You are on page 1of 25

1 Muqaddimah Dengan Nama Allah YangMaha Pemurah Lagi Maha Penyayang Al-Hamdulillah,syukur kepada Allah Taala, Solawat serta

salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dan para ahli keluarganya,sahabat-sahabat serta pengikut baginda yang setia lagi jujur hingga keakhir zaman. Dengan izin dan rahmat Allah dapatlah saya menyiapkan tugasan yang bertajuk Kaedah-kaedah Penulisan Rasm Uthmani ini sebagai pelengkap kepada pengajian Modul HBQE 1203 Rasm Uthmani.Sesungguhnya, bidang pengajian ini terlalu banyak menyimpan sejarah yang sememangnya perlu dipelajari dan diamalkan oleh setiap muslim. Kefahaman terhadap sejarah kaedah penulisan rasm akan memantapkan lagi cara membaca al-Quran dan menambah keyakinan terhadap isi kandungannya yang telah diwahyukan.Dewasa ini, semakin banyak cabaran yang datang mengancam masyarakat Islam dari pelbagai sudut termasuklah dari aspek sejarah keagongan Islam yang seboleh mungkin ingin di putar belitkan faktanya.Dalam soal kaedah pembacaan al-Quran, golongan musuh Allah telah menyebarkan dakyahnya dengan menyatakan bahawa ia adalah ciptaan manusia semata-mata.Justeru itulah,maka wujudnya pelbagai wajah qiraat yang pada mereka direka dengan sewenang-wenangnya. Adalah menjadi harapan saya agar apa yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada semua sebagai bahan sampingan untuk percambahan ilmu rasm khususnya buat diri saya sendiri dan sesiapa yang sudi mentelusurinya di kemudian nanti.Terima kasih tidak terhingga buat tutor, Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim atas bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak jemujemu dihulurkan di setiap sesi tutorial, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia untuk berkongsi buah fikiran,idea juga sumber maklumat dari awal hingga akhir . Akhir kalam, apa yang kurang itu adalah kelemahan diri saya, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan kepada Nya saya bertawakkal. PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

2 Pengenalan Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Malaikat Jibril yang ditulis dalam mashaf dan disampaikan kepada kita dengan cara mutawatir dan menjadi ibadat apabila membacanya. Al-Quran juga merupakan mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sebuah kitab yang paling banyak dibaca oleh manusia.Hal ini diakui oleh para pengkaji termasuk sarjana barat,antaranya ialah James A. Mechener (Mei;1995)yang menulis The Koran is probably the most often read book in the world,surely the most often memorized and possibly the most often influential in daily life of the people who. Susunan al-Quran sebagaimana yang dapat dilihat dan dibaca hari ini adalah mengikut susunan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum al-Quran dibukukan dalam bentuk mashaf,para sahabat Rasulullah s.a.w telah menghafalnya dengan berbagai wajah bacaan yang disandar secara langsung kepada Baginda s.a.w samada menghafal sebahagian atau pun keseluruhan 30 juzuk.Mereka adalah para huffaz yang berusaha memastikan setiap ayat al-Quran terpelihara dan disebar luas. Walau bagaimana pun, kepelbagaian ini akhirnya menyumbang kepada perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terutama selepas sebilangan huffaz syahid di medan Yamamah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakr. Zaman Khalifah Uthman bin Affan menyaksikan kemuncak perselisihan itu yang hampir membawa kepada pertumpahan darah dan kafir mengkafir sesama saudara Islam. Demi menyelamatkan ummah dari terus di robek oleh arus perpecahan yang dahsyat, Khalifah Uthman telah membuat keputusan yang bijak dengan memerintahkan Zaid bin Thabit dan beberapa orang cendikiawan ketika itu,membuat penyusunan semula al-Quran berdasarkan mashaf yang telah dibuat semasa zaman Khalifah Abu Bakr r.a. Mashaf ini kemudiannya disebar luas keseluruh empayar Islam .Kaedah penulisan dan bacaan dalam mashaf ini kemudiannya dikenali sebagai Kaedah Rasm Uthmani yang dinisbahkan kepada jasa Khalifah Uthman b. Affan r.a. Mashaf ini menjadi sumber rujukan

