You are on page 1of 16

VISI

Sekolah unggul penjana generasi terbilang.

MISI
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.

KERTAS KERJA : KE ARAH PENGKOMPUTERAN (PENGAUTOMASIAN) PUSAT SUMBER SEKOLAH SK RKT SRI LEDANG oleh; PN.SITI ROSNAH BT SELAMAT Guru Perpustakaan dan Media

Pendahuluan Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK RKT Sri Ledang telah diwujudkan sejak sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri. Kini PSS memainkan beberapa peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Matlamat Matlamat utama pengautomasian PSS adalah untuk menaikkan taraf PSS sekolah tradisional kepada Pusat Sumber Berelektronik supaya dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai kecemerlangan di

sekolah.

Objektif Objektif pengautomasian PSS adalah untuk: 1. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan organisasi bahan PSS dari segi perolehan bahan, pengkatalogan, sirkulasi dan perkhidmatan pengguna. 2. Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan pengurusan PSS dari aspek pengurusan sumber manusia, pembangunan prasarana, perkakasan dan peralatan. 3. Menggalakkan perkembangan literasi komputer dan teknologi maklumat di kalangan kakitangan sekolah dan warga sekolah. 4. Memudahkan urusan mengakses maklumat atau data koleksi PSS. 5. Memudahkan pengurusan analisis data dan penilaian PSS. Rasional Masalah utama sistem manual semasa ialah pengkatalogan. Sebelum proses pengkatalogan, PSS perlu menghadapi masalah pengemaskinian buku rekod perolehan buku dan bahan bukan buku. Banyak borang dan butir-butir terpaksa dicatat dalam buku-buku tersebut. Selain itu, terdapat masalah hinggakan dalam pengkatalogan buku-buku dan bahan bantu mengajar. Ini kerana proses pengkatalogan buku dan bahan bantu mengajar mengambil masa dan tenaga kerja yang banyak. Misalnya, nombor panggilan untuk setiap buku terpaksa ditentukan dengan menggunakan sistem pengelasan Perpuluhan Dewey. Selain itu, butir3

butir bibliografi termasuk trasing perlu dicatat dalam satu slip kerja. Seterusnya, kad-kad katalog akan ditaip. Selain itu, satu kad senarai rak juga perlu disediakan untuk setiap judul. Semua kad katalog yang telah disediakan akan disusun mengikut abjad dalam satu kabinet secara terpisah. Tambahan pula, guru-guru PSS terpaksa mengajar di kelas dan tidak dapat menyelesaikan tunggakan buku-buku pada masa yang ditetapkan. Ekoran daripada tunggakan itu, pengguna-pengguna PSS tidak mendapat mengesan dengan cepat dan tepat koleksi PSS. Selain itu, wujud masalah sirkulasi dimana peminjam yang lambat memulangkan buku tidak diingatkan dengan cepat kerana kerja mengenalpasti mereka mengambil masa dan proses peringatan agak rumit dilakukan sama ada secara bertulis atau lisan. Tambahan pula, ada peminjam yang memberi alasan bahawa buku pinjaman mereka telah dipulangkan tetapi tidak tercatat. Memandangkan wujudnya pelbagai masalah dalam pengurusan PSS adalah wajar diautomasikan PSS demi kebaikan semua pihak supaya PSS dapat memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai pusat maklumat untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Jawatankuasa

Penasihat Pengerusi

En Abdul Ghafar b Hj Kassim Guru Besar Tn.Hj Ismail b Abd Hamid Penolong Kanan Kurikulum Pn.Hjh Maznah bt hj.Ali Othman Penolong Kanan HEM Pn. Helen Murni bt Sulaiman Penolong Kanan Kokurikulum

Pengurus Program/

Siti Rosnah binti Selamat Guru Perpustakaan dan Media (Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) Pn. Norzamrina bt Sapiai

Setiausaha

Guru perpustakaan. Semua Ketua Panitia

Ahli Jawatankuasa

Kumpulan Sasaran Semua pengguna perpustakaan sekolah, iaitu staf dan pelajar-pelajar. Strategi Beberapa persediaan adalah perlu dalam perancangan pengkomputeran perpustakaan. perlantikan Persediaan ini merangkumi persediaan peruntukan kakitangan, kewangan, penyediaan
5

