You are on page 1of 3

Kertas Cadangan Program Kelas Prep Murid-Murid Tahun 6 SK Kg. Tunku 1.

Pendahuluan Menurut sumber dari internet (wikimapia) perkataan prep bermaksud kelas persediaan murid remaja (sekolah berasrama biasanya) untuk masuk ke kolej. Di Malaysia, Kelas prep merupakan sesi pembelajaran sendiri pelajar sekolah menengah (berasrama biasanya) yang akan menghadapi peperiksaan. Program kelas prep ini dirasakan sangat perlu kepada murid-murid tahun 6 SKKT; i. Pencapaian akademiknya lemah dan sederhana. ii. Tidak pergi kelas tuisyen iii. Yang ibu bapa atau penjaganya tidak dapat bersama-sama dan membantu membuat ulangkaji serta latihan iv. Ibu bapa atau penjaganya tidak dapat mengawasi dan tidak dapat memastikan murid-murid ini dapat belajar dengan baik Selain membantu murid-murid agar dapat belajar suasana dalam suasana yang lebih baik daripada dirumahnya, program ini juga bertujuan membantu ibu bapa atau penjaga yang tidak dapat bersama-sama anak mereka ini untuk membuat ulangkaji dan latihan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang lebih baik. Pembelajaran secara prep dengan bantuan pelajar-pelajar universiti dirasakan satu kombinasi yang lebih baik dalam mengharapkan hasil yang lebih baik dari muridmurid ini. Ini kerana pelajar universiti lebih dirasakan lebih dekat dengan muridmurid. Pelajar universiti juga lebih jelas kelihatan sebagai orang yang berjaya di mata murid-murid berbanding guru-guru atau orang dewasa lain yang turut berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Isu samada mampukah pelajar-pelajar universiti ini dapat membantu murid-murid berkenaan, tidak sepatutnya timbul kerana kehadiran pelajar-pelajar universiti ini lebih kepada menjadi fasilitator dalam kepada program ini. Program prep (persediaan) itu sendiri juga bermaksud pelajar belajar sendiri bersama rakan-rakannya sebagai persediaan mereka menghadapi peperiksaan. Ibu bapa atau penjaga kepada murid yang terlibat juga akan dijemput untuk bersama sama dalam program ini. Justeru, program Jom Prep Di Masjid ini akan melibatkan ibu bapa dan penjaga, pelajar-pelajar universiti sebagai fasilitator program dan guru-guru SKKT. Program ini dirancang oleh pihak SKKT sebagai usaha alternatif sekolah dan PIBG bersama pihak masjid untuk membantu murid-murid berkenaan agar lebih fokus dan bersemangat dalam mengulangkaji pada saat akhir sebelum UPSR.

2. Pengenalan PIBG SKKT dengan kerjasama Masjid Kg. Tunku ingin menganjurkan Program Jom Prep Di Masjid bagi murid-murid Tahun 6 kelas pertengahan hingga lemah. Program belajar sendiri ini akan dibantu oleh sukarelawan yang terdiri dari pelajar universiti dan ibu bapa atau penjaga yang akan dijemput oleh penganjur sebagai fasilitator bagi program ini dan guru-guru SKKT Fasilitator-fasilitator turut mengendalikan beberapa aktiviti motivasi yang ringkas untuk membantu meningkatkan motivasi dan meredakan stress murid-murid sempena menjelangnya UPSR nanti. i. ii. 3. Visi Meningkatkan pencapaian UPSR murid-murid kelas pertengahan dan lemah Meningkatkan prestasi sekolah dalam pencapaian UPSR Misi Menyediakan suasana belajar yang lebih baik kepada murid-murid yang mempunyai masalah tempat belajar dirumah, dan ii. Membantu ibu bapa dan penjaga dalam memastikan anak-anak mereka belajar dengan baik dan dibantu oleh orang lain yang berkelayakan. 4. Kumpulan Sasaran Murid-murid Tahun 6 SKKT kelas pertengahan dan akhir sesi 2011. 5. Tempoh Pelaksanaan Tarikh 05.09.11 09.09.11 10.09.11 11.09.11 12.09.11 15.09.11 6. Cadangan Aktiviti Tentatif Bagi Kelas Prep Hari Isnin hingga Jumaat, 05.09.11 hingga 09.09.11, 12.09.11 hingga 15.09.11 Masa 7.00 malam 7.30 malam 8.30 malam 10.00 malam Aktiviti Pendaftaran dan Kelas Prep Solat Maghrib, Kelas Prep Solat Isyak, Kelas Prep Bersurai Masa 7.00 malam 10.00 malam 1.00 tengahari 10.00 malam 7.00 malam 10.00 malam i.

Tentatif Bagi Kelas Hari Sabtu dan Ahad, 10.09.11 dan 11.09.11 Masa 1.00 petang 1.30 petang 3.30 petang 3.45 petang 4.30 petang 5.00 petang 6.30 petang 7.00 malam 7.30 malam 8.30 malam 10.00 malam Aktiviti Pendaftaran, Makan tengahari Solat Zohor, Kelas Prep Rehat, minum petang Kelas Prep Solat Asar Riadah Persiapan diri, Makan Malam Kelas Prep Solat Maghrib, Kelas Prep Solat Isyak, Kelas Prep Bersurai

Nota Tambahan: Aktiviti motivasi oleh pelajar universiti dibuat sebelum kelas bermula dan sewaktu rehat. 7. Jawatankuasa Program (sila lihat lampiran) 8. Cadangan Aktiviti A Tentatif Hari 9. Anggaran Perbelanjaan 10. 11.

You might also like