You are on page 1of 20

EKONOMI ASAS TINGKATAN 5

6.1 WANG
Disediakan Oleh NOR EAIZAN BIN MOHD NOOR Ketua Panitia Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas SMK Jelai [Felda]
http ://ekonomiasas.wordpress.com

PENGERTIAN WANG Sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan.

EVOLUSI WANG

CIRI-CIRI WANG Diterima Umum


Benda yang hendak dijadikan wang mestilah diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang/perkhidmatan.

Penawaran terhad
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah kuantitinya tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan nilainya ; tidak terlalu kurang hingga menjejaskan aktiviti ekonomi.

Kestabilan Nilai
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah nilainya tidak mudah berubah dalam jangka masa pendek atau panjang.

CIRI-CIRI WANG Tahan lama


Benda yang hendak dijadikan wang mestilah tahan lama dan tidak mudah rosak supaya boleh digunakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

Mudah dibawa
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah bersaiz kecil dan ringan supaya mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Boleh dibahagikan yang lebih kecil

kepada

unit

Benda yang hendak dijadikan wang mestilah boleh dibahagikan kepada unit-unit nilai yang lebih kecil bagi membolehkan urus niaga dapat dijalankan dengan mudah dan tepat.

JENIS-JENIS WANG Duit syiling


1.Memudahkan aktiviti urus niaga yang melibatkan nilai muka yang kecil 2.Mempunyai nilai muka yang kecil seperti 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang diperbuat daripada campuran logam. 3.Merupakan wang tanda iaitu mempunyai nilai muka yang lebih tinggi berbanding nilai sebenar bahan untuk membuatnya. 4.Merupakan wang sah iaitu wang yang mesti diterima untuk sebarang pembayaran dalam negara pengeluar wang tersebut [ wang yang dikeluarkan oleh kerajaan

JENIS-JENIS WANG Wang kertas


1.Digunakan dalam urus niaga yang lebih besar nilainya. 2.Mempunyai nilai muka RM1, RM5, RM10, RM50, RM100 3.Mesti disandarkan kepada rizab antarabangsa dalam bentuk emas dan pertukaran asing bagi menjamin nilainya dan mengelakkan inflasi. 4.Merupakan wang tanda dan wang sah.

JENIS-JENIS WANG Deposit Semasa


1.Kemudahan yang ditawarkan oleh bank perdagangan sahaja. 2.Pemegang akaun deposit semasa diberi buku cek dan boleh membuat pembayaran dengan menggunakan cek. 3.Penerima cek berkenaan akan menunaikannya di bank perdagangan dan apabila ditunaikan jumlah deposit semasa pemegang akaun tersebut akan berkurang. 4.Kelebihan deposit semasa boleh membuat pembayaran bila-bila masa, mudah dibawa (tidak perlu membawa wang tunai dengan banyak), dan selamat dikendalikan. 1.Bukan wang sah oleh itu pembayaran menggunakan cek

Contoh cek [deposit semasa]

FUNGSI WANG Perantaraan Pertukaran Memudahkan urus niaga dijalankan kerana hanya perlu membayar sejumlah wang tertentu untuk melakukan urus niaga. Wang tersebut mestilah mempunyai ciri diterima umum untuk menjadikannya sebagai alat perantaraan pertukaran.

FUNGSI WANG Unit Ukuran Nilai Mengukur/menilai sesuatu barangan dalam bentuk harga. Memudahkan perbandingan nilai antara satu barang dengan barang yang lain. Wang tersebut mestilah mempunyai ciri boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil bagi membolehkannya

FUNGSI WANG Simpanan Nilai Wang dapat berfungsi sebagai alat simpanan nilai kerana mempunyai ciri kestabilan nilai dan tahan lama. Disamping itu, wang yang disimpan di institusi kewangan akan memperoleh faedah atau dividen. Ini menggalakkan orang ramai membuat

FUNGSI WANG Bayaran Tertunda Wang membolehkan sesuatu pembayaran dilakukan secara ansuran kerana mempunyai ciri kestabilan nilai. Penjual sanggup menerima bayaran ansuran kerana yakin bahawa wang mempunyai nilai yang stabil untuk satu jangka masa yang lama.

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER

Dapat berfungsi sebagai Tidak dapat berfungsi alat perantaraan Perantaraan sebagai alat perantaraan Pertukaran pertukaran yang baik. pertukaran yang baik.

Tidak memerlukan kehendak serentak. Individu menjalankan pengkhususan boleh

Kehendak serentak amat diperlukan dalam pertukaran Pertukaran hanya boleh dilakukan antara dua individu

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER
nilai Barangan diukur Sukar mengukur Ukuran Nilai sesuatu barang berasaskan mata wang

Contoh : Sepasang kasut berharga RM25.

Contoh : Seekor lembu ditukar dengan ekor ayam?

perlu berapa

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER
Wang yang bersifat tahan Kebanyakan barang yang lama dan tidak mudah Simpanan digunakan dalam proses Nilai rosak menjadikan wang pertukaran tidak tahan berfungsi sebagai alat lama. penyimpan nilai yang baik. Wang yang disimpan di insitusi kewangan akan dibayar faedah/dividen. Mengalami susut nilai dan tidak boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER SISTEM WANG


Dapat berfungsi sebagai alat bayaran tertunda

ASPEK
Bayaran Tertunda

SISTEM BARTER
Sesetengah barang tidak tahan untuk suatu tempoh yang lama.

Boleh membeli pada masa sekarang dan membayar pada masa hadapan

Nilai sesuatu barangan tidak stabil untuk dijadikan pertukaran pada masa hadapan.

You might also like