18kerajaan dibenarkan memohon pinjamankenderaan sekali dalam tempoh lima tahunberbanding tujuh tahun sekali sebelum ini. Untukmenggalakkan jualan hartanah, pengecualian dutisetem diberi terhadap perjanjian jual-beli, pindahmilik dan pinjaman, manakala bagi kakitangankerajaan, pengecualian yuran pemprosesan jugatelah diberikan sehingga akhir 2001 bagipembelian hartanah yang telah siap. Pada masayang sama, kelayakan pinjaman perumahan bagikakitangan kerajaan telah dinaikkan. Elaun kritikal juga telah ditambah bagi doktor dan jururawat,guru besar dan pengetua manakala insentif danelaun makan telah diberikan atau dinaikkan bagikakitangan tentera dan polis.
Dasar Monetari
Teras dasar monetari bagi tahun 2001 terusmemberi tumpuan ke arah melengkapkanrangsangan fiskal untuk menyokong aktivitiekonomi. Berikutan persekitaran luar yang kurangmemberangsangkan, terutamanya pertumbuhanekonomi AS dan Jepun yang perlahan pada awaltahun, pelaksanaan dasar monetari yang lebihlonggar adalah perlu untuk membendung trenmenurun dalam permintaan luar. Pendekatandasar ini telah dibantu oleh suasana inflasi dankadar faedah global yang rendah. Mudah tunaiyang mencukupi dalam sistem perbankanmembantu mengekalkan kadar faedah pada parasyang rendah bagi memastikan pembiayaan aktivitiekonomi pada kos yang berpatutan. Walaupunkadar faedah rendah, para pendeposit terusmenikmati kadar pulangan benar simpanan yangpositif.Sektor perbankan mengembangkan aktivitipembiayaan mereka melalui pinjaman danpembiayaan sekuriti hutang swasta (PDS), yangtelah meningkat sebanyak 4% dalam tempohlapan bulan pertama tahun ini. Aktiviti pembiayaanadalah meluas, meliputi pinjaman untuk pembelianharta kediaman, sektor perkilangan, perniagaanborong dan pembelian kenderaan penumpang.Dalam pada itu, langkah terus diambil untukmemperbaiki pembiayaan perusahaan kecil dansederhana (PKS), yang merupakan satu sektorpenting dalam ekonomi.Di pasaran tukaran asing, ringgit yang ditetapkannilainya berbanding dolar AS sejak bulanSeptember 1998, terus kukuh berbandingkebanyakan mata wang utama serantau, selarasdengan kekukuhan nilai dolar AS dalam tujuhbulan pertama tahun 2001. Dengan penetapannilai tersebut, pergerakan nilai ringgit jugamencerminkan pergerakan nilai dolar AS. Denganitu, sejak 11 September ringgit telah mengalamikemerosotan antara 0.2% hingga 3% berbandingmata wang utama dan serantau, berikutankelemahan nilai dolar AS. Namun begitu,penetapan nilai ringgit ini akan dipantau denganteliti mengikut perkembangan dalam dan luarnegara bagi memastikan ringgit terus tekaldengan asas makroekonomi. Sementara itu,penetapan nilai ringgit ini terus menyediakanpersekitaran yang stabil dan mudah dijangkauntuk membantu merancakkan aktivitiekonomi.
Pasaran Modal
Pada amnya, pasaran ekuiti pada 2001 masihkurang menggalakkan seiring dengan pasaranutama dan serantau yang bimbang dengankelembapan ekonomi global. Pada Julai dan Ogos,pasaran ekuiti mulai pulih, tetapi tren menaik initelah tergugat oleh serangan ke atas AS padabulan September dan menyebabkan kejatuhanmendadak harga saham di seluruh dunia. Pasaranbon, bagaimanapun, terus berkembang padatahun 2001, menggambarkan bahawa ia semakinpenting sebagai alternatif kepada pembiayaandalam sistem perbankan. Sehubungan ini,Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebagai pengawalseliatunggal pasaran bon, terus mengambil langkahuntuk menggalakkan pasaran bon, terutamanyaterbitan hutang secara Islam dan sekuriti hutangdisokong aset. Terbitan PDS Islam semakinmeningkat, menggambarkan bahawa ia semakinditerima dan menyumbang 37% kepadakeseluruhan terbitan baru PDS yang diluluskanoleh SC pada separuh pertama 2001 (2000:25%). Bagaimanapun, terbitan sekuriti hutangdisokong aset masih belum meningkat. Selainitu, pindaan telah dibuat ke atas Akta SuruhanjayaSekuriti, bertujuan untuk mewujudkan regimpengawalseliaan yang cekap untuk perolehanmodal yang lebih berkesan dan sejajar denganperkembangan pasaran saham sebagai pusatperolehan dana yang utama untuk syarikat-syarikat tempatan.