You are on page 1of 6

PBS PSV TINGKATAN 1

Ilustrasi di atas ialah hirearki band yang semua guru harus fahami.. 1 ialah aras tahap pencapaian pelajar paling rendah.. dan 6 adalah aras pencapaian pelajar paling tinggi. Melihat dari ilustrasi di atas wujud tulisan TAHU, FAHAM dan BOLEH BUAT. Dari band 1 hingga band 6. perkataan tahu itu wujud dalam aras pencapaian murid.. FAHAM mula wujud pada band 2 dan boleh buat mula wujud pada band 3. Sila lihat saiz kotak kotak tersebut.. dari band 1 hingga band 6, TAHU itu saiz nya makin meninggi dan melebar.. begitu juga FAHAM dan BOLEH BUAT.. maksud perubahan saiz tersebut ialah semakin meningkat aras band tersebut.. semakin menguasailah pelajar kita . Harap penerangan ringkas saya ini difahami oleh kengkawan semua. Ok.. sekarang ini mari lihat grafik ke dua

Ok .. dalam ilustrasi di atas pula menerangkan kepada kita Asas Seni Reka ( ASR) di taksir bermula dari Band 1 hinggalah ke band 6. Pentaksiran kepada ASR tidak berhenti hanya pada band 1 dan 2 sahaja.. tetapi ia terus di taksir sehinggalah band 6. Pada Band 1 dan 2, ASR diuji hanya untuk melihat pengetahuan ( kognitif) sahaja.. tetapi bermula pada band 3 hingga 6, ASR itu diuji dengan melihat bagaimana ASR itu di aplikasikan dalam penghasilan karya.. serta nilai tambah lain iaitu aprisiasi seni dan nilai yang di taksir. Selepas kita memahami grafik di atas barulah kita boleh membina instrumen PBS seni. Sebelum membina instrumen ini kita mesti meneliti dan memahami Dokumen Standard terlebih dahulu. Jika kita tidak memahami kehendak standard, maka kita akan susah membinanya. PERLU DIINGATKAN DISINI.. DALAM PROSES PEMBELAJARAN SENI.. KITA BOLEH TANYA APA SAHAJA YANG BERKAITAN SENI.. DARI A SAMPAI Z..MENGIKUT HURAIAN DAN SUKATAN M/PELAJARAN SENI TING 1, 2 ATAU 3.. TETAPI UNTUK PENTAKSIRAN.. INSTRUMEN YANG KITA BINA HENDAKLAH BERSANDARKAN DOKUMEN STANDARD PSV TING 1, 2 ATAU 3. Jika rakan-rakan membaca tulisan sy sebelumnya mengenai bagaimana instrumen itu dicantumkan.. maka rakan rakan akan mudah fahammm.. ok.. kalau tak ingat.. .klik sini dan baca semula.. malas nak tulis semula.. panjang.. ihiksss..... Sy mengharapkan rakan rakan faham mengenai penerangan sy diatas tadi sebelum kita berbicara dengan lebih terperinci mengenai bagaimana membina instrumen.. Beberapa perkara yang perlu di patuhi sewaktu membina eviden ialah : 1. Memahami sukatan pelajaran 2. Memahami huraian sukatan mata pelajaran seni.. ( ikut le tingkatan mana yang nak dibuat instrumen tu) 3. Memahami Dokumen Standard.. ( Pernyataan Standard, deskriptor dan paling penting.. eviden) 4. Mencari dan meneliti dan menaakul kata kunci dalam DSP tersebut.. 5. Elakkan membina instrumen yang boleh dipertikaikan kesahannya ( authentic) dengan mudah.. Sy terangkan disini supaya rakan rakan mudah faham contoh soalan yang boleh

dipertikaikan kesahannya.. contoh : Antara berikut yang manakah merupakan jalinan tampak? A Kucing B Buaya C Ikan D Tembikai Ok.. sy terangkan kenapa soalan ini boleh dipertikaikan kesahan nya.. 1. Pelajar mungkin teka 2. Pelajar baling dadu nak dapatkan jawapan.. hehhehhehe Tapi rakan rakan semua.. instrumen ini bukanlah salah.. betul... tetapi adakala ia diragui kesahannya. Jika rakan-rakan meragui kesahannya.. rakan rakan dikehendaki membuat soalan lain.. Andaikata rakan-rakan pasti bahawa instrumen ini tidak diragui kesahan nya.. pelajar cikgu tidak meneka.. main dadu.. maka ia bolehlah diguna pakai.. ok.. ada clear ke tarak.. sama juga dengan soalan suai padan... hehhehhee.. Ok.. mari kita bina instrumen band 1 dan band 2 sahaja.. sebab untuk seni.. soalan band 1 dan band 2 sahaja yang agak susah dibina.. walaupun sebenarnya idak la susah pun.. cuma idak paham nak bina.. Perkara pertama.. lihat penyataan standard, deskriptor dan kehendak band 1 dan 2..

