sistem mentor dari persepsi mentor, guru kelas dan mentee
merumuskan bahawa sistemmentor merupakan suatu model , pengembang bakat, pembuka jalan, pelindung, penajadan pembina sikap kepimpinan.
2.0KEPELBAGAIAN SKOP SISTEM MENTORAN
Abdul Aziz Kidam (1988) menyatakan sistem mentoran sebagai hubungan diantara seorang pensyarah yang dianggap sebagai seorang guru berpengalaman yangdilantik sebagai mentor menggunakan kebijaksanaanya menolong sekumpulan guru-guru pelatih yang merupakan guru-guru pelatih di sekolah. Dalam konteks ini ia merupakansatu amalan di maktab-maktab perguruan dalam proses membentuk personaliti guru dankemahiran mengajar guru-guru pelatih di maktab-maktab perguruan di Malaysia. Guru-guru pelatih di maktab perguruan merupakan protege atau mentee yang akan dibimbingoleh pensyarah-pensyarah maktab terutama sewaktu latihan praktikum yang dijalankansebagai satu syarat wajib dalam pemberian diploma yang dianugerahkan oleh maktab-maktab perguruan. Nur Aini Yaman (1989) melihat sistem mentoran ini sebagai satu sistem tutorial .Dalam konteks ini mentornya ialah guru-guru di sekolah dan mentee atau protegenyaialah pelajar-pelajar sekolah. Guru-guru ini membimbing pelajar-pelajar yang kadang-kadang dikenali dalam bahasa yang mudah sebagai “anak angkat”. Segala aspek pembelajaran pelajar ini diambil perhatian oleh mentor atau “ibu bapa angkat” . Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru-guru ini dalam proses mentor-mentee di antara guru danmurid ini yang fokus utamanya membimbing, memberi semangat dan mendorong pelajar- pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Programmentor-mentee seperti ini telah banyak menghasilkan kejayaan di beberapa buah sekolahdi Malaysia. Komitmen merupakan kunci kepada kejayaan sistem mentor-mentee sepertiini kerana terdapat guru-guru yang bersedia menjalankan proses mentor-mentee ini diluar waktu persekolahan terutamanya apabila program mentor mentee ini dijalankan diluar bandar. Komitmen guru-guru ini terbina apabila melihat murid-murid tadi berlatar- belakangkan status sosio-ekonomi yang rendah.2
Leave a Comment