You are on page 1of 9

KERTAS KERJA PERTANDINGAN CATUR SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN 2 KAJANG, SELANGOR 2012

PERTANDINGAN CATUR SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN 2 2012

1.0

PENGENALAN Catur merupakan permainan yang dimainkan oleh dua orang individu pada satu masa. Pencatur merupakan orang yang bermainkan catur baik dalam pertandingan satu lawan satu atau satu melawan banyak dalam keadaan tidak formal. Terdapat dua warna yang membezakan biji catur iaitu hitam dan putih. Perkataan catur diambil daripada bahasa Sanskerta yngbererti empat. Antara kebaikan catur ialah permainan yang melibatkan pengiraan nombor sehingga infiniti. Iaitu sebarang pengiraan melibatkan dari awal permainan dan memastikan bagaimana untuk menyerang serta bertahan. Ianya secara tidak langsung mampu merangsang minda seseorang pemain. Catur juga menjadi inspirasi kepada motivasi diri sendiri di mana ia menggalakkan individu mencari jalan yang terbik sehinggalah tamat permainan supaya pemain tidak mengulangi kesilapan yang sama dan mengurus masa untuk berfikir dengan baik. Selain itu permainan catur turut memberi manfaat kepada kehidupan seseorang. Ini kerana, dengan bermain catur mampu mengajar sikap tidak tamak, belajar berkorban, berfikiran terbuka, selain berhati-hati membuat keputusan, bijak menguruskan masa dan teliti. Kesemua elemen ini mampu membentuk sikap yang positif ke arah pembangunan modal insan yang cemerlang di masa hadapan.

2.0

RASIONAL 2.1 Memberi peluang kepada murid mempelajari teknik permainan catur dengan betul. 2.2 Mencungkil bakat murid-murid dalam permainan catur bagi mewakili sekolah pada peringkat yang lebih tinggi. 2.3 Menggalakkan kerjasama di antara murid dan juga antara ahli dalam pasukan mereka. 2.4 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugasan. 2.5 Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan dalam pasukan. 2.6 Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi. 2.7 Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru dan murid-murid yang terlibat dalam menjakan program. 3.2 Menimbulkan kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan dan kebaikan permainan catur. 3.3 Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan. 3.4 Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.

4.0

TEMPAT Pusat Sumber SK Saujana Impian 2, Persiaran Perdana, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

5.0

CADANGAN TARIKH 3 Ogos 2012 ( Jumaat) 8.00 pagi 12.30 tengah hari.

6.0

SASARAN / PESERTA 6.1 Semua murid Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2.

7.0

TENTATIF PROGRAM

01/08/2012 (Rabu)

Masa 8.00 pagi

Aktiviti

Taklimat tingkas kepada semua murid yang terlibat. 8.15 pagi Permainan bermula ( Perlawanan pertama hingga perlawanan terakhir ) ( Secara liga ) 11.40 pagi Rehat murid 12.00 tengah hari Perlawanan suku akhir dan akhir Penyampaian hadiah dijalankan pada hari Isnin akan datang semasa waktu perhimpunan sekolah.

8.0

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN CATUR SEKOLAH SAUJANA IMPIAN 2 KAJANG SELANGOR

PENGERUSI

TUAN HAJI ABD SHUKOR BIN HAJI UJANG ( GURU BESAR )

TIMBALAN PENGERUSI

PN. ROHADAH BT YAZID ( GPK PENTADBIRAN & KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI

PN. HAJAH NORIDAH BT SURIF ( GPK HAL EHWAL MURID )

NAIB PENGERUSI

PN. NORMADIAH BT ISHAK ( GPK KOKURIKULUM )

PENASIHAT

PN. RASHIDAH BT M.C SHAIK FAREED EN. YUSRI AMRI B. BAHASA

AJK

MOHAMAD FAHRUDDIN BIN MOHD FAZAIN ABDUL HADI BIN KHALID NIK MOHD MUHAZMEE BIN NIK MUSTAPHA MOHAMMAD SAIFUL AZWA BIN JUSUH

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan adalah seperti yang berikut:


6

BIL

JENIS

HARGA PER UNIT/HARI

BUTIRAN

JUMLAH

1.

Hadiah

RM 340 Sagu hati Hamper

Rujuk Lampiran A

RM 340

2.

Alat tulis

RM 60

RM 60

JUMLAH KESELURUHAN

RM 400.00

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(FARAHHANIS BINTI MOHAMMAD BADRUDIN)

(PN RASHIDAH BT M.C. SHAIK FAREED) Penasihat Kelab Catur,

Guru Pelatih Praktikum, SK Saujana Impian 2, Kajang

SK Saujana Impian 2, Kajang.

Disahkan oleh :

(PN. NORMADIAH BT ISHAK ) GPK Ko Kurikulum, SK Saujana Impian 2, Kajang.

LAMPIRAN A HADIAH 8

Carta

Tempat

Harga Hadiah

Lelaki tahap 1

1 hingga 3 4 hingga10

RM 6.50 RM 3.50

Lelaki tahap 2

1 hingga 3 4 hingga 10

RM 6.50 RM 3.50

Perempuan

1 hingga 3 4 hingga 10

RM 6.50 RM 3.50

Jumlah keseluruhan

RM 132.00

You might also like