untuk membaca dan menulis al-Quran yang diiktiraf oleh para ulama sebagai yang paling sempurna dan muktabar. PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 3 Rasm Uthmani Serta Keistimewaannya. Pengertian Rasm bermaksud satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagi memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Menurut Abdul Qadir Leung(2008;126) kalimah rasm bermaksud penulisan , penulisan berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang berbentuk perkataan dalam ayat dari segi penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan. Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimahkalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah Uthman ketika proses penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. Ibrahim (2007;35) berkata Rasm Uthmani juga diistilahkan sebagai Rasm Mushaf oleh Majma Buhuth al-Islamiyyat yang memberi maksud ketentun atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman ibn Affan bersama sahabatsahabat lainnya ketika penulisan (penyelarasan) al-Quran, berkaitan dengan susunan hurufhurufnya , yang terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirim ke berbagai daerah dan Bandar, serta mushaf al-Imam yang berada di tangan Khalifah Uthman sendiri. Penulisan Rasm ini dibuat berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh para ulama rasm (tulisan) daripada mashaf-mashaf yang telah dihantar oleh Khalifah Uthman r.a ke Kota Basrah,Khufah,Syam, Makkah dan Madinah termasuklah yang diperuntukkan khas bagi rujukan Khalifah di Kota Madinah. Keistimewaan Rasm Uthmani Terdapat lima kelebihan utama pada Mushaf Rasm Uthmani yang menjadikan ia perlu

diutamakan berbanding kaedah penulisan lain,iaitu; 1-Tulisan Rasm Uthmani adalah mengikut sanat Rasulullah s.a.w dan telah diwarisi oleh penulis-penulis mashaf al-Quran hingga zaman kini. Menurut Haji Uthman (1983;I) Rasm Uthmani ditulis dan di bariskan mengikut riwayat Hafs b. Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Khufi bagi bacaan Asim bin Abi al-Najudi al-Khufi alPDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 4 TabiI daripada Abi Abd.Rahman Abdillah bin Habib al-Sulamiy daripada Uthman bin Affan,Ali bin Abi Talib,Zaid bin Thabit dan Abi bin Kaab daripada Rasulullah s.a.w. 2-Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir. Setelah sempurna penurunan al-Quran,sungguhnya Jibril telah mendatangi Rasulullah dan membuat semakan bacaan buat kali terakhir dan ketika berlakunya peristiwa ini Baginda ditemani oleh Zaid bin Thabit.Oleh itu,semasa menerima tanggungjawab dari Khalifah Abu Bakr dan Uthman supaya mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran,beliau melakukannya mengikut apa yang didengar sewaktu berlakunya pembentangan itu.Sebarang ayat yang pernah diturunkan semasa hayat Rasulullah atau yang terdapat dalam mana-mana catatan sahabat yang tidak terdapat dalam pembentangan terakhir itu adalah dianggap mansuh dari penulisan al-Quran. 3-Mashaf Rasm Uthmani ditulis berdasarkan kepada riwayat mutawatir. Jawatankuasa menyalin mashaf yang dibentuk oleh Saidina Uthman terdiri dari empat orang sahabat iaitu Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-Asr dan Abdul Rahman bin al-Harith bin Hisyam.Mereka merupakan orang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu al-Quran,manakala bacaan mereka pula diakui benar segolongar besar para sahabat . 4-Merangkumi Tujuh Huruf al-Quran Para ulama telah berbeza pendapat dalam menterjemahkan erti tujuh huruf sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam hadith berkaitan.Walau bagaimana pun, perbezaan ini telah berjaya diseragamkan oleh Mushaf Rasm Uthmani sekaligus dapat menyatukan bentuk bacaan al-

