You are on page 1of 12

PRAKTIKAL 4: MIKROSKOP DAN TELESKOP Tajuk Objektif Mikroskop dan teleskop Untuk mengenalpasti keperluan dan keadaan yang

g perlu untuk meningkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop

astronomi dan mikroskop kompaun. Pernyataan Masalah Pengenalan Bagaimanakah mikroskop dan teleskop yang terbaik dapat dicipta? Suatu objek dapat dilihat oleh seseorang pemerhati apabila imej yang dihasilkan oleh kanta mata jatuh pada retina. Saiz imej yang dilihat berkadar terus dengan sudut penglihatan. Sudut

penglihatan ialah sudut yang dicakup oleh objek dan imej pada mata. Mata manusia yang normal adalah terhad bidang

penglihatannya iaitu tidak boleh melihat objek yang terlalu jauh,dekat ataupun kecil. Oleh itu,alat-alat optik seperti teleskop dan mikroskop digunakan untuk membesarkan sudut penglihatan. Jarak terdekat untuk penglihatan jelas manusia ialah 25 cm. Disebabkan kanta cembung boleh berubah-ubah ciri imejnya,maka kebanyakan alat-alat optik menggunakan kanta cembung. Untuk mengkaji alat-alat optik kita mesti sinar,dan mengetahui ciri imej

kegunaan,struktur,pelarasan terakhir.

normal,rajah

Kanta ialah sebarang bahan lutsinar yang mempunyai sekurangkurangnya satu permukaan melengkung. Alat-alat optik yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian ialah kamera, mikroskop,dan teleskop. Kesemua alat-alat tersebut mempunyai kanta. Terdapat dua jenis kanta utama iaitu kanta penumpu dan kanta pencapah. Kanta penumpu pula terbahagi kepada 3 iaitu kanta dwicembung,kanta plano-cembung dan kanta meniskus menumpu. Kanta pencapah pula terbahagi kepada 3 iaitu kanta dwicekung,kanta plano-cekung dan kanta meniskus mencapah. Kanta penumpu atau kanta cembung mempunyai bahagian tengah yang lebih tebal daripada bahagian tepi. Sinar-sinar cahaya yang

selari akan menumpu selepas melalui kanta ini. Manakala bagi kanta pencapah atau kanta dwicekung, bahaguan tengahnya lebih nipis daripada bahagian tepi. Kanta ini mencapah sinar-sinar cahaya selari supaya ia seolah-olah berpunca dari satu titik di belakang kanta.

Rajah 1.1 Kanta penumpu dan pencapah

Sinar-sinar cahaya yang selari dari objek yang berada di infiniti akan menumpu selepas melalui kanta menumpu. Manakala,sinarsinar cahaya yang selari dari objek yang berada di infiniti akan mencapah melalui kanta pencapah. Terdapat beberapa istilah optik yang digunakan. Antaranya : I. Pusat optik Titik di pusat kanta di mana cahaya melaluinya tanpa mengalami sebarang pembiasan. II. Paksi utama Garis yang dilukis tegak lurus kepada kanta dan melalui pusat optik. III. Fokus utama,F Titik di atas paksi utama di mana cahaya yang selari dengan paksi utama akan menumpu selepas melalui kanta penumpu. IV. Jarak fokus,f Jarak dari fokus utama ke pusat optik.

V.

Jarak objek,u Jarak dari pusat optik ke objek.

VI.

Jarak imej,v Jarak dari pusat optik ke imej.

VII.

Satah fokus Satah yang berserenjang dengan paksi utama dan melalui fokus utama.

Kuasa kanta adalah suatu sukatan kemampuan sesuatu kanta untuk menumpukan atau mencapahkan sinar-sinar cahaya yang melaluinya. Jarak fokus dihubungi dengan kuasa kanta melalui: Kuasa (D)= 1/ jarak fokus (m)

Unit kuasa kanta ialah diopter (D). Kuasa kanta adalah berkadar songsang dengan karak fokus. Bagi kanta penumpu,kuasa dan jarak fokusnya adalah bernilai positif. Bagi kanta pencapah,kuasa dan jarak fokusnya adalah bernilai negatif. Kuasa paduan bagi dua kanta nipis yang bersentuhan sama dengan jumlah kuasa keduadua kanta.