penyelaras

projek,

tempat dan perhatian dan tindakan terhadap rekod-rekod perpustakaan. i.Kewangan Persediaan utama dan terpenting dalam projek pengkomputeraan perpustakaan ialah kewangan. Selain daripada peruntukan kewangan untuk memperolehi sistem komputer asas, peruntukan kewangan lain juga perlu disediakan untuk membiayai kos-kos lain seperti: kos permulaan retrospektif, kos penyenggaraan, pemasangan kabel eletrik, peralatan sampingan dan perabot, pita magnetik, kabel kod palang, alat pembaca label kod palang dan sebagainya. Pemerolehan sistem komputer bukanlah merupakan pembelian satu kali, bahkan melibatkan perbelanjaan dari masa ke semasa. ii. Penyelaras Projek Perkara kedua yang dianggap penting ialah menyediakan kakitangan. Sama ada sesuatu perpustakaan itu merancang untuk melaksanakan sistem yang kecil atau yang besar adalah mustahak untuk melantik seorang penyelaras projek sepenuh masa. Beliau perlu memberi sepenuh perhatian kepada beberapa fasa projek dan beliaulah yang mengambil perhatian terhadap perkara-perkara bersangkutan dengan pentadbiran dan teknikal, memastikan aktiviti-aktiviti mengikut jadual dan seterusnya bertanggungjawab untuk melatih kakitangan kelak.

iii. Persediaan Guru


6

Sistem perpustakaan berkomputer melibatkan pembelian dalam prosesproses dan perjalanan kerja dan sudah semestinya memberi kesan kepada kakitangan. Dari itu persediaan terhadap kakitangan harus diambilkira. Semua kakitangan hendaklah dimaklumkan tentang rancangan pengkomputeran dan memberi kesedaran mengenai apa yang akan berlaku. Mereka juga harus diberitahu bagaimana sistem baru ini akan memberi kesan kepada perjalanan kerja di perpustakaan dan bagaimana hubungannya dengan kerja masing-masing. Di samping itu, pendedahan awal terhadap komputer dan pengetahuan asas mengenainya bukan lagi masalah bagi mereka. Menghadiri kursus-kursus pengenalan komputer menjadi satu langkah penting ke arah ini, kerana penghargaan terhadap komputer dan pembiasaan diri dengannya akan membantu kakitangan untuk lebih bersedia dalam menghadapi sistem baru kelak terutamanya Pengawas Pusat Sumber. iv. Penyediaan Tempat Satu aspek yang harus diselesaikan sebelum sistem perpustakaan dipasang dan dilaksanakan ialah penyediaan tempat. Aspek ini meliputi:

Kemudahan hubungan dalam talian dan Ruang kerja

v. Rekod-Rekod Perpustakaan Beberapa persedian boleh dibuat terhadap rekod-rekod perpustakaan yang terlibat secara langsung dalam projek komputer. Rekod-rekod yang dimaksudkan meliputi rekod pembekalan, peruntukan, kewangan, terbitan bersiri, katalog, butiran nashkah dan pengguna. Keterangan Projek Perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan telah bertambah
7

dengan pantas seiring dengan perkembangan teknologi. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan dari segi saiz dan kerumitan operasi perpustakaan. Lantaran itu kebanyakan pengurus perpustakaan memerlukan sistem yang efektif untuk mendapatkan maklumat tambahan. Pengurusan yang berkesan adalah dari maklumat yang baik, dalam ertikata pengurusan sebagai fungsi interpretasi maklumat untuk membuat keputusan. Oleh itu sistem automasi (menggunakan komputer) bukan sahaja berkeupayaan menguruskan data harian tetapi juga berkeupayaan mengurus dan memberikan maklumat kepada pihak pengurusan. Pengautomasian PSS ialah penggunaan komputer untuk melaksanakan operasi-operasi asas pemprosesan bahan-bahan koleksi seperti perolehan dan pengkatalogan serta fungsi sirkulasi bahan-bahan yang sebelum ini dikendalikan secara manual oleh kakitangan PSS. Dengan itu, pengautomasian PSS berlaku apabila wujud proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan komputer dengan sumber pengurusan dan pentadbiran PSS. Proses ini kemudiannya akan melibatkan pengintegrasian teknologi maklumat dengan sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar sekolah ke arah pusat sumber berelektronik yang semestinya dapat meningkatkan kecemerlangan dan mutu pendidikan di sekolah. Jadual Pelaksanaan Awal Mei 2012 Pengautomasian PSS dijangka mengambil tempoh 1 tahun , berikutan jumlah koleksi buku yang terdapat pada masa kini lebih 5000 buah buku fiksyen dan bukan fiksyen. Manakala jumlah ABM juga banyak dalam simpanan yang kurang sistematik. Bahan / Sumber Yang Diperlukan
8

Sebuah PC Pentium 4, 2.80 GHz, sekurang-kurangnya 20 GB ruang hard disk dan 256 XP: MB RAM, Windows

Pencetak Perisian Sistem Automasi USB wifi dogger. PSS.

Kewangan Menggunakan peruntukan PSS. Memohon peruntukan daripada PIBG sekolah. Sumbangan peribadi.

Perbelanjaan.
1. 2. 3. 4.

