Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
29Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bab1-kesimpulan

Bab1-kesimpulan

Ratings: (0)|Views: 3,874 |Likes:
Published by nana's

More info:

Published by: nana's on Feb 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

 
Pengurusan Ekonomi Malaysia
1
Tinjauan Keseluruhan
K
etika Belanjawan 2001 disediakan tahunlepas, suasana ekonomi global masih tidakmenentu terutamanya tentang sejauh mana danselama manakah kelembapan ekonomi AmerikaSyarikat (AS) akan berlanjutan. Pada masa itu,dijangkakan bahawa pemulihan awal akanbermula pada suku keempat tahun 2000.Bagaimanapun, menjelang akhir 2000, aktivitiekonomi global semakin lembab, lebih-lebih lagidi AS. Semenjak suku tahun kedua tahun ini,semakin terbukti bahawa kelembapan tersebutbukan sahaja berterusan dan meruncing tetapikesannya menular ke ekonomi negara lain.Serangan ke atas AS baru-baru ini telahmenjadikan prospek pemulihan awal semakintidak menentu.Ekonomi Malaysia telah pulih daripada krisiskewangan Asia 1997 dan berada di atas landasanpertumbuhan yang semakin kukuh. PertumbuhanKeluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benaryang mulai positif sejak suku kedua 1999, terusmeningkat teguh untuk tujuh suku tahun berturut-turut hingga ke tahun 2001. Dengan latar belakangsedemikian dan berasaskan andaian akanterdapat pemulihan awal ekonomi global, terasstrategi utama Belanjawan 2001 adalah ke arahmerangsang pertumbuhan dalam negeri danmeningkatkan daya saing di sampingmempertingkatkan kualiti hidup rakyat sejajardengan agenda masyarakat penyayang.
Merangsang Pertumbuhan Ekonomi
Dasar Fiskal
Pengembangan dalam permintaan agregat pada2001 dijangka didorong secara meluas oleh sektorawam dan swasta. Bagaimanapun, prestasi sektorswasta yang lebih perlahan daripada jangkaan,akibat daripada impak sektor luar yang kurangmenggalakkan, memerlukan sektor awammengambil langkah rangsangan fiskal untukmendorong permintaan dalam negeri.Sehubungan ini, peruntukan bagi kedua-duaperbelanjaan mengurus dan pembangunan telahditingkatkan sebanyak 7.8% daripada RM84,500 juta pada 2000, kepada RM91,050 juta padatahun 2001. Dalam tahun ini juga, sebagai tindakbalas terhadap kelembapan ekonomi global yangmelampaui jangkaan serta kesan buruknyaterhadap prestasi eksport negara, Kerajaan telahmengumumkan pakej pre-emptive pada Mac 2001bertujuan untuk merangsang permintaan dalamnegeri. Di bawah pakej ini, perbelanjaan Kerajaantelah ditambah sebanyak RM3 bilion sebagaimenyokong langkah pengembangan yang diambilketika Belanjawan 2001 diumumkan dalam bulanOktober 2000.Rangsangan fiskal untuk menggalakkanpermintaan dalam negeri turut meliputi langkah-langkah cukai dan bukan cukai. Bagimeningkatkan lagi pendapatan boleh guna danmenggalakkan penggunaan, rebat cukai yanglebih besar telah diberikan. Rebat individu telahditingkatkan daripada RM110 kepada RM350,manakala bagi isteri daripada RM60 kepadaRM350. Rebat ini dijangka memberi faedahkepada sejumlah 1.25 juta orang dan meletakkankira-kira RM434 juta ke tangan pembayar cukai.Langkah untuk mengaktifkan permintaan dalamnegeri juga termasuk mengurangkan sumbanganpekerja kepada Kumpulan Wang SimpananPekerja (KWSP) dan menghapuskan cukai keatas kad kredit untuk menggalakkan perbelanjaan.Bagi menggalakkan jualan kenderaan, kakitangan
 
