You are on page 1of 23

RSS

Kelas Foto: Cara Mudah Untuk Membuat Custom Album

23 May 2010

Semenjak saya buat posting pasal Custom Album hari tu, almost tiap-tiap hari ada orang tanya saya macam mana untuk buat custom macam tu. Ada yang siap suruh saya buat kelas lagi Buat masa sekarang ni saya masih lagi belum bersedia untuk kelola kelas editing sebab ilmu editing saya masih lagi ditahap newbie Tapi atas permintaan semua, saya kongsi bersama cara bagaimana untuk buat custom album ni. Sebelum saya cerita dengan lebih panjang baik dulu saya ceritakan apa yang perlu ada sebelum membuat custom album ini. Perkara yang perlu ada sebelum membuat Custom Album: 1. 2. 3. PC/Notebook yang agak berkuasa. Editing Software. Saya guna Adobe Photoshop CS4 dan Corel Draw X3 Kreativiti yang nih saya takbleh nak tolong.. ia adalah anugerah Allah S.W.T

Secondly kita kene tahu Saiz Printout. Ada banyak saiz dan antaranya adalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 8 x 10 inci *kebiasaannya orang amik yang nih ler 8 x12 inci 10 x 12 inci *saiz ni pon ramai orang suka gaks 10 x 15 inci .. dan banyak saiz lagi 15 x 20 inci *saiz yang besor bagak

OK! Drama bermula disini


Soalan: Bang! Berapa keping gambar perlu disediakan untuk satu custom album? Jawapan: Kebiasaannya saya menggunakan antara 100 200 keping gambar terbaik untuk mengolah satu-satu custom album yang baik. Soalan: Berapa minima pixel untuk setiap gambar? Jawapan: Paling minima adalah 6 Mega Pixel. Lagi tinggi pixel lagi baik..kalau kecil drp itu saya khuatir hasil olahan akan nampak pecah dan kurang menarik. Soalan: Custom album tu ada berapa muka surat? Jawapan: Kebiasaannya custom album tu ada 20 muka surat dan 2 muka surat untuk muka depan dan muka belakang. In total ada 22 muka surat. Soalan: So berapa banyak yang perlu kita design bang? Adakah perlu untuk design 22 muka surat tu?? Jawapan: eemmmm secara umumnya YA.. anda perlu design untuk 22 muka surat tu tetapi secara praktikalnya ada hanya perlu design 11 file sahaja dimana setiap 2 muka surat akan digabungkan kedalam satu fail. Contohnya: File 1 Cover-Depan-belakang.jpg File 2 Muka-1-2.jpg File 3 Muka-3-4.jpg File 4 Muka-5-6.jpg File 5 Muka-7-8.jpg File 6 Muka-9-10.jpg File 7 Muka-11-12.jpg File 8 Muka-13-14.jpg File 9 Muka-15-16.jpg File 10 Muka-17-18.jpg File 11 Muka-19-20.jpg

Soalan: Ok Bang! Berapa resolution yang perlu saya guna untuk dapat hasil yang terbaik? Jawapan: Untuk hasil yang terbaik sila guna resolution 300 pixel/inch tetapi sila pastikan jangan kurang drp 150 dpi.. jika tak sendiri mau ingat ler Soalan: Bang weh!.. saya dah pilih saiz 8 x 12 inci.. so untuk setiap file tu berapa yang sepatutnya saya buat dalam photoshop bang? Jawapan: Oleh sebab kita dah gabungkan 2 muka surat jadi satu file, jadi saiz lebar perlu digandakan tetapi saiz tinggi perlu dikekalkan. Contohnya 8 x 12 inci tu.. dalam photoshop kene buat 8 x 24.

So dia akan jadi cam gini

Soalan: Untuk muka depan ngan belakang saiz dia camne plak bang? Jawapan: Hah..!!! dah terror dah tu Untuk muka depan ngan belakang kita tak boleh pakai saiz yang sama.. sebab untuk muka depan/belakang nih dia special skit.. kene sediakan ruangan lipatan skit.. so saiznya perlu diperbesarkan skit. kita perlu tambah, 2 inci ditepi sisi, 1 inci pada bhg atas dan bawah dan 1 inci pada bhg tengah lipatan album

so kalu saiz custom album 8 x 12. muka depan dia akan jadi 10 x 29 inci ler.