1 set komputer Pencetak Canon USB Wifi Dogger Ps-SENTRAL System ( Automasi Pusat Sumber ) JUMLAH

= RM 1700.00 = RM 400.00 = RM 150.00 = RM 750.00 = RM 3000.00

Pengenalan sistem Automasi yang dipilih. Nama sistem : ps-SENTRAL System (Automasi Pusat Sumber)

Nama syarikat : BIOS ONE SDN BHD 579 Jalan Nusari Bayu 2/5, Taman Nusari Bayu 1, Bandar
9

Seri Sendayan, 71900 Seremban, Negeri Sembilan. Tel:06-7752985 / 03-91715575 Faks:03-91711984 Email: sale@biosone.tarantula.my Website: http://btp.tarantula.my Kelebihan sistem ps-SENTRAL ( Automasi Pusat Sumber ): Antara kelebihan melanggan system automasi ps-SENTRAL adalah:5.Data selamat dan dijaga dengan rapi oleh kami. Proses backup adalah realtime. Tidak perlu risau PC rosak atau kena serangan virus kerana data pss anda disimpan di server tarantula. 6.Tidak memerlukan peralatan yang mahal. PC/Notebook, printer sediada di sekolah sudah memadai asalkan boleh membuat capaian internet.
7. Khidmat sokongan 24x7. Termasuk hari cuti, siang dan malam. Jika ada

pertukaran GPM hanya perlu inform kami dan kami akan hubungi GPM yang baru untuk sesi latihan semula.
8. Menjimatkan kos. Kad ahli boleh cetak sendiri. Pilih format-format

yang telah disediakan atau upload rekabentuk kad pss. Cetak kad ahli ke mana-mana printer yang ada di sekolah anda. Kos cetak kad sendiri kurang daripada RM0.20 per ahli. Boleh caj kad keahlian kepada pelajar. Kebanyakan sekolah mengenakan caj RM2.50-RM3.00 kepada pelajar. Jualan kad pss boleh menambah tabung pss.
9. Label barcode dan tulang hanya perlu dicetak menggunakan printer

yang ada di sekolah di atas kertas sticker yang dibekalkan dan ditampal pada bahan/buku. Proses teknik melabel bahan menjadi mudah, jimat dan seragam. 10. Perkongsian bahan dengan pss lain di seluruh Malaysa. Pengkatalogan jadi mudah dan cepat. Hanya perlu scan ISBN(atau masukkan judul bahan jika tiada ISBN), salin dan simpan. Semudah ABC. 11. Tidak perlu isi rekod perolehan manual dan isi slip kerja manual.
10

Hanya cetak rekod perolehan dan slip kerja daripada system. 12.
13.

Analisi bahan disediakan. Peminjaman/pemulangan buku oleh pelajar akan kemaskini rekod Murid i-NILAM secara automatic menjadi ahli ps-SENTRAL. Jumlah koleksi ditentukan secara automatik dan nisbah buku Denda lewat pulang dikira secara automatik. Boleh rekod bayaran Jumlah koleksi boleh direkodkan tidak terhad. Jumlah pengguna

bacaan i-NILAM secara automatik. 14. 15. 16. 17.

terhadap murid dalam iQ-PSS dikira secara automatic. denda atau hapuskira/kurangkan bayaran dan cetak resit bayaran. sistem juga tidak terhad. Boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. 18.
19.

Disediakan Pengkelasan DEWEY secara online. Berasaskan piawai Pusat Sumber Malaysia. Dibangunkan dengan Free upgrade lebih banyak fungsi akan diperkenalkan seperti Free conversion daripada sistem lama ke ps-SENTRAL.

kerjasama BTP dan diperakui oleh BTP.


20.

pengurusan kewangan pss. 21.

11

12

13

Penutup Dengan wujudnya sistem automasi di perpustakaan maka segala urusan pentadbiran dan juga urusan perkhidmatan kepada pengguna diharap dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Beban kerja yang ditanggung oleh kakitangan perpustakaan di dalam sistem manual dapat dikurangkan dan kerja-kerja pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan sistematik. Diharap juga sistem ini mendapat persetujuan dan sokongan daripada semua pihak pentadbiran dan juga warga sekolah. Semoga sistem ini
14

juga dapat menarik minat semua murid untuk membina budaya membaca seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih sistematik dan kondusif.

Disediakan oleh: . (PN SITI ROSNAH BT SELAMAT ) Guru Penyelaras Media.


15

Disemak oleh; .............................................................. ( TN.HJ ISMAIL B. ABD HAMID ) Guru Penolong Kanan 1, Disahkan oleh ; .............................................................. ( EN.ABD GHAFAR BIN HJ.KASIM ) Guru Besar, SK RKT Sri Ledang.

16

You might also like