You are on page 1of 7

Topik 7: Kemahiran Proses Sains Asas - Meramal

Definisi: Meramal adalah proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa akan datang berasaskan kepada pemerhatian, pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai

Hasil Pembelajaran: Nyatakan makna meramal Membezakan di antara interpolasi dan ekstrapolasi Mencadangkan kepentingan meramal

Makna Meramal
Meramal melibatkan pemerhatian dan aktiviti mental

untuk menerangkan perkara yang diperhatikan. Bukan tekaan yang berdasarkan sedikit atau tidak ada bukti.

MERAMAL

MEMERHATI

INFERENS

Perbezaan di antara interpolasi dan ekstrapolasi


Interpolasi adalah ramalan dalam julat data
Ekstrapolasi adalah ramalan di luar julat data
Titik interpolasi

10

Titik ekstrapolasi

0 -10

10

15

20

25

Petunjuk Kemahiran Meramal


Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk

menjangka apa yang mungkin berlaku


Menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu

jangkaan
Yakin dengan kejituan jangkaan yang dibuat Mengesahkan jangkaan berlandaskan data atau pengalaman

yang lepas
Menentukan akibat atau hasil yang mungkin daripada sesuatu

tindakan
Berwaspada ketika membuat jangkaan bagi sesuatu corak

agar tidak melampaui bukti yang diperolehi


Mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru Membezakan ramalan daripada tekaan

Kepentingan Kemahiran Meramal


Membantu kita menjangka apa akan berlaku pada masa

akan datang. Memberi kita peluang menentukan perlakuan atau tindakan yang sesuai terhadap sesuatu kejadian yang boleh berlaku. Menggalakkan penggunaan pengetahuan kita untuk menerangkan apa yang mungkin berlaku. Menggalakkan pemikiran secara kritis semasa membuat sesuatu jangkaan.

Tugasan
Jalankan aktiviti ayunan bandul. Bentangkan dapatan anda kepada rakan.

ISL
Akses internet dan cari maklumat tentang perbezaan antara inferens dan ramalan. Senaraikan perbezaan tersebut.

You might also like