Soalan: Lepas nih apa yang perlu saya buat bang?? Jawapan: Perlu design untuk 11 files tu lah yang nih saya tak dapat nak tolong sebab 100% kene ada kreativiti sendiri.. tapi kalau nak tengok contoh boleh cucuk kat sini dan cucuk kat sini Soalan: Lepas siap design + editing semua bang apa perlu buat??? Jawapan: Save file tu elok-elok dalam format jpg dan hantar kat kedai print

Soalan: Abg selalu print kat mana? Jawapan: Saya selalu print kat Cheras walaupon harganya sedikit mahal tetapi kualiti material dan printout dia memang cantik Hasil cetakannya terutapa pada warna + tone tidak lari drp apa yang kita design dalam komputer. Sila rujuk : http://sawanila.com/v10/2011/04/senarai-kedai-printing-custom-album/ Soalan: Berapa harga printing.. Jawapan: harganya dalam tertakluk kepada jenis material yang digunakan dan saiz custom album tu.. makin besar.. makin mahal sila rujuk : http://sawanila.com/v10/2010/01/sawaphoto-packages-2011/ Soalan: so soalan terakhir saya bang.. kotak dan sarung album tu free ker kene bayar..??? Jawapan: sukar untuk dapat barang free.. kotak kosong without printing RM30.. datang sekali dengan album sleeve.. kalau nak hot stamping kene bayar asing.. OK. itu dia serba sedikit rahsia nak buat Custom Album nih.. so kalau ada sesapa yang nak tanya boleh ajukan kat comment or email terus kepada saya kheirul@sawanila.com kalau nak suh design ngan editing pon boleh tapi ada syaratnye. Anda mungkin juga meminati:
PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com They miss me!! Kleenex , a touch with love
LinkWithin

inSharedigg (Visited 12,206 times, 20 visits today) 51 Comments Posted by Kheirul Mohamed in Kelas Foto

Tags: Editing, Photography, Photoshop

Leave a Reply
Name (required) Mail (will not be published) (required) Website

Comment

Get last post from your blog?

1. Azhar Abd Hamid 30 May , 2010 at 8:14 am Salam bro. Biasa bro print album jenis apa? uv album elok ke untuk print bagi customer? ada pro and cons x? Reply

o kheirul 31 May , 2010 at 12:17 pm wsalam bro saya buat custom uv album la tu pro dia.. memang cantik dan berkualiti cons dia MAHEL. takut customer tak sanggup nak bayar plak memahal tu

Reply

2. sholihin 21 June , 2010 at 8:58 am saya try buat camnie.tapi pas siap antar print jerkan??? tapi klu sticker lebih murah kan bang?? Reply

o kheirul 21 June , 2010 at 12:25 pm yeap lepas siap design.. save dlm jpg.. dan hantar print sticker or sticky album memang lebih murah.. sbb just print dlm 4R then tampal aja. Reply

3. iena 29 July , 2010 at 9:30 am nak tanya,,, macam mana nak insert image pulak? huhuh Reply

o kheirul 29 July , 2010 at 10:37 pm nak insert image tu itu dah masok bab image editing Saya menggunakan Adobe Photoshop CS4 untuk edit image tu semua Disini.. yang paling penting adalah kreativiti dan juga mahir dalam cara mengolah menggunakan CS4 tu. Reply

4. iena 2 August , 2010 at 11:10 am let say dah edit,crop etc.. cuma nak insert image tu je tak tau.. boleh letak sekali banyak atau kena place satu persatu? Reply

o kheirul 2 August , 2010 at 3:43 pm untuk setiap page kene buat satu satu dalam satu page boleh copy/paste bebanyak Reply

5. syariz 8 October , 2010 at 10:58 am sangat2 lah informative!! trima kasih byk2 sbb sudi mengshare ilmu :D i like !! Reply

6. syaf 22 February , 2011 at 3:17 pm salam. nk tanya skit.. ambik upah print custom je brape? Reply

