesuai untuk
membentangkan idea.
- menyampaikan ucapan yang baik.

Aras 2

i. Menyampaikan idea yang bernas x Membuat rujukan untuk mendapatkan idea yang
dalam ucapan menggunakan sebutan bernas mengikut sesuatu topik.
yang jelas dan intonasi yang baik. Contoh: Ucapan tahniah.
- berbincang untuk membina frasa yang baik.

Aras 3

i. Mempersembahkan idea yang x Menyampaikan ucapan dengan intonasi, sebutan


menarik menggunakan bahasa yang dan gaya yang baik.
indah. Contoh: ucapan perpisahan.

29
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

4.0 Berbincang tentang tajuk-


tajuk yang relevan secara
bertatasusila

4.1 Mengemukakan idea, Aras 1


pandangan, dan
pendapat tentang i. Memberikan pandangan yang relevan x Mendengar lagu melalui pita rakaman.
sesuatu perkara secara mengenai sesuatu topik. Contoh: Lagu “31 Ogos”
terperinci, tepat, dan - berbincang mengenai kata dan frasa yang
tersusun. terdapat dalam lirik lagu.
- bersoal jaw ab tentang maksud lagu.

Aras 2

i. Memberikan ulasan mengenai idea x Meneliti pendapat kumpulan lain untuk


pihak lain. dibandingkan dengan pendapat kumpulan sendiri.
- memberi penerangan untuk menyokong
pendapat sendiri.

Aras 3

i. Mendengar dan menerima pendapat x Mendengar pembentangan rakan.


orang lain secara rasional dan
memberi respons. x Memberi pendapat untuk menyokong
pandangan rakan.

30
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Llima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

4.2 Mengemukakan komen Aras 1


yang sesuai
berdasarkan i. Menyusun idea tentang sesuatu isu untuk x Mendengar dengan teliti maklumat yang
pemerhatian, membuat komen. disampaikan oleh rakan.
pengalaman, dan Contoh : Sikap rakan
maklumat yang - Peramah
disampaikan oleh pihak - Rajin
lain. - Sensitif
- Pemurah
- Garang

x Mengkategorikan maklumat mengikut kumpulan.


Sikap positif Sikap negatif
membantu rakan mementingkan
yang diri sendiri
memerlukan
pertolongan

Aras 2

i. Menjelaskan maklumat daripada x Mendengar dengan teliti pembentangan sesuatu


pemerhatian untuk memberikan teguran pihak.
yang positif
x Memberikan pandangan yang membina tentang
pembentangan yang didengar.

31
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melay u SJK Tahun Lima

Hasil Pem belajaran Huraian Hasil Pem belajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 3

i. Menyaring maklumat yang diterima untuk x Meneliti maklumat yang diterima.


memberikan teguran.
x Berbincang bagi menentukan ketepatan
maklumat yang diterima.

x Memberikan ulasan berkaitan maklumat yang


diterima.

32

You might also like