You are on page 1of 45

SENARAI TUGAS DISIPLIN/LEMBAGA PENGAWAS DAN TATATERTIB

1. Membantu guru besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah. 2. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan aktiviti dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah. 3. Mengawasi ahli lembaga sekolah 4. Menjadi penyelaras di antara guru dan guru besar di dalam hal disiplin murid-murid. 5. Menjalankan hukuman disiplin sekirannya diwakili guru besar. 6. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga di dalam masalah disiplin. 7. Membantu guru besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan muridmurid dan guru-guru. 8. Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai. 9. Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan perlakuan murid-murid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling. 10. Berusaha menanam semangat patut dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. 11. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru besar. 12. Mengadakan kempen kebersihan dan kempen hormat guru. 13. Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan berpakaian kemas dan bersih. 14. Mengatur jadual tugasan pengawas semasa guru-guru bermesyuarat/urusan-urusan lain. 15. Mengadakan lawatan sambil belajar. Dicatat oleh ~Insan Biasa~ pada 2:14 PM Label: Bidang Tugas HEM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN Bidang Tugas:

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya. 2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan. 3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. 4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar. 5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain. 6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah. 7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan. 8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai. 9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah. 10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah. 11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah. 12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya. 13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar. 14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. 15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

Lembaga Pengawas
Moto Lembaga Pengawas SMK Seksyen 19, Shah Alam
BERUSAHA, BERDISIPLIN DAN BERJAYA

Piagam Lembaga Pengawas SMK Seksyen 19, Shah Alam



Kami Lembaga Pengawas SMK Seksyen 19 dengan penuh iltizam berjanji akan bekerja dengan usaha tenaga kami untuk: memantapkan disiplin ke hala tuju yang cemerlang dan gemilang. membantu pihak pentadbir dan guru-guru sekolah dalam segala aktiviti yang diadakan dengan cemerlang dan berkesan. memberi layanan dan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan. memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan berusaha meningkatkan mutu disiplin. menjana pemikiran dan sahsiah pelajar ke arah mencapai kecemerlangan visi dan misi sekolah.

Ikrar lembaga pengawas



Bahawa kami pengawas-pengawas Sekolah Menengah Kebangsan Seksyen 19 berikrar akan menumpukan sepenuh taat setia kami terhadap lembaga pengawas dan sekolah ini berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip-prinsip rukun negara Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi dan bertanggungjawab Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah

Perlembagaan Lembaga Pengawas Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam



Diperkenalkan pertama kali sebagai perlembagaan rasmi LPS, SMK Seksyen 19 pada Januari 2009. Susunan Perkara: Bahagian 1: Perlantikan Pengawas

Sekolah

Menengah

Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baru Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas Fasal 4: Pakaian Pengawas

Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas

Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi Fasal 2: Ahli Jawatankuasa Fasal 3: Bidang Kuasa AJK

Bahagian 3: Tugasan Pengawas

Fasal 1: Tugasan Khusus Fasal 2: Tugasan Sampingan Fasal 3: Tindakan Disiplin

Bahagian 4: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

Fasal 1: Jenis Kesalahan Fasal 2: Perbicaraan Fasal 3: Hukuman

Bahagian 5: Persaraan Pengawas

Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas Fasal 2: Masalah Disiplin Fasal 3: Perletakan Jawatan Fasal 4: Arahan Majlis Pentadbiran

Bidang Tugas: 1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya. 2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan. 3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. 4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar. 5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain. 6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah. 7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan. 8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai. 9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah. 10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah. 11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah. 12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya. 13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar. 14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN


. . dan salam sejahtera. Yang Berusaha, En Ramli Bin Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru Kuching, Yang Dihormati, Pn Misia Hj Zain Penolong Kanan Kurikulum,En Razali Bin Badar, Penolong Hal Ehwal Murid, En Selamat Masuni, Penolong kanan Kokurikulum ,En Jamal Shukuri Bolhassan,Penolong Kanan PPKI, Ketua-ketua Bidang,Guru-guru ,Barisan pengawas serta rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Memulakan perhimpunan rasmi kita pada pagi ini,marilah kita bersama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Kebangsaan,iaitu Negaraku dengan penuh bersemangat. Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyayian lagu Negaraku Itu tadi. Para guru dan rakan sekalian, Seterusnya majlis menjemput Adik Zulhelmi Majeni untuk mengetuai bacaan Ikrar.Dipersilakan... Terima kasih diucapkan kepada Adik Zulhelmi Majeni atas bacaan ikrar itu tadi. Para guru dan rakan sekalian, Ramai orang membeli ragi Buat tapai lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat ,Bagi memberkati pencarian ilmu kita di Teratak SMK Demak Baru yang tercinta ini..marilah sama-sama kita menadahkan tangan megaminkan doa yang akan disampaikan oleh adik Qamarul Izad Bin Hasyim.. Terima kasih diucapkan kepada adik Qaamarul Izad atas bacaan doa itu tadi..Mudahmudahan Allah memakburkan doa kita semua. Para guru dan rakan sekalian.. Pastinya kita tidak lupa untuk mendengar laporan daripada guru yang bertugas pada minggu lepas.Justeru majlis dengan sukacitanya menjemput ketua guru bertugas pada minggu lepas iaitu Cikgu Badrul Hisyam bin Majid untuk menyampaikan laporan beliau.. Dengan segala hormatnya dipersilakan.. Terima kasih pada Cikgu Badrul Hisyam atas laporan itu tadi.Kepada rakan-rakan pelajar sekalian, Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan demi memastikan kelancaran pengurusan disiplin demi kecemerlangan SMK Demak baru ini. Anak teruna membeli tasi... semoga kita bersama menjayakan visi Para guru dan rakan sekalian, Bukalah mata ,bukalah minda untuk kita mendengar pengumuman yang akan di sampaikan oleh Cikgu Dayang Hasyimah Binti Awang Madian berkenaan Minggu Pendidikan Khas.Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Dayang atas pengumuman yang disampaikan.

