Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
8Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sulatus sulatin

Sulatus sulatin

Ratings:

4.0

(6)
|Views: 5,583|Likes:
Published by Yahustazi Bin Chik
I just downloaded it from UM websites..then why don't i shared it here.
I just downloaded it from UM websites..then why don't i shared it here.

More info:

Published by: Yahustazi Bin Chik on Feb 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See More
See less

12/20/2012

 
 
PENGANTAR
SULALATUS SALATIN 
adalah judul asal
Sejarah Melayu
. Dan judul asal inilah yangdigunakan untuk versi terbaru ini. Sepanjang yang diketahui versi ini telah menunjukkanbeberapa kelainan yang jelas dan ia lebih mendekati karya asal sekiranya dibandingkandengan versi-versi yang sedia ada iaitu Shellabear, Abdullah Munshi dan Winstedt RafflesMss. No. 18.Penghargaan sewajamyalah diberikan kepada Encik A. Samad Ahmad yang telahmelakukan satu kajian yang khusus dan teliti bagi menyediakan versi ini. Siapa saja sudahpasti akan dapat merasakan betapa sukamya untuk membuat kajian bagi sesebuah karya yanglama seperti
Sulalatus Salatin
ini. Ia menuntut satu gabungan usaha yang sulit dan rumit,selain menghendaki ketelitian dan ketekunan yang tidak jemu-jemu. Inilah yang telahdilakukan oleh penyelenggara buku ini sewaktu beliau menjadi Penulis Tamu di DewanBahasadan Pustaka dalam tahun 1978. Latar belakang hidupnya banyak mendorong beliaumengeTerigahkan semula cerita-cerita lama kepada masyarakat han ini. Sejak kecilnya lagibeliau telah mula berminat membaca hikayat-hikayat lama sehingga beliau mengenali banyak  jenis karya tersebut. Minatnya yang begitu mendalam kepada karya jenis itulah yangmemungkinkan terhasilnya
Sulalatus Salatin
ini di samping beberapa buah yang lain seperti
 Batu Belah Batu Bertangkup , Nakhoda Teriggang, Singapura Dilanggar Todak, LaksamanaTun Tuah, Dosaku, Zaman Gerhana
dan lain-lain. Di samping sebagai seorang penulis, Encik A. Samad Ahmad juga adalah seorang wartawan dan pejuang politik di peringkat awalkebangkitanv
 
 nasionalisme di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar
 Majlis
, sebuahakhbar yang berpengaruh di perTerigahan tahun 40-an dan awal tahun 50-an dan juga salahseorang tokoh Kesatuan Melayu Muda KMM yang bergerak bersama-sama Ibrahlm HajiYaakub, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan lain-lain. Kegiatan-kegiatannyainilah yang banyak memberinya semangat menghasilkan semula karya-karya lama dalamusaha mengembalikan kedudukan bangsa Melayu ke tempatnya yang sebenar.Pada keseluruhannya,
Sulalatus Salatin
versi ini masih mempunyai persamaan asasdengan versi yang sedia ada. Bagaimanapun terdapat juga beberapa perbezaan yang menonjolyang rasanya tidaklah perlu diperjelaskan di sini kerana semuanya telah diSerituh olehpenyelenggara buku ini dengan panjang lebar dalam bahagian "Prolog" dan "Epilog". Dalamkedua bahagian ini beliau telah membuat kajian dengan mendalam dan juga memberikanbeberapa contoh kesilapan yang dilakukan oleh para pengedit versi
Sejarah Melayu
sebelumini, terutamanya Teritang kesilapan mentranskripsikan ejaan jawi yang menyebabkanpengertian dan maknanya berubah. Hal ini mungkin juga disebabkan para pengedit yangterdiri dari sarjana-sarjana Barat ini kurang mendalam pengetahuan mereka dalam bahasaMelayu di samping kemungkinan didorong oleh sebab-sebab politik penjajah sebagaimanakita sekarang sebagai satu bangsa yang merdeka dan berdaulat ingin membuat tafsiran sejarahdari kepentingan dan kaca mata kita Sendiri.Kami memanglah mengharapkan kajian-kajian yang serupa ini akan terus bertambahdan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Sentiasa menyediakan kemudahan-kemudahannya.Diharap penerbitan
Sulalatus Salatin
ini akan dapat memberi satu pandangan bam dalammenganalisa
Sejarah Melayu
terutamanya kepada para pengkaji dan peminat kesusasteraanMelayu.Jun 1979 Datuk Haji Hassan AhmadKetua PengarahDewan Bahasa dan Pustakavi
 
 
SEKAPUR SIRIH
 Bismillahi'r rahmani'rahlm
DALAM majlis-majlis perbincangan mengenai buku karyi saya Zaman Gerhana, yang telahdiadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 12 Disember1976 dan di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28 Januari 1977, di antarabeberapa persoalan lain, telah juga timbul persoalan mengenai "Siapakah lawan Hang Tuahbertikam, Hang Jebat atau Hang Kasturi?" Hingga ke hari ini masih terdengar-dengar ditelinga saya suara Encik Ismail Ahmad sekarang Haji, melahirkan rasa ragu-ragu dalamperkara itu, seolah-olah beliau menyuarakan keraguan yang selama ini terpendam di dalamhati ramai peminat sastera yang telah membaca dan meneliti
 Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu
dari edisi-edisi yang telah diterbitkan.Sekalipun dalam perbincangan-perbincangan tersebut saya berpeluang menerangkanbahawasaya pernah terbaca sekurang-kurangnya ada dua buah naskhah lama "SulalatusSalatin" tulisan tangan, mengisahkan bahawa lawan Hang Tuah bertikam itu ialah HangJebat, bukannya Hang Kasturi; dan telah juga saya nyatakan di mana adanya naskhah-naskhah tersebut; tetapi sekadar keterangan demikian belumlah rasanya memadai, melainkandengan ada buktinya.Alhamdulillah, dengan terbitnya buku ini maka lahirlah bukti yang dimaksudkan itu,sekurang-kurangnya dapat dijadikan satu penjelasan dalam perkara yang menjadi tanda tanyadan menimbulkan keraguan di kalangan peminat- peminat sastera selama ini. Dan bukansahaja mengenai per-vii

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
abangefran liked this
Rosli Johor liked this
Zul Wafiy liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->