1
TEKS UCAPAN PENGARAHMAJLIS PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN SABAHTAHUN 2008Bismillah-ir Rahman-ir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam SejahteraYang dihormati saudara/i pengacara majlis
1. Yang Berusaha Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua-Ketua Sektor, Ketua-KetuaPenolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Pelajaran Gabungan, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah,Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan PelajaranNegeri Sabah dan hadirin yang dihormati sekalian.2. Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana denganlimpah dan kurnia-Nya, dapat kita sekali lagi bersama-sama berkumpul dalam majlis pada hari ini.Pada kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepadasemua yang hadir terutama kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis pada hari ini. Terima kasih semua.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
3. Tahun 2007 telah pun berlalu meninggalkan kita, dan kini kita telah melangkah masuk hari ke 28 di tahun baru 2008. Persoalannya ialah, apakah yang telah kita lakukan sebelum ini disepanjang tahun 2007?, apa pula yang akan kita lakukan untuk tempoh tahun 2008?, dan apakahhasil yang akan kita perolehi di tahun-tahun akan datang?. Jika kita berpegang kepada konseppenambahbaikan berterusan dalam semua aspek kehidupan, maka kita perlulah memastikanbahawa segala apa yang akan kita lakukan hari ini mesti lebih baik daripada apa yang telah kitalakukan kelmarin, supaya hari esok dan hari-hari mendatang menjadi lebih baik daripada hari ini.Justeru, dalam perjalanan kita untuk merealisasikan visi untuk menjadikan Jabatan PelajaranNegeri Sabah sebagai sebuah organisasi cemerlang dalam pengurusan perkhidmatan pendidikan diMalaysia menjelang 2011, selari dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia 2006-2010, maka pada tahun ini kita akan bergerak dan
Leave a Comment