Seterusnya pula majlis menjemput ,En Selamat Masuni ,penolong kanan kokurikulum untuk menyampaikan pengumuman beliau berkenaan aktiviti kokurikulum yang telah dan akan berlangsung pada minggu ini.Dipersilakan. Majlis menguncapakan terima kasih kepada Cikgu Selamat Masuni.Sepertimana harapan sekolah begitu juga harapan kami sebagai pelajar sememanya bersemangat untuk mengikuti segala aktiviti yang direncanakan oleh pihak sekolah kepada kami.

Para guru dan rakan sekalian, Diteruskan pula majlis pada pagi ini dengan ucapan daripada En Razali Badar,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih kepada En Razali Badar atas ucapan itu tadi. Mencari buluh membuat pagar Jangan terpotong batang durian; Cari guru tempat belajar, Supaya jangan sesal kemudian. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn Misia Hj Zain ,Penolong kanan kurikulum ,untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pn Misia Hj Zain atas ucapan yang disampaikan. Para guru dan rakan sekalian, Detik yang kita tunggu-tunggu pada saban minggu sememangnya tidak lain dan tidak bukan adalah amanat dan nasihat yang akan disampaikan oleh insan yang kita semua sayangi iaitu Tuan Pengetua.Justeru tanpa membuang masa,majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, En Rambli bin Hj Hasbi untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala horrmatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua yang kita sayangi... Terima kasih daun keladi minggu depan kita dengar lagi... Para guru dan rakan sekalian, Kita telah sampai ke penghujung majlis perhimpunan kita pada pagi ini..Sebelum majlis bersurai,marilah kita berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku dengan penuh semangat demi "Bumi Kenyalang" yang kita kasihi..Ahir kata daripada saya. wahai rakan tanamkan harapan Tingkatkan diri untuk maju Hidup harus penuh harapan Jadikan itu jalan yang dituju Mohon ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata atau susunan bahasa dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri..

Sekian...Jumpa lagi diminggu hadapan.Mohon pelajar semua memberi laluan kepada guru-guru dan berbaris mengikut kelas masing-masing untuk pemeriksaan oleh Lembaga Pengawas dan Disiplin sekolah.

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru 2011

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMK DEMAK BARU 2011

PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI. TERIMA KASIH. PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DATARAN SMK DEMAK BARU. RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU.

MAJLIS MEMOHON TN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN SAMA KATA SAMA SEPAKAT HARI GURU MARI RAIKAN.

BATU BERNAMA SI BATU BATA TEMPAT HINGGAP SIBURUNG BALAM GURU ITU IBARAT PELITA MEMBERI CAHAYA SETIAP MALAM BISMILLAHIRAHMANIRAHIMASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERADAN SELAMAT PAGI YG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI , PENGETUA SMK DEMAK BARU YANG DIHORMATI EN......................................................... YG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU YANG DIHORMATI, PN MISIA BINTI HJ ZAIN PENOLONG KANAN AKADEMIK

YANG DIHORMATI, EN RAZALIE BADAR PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, EN SELAMAT BIN MASUNI, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.. EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS, BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI ,KAKITANGAN SMK DEMAK BARU,AJK PIBG DEMAK BARU. BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIANSELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI.DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2011..GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

BACAAN BACAAN DOA Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI. ANAK KECIL PERGI BERBURU TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA DARI KECIL DI ASUH GURU AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA. UCAPAN WAKIL PELAJAR. PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU MEWAKILI PARA PELAJAR.IAITU SAUDARA.........................................................UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA .......................................... ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI. PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT HARGAIKU SEPANJANG ZAMAN AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT. UCAPAN PENGETUA TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TADA BERBICARA. HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HAJI HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU DIPERSILAKAN . TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.

JASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG SEMANGATMU DIJULANG KEPIMPINANMU GEMILANG MENJADIKAN KAMI CEMERLANG... TERIMA KASIH CIKGU.... UCAPAN YDP PIBG PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA EN.................................... YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ...................................................... ATAS UCAPAN ITU TADI. UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. DEMIKANLAH TADI TEKS UCAPAN DARPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU JAMAL . UCAPAN MENTERI PELAJARAN SETERUSNYA PULA MAJLIS MENJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .

ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN KASIH GURU AKAN MURIDNYA MASA DAN TENAGA RELA KOBANKAN

BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DKETUAI OLEH EN ABDUL NASIR BIN MORNI .MOHON PARA GURU BERDIRI DI ATAS PENTAS DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA ,LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI LILIN. DEMIKIANLAH TADI NYAYIAN BEBERAPA LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI. ACARA PEMOTONGAN KEK

SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA BAGI MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK. MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN. PERSEMBAHAN MURID/GURU PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN. BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEBAGAI KENANGAN DIHALWA TELINGA KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN NYAYIAN YANG BERTAJUK SELAMAT PAGI CIKGU. UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN PUAN KAMARIAH KUNGGI .SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN. SETERUSNYA PULA MARLAH KITA SAMA-SAMA SAKSKAN PERSEMBAHAN TARAN DARIPADA KELAB KEBUDAYAAN DI BAWAH PIMPINAN CIKGU SAIEE. BEGITULAH SANTAPAN MATA YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG..SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..

MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN BERAGAM INI. DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.

MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK............................................... DENGAN INI DIPERSILAKAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN.BERBAKAT JUGA RUPANYA CIKGU KITA.SEMEMANGNYA SMK DEMAK BARU MEMPUNYAI RAMAI GURU DAN PELAJAR YANG BERBAKAT DALAM BIDANG SENI..DAN TAHUN INI KITA BERBANGGA SEORANG BEKAS PELAJAR IAITU AMIR TELAH BERJAYA MENJADI PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-9. PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI. PENYAMPAIAN KAD UCAPAN/TANDA HATI KEPADA PENGETUA.

BERSENJATAKAN PENA KERAMAT BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT SEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMAT DEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITI KERANA SEMEMANGNYA.. GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN.. ACARA PADA PAGI YANG BERBAHAGIA INI DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN KAD-KAD UCAPAN HARI GURU DAN TANDA HATI DARIPADA BADAN BERUNIFORM KELAB DAN PERSATUAN KEPADA INSAN YANG KITA SAYANGI LAGI KASIHI PENGETUA SMK DEMAK BARU EN RAMBLI BIN HJ HASBI. SEBELUM ITU MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT PENOLONGPENOLONG KANAN BAGI MENGIRINGI TUAN PENGETUA KE PENTAS BAGI MENERIMA KAD-KAD DAN TANDA HATI DARIPADA WAKIL SETIAP KELAB DAN PERSATUAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DPERSILAKAN. DIMULAKAN DENGAN WAKIL DARI 1.KELAB PENCIPTA ALAM 2.KELAB KOPERASI 3.KELAB KEUSAHAWANAN PPKI 4.PBSM 5.PENGAKAP 6.KRS 7.PERTAHANAN AWAM (KAFA) 8.PERTAHANAN AWAM (KAFA) PENDIDIKAN KHAS 9.PANDU PUTERI 10.PUTERI ISLAM 11.KADET BOMBA DAN YANG TERAKHIR 12.KADET POLIS. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK DEMAK BARU ATAS TANDA INGATAN ITU TADI..SESUNGGUHNYA..BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERMA KASIH KAMI BUAT CIKGU..SEBENARNYA ADALAH TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU SELAMA INI. TINGGI BUKIT SILANG GEMILANG AIR PASANG TENANG-TENANGAN BUDI SEDIKIT TIDAKKAN HILANG DALAM HATI KENANG-KENANGAN MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH CIKGU KEPADA BARISAN GURU YANG KITA SEMUA SAYANGI INI. NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.

KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS,SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU IBU PERTIWKU TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI. PENUTUP AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI. SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG.SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI KAWASAN LOBI. KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI KELAS MASING-MASING. TERIMA KASH DAUN KELADI PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI BUAT GURU KAMI SUDAHI SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI JASA GURU TERPAHAT DIHATI
SEKIAN.SALAM SEJAHTERA WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT

(Selamat Hari Guru 2011 kepada semua Pendidik Bumi Kenyalang.Teruskan usaha mengangkat martabat profesion perguruan.Mendidik anak bangsa ke tahap cemerlang)

Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Demak Baru 2011

Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih. DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI ,PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU KE DEWAN. MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI. ALU-ALUAN Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT. Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi, Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.. Yang Berusaha Encik Rambli bin Hj Hasbi Pengetua SMK Demak Baru ,Kuching Yang Dihormati Pn Misia Hj Zain Penolong Kanan Pentadbiran En Razalie Badar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Selamat Masuni Penolong Kanan Kokurikulum En Jamal shukuri Bolhassan Penolong Kanan PPKI

