You are on page 1of 5

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU JANUARI 2013

ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.
7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 26hb Februari hingga 10hb Mac 2013

(ONLINE) Serahan selepas 10hb Mac 2013 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

___________________________________________________________________________ PENILAIAN / EVALUATION Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Salah satu keunikan bahasa Melayu ialah bersifat dinamik. Ini bererti bahawa bahasa Melayu boleh diperkembangkan khususnya dalam perbendaharaan kata dan peristilahan. Usaha untuk memperluaskan istilah bahasa Melayu telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Bahasa Indonesia Brunei dan Malaysia (MABBIM). Pelbagai bidang telah mengalami perubahan dari segi istilah dan ini memberikan impak kepada perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Berdasarkan pernyataan di atas buat satu analisis berkaitan dengan perkara berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Pengenalan terhadap konsep peristilahan. Sejarah perkembangan peristilahan dan peranan DBP, MABBIM dan agensi lain yang berkaitan. Prinsip-prinsip pembentukan istilah. Faktor-faktor pembentukan istilah. Pembentukan istilah pelbagai bidang. [Jumlah: 40 Markah]

SKEMA PEMARKAHAN /PERATURAN MEMBERI MARKAH/ RUBRIK


Kriteria Pembera tan 1.0 Sangat Lemah 0 Tiada pengenalan dinyatakan. Lemah 1 Pengenalan Pengenalan tentang tugasan dinyatakan secara umum sahaja tanpa sebarang sumber rujukan berkaitan konsep peristilahan dan objektif serta jangkaan hasil penulisan. Sederhana 2 Pengenalan tentang tugasan dinyatakan dengan agak baik. Objektif penulisan dan jangkaan hasil penulisan ada dinyatakan tetapi masih kurang jelas. Sekurangkurangnya satu sumber rujukan berkaitan konsep peristilahan dinyatakan. Perbincangan tentang perkembangan peristilahan bahasa Melayu dinyatakan dengan agak baik. Peranan DBP dan MABBIM dibincangkan sebagai agensi yang membangunkan dan memperkembangkan istilah bahasa Melayu. Baik 3 Pengenalan tentang tugasan dinyatakan dengan baik. Objektif penulisan dan jangkaan hasil penulisan ada dinyatakan dengan baik dan disokong oleh DUA sumber rujukan yang sesuai dan relevan. Cemerlang 4 Pengenalan tentang tugasan dinyatakan dengan amat baik amat jelas dan meyakinkan. Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan yang relevan berkaitan konsep peristilahan dinyatakan sebagai sokongan. Perbincangan tentang perkembangan peristilahan bahasa Melayu dinyatakan dengan amat baik, amat jelas, dan tersusun rapi. Peranan DBP, MABBIM dan agensi lain dibincangkan sebagai agensi yang membangunkan dan memperkembangkan istilah bahasa Melayu. Contoh pelbagai bidang peristilahan dikemukakan sebagai bukti. 4 Markah

Sejarah perkembangan peristilahan dan peranan DBP , MABBIM dan agensi lain dalam membangun dan memperkembang kan peristilahan Melayu.

2.0

Tiada perbincangan tentang sejarah peristilahan dan peranan DBP, MABBIM serta agensi lain dalam membangunkan dan memperkembangkan peristilahan Melayu.

Perbincangan tentang perkembangan peristilahan bahasa Melayu dinyatakan secara umum. Hanya peranan DBP sahaja yang dibincangkan sebagai agensi yang membangun dan memperkembangkan peristilahan.

Perbincangan tentang perkembangan peristilahan bahasa Melayu dinyatakan dengan baik dan jelas serta tersusun. Peranan DBP, MABBIM dan agensi lain dibincangkan sebagai agensi yang membangunkan dan memperkembangkan istilah bahasa Melayu.

Prinsip-Prinsip pembentukan istilah

2.0

Tiada perbincangan dan huraian tentang prinsip pembentukan istilah bahasa Melayu.

Perbincangan tentang prinsipprinsip pembentukan istilah bahasa Melayu dinyatakan secara umum sahaja dan bersumberkan petikan modul..

Perbincangan tentang prinsip-prinsip pembentukan istilah agak baik dan bernas. Satu hingga dua prinsip dibincangkan berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang prinsip-prinsip pembentukan istilah bahasa Melayu baik dan bernas. Tiga prinsip pembentukan istilah dibincangkan berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang prinsip-prinsip pembentukan istilah bahasa Melayu amat baik, amat jelas dan amat bernas. Sekurang-kurangnya empat prinsip pembentukan istilah dibincangkan berserta contoh yang sesuai dan relevan. Perbincangan tentang faktor-faktor pembentukan istilah disampaikan dengan amat baik dan amat bernas serta jelas. Sekurang-kurangnya tujuh faktor pembentukan istilah dinyatakan berserta contoh yang sesuai dan relevan. Perbincangan tentang istilah pelbagai bidang disampaikan dengan amat baik, amat bernas, dan kemas. Sekurang-kurangnya tujuh atau lebih bidang pembentukan istilah dinyatakan berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Faktor-Faktor pembentukan istilah.

2.0

Tiada perbincangan tentang faktor-faktor pembentukan istilah

Perbincangan tentang faktor-faktor pembentukan istilah disampaikan secara umum sahaja. Satu hingga dua faktor pembentukan istilah dinyatakan berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang faktor-faktor pembentukan istilah disampaikan agak baik. Tiga hingga empat faktor pembentukan istilah dinyatakan berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang faktor-faktor pembentukan istilah disampaikan dengan baik dan bernas. Lima hingga enam faktor pembentukan istilah dinyatakan berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang istilah pelbagai bidang.

2.0

Tiada perbincangan tentang istilah pelbagai bidang.

Perbincangan tentang istilah pelbagai bidang disampaikan secara umum. Satu hingga dua bidang pembentukan istilah dinyatakan berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang istilah pelbagai bidang disampaikan dengan agak baik. Tiga hingga empat bidang pembentukan istilah dinyatakan berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang istilah pelbagai bidang disampaikan dengan baik dan bernas. Lima hingga enam bidang pembentukan istilah dinyatakan berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Organisasi

Tidak berkaitan

Organisasi penulisan tidak teratur dan tidak menyatakan secara keseluruhan penulisan. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA

Organisasi penulisan agak baik dan tersusun tetapi masih tidak menjelaskan tentang hasilan penulisan secara keseluruhan. Sebahagian penulisan bibliografi mengikut gaya APA

Organisasi penulisan adalah baik dan tersusun serta menjelaskan tentang hasilan penulisan dari segi objektif dan matlamat secara keseluruhan. Sebahagian besar penulisan mengikut gaya APA.

Organisasi penulisan amat baik dan amat tersusun serta menjelaskan tentang hasilan penulisan secara keseluruhan dari segi objektif, matlamat, dan hasil yang diperoleh. Keseluruhan penulisan mengikut gaya APA yang betul.

Jumlah Markah

40

You might also like