• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) Kesal Kenyataan Kesatuan GuruKesal Kenyataan Kesatuan Guru
Kenyataan Media Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)31 Disember 2008
PLM
kesal dan dukacita apabila pimpinan kesatuan gurusendiri kelihatan kabur atau keliru dengan isu PPSMI iniapabila menyokong hanya untuk kembali di peringkatsekolah rendah dan tidak sedar bahawa di peringkatmenengah dan peringkat lebih tinggi mata pelajaranberunsur sains dan teknologi lebih banyak tersedia“untuk menghancurkan” bahasa Melayu, bahasakebangsaan dan bahasa penghantar utama negara inisebagai bahasa sains dan teknologi.Sepatutnya pimpinan kesatuan lebih bijak danberani untuk mempertahankan bahasa kebangsaannegara ini (bukannya mempertahankan bahasa negaralain) sebagai bahasa sains dan teknologi seperti statussebelum tahun 2003.
Kabur rupanya pandangan mereka
. Tidakkahmereka sedar bahawa semasa berubah kepada PPSMIdahulu, bukan dua mata pelajaran di sekolah rendahsahaja ditukar ke bahasa Inggeris tetapi dua matapelajaran di sekolah rendah (Sains dan Matematik), lebihdaripada lima mata pelajaran di sekolah menengah(matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, biologidan sebenarnya berpuluh-puluh lagi mata pelajaran
1
 
berunsur sains dan teknikal) dan jika diteliti, beratus-ratus malah menjangkau beribu mata pelajaran danratusan fakulti di dua puluh universiti awam negara ini.Bahasa Melayu telah hancur dan secara serta-merta. Pelajarnya hancur beransur-ansur.Pimpinan kesatuan dan ahli yang bijak pandaisepatutnya sedar tentang “kehancuran” tersebut danperbezaan antara keperluan dan usaha untuk menguasaibahasa Inggeris khususnya dengan usaha untukmemandaikan dan menyebar ilmu sains dan teknologikepada rakyat terbanyak dengan bahasa kebangsaannegara ini yang lebih dikuasai dan dihayati oleh rakyatterbanyak semua bangsa di seluruh negara, bandar,desa dan pedalaman.Malah pelajar berbangsa Cina dan India banyakyang cemerlang di sekolah dan universiti selama kira-kira 30 tahun sebelum PPSMI dahulu (1970-2002).Tertutupkah mata hati tuan-tuan dengan kajian-kajian yang lebih “jujur” yang antaranya oleh mantanTimbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia(TKPPM) sendiri di samping pandangan para pemimpindan pakar pendidikan. Mereka termasuklah tokoh sepertimantan Menteri Pendidikan Tun Haji Abdul RahmanYa'kub, dua orang mantan Ketua Pengarah DewanBahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr. Hassan Ahmaddan Dato' A. Aziz Deraman, mantan Pengerusi LembagaPengelola DBP Dato' Haji Abd. Rahim Bakar, dua orang
2
 
mantan Timbalan Ketua Pengarah DBP Dato'Baharuddin Zainal dan Dato' Dr. Nik Safiah Karim,mantan Naib Canselor UTM Tan Sri Ainuddin Wahid,mantan Naib Canselor UM Prof. Diraja Ungku Aziz,mantan Pengerusi Bernama Prof. Dato' Abu Bakar Hamid, dan mantan Pengarah Jabatan Bahasa DBPProf. Dr. Haji Awang Sariyan.Dalam senarai ini termasuk juga para profesor,iaitu Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Prof. Dr.Shahrir Mohammad Zain, Pakar Fizik Prof. Mohd. Yusoff Othman.Malah beberapa mantan Ketua PengarahPelajaran Malaysia (KPPM) dan Timbalan KPPM sendiri(Dato' Dr. Shukur, Dato' Omar Hashim, Dato' Abdul Raof Husain dan lain-lain) dan mantan Ketua SetiausahaNegara Tun Ahmad Sarji yang mempengerusikan “4meja bulat” turut menolak PPSMI.Ribuan pendidik di sekolah rendah dan menengahyang juga sebenarnya menolak walaupun secara “diam”.Tanyalah mereka selepas lama beramah mesra, bukan jumpa sahaja terus bertanya.Sebenarnya berbincang isu PPSMI ini dan mejabulat ini umpama perbincangan “Penyamun Tarbus”dalam filem P. Ramlee sama ada mahu terus merompakatau tidak.Tak perlu berbincang sebenarnya. Berhentisahaja merompak keranamerompak itu menyalahiundang-undang. 
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...