En Bolhari Bojeng Wakil PIBGj Ketua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bertemakan I Malaysia 1 Ummah, yang dianjurkan oleh Paniatia Pendidikan Islam SMK Demak Baru. BACAAN DOA MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN, APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR. Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid untuk menyampaikan bacaan doa. Dengan penuh takzim majlis mempersilakan. Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati. UCAPAN ALU-ALUAN KETUA BIDANG Hadirin sekalian,majlis menjemput ustazah Raesah binti Akeng, Ketua Bidang Kemanusiaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya dipersilakan. NUN DI SANA INDAHNYA KOTA KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA INDAH SUNGGUH BICARA KATA MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Raesah binti Akeng di atas ucapan yang telah disampaikan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En Bolhari bin Bojeng,selaku wakil PIBG SMK Demak Baru.Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En Bolhari Bojeng atas ucapan itu tadi. UCAPAN PERASMIAN BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT MARI DIMUAT DI ATAS PETI BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT BESAR NIAT DI DALAM HATI Tibalah masa yang dinantikan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En Rambli bin Hj Hasbi,untuk menyampaikan ucapan. Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan .sebagai simbolik majlis maulidur rasul pada pagi ini dipersilakan Tn pengetua diiringi oleh penolong-penolong kanan,wakil PIBG bagi acara memotong pulut kuning(gimik di atas pentas/tayangan audio visual)....satu tepukan untuk kita semua. Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengetua atas perasmian itu tadi. BACAAN AI -QURAN Hadirin sekalian Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran yang akan disampaikan oleh adik Qamarul Izzat dan ditafsirkan oleh adik Zulhelmi Majeni. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Qari dan penterjemah atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi. BACAAN BERZANJI/MARHABAN Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan Badan Pengawas untuk menyampaikan bacaan berzanji,diikuti marhaban dan selawat. Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama.Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada barisan Badan pengawas atas persembahan itu tadi. PERSEMBAHAN NASYID Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid daripada pelajar Pendidikan Khas dengan lagunya yang bertajuk Ya Rasulullah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar Pendidikan Khas atas persembahan itu tadi. Para guru dan pelajar sekalian. Seterusnya tibalah masa ke acara penyampaian hadiah dan Anugerah Maulidur Rasul.Pihak majlis mempersilakan En Rambli Hj Hasbi diiringi oleh penolong-penolong kanan ke pentas bagi menyempurnakan upacara.Dipersilakan.. HADIAH PERTANDINGAN BANNER Tempat ketiga................................................... Tempat kedua................................................... Johan.................................................................

Untuk pengetahuan markah diberikan berdasarkan kreativiti dan kekemasan.Tahniah diucapkan kepada persatuan/kelab............................................. HADIAH BERCERITA KISAH NABI Dipersilakan tempat ketiga di menangi oleh adik...............................................dari tingkatan.................... Seterusnya tempat kedua dimenangi oleh...........................................dari tingkatan................................... dan Johan pertandingan bercerita kisah nabi diberikan kepada adik....................................dari tingkatan......................... Tahniah diucapkan. HADIAH BACAAN SAJAK/PUISI Dipersilakan tempat ketiga bagi pertandingan bacaan sajak/puisi dimenangi oleh..........................................dari tingkatan..................................... Naib Johan........................................................dari tingkatan........................................................ dan Johan........................................................................dari tingkatan............................................ Seterusnya kita beralih ke Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah maulidur Rasul 2001.Penerima akan menerima sijil,piala dan wang tunai sebanyak RM150 sumbangan PIBG.Anugerah pada tahun ini diberikan kepada Adik...............................................................atas sumbangan dan khidmat bakti beliau yang tidak berbelah bagi terhadap sekolah. Dipersilakan Adik.............................................untuk menerima anugerah.. Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua kerana sudi menyampaikan hadiah dan anugerah pada pagi ini.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerima hadiah dan anugerah.Semoga ianya menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar yang lain. NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan anugerah itu tadi,maka berakhir maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT. INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU JARI SEPULUH DISUSUN KINI ANDAINYA ADA KATA TERLALU.

sebelum kita bersurai,marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Ibu pertiwiku. SEkian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi.. WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.

Contoh Pantun Terima Kasih.

Anak raja makan sirih sekian terima kasih

Bawah batang ada keli Batang rebah menumpu tanah Cadangan dibentang jelas sekali Terima kasih,syabas dan tahniah.

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan.

Pohon sirih pohon selasih Tumbuh merimbun di hujung laman Kalungan budi junjungan kasih menjadi kenangan sepanjang zaman

Berkejar-kejaran ombak dilaut Menyentuh pantai berpasirbersih

Budi tuan disebut-sebut Kerja selesai dan terima kasih.

Bersarang lebah dipohon palas burung kelicap di pohon selasih Pengetahuan bertambah penerangan jelas Majlis mengucapkan terima kasih.

Pohon selasih di dalam kolam Anak haruan berenang-renang Terima kasih kami ucapkan Budi tuan menjadi kenangan

Terbang selisih siburung kedidi Terbang berduyun di waktu pagi Terima kasih daun keladi di lain tahun berjumpa lagi

Buah selasih buah kelubi di dalam dulang hidangan pagi Terima kasih daun keladi Bila diundang datanglah lagi.