7. syaf 22 February , 2011 at 3:19 pm salam. nk tnya ambik upah print custom album brape Reply

o kheirul 22 February , 2011 at 11:07 pm saya dah jawab melalui email anda Reply

8. Hafizah 24 February , 2011 at 2:49 pm Nak juga price utk print 20 page 8X12..tq Reply

9. Siti anggerik Mekar 26 March , 2011 at 2:53 pm Album tu biasanya nak beli kat mane? Kalau yg kristal pulak kat mana? Reply

o kheirul 27 March , 2011 at 1:54 pm Tempah custom album kat kedai printing biasanya saya hantar kat Shah Alam dan Cheras untuk tempah custom album tu Reply

10. ipin 1 April , 2011 at 5:15 pm surf punya surf jumpa awk punya..bagus maklumat tu custom album tu..nak tya kedai perint yang kat cheras tu kat belah mana Reply

o kheirul 2 April , 2011 at 11:33 pm kedai kat cheras tu nama dia directphoto.. dekat ngan area jusco Reply

11. andak 12 April , 2011 at 11:58 am shah alam kat kedai mana bang? :) Reply

o kheirul 13 April , 2011 at 11:37 am http://sawanila.com/v10/2011/04/13/senarai-kedai-printing-custom-album/ Reply

o Gambar Mantap 24 April , 2011 at 4:56 am abang ada tak buat kelas percuma untuk editing photoshopmaklumla kami ni student yang tak dpt pinjaman ptptn Reply

kheirul 24 April , 2011 at 9:05 pm hehehe.. nak kelas percuma susah skit dik.. tetapi kalau nak special request kelas murah boleh.. kumpulkan dalam 10 orang or lebih then kita organisedkan kelas ada berani???

12. miza 24 April , 2011 at 7:55 pm Salam..saya berminat dlm editing ni..so sofeware pe yg saye harus guna n dkt mana sy blh download..skunk sy guna EOS550D Reply

o kheirul 24 April , 2011 at 9:00 pm Software yang saya biasa gunakan adalah: 1. Adobe Photoshop CS5, CS4 or CS3 2. Corel Draw X3 (Corel Photopaint X3) boleh download dan beli online. kat http://www.adobe.com dan http://www.corel.com Reply

13. sLiver 19 May , 2011 at 6:19 pm thnx abg khairul utk tutorial ni..sememangnya amat membantu insan2 baru nk up cm sy ni..sy ade soalan cmne nk centrekn page2 tu dan utk cover plak adakah gmbr nnt selepas di print pada cover akan sama setiap inci page tu? dlm kata lain ngam2 je..terima kasih skali lg Reply

14. pitwi 9 June , 2011 at 4:55 pm salam.tq so much bro..info yang paling berhargasusah jumpa info camniesemoga sama2 berjaya k Reply

o pitwi 9 June , 2011 at 4:57 pm jasa mu akan di kenang..credit to encik khairul Reply

15. wafi 19 July , 2011 at 2:27 pm abg nk tnya sketkirenyee custum album nih just print dekat depan kertas tu je kan..so blakang die akan kosonggg kannn?? Reply

o kheirul 20 July , 2011 at 12:13 am Kalau design sepenuhnya.. Depan belakang pon blh print Reply

16. wafi 19 July , 2011 at 4:26 pm and satu lgi broosaiz yg kecik lagi bley buat tak..mcm 6R pnya gambar 6X8 kanso kita wat layout tuh so dia jd 6X16 kan? bley kan Reply

o kheirul 20 July , 2011 at 12:09 am Yeap Betul tu Reply

17. syahlihin Rani 5 August , 2011 at 10:29 pm salam ..brapa upah abang ambik untuk design gan edit.??? Reply

o kheirul 6 August , 2011 at 11:01 am Untuk Harga sila rujuk http://sawanila.com/v10/2010/01/sawaphoto-packages-2011/ Reply

