You are on page 1of 3

Mesyuarat Guru Ke -8 GURU SESI PETANG HADIR 1. Pn. Ang Pek See 2. En Mansor bin Othman 3. En.

Mohd Saifulafindi bin Sulaiman 4. En. Norzaini bin Dzulkifli 5. En. Samsudin bin Abd. Majid 6. En. Zulkifli bin Awang 7. Pn Faizah bt. Mat Ripin 8. Pn. Fua Luan Chin 9. Pn. Koid Sok Ping 10. Cik Ng Mau Wei 11. Pn. Noor Liza bt. Mohd Ali 12. Pn. Noor Baizura bt. Bahrum 13. Pn. Noraini bt. Lokma @ Lokman 14. Cik Nurul Shahidaa bt Che Mohd Yusoff 15. Pn. Rosmina bt. Mohd Zuki 16. Pn. Salmiah bt Osman 17. Pn. Saloma bt. Mat Jidin 18. Pn. Siti Nurwani bt. Zakaria 19. Pn. Siveneswary a/p Jaiballan 20. Cik Tan Swee Ying 21. Cik Vijayarani a/p Mooniandy 22. Pn. Wan Rosidah bt. Wan Sulaiman 23. Cik Yeap Luh Miin 24. Pn. Yogeswary a/p Sandra Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu Pn. Wan Rosidah bt. Wan Sulaiman mencadangkan minit mesyuarat guru yang lalu bagi sesi 2012 disahkan dan disokong oleh En. Norzaini bin Dzulkifli. Perkara Berbangkit Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kerjasama semua guru dalam menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 pada 29 September 2012. Pihak sekolah mendapat komen yang membina daripada pihak JPN semasa Lawatan Berkelompok pada 14 September 2012 baru-baru ini. Pengerusi mengingatkan sekali lagi kepada semua guru mengenai larangan membawa ipad atau komputer riba ke dalam kelas selain kegunaan untuk P&P.

PBS: Pengerusi menasihatkan kepada guru-guru yang belum key-in markah di dalam SPPBS diharapkan dapat berbuat demikian dengan segera. Markah PBS mesti diisi sebelum cuti persekolahan penggal bermula. Pengerusi mengingatkan kepada semua guru Tingkatan 1 agar memasukkan markah PBS secara berperingkat untuk mengelakkan kesesakan talian jika diisi pada saat-saat akhir. Pengurusan Perkhidmatan Guru-guru hendaklah masuk ke kelas awal sebagaimana jadual yang telah ditetapkan. Pihak pentadbir akan membuat pemantauan P&P dari semasa ke semasa ke setiap kelas dan akan direkodkan di dalam MBWA. Pengetua menasihatkan guru-guru agar datang awal ke sekolah. Borang prestasi akan diagihkan dalam masa terdekat kerana terdapat perubahan di dalam borang tersebut. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP ke -4) Pengetua memaklumkan LDP ke 4 akan diadakan di Pulau Aman pada 6 Oktober 2012, Sabtu. Guru-guru hendaklah berkumpul di Jeti Batu Musang pada jam 8.00 pg. Pendaftaran Tingkatan 1 Pengetua memaklumkan bahawa pendaftaran Tingkatan 1 akan diadakan pada pertengahan bulan Disember ini. Semua guru Tingkatan 1 adalah diwajibkan hadir pada tarikh tersebut. Pn Ang Pek See Guru-guru Tingkatan 1 hendaklah mengemaskinikan Sistem Pengkalan Data Pelajar (APDM) pada setiap masa kerana sistem berkenaan akan dihubung terus kepada Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan markah PBS pelajar tidak dapat dimasukkan. Semua dokumen pelajar termasuklah surat cuti sakit hendaklah dimasukkan kedalam Fail Peribadi Pelajar.

Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) akan dijalankan pada 15 Oktober 19 Oktober 2012 bagi pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1. Segala pembayaran yang telah diselesaikan oleh pelajar hendaklah diserah segera kepada pihak sekolah. Hal-hal Lain Pengetua memaklumkan kepada guru yang berkongsi meja di bilik guru bolehlah untuk menduduki tempat di bilik guru ketiga. Pihak sekolah telah menerima 30 buah kerusi dan 10 buah meja guru yang baru. Perhimpunan harian bagi pelajar sesi petang akan diadakan di kantin sepanjang PMR berlangsung untuk mengelakkan gangguan kepada calon PMR yang akan menduduki peperiksaan. En Zulkifli memaklumkan mengenai penerimaan buku Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) pada 14 September 2012 untuk kegunaan pelajar Tingkatan 1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Namun demikian, buku PKJR tersebut tidak dapat digunakan pada tahun 2012 dan hanya akan digunakan pada Januari 2013 kerana kekangan masa dan keadaan bagi menyiapkan evidens PBS. Pengetua memaklumkan bahawa pihak pegawai atasan akan membuat pemantauan terhadap sistem SET yang sedang dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

You might also like