18kerajaan dibenarkan memohon pinjamankenderaan sekali dalam tempoh lima tahunberbanding tujuh tahun sekali sebelum ini. Untukmenggalakkan jualan hartanah, pengecualian dutisetem diberi terhadap perjanjian jual-beli, pindahmilik dan pinjaman, manakala bagi kakitangankerajaan, pengecualian yuran pemprosesan jugatelah diberikan sehingga akhir 2001 bagipembelian hartanah yang telah siap. Pada masayang sama, kelayakan pinjaman perumahan bagikakitangan kerajaan telah dinaikkan. Elaun kritikal juga telah ditambah bagi doktor dan jururawat,guru besar dan pengetua manakala insentif danelaun makan telah diberikan atau dinaikkan bagikakitangan tentera dan polis.
Dasar Monetari
Teras dasar monetari bagi tahun 2001 terusmemberi tumpuan ke arah melengkapkanrangsangan fiskal untuk menyokong aktivitiekonomi. Berikutan persekitaran luar yang kurangmemberangsangkan, terutamanya pertumbuhanekonomi AS dan Jepun yang perlahan pada awaltahun, pelaksanaan dasar monetari yang lebihlonggar adalah perlu untuk membendung trenmenurun dalam permintaan luar. Pendekatandasar ini telah dibantu oleh suasana inflasi dankadar faedah global yang rendah. Mudah tunaiyang mencukupi dalam sistem perbankanmembantu mengekalkan kadar faedah pada parasyang rendah bagi memastikan pembiayaan aktivitiekonomi pada kos yang berpatutan. Walaupunkadar faedah rendah, para pendeposit terusmenikmati kadar pulangan benar simpanan yangpositif.Sektor perbankan mengembangkan aktivitipembiayaan mereka melalui pinjaman danpembiayaan sekuriti hutang swasta (PDS), yangtelah meningkat sebanyak 4% dalam tempohlapan bulan pertama tahun ini. Aktiviti pembiayaanadalah meluas, meliputi pinjaman untuk pembelianharta kediaman, sektor perkilangan, perniagaanborong dan pembelian kenderaan penumpang.Dalam pada itu, langkah terus diambil untukmemperbaiki pembiayaan perusahaan kecil dansederhana (PKS), yang merupakan satu sektorpenting dalam ekonomi.Di pasaran tukaran asing, ringgit yang ditetapkannilainya berbanding dolar AS sejak bulanSeptember 1998, terus kukuh berbandingkebanyakan mata wang utama serantau, selarasdengan kekukuhan nilai dolar AS dalam tujuhbulan pertama tahun 2001. Dengan penetapannilai tersebut, pergerakan nilai ringgit jugamencerminkan pergerakan nilai dolar AS. Denganitu, sejak 11 September ringgit telah mengalamikemerosotan antara 0.2% hingga 3% berbandingmata wang utama dan serantau, berikutankelemahan nilai dolar AS. Namun begitu,penetapan nilai ringgit ini akan dipantau denganteliti mengikut perkembangan dalam dan luarnegara bagi memastikan ringgit terus tekaldengan asas makroekonomi. Sementara itu,penetapan nilai ringgit ini terus menyediakanpersekitaran yang stabil dan mudah dijangkauntuk membantu merancakkan aktivitiekonomi.
Pasaran Modal
Pada amnya, pasaran ekuiti pada 2001 masihkurang menggalakkan seiring dengan pasaranutama dan serantau yang bimbang dengankelembapan ekonomi global. Pada Julai dan Ogos,pasaran ekuiti mulai pulih, tetapi tren menaik initelah tergugat oleh serangan ke atas AS padabulan September dan menyebabkan kejatuhanmendadak harga saham di seluruh dunia. Pasaranbon, bagaimanapun, terus berkembang padatahun 2001, menggambarkan bahawa ia semakinpenting sebagai alternatif kepada pembiayaandalam sistem perbankan. Sehubungan ini,Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebagai pengawalseliatunggal pasaran bon, terus mengambil langkahuntuk menggalakkan pasaran bon, terutamanyaterbitan hutang secara Islam dan sekuriti hutangdisokong aset. Terbitan PDS Islam semakinmeningkat, menggambarkan bahawa ia semakinditerima dan menyumbang 37% kepadakeseluruhan terbitan baru PDS yang diluluskanoleh SC pada separuh pertama 2001 (2000:25%). Bagaimanapun, terbitan sekuriti hutangdisokong aset masih belum meningkat. Selainitu, pindaan telah dibuat ke atas Akta SuruhanjayaSekuriti, bertujuan untuk mewujudkan regimpengawalseliaan yang cekap untuk perolehanmodal yang lebih berkesan dan sejajar denganperkembangan pasaran saham sebagai pusatperolehan dana yang utama untuk syarikat-syarikat tempatan.
 
