Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
1.0Apa Itu Bahan Bantu Mengajar?
1.1DefinisiKamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yangdigunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan jugaberkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran danpembentangan. Kamus Longman
Dictionary of Contemporary English
telahmemberikan definisi bahan sebagai
“information from which a (written) work is tobe produced”.
Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagaimerangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapatmemenuhi sesuatu tujuan dan bahan.Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapatmembantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain carapenyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan perananpenting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minatmurid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran danpembelajaran.
1
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
 
Menurut Atan Long dalam Mat Nor Hussin (1987) beliau berpendapat,bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai.Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkanpada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokongpenyampaian pembelajaran.Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yangmengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, KementerianPelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaandalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembanganindividu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai mediumyang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayudan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkaraberkenaan Bahasa Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadibahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem PendidikanKebangsaan...(Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantumengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaranyang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yangmenyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.
2
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
 
Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalampengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaanpembelajaran dan boleh menimbulkan ransangan dan keingainan pelajar untukmengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikanpengajaran lebih menarik dan berkesan.1.2Jenis Media Bahan Bantu Mengajar Media merupakan alat atau perkakasan yang digunakan bagimenyampaikan maklumat kepada manusia. Media yang digunakan sebagaibahan bantu mengajar terdiri daripada media cetak dan media elektronik. Mediamenurut Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kedua 2007 didefinisikansebagai pelbagai alat saluran atau perantara komunikasi, alat atau salurankomunikasi amnya atau keseluruhannya yang berupa bahan cetakan atauterbitan. Cetak pula ditakrifkan sebagai tanda, huruf pada kertas atau kain.Berdasarkan definisi literal tersebut dapatlah dinyatakan secara konseptualnyabahawa media cetak merujuk kepada segala jenis bahan yang bercetak. Antaracontoh bahan bercetak ialah gambar, keratan akhbar, poskad, risalah dansebagainya.Manakala media elektronik pula adalah media yang menggunakan alatelektrik dan komponen-komponennya seperti jaringan internet, televisyen, radio,cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan kaset.
3
PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more