You are on page 1of 4

Laporan Lawatan Penanda Aras ke SMK Sultanah Ungku Tun Aminah (SETA) Johor Bahru 1. Pengenalan 1.

1 Latarbelakang : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman telah terpilih menyertai Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa SLAAS dan seluruh warga SMK Seri Aman berhasrat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan serta aktiviti berkaitan dengan alam sekitar. 1.2 Objektif Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan sekolah lestari dalam kalangan guru dan kakitangan SMK Seri Aman. Medapatkan inspirasi dan panduan dalam mempelbagaikan aktiviti SLAAS di SMK Seri Aman. Memperluaskan jaringan lestari SMK Seri Aman.

2. Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek 2.1 Jawatankuasa SLAAS SMK Seri Aman / peserta lawatan o Pn. Juriah binti Jaafar GPK HEM (Pentadbir) o Pn. Hartimah binti Pandi (Penyelaras Program SLAAS SMKSA) o Tn. Hj Minhad bin Kasmadi (Penghijauan SLAAS SMKSA) o En. Khairunizam bin Abdul Wahab (KoKurikulum SLAAS SMKSA) o Pn. Norzilawati binti Sakiman (Kurikulum SLAAS SMKSA) o Pn. Dzarifah binti Hussain (Kelab Alam Sekitar SMKSA) o Pn. Azizah binti Basri (PIBG SMKSA) 2.2 SMK Sultanah Ungku Tun Aminah (SETA) Johor Bahru

3. Status pelaksanaan projek Program ceramah Lawatan Penanda Aras ke SMK Sultanah Ungku Tun Aminah (SETA) Johor Bahru berjaya dilaksanakan pada 2012

4. Laporan Lawatan 4.1 Aktiviti Rombongan Penanda Aras SMKSA bertolak pada pukul 7.45 pagi dan tiba SMK Sultanah Ungku Tun Aminah (SETA) Johor Bahru pada 8.50 pagi. Rombongan Kami disambut oleh Pn. Zaleha Mohd Yassin, GPK HEM dan barisan penyelaras SLAAS SETA. Seterusnya kami dibawa ke Bilik Mesyuarat. Ahli rombongan diberikan taklimat dan tayangan slaid tentang Program SLAAS di SETA. Selepas itu kami dibawa melawat sekitar SETA dengan jurupandu terdiri daripada ECORANGER SETA yang menjadi jurucakap utama. 4.2 Dapatan 4.2.1 Semua guru melaksanakan program Lestari dengan peranan masing-masing (1guru 1 projek) 4.2.2 Pengetua memberi sokongan sepenuhnya terutamanya dari segi Empowerment, kewangan dan hubungan luar 4.2.3 Konsep Lestari dalam pelaksanaan seluruh aktiviti kelab dan persatuan 4.2.4 Kerjasama yang meluas dan erat dengan pihak luar. Publisiti penting. Sudah tiba tahap pihak luar datang membina kerjasama dengan SETA. 4.2.5

Perancangan Seterusnya Perancanagn seterusnya adalah untuk mengadakan lagi Lawatan Penanda Aras Lestari ke SK Laksamana, Kota Tinggi

LAMPIRAN

Pameran Dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor

Sudut Pameran Sekolah

Sudut Pameran Sekolah

Ceramah Sekolah Lestari

Ikrar Pelajar

Persembahan Pelajar SMK Seri Aman, Kota Tinggi

You might also like