19
Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
Menyedari bahawa teknologi, kemahiran daninovasi merupakan pemacu utama untukmerangsang pertumbuhan pada masa hadapan,Belanjawan 2001 telah mengukuhkan lagi strategiuntuk mengubah ekonomi berasas-pengeluarankepada ekonomi berasas-pengetahuan. Ekonomiberasas-pengetahuan atau K–ekonomimemperkenalkan strategi untuk menjana danmenggunakan sepenuhnya pengetahuan bagimewujudkan nilai baru dalam ekonomi, yangdapat menyumbang kepada peningkatan jumlahproduktiviti faktor dan meningkatkan potensipertumbuhan jangka panjang. Bagi membolehkanperalihan ke ekonomi baru dan juga untukmenangani cabaran semasa, Kerajaan telahmerangka Pelan Induk Ekonomi BerasaskanPengetahuan pada tahun 2000. Pelan Induk yangbaru disiapkan ini merupakan pendekatanmenyeluruh dan menggariskan strategi utamauntuk mengubah ekonomi supaya menjadi lebihberdaya saing dan berdaya tahan.Langkah-langkah untuk mempercepatkan lagiproses peralihan Malaysia kepada K-ekonomimemberi tumpuan kepada usaha untuk menarikbest brains ke negara ini bagi mewujudkan tenagakerja bertaraf dunia dan meningkatkan tahapcelik komputer dan teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) melalui penggunaan komputeryang lebih meluas. Ke arah ini, rakyat Malaysiadi luar negara yang mempunyai kemahiran yangdiperlukan telah diberi insentif untuk kembali,terutamanya pemberian taraf penduduk tetapkepada pasangan dan anak-anak sertapengecualian cukai ke atas barang persendiriandan pendapatan yang dibawa masuk ke negaraini. Menjelang pertengahan September 2001,daripada 356 permohonan ahli profesional yangbekerja di luar negara, 122 telah diluluskanmeliputi bidang kewangan, industri, ICT danperubatan.Bagi meningkatkan tahap celik komputer, daripada4,400 buah sekolah yang dikenalpasti untukdilengkapi dengan makmal komputer, pembinaan50 projek telah siap dibina, 1,354 masih dipelbagai peringkat pembinaan dan selebihnyadi peringkat perancangan. Untuk meningkatkantahap kecapaian kepada kemudahan komputerselaras dengan dasar satu-komputer-satu-keluarga, Akta KWSP telah dipinda, membolehkanpengeluaran dibuat untuk membeli komputer.Sehingga akhir bulan Ogos, KWSP telahmeluluskan 467,832 permohonan berjumlahRM1,555 juta. Kakitangan awam juga mengambilkesempatan terhadap kemudahan pinjaman yanglebih fleksibel yang membenarkan pembeliankomputer sekali setiap lima tahun berbandingsekali sahaja sebelumnya.
Membangunkan Industri ICT dan Modal Teroka
Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)menandakan permulaan inisiatif ke arahpembangunan K-ekonomi. Sebagai usaha untukmenggalakkan pembangunan syarikat ICTbertaraf dunia, pelbagai insentif telah disediakanbagi menarik syarikat–syarikat ICT ke MSC.Sehingga September, 563 syarikat telah diberikantaraf MSC, termasuk 48 syarikat bertaraf dunia,melebihi sasaran sebanyak 500 syarikat danmendahului jadual yang ditetapkan pada tahun2003. Sehingga kini, syarikat-syarikat tersebuttelah melabur RM6 bilion sementara eksportmereka telah meningkat lebih enam kali gandadaripada USD19 juta pada 1997 kepada USD127 juta pada 2000 dan dianggarkan meningkat lagikepada USD260 juta pada tahun ini. Selain itu,syarikat-syarikat ini juga telah membelanjakan26% daripada keseluruhan perbelanjaan untukpenyelidikan dan pembangunan (R&D). Dari segimenjana pekerjaan, 11,911 pekerja telah diambilbekerja. Daripada jumlah tersebut, 82.6% atau9,842 merupakan pekerja-pengetahuan(K-workers) pada 2000. Jumlah ini dijangkameningkat kepada 14,438 dalam tahun 2001 dimana 12,169 adalah K-workers.Perkembangan seterusnya dalam memupuksinergi ialah penambahan aplikasi perdanakelapan iaitu Pembangunan Technopreneur.Rangkaian inkubator yang didirikan melaluiaplikasi perdana ini dijangka menjadi pemangkinkepada pembangunan technopreneurship
.
Pembiayaan bagi memulakan penggunaanteknologi tinggi baru yang berasaskanpengetahuan dan idea untuk PKS memerlukankaedah yang berlainan dan yang lebih kreatif.Pinjaman bank secara tradisi yang berasaskan

Activity (29)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
azizah791201 liked this
azizah791201 liked this
Liza Alisya liked this
Hairul Husna liked this
Zulaiha Ieka liked this
Kalai Vaani liked this
Hasnizah Izah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->