-Anak Pantai-

Contoh teks ucapan perhimpunan sekolah


TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN . . dan salam sejahtera. Yang Berusaha,

................................, Tuan Pengetua Sekolah ................................... ............................. Penolong Kanan Pentadbiran,. .............................. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ............................ Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua-ketua Jabatan, Guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Syukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menyedut udara segar di kelilingi hutan yang menghijau ini. Bagi memberkati majlis perhimpunan di pagi yang mulia ini, majlis menjemput saudara _________________ untuk membacakan doa. dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Semoga dengan pembacaan doa tadi akan diperkenankan oleh Allah dan akan memberkati lagi majlis kita pada hari ini. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara _______________ untuk mengetuai lafaz ikrar pelajar. Dengan ini majlis menjemput.. Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara ________________. Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk berdiri tegak untuk menyanyikan lagu NegaraKu, (dengan iringan muzik / tanpa iringan muzik). Para guru dan pelajar dijemput duduk. Bagi meneruskan lagi majlis kita di pagi yang mulia ini, majlis menjemput 1- Guru-guru 2- Penolong Kanan Kokurikulum 3- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4- Penolong Kanan Pentadbiran untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ________________________ atas ucapan beliau tadi. Semoga dengan ucapan dan teguran itu tadi dapat kita hayati bersama dan dijadikan sebagai panduan kepada kita semua. Tidak sempurna kata tanpa bicara Tiada sempurna bicara tanpa bahasa Tiada sempurna perjalanan majlis kita jikalau tiada ucapan dari Tuan Pengetua.

Dengan ini majlis menjemput Tuan Pengetua, ................ untuk memberi nasihat dan teguran kepada kita semua. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Jutaan terima kasih majlis ucapkan kepada Tuan Pengetua. Semoga dengan teguran dan nasihat itu tadi akan kita jadikan panduan dan diamalkan dalam kehidupan kita. Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk berdiri tegak bagi menghormati dan menyanyikan lagu ibu pertiwiku. Dengan berakhirnya lagu ibu pertiwiku tadi, maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari ini. Segala yang baik datang daripada Allah swt, manakala yang kurang itu datang dari kelemahan saya sendiri. Sekian. . Para pelajar diminta tunggu sebentar bagi memberi laluan kepada para guru.

Contoh-Contoh Pantun Untuk Majlis Perasmian

Burung tempua hinggap merata Sayang Merbah di pohon cemara Assalamualaikum mulanya kata Awal BismilLah pembuka bicara.

Negeri Sarawak aman sentosa, Pendidikan Gemilang Misi Utama, Dengan tiada melengahkan masa Kita mulakan atucara pertama,

Budak-budak bermain galah Bermain galah di tepian gelanggang Ada yang menang ada yang kalah Itulah dia adat pertandingan.
Kalau pergi ke Kg Keramat Janganlah lupa membeli tongkat

Bersama Kita memohob rahmat Moga majlis mendapat berkat.

Pergi ke laut menangkap ikan Membawa pulang si ikan tenggirii Kehadiran semua amat dialukan Moga Majlis bertambah seri.

Tenung benang menjadi sari Di atas papan batang jerami Kepada tuan sembah diberi Mohon rasmikan majlis kami

Wahai pelajar jauhilah dadah Janganlah cuba walau sekali Majlis penutupan selesailah sudah Jumpa lagi di lain kali. (Ini beberapa contoh pantun yang aku reka....untuk sesapa yang selalu jadi emcee macam ni ...)

Contoh Pantun Pujian

Pantun Pujian Buah jambu disangka kandis Kandis ada di dalam cawan

gula madu disangka manis manis lagi senyuman puan

Buat bangsal di Pulau Daik Menahan taut sambil mengilau Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

Bunga manggar di atas pentas tuan nampak segar di atas pentas

Dari Melaka ke Kuala Lumpur Singgah sebentar di Salak Tinggi Puan sungguh menjadi penghibur Setelah letih modul digubal teliti

Singgah sebentar di salak tinggi Menghilang dahaga menghilang penat puan ibarat ibu mithali Boleh meniup menyuntik semangat

Anak tebuan berlima-lima Hinggap di dahan bunga kemboja Nasihat tuan sungguh bermakna Boleh meniup menyuntik semangat

Terbang tebuan beringat-ingat Agar lengan tidak berkesan Ucapan tuan sungguh menyengat

Menjadi dorongan sempurna tugasan.

Berarak awan di air pasang Berhuja-huja nelayan bergegas Ucapan tuan sungguh merangsang Meringan kerja menyiap tugas

Harimau bersinSang Kancil lari Bergerak buaya melompat tupai Kami yakin tuan bestari Buat kerja hingga selesai.

