• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
Aku Dan Kenangan
PendahuluanBismillahir Rahmani Rahim(Dengan Nama Tuhan Yang Pemurah Lagi Maha Penyanyang)Alhamudullilah
. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi MahaPenyayang. Saya memulai penulisan saya ini dengan harapan ianya akanmenjadi pedoman dan sempadan kepada sesiapa jua yang sedang berjuang didalam kehidupannya selama yang penuh mencabar ini. Mungkin masih ada dikalangan kita yang lupa akan hakikat dan tujuan kehidupan sebenar. Lantaran ituianya menenggelamkan diri kita, lemas di bawa arus kehidupan yang semakinmencabar ini. Tanpa kita sedari, diri kita telah dihanyutkan jauh dari tujuansebenar kehidupan kita pada hari ini.Buku
Mari Kenali Diri
ini adalah hasil dari gerak hati saya yangberpandukan kepada pemerhatian dan pengalaman sepanjang menjalanikehidupan ini. Saya sendiri tidak pasti kenapa buku ini saya berikan tajuksebegini. Sebenarnya bukan mudah bagi saya memberikan tajuk kepada bukukecil ini. Segalanya bermula dengan sepontan. Entah kenapa hati kecil saya initiba-tiba saja tertarik dengan tajuk sebegini. Mungkin ada hikmah di sebalikpenghasilan karya seni saya ini. Saya suka untuk mengajak anda semua bersama-sama dengan sayauntuk berkongsi segala pengalaman suka dan duka kehidupan yang pernahanda dan saya lalui dan alami selama hayat dikandung badan. Inilah perjuangansaya melalui pena untuk mengajak anda semua untuk mengenali diri anda dantujuan kehidupan anda dengan lebih dekat lagi.Usah biarkan diri anda diselimuti keresahan dan keluh-kesah. Buangkanselimut itu. Ayuh bersama-samalah kita melangkah. Mencari dan mengautsegala anugerah dan nikmat kehidupan yang diberikan kepada kita selama ini.
1
 
Aku Dan Kenangan
Jangan lagi walaupun sekali membiarkan kealpaan dan kebodohan diri kitamerantai dan membelit.Pasrahkanlah diri, redhalah dengan segala ketetapan dan ketentuan dariIllahi. Begitu juga dengan pengalaman saya di dalam menghasilkan penulisanini.Pengalaman sepanjang menyiapkan penulisan ini begitu indah sekali.Kepayahan dan kesukaran seringkali menyergah kerancakan ilham di benakfikiran saya. Namun, berkat usaha yang tiada mengenal erti jemu saya teruskan jua usaha yang murni ini. Akhirnya, inilah hasilnya yang dapat sayapersembahkan kepada anda semua.Bagaimana pula dengan anda semua ? Pernahkah anda mengalamipengalaman seperti saya ini. Usaha dan kerja keras yang tiada mengenal erti jemu, penat dan lelah sudah pasti akan memberikan saya dan anda suatukepuasan yang tiada ternilai. Saya berharap selepas membaca buku ini andasemua akan beroleh ilham untuk merenung dan sekaligus mengenali potensi diridan tujuan kehidupan anda dengan lebih jelas lagi.Ingatlah setiap kepayahan yang kita lalui dan alami ada hikmah disebaliknya. Jangan mudah mengaku kalah dan lantas berputus asa setiap kalianda mengalami kegagalan dan kekecewaan. Pertingkatkan dan gandakanusaha dan semangat anda untuk terus mencuba. Mencuba dan terus mencuba.Tanpa rasa jemu. Tanpa rasa mual dan malas. Saya pasti anda akan berjaya.Begitu juga dengan pengalaman saya dalam menghasilkan buku kecil ini.Sepanjang pengalaman menyiapkan penulisan ini berbagai-bagai halangan dandugaan yang terpaksa saya tempuh. Namun saya tidak pernah mempedulikansemua halangan itu. Saya terus berusaha dan berusaha gigih. Setelah sekianlama bertungkus-lumus mencari dan mengumpul idea-idea baru. Akhirnya bukukecil ini dapat saya siapkan dengan jayanya.
2
 
Aku Dan Kenangan
Inilah pengalaman yang terlalu indah bagi diri saya. Pengalamansepanjang menyiapkan buku ini mematangkan diri saya supaya terus gigihberusaha di masa-masa yang akan datang. Walaupun berbagai halangan danrintangan terpaksa saya tempuh inilah hasilnya.Jangan mudah berputus asa. Jangan mudah mengalah dan letih untukberusaha. Teruskan usaha anda, lipat-gandakan segala usaha jerit-perit anda.Anda pasti akan berjaya dan berhasil mencapai segala impian anda. Jikademikian sikap anda. Anda tidak lagi bermimpi di siang hari. Anda akan melaluimasa depan yang cerah dan terang. Anda tidak lagi akan berkeluh-kesahmenyesali segala nasib malang yang melanda diri anda selama ini.Segala puji-pujian hanya pada-Nya. Sesungguhnya idea-idea yangtercetus. Begitu indah dan tersusun. Tanpa-Nya saya pasti semua ini tak akanberhasil. Semuanya ini datang dari-Nya.Saya juga mengharapkan agar anda dapat memberikan pandangan danbuah fikiran untuk saya memantapkan lagi mutu karya saya di masa-masa akandatang. Insyak-Allah.SELAMAT MEMBACA
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...