Quran walaupun terdapt perbezaan dalam qiraat. Menyatukan rumusan surah mengikut susunan asal iaitu tetrib susunannya sesuai dengan tertib surah dan ayat yang diperkenalkan sehingga sekarang. 5-Salah Satu Rukun Bacaan al-Quran Rasm Uthmani telah disepakati seluruh ulama dan diterima susunan ayat, kalimah dan hurufnya.Tidak seorang pun yang diperbolehkan untuk mengingkarinya.Oleh keran itu, bacaan al-Quran yang bertepatan dengan mashaf Rasm Uthmani merupakan salah satu dari tiga rukun bacaan al-Quran.Berpandukan kepada fatwa Imam Malik,al-Quran hendaklah ditulis dengan Rasm Uthmani. PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 5 Kaedah Penulisan Rasm Uthmani Menurut Al-Syaykh Ibrahim(1995:25), penulisan Al-Quran Rasm Uthmani juga dikenali dengan nama Rasm Istilahi, iaitu penulisan yang tidak selari dengan kaedah penulisan rencana (imlai). Penulisan Rasm Uthmani tidak mengikut pada lafaz bacaan kerana sebahagian besar kalimahnya ditulis menggunakan enam kaedah sepertimana berikut; KaedahMeniadakan Huruf ( Hazaf). Hazaf bermaksud membuang atau mentiadakan huruf-huruf tertentu dalam struktur kalimah tertentu dari al-Quran.Terdapat lima huruf yang terlibat dalam kaedah ini iaitu huruf alif, wau, ya , lam dan nun yang terdapat pada kalimah tetentu .Hazaf juga berlaku kepada huruf-huruf alif, wau, dan ya pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu al-Quran. Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu; 1- Hazaf Isyarah- bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat tentu. 2- Hazaf Ikhtisor - bermaksud hazaf peringkasan seperti pengguran alif pada struktur kata jama Muzakkar Salim dan Jama Muannath Salim. 3- Hazaf Iktisor - bermaksud hazaf pembatasan yang bermaksud hazaf alif pada kalimahkalimah tetentu tanpa melibatkan kalimah lain.

Berikut adalah sebahagian daripada contoh-contoh hazaf huruf tertentu berserta keterangan berkaitan; Huruf hazaf Tempat dan keadaan contoh Kalimah asal Alif pada Kalimah basmalah Alif Al-Takrf didahului huruf lam takid atau jar. Alif () Kalimah di awalnya hamzah Qata disusuli hamzah wasal atau Qata Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah Wau () Dibuang wau yang menumpang huruf hamzah PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 6 Dibuang wau pada empat kata perbuatan yang marfuk Ya Ya mutakallim pada kedudukan

isim munada Ya tambahan di akhir kalimah yang tidak berfungsi sebagai nidak Ya isim manqus berbaris dua di hadapan atau baris dua di bawah Lam Pada lam kedua dalam kalimah ,,,, Lam pada lafzul Jalalah Nun Nun yang pertama pada kalimah .. Huruf nun yang ke dua dalam kalimah . ,,Huruf-huruf dipermulaan surah pada surah-surah tertentu. . . , Rahsia Penggunaan Huruf-Huruf Hazaf Kajian yang dibuat para ulama mhruf yang dihazafkan sebenarnya memberi erti yang tersirat. Contohnya huruf Wau yang dihazafkan selepas huruf Ayn pada kalimah ( ) dalam firman Allah ( ) adalah untuk memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa doa seseorang itu cepat sampai kepada Allah. KaedahMenambah Huruf ( ( Ziadah merupakan satu perkara penting yang perlu diketahui dalam penulisan dan pembacaan Rasm Uthmani.Ziadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah kalimah tertentu dalam al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan ketika

membacanya. Huruf-huruf tambahan ( ) tersebut ialah alif , wau, dan ya sepertimana contoh-contoh berikut; PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 7 Huruf Ziadah Kedudukan dalam struktur ayat Contoh Alif Selepas wau ganti nama pada jamak muzakkar bersambung dengan fiil Mudhari dan Amar di hujung kalimah Selepas wau jamak muzakkar salim yang berada di hujung kalimah Alif selepas huruf wau bagi semua fiil mudharik Huruf wau yang ditukar daripada alif Alif selepas huruf mim pada kalimah dan pecahannya Wau Huruf wau selepas hamzah pada kalimah Selepas hamazah pada kalimah Kalimah Ya Ziadah Ya selepas hamzah pada kalimah