Kuasa Kanta Paduan= Kuasa Kanta 1 + Kuasa kanta 2 Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta penumpu bergantung kepada kedudukan objek dari kanta dan jarak fokus kanta itu. Kedudukan objek dari kanta akan mempengaruhi ciri-ciri imej yang terbentuk seperti: a. Kedudukan imej b. Saiz imej c. Imej sahih atau imej maya d. Imej tegak atau songsang

Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta pencapah pula adalah tidak

bergantung kepada jarak objek dan kanta.Imej bagi kanta pencapah ialah: a. Maya b. Tegak c. Terletak di antara objek dan kanta d. Mengecil

Persamaan kanta secara formula: 1/u + 1/v = 1/f Di mana: u = jarak objek v = jarak imej f = jarak fokus

Persamaan kanta ini adalah bagi kedua-dua kanta penumpu dan kanta pencapah. Peraturan tanda yang digunakan ialah bagi sahih adalah positif manakala bagi maya adalah negatif.u dikatakan negatif jika objek adalah maya, u dikatakan positif jika objek

adalah sahih.v adalah positif jika imejnya adalah sahih,v adalah negatif jika imejnya adalah maya. Manakala f adalah positif bagi kanta penumpu,f adalah negatif bagi kanta pencapah.

Pembesaran linear, m= tinggi imej tinggi objek m= jarak imej jarak objek m = v/u

Suatu objek dapat dilihat bila imej yang terbentuk oleh kanta mata jatuh pada retina. Saiz imej yang terbentuk bergantung kepada saiz sudut penglihatan. Mata yang normal mempunyai satu had

penglihatan iaitu tidak boleh melihat objek yang terlalu jauh. Dekat atau kecil. Teleskop dan mikroskop dapat memperluaskan bidang

penglihatan dengan menambahkan sudut penglihatan mata ( menghasilkan imej maya yang besar).

Rajah 1.2 Teleskop astronomi

Teleskop terdiri daripada dua kanta penumpu iaitu kanta objektif dan kanta mata. Kanta objektif terletak dibahagian depan objek sementara kanta mata di bahagian belakang kanta objektif. Kanta objektif adalah kanta yang berjarak fokus panjang, sementara kanta mata adalah kanta berjarak fokus pendek ( f 0 >fm). Sinar cahaya yang selari dari objek di infiniti difokuskan oleh kanta objektif. Imej I yang dibentuk adalah: a. Sahih b. Tertonggeng c. Mengecil Imej I juga terletak pada titik fokus kanta mata dan bertindak sebagai objek bagi kanta mata. Oleh sebab imej I terletak pada titik fokus kanan mata, imej akhir yang terbentuk adalah bersifat: a. Maya

b. Tersongsang c. Membesar d. Berada di infiniti

Pembesaran yang dihasilkan oleh teleskop boleh dihitung dengan menggunakan rumus: Pembesaran = (Kuasa kanta mata/Kuasa kanta objektif) daripada = Jarak fokus kanta objektif ,f0/jarak fokus kanta mata,fm

Pembesaran yang tinggi dapat diperolehi dengan menambahkan kuasa kanta mata dan merendahkan kuasa kanta objektif. Jumlah jarak di antara kanta objektif dan kanta mata adalah sama dengan (f0+fe). Imej akan kelihatan lebih terang sekiranya diameter kanta objektif dibesarkan kerana lebih banyak cahaya akan dibenarkan masuk ke dalam teleskop.