Rama- rama di pohon meranti Tempat mainan unggas dan mawas Sekian lama kami menanti Ucapan tuan tuntas dan bernas

Ikan gelama si ikan Sengat Berenang-renang di dalam tebat Tuan laksana mutiara hikmat Pemberi dorongan peniup semangat

Bunga seroja si bunga anggerik Penghias taman di tepi kolam Tuan bekerja tak pernah serik Menyinsing lengan siang dan malam

Anak haruan dijaring pukat Anak tempua di atas jerami Walau tuan berjadual ketat Mampu jua bersama kami

Lagi contoh pantun

Padi pulut si padi bentan Tanam secupak tumbuh segantang Ilmu dituntut penuh di badan Bekalan kita masa berjuang.

Dari darat ke Padang Kota Hendak membeli si ikan sari Tuan ibarat batu permata Bersalut emas manis dijari

SMKDB tersohor indah Tempat berteduh pelajar-pelajar istimewa Selamat datang kata bermadah Terukir kata buat semua.

Di langit berubah ditutupi mega di sinar suria aneka warna Rasa muhibbah seluruh warga Tersohor negara di mana-mana

Contoh Pantun Budi

Pantun Budi Baik bergalas mahupun tidak Buli-buli bertali benang Baik berbalas mahupun tidak Asal budi sama dikenang.

Burung helang burung jentayu Mengimbau naik ke atas palang Bunga kembang akhirnya layu Budi yang baik takkan hilang

Yang kurik itu kendi Yang merak itu saga

Yang cantik itu budi Yang indah itu bahasa

Anak merak bersarang di paya Anak katik di sawah padi Emas perak kebesaran dunia Amal yang baik di bawa mati

cahaya redup menyegar padi Ayam berkokok mengirai tuah jikalau hidup tidak berbudi Umpama pokok tidak berbuah

Anak merpati disambar helang

Terbang ketitir di dalam huma Hariamu mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama

Anak haruan berlima-lima Mati ditimpa pungutr berdaun Budi tuan kami tak lupa Jadi kenangan bertahun-tahun

Bandar baru Seberang Perai Gunung Daik bercabang tiga hancur badan tulang bercerai Budi yang baik dikenang juga.

Hinggap kedidi di hujung tanjung Meniti-niti di hujung dahan

Tuan berbudi amat disanjung Semoga menjadi kenangan zaman.

Ular lidi menyusur rotan Menyusur jatuh ke dalam paya Banyak budi tuan semaikan Semoga tumbuh menyinar dunia.

Anak beruk di tepi pantai pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi

Asam kandis dihiris-hiris

Manis-manis rasa isinya Dilihat manis dipandang manis lebih manis hati budinya.

Jeruk manis dimakan manis Manis sekali kulit bijinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya.

Ayam hutan terbang ke hutan Tali tersangkut pagar berduri adik bukan saudarapun bukan hati tersangkut kerana budi.

Bila memandang ke muka laut

Nampak sampan mundik ke hulu Bila terkenang mulut menyebut Budi yang baik ingat selalu

Hendak memetik daun palas Buah isi buah berangan Berbudi bukan minta di balas Hanya untuk kenang-kenangan. -Anak Pantai-

Contoh Pantun Perasmian,Penutupan dan Sebagainya 2

Sayang kumbang mencari makan terbang seiring di tepi kali selamat datang kami ucapkan moga diiringi restu ilahi

bukan rumput sebarang rumput rumput penghias cantik pandangan bukan jemput sebarang jemput jemput juri berikan penerangan

Siti Wan kembang perintah Kelantan Nama termasyur zaman dahulu kala Saat yang dinanti telahpun datang Pertandingan nasyid akan bermula

Jangan kita bersikap malas Buangkan juga sikap berangan Kami memberi tidak minta dibalas Hanya untuk kenang-kenangan.

Nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba lurutkan Andai ada tersilap bicara Ampun dan maaf kami pohonkan Apa yang kurang dicaci jangan

Ilmu yang baik jadikan panduan Selepas ini jangan serik untuk datang Kami sentiasa menanti kunjungan.

keputusan pemenang sudah ditangan Menunggu masa untuk diumumkan Yang Berusaha Tuan Pengetua diberi penghormatan Sampaikan anugerah mohon dilaksanakan.

Sukatlah puluh menggunakan gantang Untuk diberikan kepada panglima Tuan dijemput sudahlah datang Berbesar hati kami menerima

Buah selasih dicucuk lidi Di dalam dulang hidangan pagi

Terima kasih daun keladi Bila diundang datanglah lagi

Hinggap kedidi di bunga tanjung Meniti-niti ke hujung dahan Tuan berbudi amat disanjung Semoga menjadi kenangan zaman

Berkejar-kejaran ombak di laut Menyentuh pantai berpasir bersih Budi tuan disebut-sebut kerja selesai dan terima kasih.

