PENDAHULUAN
Telekerja adalah satu pilihan cara bekerja yang moden dan mengalamipembaharuan seiiring dengan perkembangan teknologi maklumat dantelekomunikasi (ICT) yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia. Telekerjasecara lebih jelas bermaksud, suatu kaedah kerja baru yang membawa kerja tetempat pekerja (sama ada di rumah atau di pusat-pusat telekerja berhampiran)berbanding keadaan biasa yang memerlukan pekerja melakukan sebaliknya.Senario di Maktab Kerjasama Malaysia( MKM ) menunjukkan bahawaamalan kerja secara telekerja telah dilaksanakan dengan begitu berkesan. Hal inidapat dibuktikan menerusi hasil pemerhatian saya sepanjang berada di MaktabKerjasama Malaysia. Saya telah dapati bahawa kebanyakan unit di maktabtersebut menggunakan komputer, mesin faks, internet dan sebagainya untukmenjalankan urusan berkenaan kerja mereka.Bagi memantapkan amalan kerja secara telekerja di maktab tersebut,Maktab Kerjasama Malaysia telah mewujudkan pelan strategik ICT bagi tempoh2008 sehingga 2015 dengan pelbagai sistem ICT utama seperti Sistem Mios(MKM Information Online System), Sistem ILMU (Integreted Library ManagementUtilities), Sistem Perakaunan SAGA (Standard Accounting System for Governmet Agencies), Sistem Aduan Pelanggan, Intranet, laman web MKM dankiosk MKM. Sistem yang diwujudkan ini bukan sahaja memberi manfaat yangkepada para kakitangan MKM malah memberi kemudahan kepada para pelajar dan pelanggan yang ingin berhubung terus dengan pihak MKM.Justeru, melalui kajian yang sedang saya jalankan ini, ingindiketengahkan permasalahan tentang, ‘Apakah faedah amalan kerja secaratelekerja dalam kalangan kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia?’
Leave a Comment