Mikroskop Majmuk Kuasa yang terletak di depan objek ialah kanta objektif sementara kanta yang terletak di belakang kanta objektif ialah kanta mata. Jarak fokus kanta mata yang digunakan dalam mikroskop adalah lebih panjang daripada jarak fokus kanta objektif ( fm>fo). Objek yang hendak dikaji diletakkan di depan kanta objek di antara Fo dan 2F0. Sekarang imej II bertindak sebagai objek kepada kanta mata. Kedudukan kanta mata diubahsuai supaya imej II berada pada jarak yang kurang daripada jarak fokusnya. Oleh sebab imej II, berada pada jarak kurang daripada jarak fokus kanta mata,ciri-ciri imej terakhir yang terbentuk ialah: a. Maya b. Tertonggeng c. Lebih besar dari objek

Jumlah jarak diantara kanta objektif dan kanta mata adalah lebih daripada (f0+fm). Mikroskop membesarkan satu objek dengan membesarkan sudut penglihatan pada mata pemerhati ( m/0). Hipotesis Aktiviti 1: Semakin tinggi jarak fokus kanta objektif,semakin meningkat magnifikasi. Aktiviti 2: Semakin meningkat kekuatan jarak objektif, semakin tinggi daya pembesaran.

Pemboleh ubah

Dimanipulasi : jarak fokus kanta objektif / Kekuatan jarak objektif Bergerak balas:Daya pembesaran yang dihasilkan Dimalarkan : Jenis kanta mata, jenis kanta objektif

Bahan / Radas

Bahan / radas : Batang pelekap Plastisin Pemegang kanta Kanta cembung (+2.5D,+7D,+14D,+20D).

Prosedur

Aktiviti 1: Membina teleskop astronomi mudah 1. Sebuah kanta cembung didirikan secara mencancang di atas seketul plastisin. 2. Satu skrin diletakkan dibelakang kanta. 3. Satu objek jauh seperti kerusi,pokok atau meja digunakan sebagai objek jauh. 4. Jarak fokus kanta,f dianggar dan direkodkan. 5. Objek diletakkan supaya jarak objek u>2f. 6. Skrin digerakkan ke hadapan dan ke belakang sehingga imej yang tajam terbentuk pada skrin.

Aktiviti 2: Membina mikroskop kompaun 1. Sebuah kanta cembung didirikan secara mencancang di atas seketul plastisin. 2. Satu skrin diletakkan dibelakang kanta.

3. Satu objek jauh seperti kerusi,pokok atau meja digunakan sebagai objek jauh. 4. Jarak fokus kanta,f dianggar dan direkodkan. 5. Objek diletakkan supaya jarak objek u>2f. 6. Skrin digerakkan ke hadapan dan ke belakang sehingga imej yang tajam terbentuk pada skrin.

Keputusan

Aktiviti 1

Untuk meningkatkan magnifikasi,kita boleh meningkatkan jarak fokus kanta objektif. Oleh itu,m=fo/fe Alat Teleskop Jarak kanta mata Pendek Jarak kanta objek Panjang

Ujian

Jarak

kanta Jarak dari

mata Kuasa kanta pembesaran (magnifikasi) 2.86 D 20 D

objektif (cm)

objektif (cm) 1 2 14.28 40 5 5

Aktiviti 2 Untuk meningkatkan daya pembesaran,kita boleh meningkatkan kekuatan jarak objektif. Alat Mikroskop Jarak kanta mata Panjang Jarak kanta objek Pendek

Ujian

Magnifikasi lensa objektif

Magnifikasi lensa mata +2.5D +2.5D

Kuasa magnifikasi 8x magnifikasi 5.6x magnifikasi

1 2

+14D +20D

Perbincangan

Sebuah teleskop astronomi digunakan untuk melihat objek yang sangat jauh seperti planet dan bintang-bintang. Ia terdiri dari dua kanta cembung iaitu objektif kepada jarak fokal fo dan kanta mata dari fe jarak fokal (lebih pendek dari f0).

Tujuannya mengumpul sinar lampu selari dari sebuah objek yang jauh untuk membentuk imej,yang nyata,terbalik dan tertumpu pada titik fokus.

Imej dibentuk pada objek atau kanta mata. Kanta mata bertindak sebagai kaca pembesar dan disesuaikan untuk menghasilkan gambar akhir yang adalah maya,terbalik dan diperbesar.