Huruf Ya pada kalimah Rahsia Penggunaan Kaedah Ziyadah Para ulama berpendapat bahawa penggunaan huruf ziadah ini dapat membantu untuk mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf. Sebagaimana yang di ketahui,pada peringkat awal alQuran ditulis tanpa sebarang tanda atau baris.Contohnya kalimah ( ) ditambah huruf Ya selepas Hamzah bagi menunjukkan ia berbaris kasrah.Selain itu,para ulama juga berpendapat bahawa penggunaan huruf ziadah adalah untuk memberi makna berbeza bagi perkataan tertentu.Contohnya ziadah huruf Ya pada kalimah ( ) adalah bagi menguatkan lagi makna kekuasaan Allah. PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 8 KaedahMenulis Huruf Hamzah ( ( Menurut Abd Ghani (2008;45) dalam Mushaf Rasm Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukannya.Berikut adalah contoh-contoh penulisan hamzah mengikut kedudukannya; Kedudukan Hamzah Keadaan Penulisan Contoh Kalimah Awal kalimah atau didahului huruf ziadah. Dutulis dengan surah(rumah) Alif samada ia fathah, kasrah atau dhummah. , , Pertengahan kalimah 1-Ditulis tanpa surah sekiranya sebelumnya terdapat huruf sukun. 2-Ditulis dengan surah Ya jika ia kasrah atau sukun dan didahului kasrah 3-Ditulis dengan surah Wau apabila ia

dhummah atau sukun dan didahului dhummah. 4-Ditulis dengan surah Alif apabila ia fathah atau sukun dan didahului fathah. 1- Ditulis dengan surah Ya jika sebelumnya kasrah. 2- Ditulis dengan surah Wau jika sebelumnya baris dhummah. 3- Ditulis dengan surah alif jika sebelumnya baris fathah. Hujung Kalimah 4- Ditulis tanpa surah jika sebelumnya baris sukun Hukum-hukum Khas 1- Ditulis tanpa surah jika selepasnya alif atau wau atau ya 2- Hamzah al-Wasl ditulis dengan surah alif jika ia tidak dimasuki sebarang adat atau dimasuki Alif Lam al-Tarif .Tetapi , , .,

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 9 terdapat lima keadaan ia ditulis tanpa surah; 1- Hamzah pada Lam Tarif yang dimasuki Lam Jar atau Lam Ibtida 2- Hamzah yang dimasuki Hamzah alQat. 3- Hamzah yang terletak pada Fil Amr ) ) apbila didahului wau atau fa. 4- Hamzah yang dimasuki hamzah alIstifham. 5- Hamzah pada lafaz ( ) pada firman Allah ( ( Rahsia Kaedah Penulisan Huruf Hamzah Penulisan huruf-huruf Hamzah dengan surah yang berbeza sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri. Perbezaan pada bentuk surah itu sebenarnya menjadi simbul wujudnya kepelbagaian wajah qiraat yang diharuskan. Contohnya kalimah ( ) yang ditulis dengan surah Wau adalah kerana kalimah tersebut dibaca dengan huruf Wau oleh sesetengan ahli qiraat. KaedahMengganti Huruf ( .( Ibdal ialah menukar sesuatu huruf kepada huruf yang lain . Dalam penulisan Mushaf Rasm Uthmani, al-Badl merupakan perkara penting yang perlu diketahui dan di beri perhatian kerana huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali,sebaliknya

yang dibaca adalah huruf asal yang digantikan itu.Huruf tersebut terbahagi kepada lima bahagian iaitu; Huruf Ibdal Tempat/Keadaan Huruf Kalimah Berkaitan Surah :Ayat Empat kalimah yang berulang-ulang . . . Ibdal huruf Alif kepada huruf Wau Empat kalimah dalam surah tertentu . . . . PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 10 Apabila Alif terletak hujung kalimah, walaupun ia berhubung dengan dhamir. - - - Ali Imran :73 Al-Anbiya: 60 Al-Lail : 13 Ibdal huruf Alif Kepada Huruf Ya

Huruf Alif pada ) -bagaimana (kalimah dan kalimah-kalimah , , , , , . - - - - - - - 02 : Maryam 16 : Al-Anbiya 2 : Al-Takathur 16 : Hud 18 ; Yasin 84 : Yasin 81 : Ghafir Huruf Nun Tawkid Khafiyyah - - 23 : Yusof 51 : Huruf Nun kepada Al-Alaq Huruf Alif Huruf Nun pada 35 : - Ah-Nisa ( ( kalimah