-Anak Pantai-

UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN MEMBACA BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM PEMBUKA KATA ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA PEMULA BICARA YG BERUSAHA _________________________________RAKAN-RAKAN GURU, SERTA ANAK-ANAK DIDIK YANG DIKASIHI BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH SERTA PERKENANNYA MAKA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAH MAJLIS BULAN MEMBACA. HADIRIN YG DIMULIAKAN SEPERTI YANG SEDIA MAKLUM ,KEMPEN MENGALAKKAN BULAN MEMBACA TELAH DIMULAKAN SEJAK TAHUN 1972. KEMUNCAK KEPADA KEMPEN TERSEBUT IALAH PENGISTIHARAN TAHUN 1988 SEBAGAI TAHUN MEMBACA.PADA SETIAP TAHUN PULA DIADAKAN KEMPEN BULAN MEMBACA IAITU BULAN JULAI BULAN MEMBACA.

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT HADIRIN SEKALIAN BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU. SERTA LAGU BANGSA JOHOR TERIMA KASIH DIUCAPKAN KERANA TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI. BACAAN DOA HADIRIN YANG DIHORMATI, DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PETANG INI AKAN BERJALAN LANCAR DAN AKAN LEBIH DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T , MAJLIS MENJEMPUT USTAZ IBRAHIM BIN HALING UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN. AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN. TERIMA KASIH KEPADA ______________________ ATAS BACAAN DOA ITU TADI.. UCAPAN PENYELARAS SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT _______________________________I PENYELARAS PUSAT SUMBER UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUALUAN.MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN.. UCAPAN PENGERUSI

SETERUSNYA ,MAJLIS MENJEMPUT _________________________________ PENOLONG KANAN PETANG MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA MAJLIS BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT YANG BERUSAHA ,________________________________________________ UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH. DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN. MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA ............................. ATAS UCAPAN PERASMIAN ITU TADI BUKU ADALAH KUNCI KEPADA KEBIJAKSANAAN BUKU ADALAH PINTU DUNIA KESERONOKAN BUKU ADALAH JALAN MENUJU KEJAYAAN BUKU ADALAH SAHABAT, AYUH MARI MEMBACA DAN TERUS MEMBACA, BELAJAR,MENUNTUT DAN BERGURU SEPATUTNYA TAK PERNAH TERHENTI SEHINGGA NYAWA KITA TERHENTI. KUIZ BUKU PARA HADIRIN SEKALIAN ,ATURCARA SETERUSNYA IALAH KUIZ BUKU.UNTUK MENGENDALIKANNYA,,MAJLIS MEYERAHKAN KEPADA PN JAMALIAH. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN JAMALIAH. PENYERAHAN SUMBANGAN SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PN MISIA BINTI HJ ZAIN UNTUK MENJEMPUT DAN MENGIRINGI PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI BAGI MENERIMA PENYERAHAN SUMBANGAN. YG PERTAMA DIJEMPUT EN ABANG FADHLI ABNG MUHI WAKIL DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DAN MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN ABANG FADHLI BIN ABG MUHI. SETERUSNYA PULA,DIJEMPUT EN CHEN LOW HEE WAKIL DARI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUCHING UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSYA MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN. SETERUSNYA DIPERSILAKAN TN HJ BAHARUDIN BIN MANSUR YG DIPERTUA PIBG SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DAN MEMBERIKAN UCAPAN. MAJLIS MENGUCAP TERIMA KASIH. KEPADA PN PENGETUA DAN TERIMA KASIH SERTA SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,JABATAN PENERANGAN SERTA YANG DIPERTUA PIBG KERANA SUDI MEMBERIKAN SUMBANGAN.

POHON SELASIH DI DALAM KOLAM ANAK HARUAN BERENANG-RENANG TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN BUDI TUAN MENJADI KENANGAN

PERSEMBAHAN STORY TELLING HADIRIN SEKALIAN, SETERUSNYA KITA AKAN DISAJIKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN PELAJAR.SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN .PERSEMBAHAN STORY TELLING DARIPADA PELAJAR SMK .............................. DIPERSILAKAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA WAKIL PELAJAR ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI. PENYAMPAIAN SIJIL. UNTUK ATURCARA SETERUSNYA,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAIN UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN KEPADA PUSTAKAWAN. DIPERSILAKAN. DIJEMPUT.. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN MISIA HJ ZAIN DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PUSTAKAWAN YANG TELAH DILANTIK .SEMOGA ANDA DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG YANG TELAH DIAMANAHKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN. PENYAMPAIAN HADIAH TERSENYUM MANIS SIDARA JELITA DIUSIK MANJA SITERUNA IMPIAN RAJIN MEMBACA ADALAH SENJATA ITULAH RAHSIA PELAJAR CEMERLANG