Pembesar,M dari sebuah teleskop astronomi ditunjukkan dalam, M=Tinggi imej/tinggi objek M=Jarak fokal kanta objektif/jarak fokal kanta mata

Jarak antara dua kanta atau panjang teleskop adalah

L=(fo + fe)

Sebuah mikroskop kompaun digunakan untuk melihat dan memeriksa objek yang sangat kecil seperti bakteria. Ia terdiri dari dua kanta cembung yang mempunyai jarak fokal yang pendek, yang mana objektif atau jarak fokal, f o dan kanta mata jarak fokal,fe (lebih panjang daripada fo).

Objek diletakkan pada jarak, u iaitu lebih besar daripada fo untuk tujuan membentuk sebuah gambar yang

nyata,terbalik dan diperbesar. Pembesaran,M mikroskop kompaun ditunjukkan dalam,

M=ketinggian imej/ketinggian objek

Dalam pembesaran umum,M dari mikroskop kompaun boleh dikira dari formula,

F=m0 x me

Dimana, mo=magnifikasi objektif me=magnifikasi kanta mata

Langkah berjaga-jaga

1. Pelajar perlu berhati-hati sewaktu mengendalikan kanta mata dan kanta objektif bagi mengelakkannya jatuh dan pecah. 2. Pelajar hendaklah memastikan bahawa lampu ditutup bagi mendapatkan titik yang terbaik. 3. Sebelum melakukan eksperimen, pelajar perlu memahami konsep kanta dan optik dengan baik agar dapat

menjalankan eksperimen dengan baik. Kesimpulan Meningkatkan daya pembesaran kedua teleskop astronomi dan mikroskop kompaun adalah sangat perlu demi keberkesanan kedua-dua alat. Untuk mikroskop

kompaun,adalah sangat sesuai untuk menggunakan dua kanta cembung dengan kekuatan pembesaran tinggi. Manakala untuk teleskop astronomi sangat sesuai untuk menggunakan dua kanta cembung,satu dengan kekuatan pembesaran tinggi dan satu dengan kuasa pembesaran rendah. Soalan 1. Nyatakan fungsi kanta objektif dan kanta mata yang terdapat pada teleskop asronomi.

Kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh lalu membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik fokus kanta mata

Manakala kanta mata pula membesarkan imej kanta objektif itu.Ciri imej terakhir ialah infiniti, maya, songsang dan lebih besar dari objek.

2. Bagaimanakah anda dapat menambah kuasa pembesaran bagi kedua-dua teleskop astronomi dan teleskop kompaun?

Pembesaran sesebuah teleskop adalah sama dengan fo/fm. Untuk menambahkan pembesaran sebuah teleskop

biasanya fo ditambah dan diameter kanta objek ditambah supaya lebih banyak cahaya yang masuk dan dengan itu imej kelihatan lebih terang.

3. Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa menjalankan projek di atas? Mengapa ?

Sewaktu

menjalankan

eksperimen

ini,

pelajar

perlu

meastikan bahawa tiada pencahayaan luar . Ini penting bagi mendapatkan titik fokus yang terbaik.

Rujukan

Choong, C. F. (2009). Longman Pre-U Tect STPM Physics Volume 1. Selangor Darul Ehsan : Pearson Longman . Choong, C. F. (2010). Longman pre-U Text STPM Physics Volume 2. Selangor Darul Ehsan : Pearson Longman . Kah, T. O Lim Ching Chai, C. S. (2010). Xpress Pro Physics SPM . Petaling Jaya : Sasbadi Sdn Bhd. Yap Eng Keat, K. G. (2008). Logman Essential Physics Form 5 Bilingual text . Kuala Lumpur : Pearson Longman . Yap Eng Keat, K. G. (2008 ). Longman Essential Physics Form 4 Bilingual text . selangor daruh Ehsan : Pearson Longman . Yoon, H. H. (2005). Pre-U text Organic Chemistry . Selangor :

pearson Longman .

(n.d.).

Retrieved

01

30,

2012,

from

cikgunaza

sains123.blogspot.com/...fizik (n.d.). Retrieved 01 30, 2012, from

fs.um.edu.my/documents/bp/fizik_bm10.pdf

You might also like