Kalimah ( ) pada tujuh tempat dalam al-Quran iaitu surah Al-Baqarah:218, Al-Araf : 56 , Hud : 73 Maryam : 2 , Al-Rum : 50 , Al-Zukhruf:32 , AlZukhruf:32. Contoh: - . - - Al-Baqarah:218 Al-Araf : 56 Mayam : 2 Kalimah ( ) pada sebelas tempat dalam al-Quran iaitu pada surah Al-Baqarah : 231, Al-Imran:103,AlMaidah: 11, Ibrahim : 28 dan 34, Al-Nahl : 72, 83 dan 114, Lukman : 31, Fatir : 3 , Al-Tur: 29. Contoh: - . - . Al-Baqarah:231 Ali-Imran : 103 Ibdal Ta alMarbutah kepada Ta al-Maftuhah Kalimah ( ) pada lima tempat iaitu pada surahsurah Al-Anfal:38, Fatir:43 (sebanyak 3 kali), PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 11

Ghafir:85. Contoh; - . - . - . Fatir: 43 Fatir: 43 Fatir: 43 Kalimah ( ) pada tujuh tempat berikut; Al-Imran: 5, Yusof: 30 dan 51, Al-Qasas:9, AlTahrim:9,10 (dua kali) dan 11. Contoh ; (Yusof: - 03 ( . (Al-Qasas; - 9 (. Kalimah ( ) pada semua tempat dalam alQuran. Contoh; (Al-Tahrim: - 1 (. Kalimah ( ) pada surah Ali-Imran: 61 dan Al-Nur: 7 .Ayat tersebut ialah; - . - . Ali Imran :61 Al-Nur: 7 Kalimah ( ) pada dua tempat dalam surah alMujadalah: 8 dan 9 . Ibdal Ta al-

Marbutah kepada Ta al-Maftuhah Tujuh kalimah mufrad iaitu; - - - - - - Contoh: - - Al-Dukhan : 43 Al-Qasas : 9 Ibdal Wau kepada Alif Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf ke tiganya Wau,kalimah tersebut ialah: - Contoh; - Al-Baqarah:158 PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 12 - Melainkan 6 kalimah yang ditulis dengan huruf Ya iaitu kalimah; Contoh: - )1 ( Al-Ahzab : 40 Al-Duha : 1& 2

Rahsia Penggunaan Huruf-huruh Ibdal Para ulama melihat bahawa huruf-huruf ibdal mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mereka berpendapat penggunaan huruf-huruf ini dapat dijadikan panduan untuk mengetahui asal bagi sesuatu huruf.Dalam penulisan Rasm Uthmani,penggantian huruf wau dan Ya dengan huruf alif adalah yang paling banyak berlaku,contohnya perkataan ( ) yang ditulis dengan huruf Wau menggantikan Alif disebabkan Wau itu adalah huruf asal bagi kalimah tersebut. Begitu juga dengan kalimah ( ) yang ditulis dengan huruf Ya menggantikan huruf Alif kerana Ya merupakan huruf asal kalimah tersebut. KaedahMenulis Perkataan Berangkai dan Berpisah ( .( Menurut Al-Zarkasyi, Al-Wasl wa al-Fasl adalah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu .Di dalam Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah sama yang ditulis dengan cara bersambung pada suatu tempat tetapi ditulis dengan cara terpisah di suatu tempat yang lain sepertimana berikut; Kalimah Tempat-tempat ditulis secara sambung serta contoh Tempat-tempat ditulis terpisah serta contoh () Semuanya ditulis dengan cara sambung (kecuali pada sepuluh tempat sebagaimana tercatat disebelah). Contoh; (Al-Baqarah: - 282 ( Al-Arof:105 & 169, at-Taubah: 118, Hud:26, al-Haj:26, Yasin:60, al-

Dukhan:19,al-Mumtahanah:12 Dan Nun:24. (Nun: - 42 ( dan () / Semuanya ditulis bersambung (kecuali pada surah al-Rad:40). Contoh; (Al-Isra: - 32 (. Surah al-Rad:40 - PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 13 () Ditulis bersambung pada semua tempat (kecuali pada al-Araf:166). Contoh; (Al-Baqarah: - 47 (. Al-Araf :166 - () Semua ditulis bersambung (kecuali pada al-Anam:134). Contoh; (At-Taubah: 81 (