KEPADA PARA PELAJAR, JADILAH BUKU PASANGAN PALING SETIA, KE MANA SAJA PERGI PASTIKAN SELALU BERSAMA PASANGAN INI.SEORANG UALAMA BESAR ISLAM YANG MEMPUNYAI KOMITMEN TINGGI TERHADAP ILMU PEMBACAAN SEHINGGA MATI TERTINDIH OLEH BUKUNYA PERNAH BERKATA BUKU ITU AKAN DIAM BILA ENGKAU MENYURUHNYA DIAM, DIA TIDAK AKAN MENGANGGUMU JIKA ENGKAU SEDANG BEKERJA. TETAPI APABILA ENGKAU DIULIT KESEPIAN DIALAH TEMAN YANG AKAN MENJADIKAN TEMANMU YANG PALING BAIK. SEBELUM KITA MENGAKHIRI MAJLIS PADA PETANG INI, MARILAH SAMASAMA KITA BERDIRI UNTUK MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU. PENUTUP BAGI PIHAK AHLIJAWATANKUASA MENGUCAPAKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KERANA SUDI MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA PETANG INI. JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI. .TERIMA KASIH.SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE - 3 ( SESI PAGI) LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN Hari : ISNIN Tarikh : 17 JANUARI 2011 Masa : 7.30 8.00 pagi Guru Bertugas : Pn. Salwana Elias(K) Pn. Halimatun Saadiah Hassan Pn. Maimunah Yob Pn. Nor Azura Mustafa Pn. Norasmawati Omar En. Zaidi Mahmat En. Musrizuan Daud 1.Laporan/Ulasan : i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah ii. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim iii. Ikrar Rukun Negara oleh En. Zaidi Mahmat (guru) dan Ikrar Murid oleh Sanjay Devadass (pengawas) 2. Ucapan Guru Bertugas (En. Zaidi Mahmat) i. Guru bertugas menyampaikan tema pada hari ini berkaitan dengan Peraturan Sekolah 2 BAHAGIAN 2: WAKTU PERSEKOLAHAN 2.1 Masa:2.1.1 : Sesi pagi 7.30 pagi 1.20 ptg ( Isnin dan Rabu) 7.30 pagi 12.50 tgh (Selasa dan Khamis) 7.30 pagi 11.50 pagi (Jumaat sahaja)

2.1.5 : Sesi petang 1.20 ptg 6.40 ptg (Isnin, Selasa dan Rabu) 1.20 ptg 6.10 ptg (Khamis dan Jumaat)

2.1.6 : Prasekolah 7.30 pagi 11.30 pagi (Isnin hingga Jumaat)

2.1.7 : Program Pendidikan Khas Integrasi 7.30 pagi 12.50 tgh (Isnin, Selasa dan Khamis) 7.30 pagi 1.50 ptg (Rabu sahaja) 7.30 pagi 11.50 pagi (Jumaat sahaja) Walau bagaimanapun murid-murid perlu sampai ke sekolah 10 minit sebelum loceng pertama waktu persekolahan yang tersebut di atas bermula. Perkataan LAWAD: Bahasa Melayu : Harum (wangi) , Bahasa Inggeris: Field (padang) , Bahasa Arab: Yun Yu (bulan Jun) Pengumuman: Kokurikulum pada hari Rabu (19 Januari 2011) akan berlangsung seperti biasa bagi aktiviti Kelab dan Persatuan. 3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Kedua) En. Zulkefli Daud i. Beliau menegur tentang kehadiran murid yang sering datang lewat dan mengharapkan sekolah akan mencapai kehadiran lewat sifar pada masa akan datang. ii. Beliau menegur sikap murid yang suka bercakap semasa perhimpunan dan juga semasa beratur di Dewan Perdana selepas waktu rehat. Sehubungan itu beliau mengharapkan agar murid-murid dapat senyap dan mendengar arahan guru yang bertugas. iii. Beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa menghormati para guru dan memberi salam (murid Islam) dan ucapan Selamat Sejahtera (murid bukan Islam) ketika berselisih dengan guru-guru. iv. Beliau turut mengingatkan murid-murid agar beratur apabila hendak bergerak dari kelas ke makmal. 4. Perlantikan Pengawas Sesi Pagi Seramai 115 orang murid tahun 4, 5 dan 6 menerima watikah perlantikan pengawas sesi 2011. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Habsah Ahmad.

Ketua Pengawas (sesi pagi) : Muhd Hafiz b. Redzuan (6 Daisy) Penolong Ketua Pengawas (sesi pagi) : Idzni Fatini bt. Zulhazmi (6 Alamanda) Terdahulu, Puan Siti Habsah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terpilih dan mengharapkan agar mereka dapat memberikan contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain.

5. Ucapan Puan Penolong Kanan Pentadbiran (Pn. Siti Habsah Ahmad) i. Mengingatkan murid-murid apabila sampai di sekolah, agar meletakkan beg dan beratur dengan segera dalam barisan kelas masing-masing ii. Murid-murid perlu beratur apabila hendak ke bilik-bilik khas (Makmal sains, Bilik KH, Makmal Komputer, Bilik Muzik dll) iii. Kelas Tambahan Tahun 6 bermula pada hari ini (17 Januari 2011) bermula jam 1.10 petang hingga 3.10 petang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. iv. Murid-murid diingatkan supaya tidak melintas Dataran Perdana. v. Murid-murid tahun 4 dan 5 perlu berada di kantin atau Dewan Putra semasa waktu rehat dan bukannya berlegar-legar di dalam kelas masing-masing.

You might also like