Band 1
B1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka

B1D1 Menyatakan dan mengenalpasti fungsi unsur seni dalam asas seni reka B1D1E1 Menyatakan fungsi unsur seni garisan rupa

bentuk jalinan ruang warna B1D2 Menyatakan dan mengenalpasti prinsip rekaan dalam asas seni reka B1D2E2 Menyatakan fungsi prinsip rekaan

Kontra Harmoni Penegasan Imbangan Irama dan pergerakan Kepelbagaian dan kesatuan

Lihat perkataan yang saya warnakan.. perkataan tersebut ialah kata kunci untuk kita menghasilkan instrumen. Dalam Band 1 ini, guru dikehendaki membuat pentaksiran kepada tahap penguasaan pelajar dalam ASR. Apakah kehendak band 1 ini? kehendaknya hanya mahu mengetahui sama ada pelajar mengenali dan mengetahui ASR. Bagaimana untuk membuktikan pelajar mengetahui ASR tersebut? Evidennya hanya mahukan pelajar menyatakan fungsi ASR. Apa yang dimaksudkan menyatakan? Mengikut kamus DBP menyatakan Bersinonim dengan terang:jelas, ketara, izhar, jali, jaleh, .
Maknanya ialahmenerangkan.. menjelaskan... Ada paham ka.. tarak paham??? hehhehe hope ada paham... ( pergh.. panjang berjela aku terangkan.. sebab nak kasi paham.. )

Dah terangkan ni.. adakah rakan rakan paham.. apa kehendak eviden 1 tu... hehehe.. sy jelaskan semula.. kehendakknya ialah pelajar boleh menerangkan/menjelaskan/menyatakan FUNGSI semua ASR tu.. tak boleh pilih pilih ok.. kengkawan.. bukan pilih.. tapi SEMUA.... Macam mana nak buat instrumen supaya eviden pelajar menepati kehendak menerangkan tu?? ok.. letsss go to de zoo .. hehee. Dalam kehendak eviden ini ada macam macam instrumen boleh kita gunakan.. boleh guna lisan, boleh guna

kertas dan pensil, boleh buat games, boleh buat silang kata, dan boleh buat apa saja jenis instrumen asalkan ia bersesuaian dengan pelajar kita. Sy beri contoh instrumen:

1. Apakah unsur / prinsip seni yang terdapat didalam gambar di atas? 2. Apakah fungsi unsur seni /prinsip rekaan berdasarkan gambar di atas? ( instrumen seperti ini boleh dilakukan secara lisan dan juga bertulis. Kalau cara lisan.. tunjukkan gambar melalui pancaran LCD. kalau ada.. kalau tak der pandai pandai le cikgu hehhehe.. print kasi besar ke.. atau apa jek la.. kan cikgu seni ni kreatif.. ) Jika di lihat dalam gambar di atas terdapat beberapa unsur seni/prinsip rekaan yang wujud. Bentuk, kontra, jalinan, pengulangan... apa lagi.. hehe cari le ek.. Maknanya dalam satu instrumen ini, akan memberi eviden kepada beberapa perkara ASR.. Buatlah senarai semak.. mana mana eviden yang telah tercapai melalui satu instrumen ni .. boleh la di tanda.. kan kan kan.. ada paham.. ka talak paham.. hope paham... hehehe ( taip dalam keadaan kepala tak berapa nak sihat.. peningg.. huhuhu ) Jika instrumen ini boleh diguna pakai untuk semua kelas yang kita ajar.. maka tidak akan jadi masalah la kepada kita untuk buat instrumen lain.. tapi jika rakan rakan mengajar seni di kelas yang berbeza tahapnya.. contohnya kelas A.. ( terpilih.. bijak pandai.. heheh streaming punya pelajar.. ) dan kelas Z.. pelajar nya kurang bijak.. maka.. adakah instrumen di atas sesuai untuk pelajar Z?? jika tidak sesuai.. rakan rakan boleh bina instrumen lain.. bukan instrumen itu mudah.. salah.. kalau kita mudahkan instrumen..tapi kita pelbagaikan instrumen tersebut sesuai dengan cara pemikiran anak anak murid yang akan kurang bijak nye.. contohnya tak boleh baca...

Maksud sy di sini ialah.. kehendak EViden tetap sama.. dalam DSP masih mengkehendaki pelajar mengetahui FUNGSI ASR.. maka. kelas A ke.. kelas Z ke.. mestilah pelajarnya ditaksir mengikut kehendak yang sama .. cuma berbeza cara instrumennya.. Saya bagi contoh.: Kelas A.. boleh menggunakan instrumen menuliss.. jika kita gunakan soalan seperti di atas.. tetapi kelas Z.. kita hanya perlu menggunakan instrumen lisan.. tu jek bezanya.. kan kan mudah.... Siapa yang pernah pergi penataran PBS ting 2, zon tengah, sy ada menerangkan tentang kepelbagaian instrumen tetapi kehendak dalam DSP tetap sama tercapainya.. hehhe yang sy masih ingat ialah bila sy bagi contoh Bagaiman cara cikgu cikgu untuk hadir ke Hotel Grand COntinental Kuala Lumpur.. sebab masa tu ramai cikgu sesat.. Penerangan saya mudah.. Eviden cikgu untuk hadir kursus ialah dengan menghadirkan diri ke hotel Grand Continental Kuala Lumpur.. Tapi apakah instrumen yang harus cikgu gunakan untuk hadir.. ? sy beri contoh... ada guru dari pengkalan hulu. nak hadir ke Hotel guna GPS.. ada guru sesat.. cari jalan tak jumpa.. jumpa polis trafik.. mintak polis trafik tolong tunjukkan jalan.. dan akhirnya sampai juga ke hotel.. ada guru naik flight.. lepas tu naik teksi.. sampai juga.. ada guru naik bas.. dan sampai juga.. maknanya di sini.. ada macam macam cara untuk sampai ke Grand Cont.. cepat atau lambat.. tapi cikgu tetap sampai.. begitu jugak dengan pembinaan instrumen.. hehhehehe. adeh.. ok tak rakanrakan.. ada paham.. CLEar tak?? tak clear gak.. adeh.. jgn la gitu.. banyak makan semut la ni.. Ok kengkawan sy stop dulu sampai sini/ nanti sy sambung.. sebab kepala ku sudah nyut nyut,, esok sy sambung ekkk.. InsyaAllah...

You might also like