Al-Anam: () Semua ditulis bersambung (kecuali pada dua tempat iaitu al-Haj:62 dan Luqman:30).Contoh; (Al-Kahfi: - 011 (. Al-Haj:62 - Luqman:30 - () Semua tempat ditulis bersambung (kecuali pada surah Ibrahim:34). Contoh; (Al-Baqarah: - 52 ( Ibrahim :34 () Semua ditulis bersambung (kecuali pada empat tempat sila lihat sebelah). Contoh; (Al-Mulk: - 22 ( Terdapat pada empat tempat iaitu alNisa:109, al-Taubah;109, al-Saffat:11 dan Fussilat:40.Contoh;

(Al-Nisa: - 901 ( Lam al-Jar Semua huruf Lam al-Jar dengan kalimah selepasnya (kecuali pada empat tempatsila lihat sebelah). Contoh; (Al-Fatihah: - 4 (. Terdapat pada empat tempat iaitu alNisa:78, al-Kahfi:79, al-Furqan:7 dan al-Maarij:36. Contoh; ( Al-Furqan: - 7 (. () Semua kalimah ini ditulis bersambung (kecuali pada dua tempat seperti sebelah). Contoh; (Al-Zukhruf: - 38 ( Terdapat pada dua tempat iaitu Ghafir:16 dan al-Dhariat:13. Contoh; (Al-Dhariat: - 31 (. () Semua kalimah ini ditulis bersambung (kecuali pada dua tempat seperti sebelah). Contoh; (Al-Sajdah: - 52 (

Terdapat pada dua tempat iaitu alSyuara:146 dan al-Baqarah:240. Contoh; (Al-Syuara: 641 ( Semua kalimah ini ditulis bersambung Terdapat pada dua tempat iaitu al-Nisa PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 14 ( ) ) kecuali pada dua tempat seperti sebelah). Contoh; (Yasin: - 17 (. :25 dan al-Rum : 28. Contoh; (Al-Rum: 28) ( ) Terdapat pada tiga tempat iaitu al-Baqarah : 115, al-Nahl:76 dan al-Nisa:78. Contoh; (Al-Baqarah: - 511 (. Semua kalimah ini ditulis terpisah (kecuali pada tiga tempat seperti sebelah). Contoh; (Ali Imran: - 211 ( () Terdapat pada satu tempat sahaja iaitu; (Hud: - 41 ( Semua kalimah ini ditulis terpisah

(kecuali pada surah Hud:14). Contoh; (Al-Kahfi: -6 (. () Terdapat pada dua tempat sahaja iaitu alKahfi: 48 dan al-Qiyamah:3). Contoh; (al-Kahfi: - 84 ( Semua kalimah ini ditulis terpisah (kecuali pada al-Kahfi: 48 dan alQiyamah:3). Contoh; (Al-Balad: - 5 ( Rahsia Penggunaan Kaedah Menyambung dan Memisahkan Kalimah Kaedah ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri. Jika dilihat dari segi makna,sememangnya kalimah tersebut mempunyai makna berbeza apabila bersambung dan berpisah.Sebagai contoh, kalimah ( ) yang dipisahkan dalam Firman Allah S.W.T ( ) dan disambung pula pada Firman Allah ( .) Apabila ditulis dengan terpisah ia bermakna ( ,) tetapi membawa makna lain pula jika ditulis bersambung. KaedahMa Fih Qiraatan (Kalimah yang mempunyai dua wajah bacaan) Kaedah penulisan kalimah yang tergolong dalam kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian; 1- Bertepatan penulisannya dengan dua wajah qiraat Antara kalimah yang terbabit ialah ( ) yang ditulis dengan hazaf huruf Alif tetapi boleh dibaca sama ada panjang atau pendek pada huruf Fa. 2.Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat. Keadaan ini berlaku apabila salah satu dari dua bacaan tersebat lebih masyhur.Contohnya kalimah ( ) yang ditulis dengan huruf Sad berbanding huruf Sin yang kurang masyhur penggunaannya dikalangan ahli qiraat yang mutawatirah.