18. saufi 9 August , 2011 at 3:46 pm Salam Bro, Cari punyer cari jumper website niememang berguna untuk newbie cam saya nie..(^_^) JUst nk tanyer kalau custom album dier punyer paper printed guna jenis yang macam maner? Adakah kena laminate? Sbb mengikut yang bro bgtau paper dier bercantum dengan 2 pagetidak rosak kualiti paper bila sering lipat2..? Terima Kasih banyak2 bro.. :) Reply

o kheirul 10 August , 2011 at 7:39 am material ada banyak jenis bro ada jenis (kertas) UV, hotpress, metalic, bla bla bla pas tu plak pesen baru sekarang nih buat alas helaian canvas, rubber sheets, plastic, yg paling gilo ada orang tempah suh buat atas metal plat bro. ok untuk jenis kertas tu memang dah dilaminate siap siap ok.. pasal kualiti yang kat lipatan tgh tgh tu memang takde masalah.. cuma jangan kene lembab or air jer. kalau nak tengok contoh pi http://sawanila.com/v10/2011/02/11/crystal-customalbum/ Reply

19. munawar fuad 17 October , 2011 at 10:38 pm bang, bikin tutor nya dong, ane mo blajar editing ni,, please dong, tapi yang free,, makasih Reply

o kheirul 1 November , 2011 at 4:18 pm nanti lah.. kalau saya ada masa saya buat tutorial Reply

20. im4string 29 November , 2011 at 9:59 am tq.1 tutoral yang baik.lps ni saya bleh wat custom album..cume kalo bleh letak min requrement PC nak run program editing pic.. Reply

21. rop 9 December , 2011 at 7:50 pm Salam bang, tima kasih kerana sudi share info yang sangt-sangat detail n imformatif, yg boleh dikatakan taboo jugak among wedding photographerterima kasih kerana tidak lokek berkongsi ilmu. :) a person(or photographer) is known for its knowledge & not for its look (or your gear) Reply

22. AlamHati 20 December , 2011 at 1:30 pm best la info ni..mmg sedang mencari idea nk buat custom album.. cuma kreativiti membataskan penghasilannya..selalu je give up sbb tak pandai editinghurmmm Posting from AlamHati : Adele Someone Like You Reply

o Kheirul Mohamed 20 December , 2011 at 2:32 pm dah tengok saya punye contoh tu.. boleh la curik curik idea skit. Reply

23. AlamHati 20 December , 2011 at 1:42 pm salam..nak tanya skit la..kan biasa designer layout dan edit gmbr d photoshop, then edit kerawang or tulis ayat d illustrator. sebelum open illustrator tu save layout jpg dulu ker? tq Posting from AlamHati : Adele Someone Like You Reply

o Kheirul Mohamed 20 December , 2011 at 2:32 pm rasernye itu cara lama.. guna illustrator tu. tapi dengan Photoshop CS5 yang baru nih dah tak perlu sbb dia boleh import vector image . sekarang nih saya pakai 100% photoshop kerewang or font hentam dalam photoshop aja.. Reply

yana

20 December , 2011 at 8:49 pm amik upah buat costm album siap desing berapa??

24. artz syahrul 17 February , 2012 at 1:58 am terbaik.. Reply

25. fendi 9 March , 2012 at 11:52 pm salam, bro. custom album UV brapo price dio slalu, RM180.00 ker? Reply

o Kheirul Mohamed 11 March , 2012 at 10:00 pm harga kene tanya kedai laa. saya tak dapat membantu pasal harga.. kene nego sendiri dengan tokey kedai.. kebiasaannya harga bergantung kepada jenis material, saiz, jenis printing dll Reply

26. Mohd.Zam 1 June , 2012 at 10:33 pm Sangat menarik maklumat disini best.. TQ Reply

27. ramyah 8 September , 2012 at 6:50 pm Hi, saya nak tahu ..klau saya beli sticky album biasa dan bagi kat kedai suruh die buat custom album cover boleh ke? tq Reply

o Kheirul Mohamed 10 September , 2012 at 2:06 pm boleh.. tapi tu namanya bukan custom album. tu namanya sticky album Reply

28. maniey 13 September , 2012 at 5:26 pm wow saya sudah faham Reply

29. norrizwan razak 29 October , 2012 at 10:59 am salam.. bang boleh bagi tau jenis kertas x? Reply

You might also like