3.Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza. PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 15 Penambahan ini berlaku apabila perbezaan yang wujud antara qiraat tidak dapat diselaraskan sama sekali menyebabkan kaedah tulisan yang diguna oleh sesuatu qiraat tidak boleh diguna pakai oleh qiraat lain.Contoh seperti firman Allah ( ) yang di tulis sedemikian pada sesetengah mashaf dan ditambah kalimah ( ) selepas ( ) pada mashaf yang lain. Rahsia Penggunaan Kaedah Penulisan yang Sama Kaedah ini digunakan bagi menyesuaikan kalimah tersebut dengan pelbagai jenis wajah bacaan yang diharuskan.Contohnya kalimah ( ) ditulis tanpa huruf Alif selepas Kha dalam Firman Allah ( ) bagi membolehkannya dibaca oleh qiraat yang mengekalkan Alif tersebut atau qiraat yang menghazafkannya. Ini merupakan satu lagi kelebihan yang terdapat pada Rasm Uthmani iaitu terdapatnya beberapa kalimah yang ditulis dengan kaedah tulisan yang sama,walau berbeza pada wajah bacaannya (qiraat). Hukum menggunakan Rasm Uthmani Sesungguhnya pihak orientalis sentiasa mencari peluang untuk menyebarkan dakyah jahat mereka terhadap Islam. Hal sedemikian tidak terkecuali dalam urusan pembacaan dan penulisan al-Quran al-Syarif. Pelbagai tohmahan telah dibuat terhadap kepelbagaian yang berlaku dalam wajah qiraat dan penulisan al-Quran termasuklah dakwaan bahawa al-Quran dibaca dan tulis dengan sesuka hati mengikut selera dan kehendak nafsu.Oleh itu saya berpendapat, adalah menjadi satu kefarduan bagi setiap muslim untuk mempelajari serta menggunakan Mashaf Rasm Uthmani dalam pembacaan mahupun penulisan al-Quran. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh para ulama,mereka bersependapat bahawa Mushaf Rasm Uthmani adalah yang terbaik untuk dijadikan panduan dan diguna pakai masa kini kerana ia menepati dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w, malah itulah kaedah yang sewajar digunakan selamanya.Keteguhan pegangan dan pengetahuan yang mendalam terhadapnya akan menjadi benteng penghalang

kepada ancaman orientalis untuk melakukan dakyah terhadap kemukjizatan al-Quran yang sememang akan terpelihara sehingga akhir zaman. PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 16 Kesimpulan Ramai ulama telah meneliti dan menyelidik penulisan kalimah-kalimah dalam mushaf Uthmani. Mereka juga telah membuat beberapa siri perbahasan mengenai perkara tersebut. Hasil dari perbincangan itu, lahirlah beberapa buah buku seperti al-maqna karangan Imam Abu Amru al-Dani, Al-Rasm karangan Seikh Muhammad bin Yusof Atfish yang menerangkan tujuan serta rahsia disebalik kelainan cara penulisan tersebut.Amatlah wajar bagi setiap muslim memahami rahsia disebalik penulisan Rasm Uthmani disamping mengusai ilmu tajwid yang wajib itu. PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com 17 Rujukan: Abd. Rahman Abd Ghani (2008),Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan al-Quran. Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Al-Quran, Mushaf al-Madinah al-Nabawiyah, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd. Ahmad Kamarudin Ibrahim (2007), Rasm Uthmani. Seri Kembangan: Meteor Doc.Sdn.Bhd. Al-Hafiz Jalal al-Din Abd al-Rahman al-Sayuti (1987), Al-Itqan fi Ulum al-Quran, juz 2. Beirut: Dar Ibn Kathir. Al-Syaykh Ibrahim bin Ahmad al-Marghani al-Tunisi (1995), Dalil al-Hayran ala Mawrid al-Zaman I Fanny al-Rasm wa al-Dabt . Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Haji Abd.Qadir Leong (2008), Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Syaban Muhammad Ismail(Dr)(1986),Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha. Kaherah: Dar al-Salam http://nayie.blogspot.com/2009/03/rasm-uthmani.html http://kerabujantung.blogspot.com/2009/05/awas-quran-bukan -rasm-uthmani.html. http://syathibie.blogspot.com/2008/10/al-rasm-uthmani-17.html PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

You might also like