You are on page 1of 7

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO: 19/4-2496/06 DI ANTARA ENCIK CHONG YEW SENG DAN ASIA PACIFIC ENGINEERING CONSORTIUM SDN. BHD .. SYARIKAT ...... YANG MENUNTUT

AWARD NO. 1667 TAHUN 2012 Di Hadapan Tempat Tarikh Rujukan Tarikh Sebutan : : : : HAPIPAH BINTI MONEL (Bersidang seorang) - Pengerusi

Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur 28.08.2006 27.12.2006, 05.02.2007, 28.05.2007, 09.01.2008, 18.04.2008, 02.06.2008, 10.06.2011. 10.04.2007, 21.11.2008,06.02.2009, 21.05.2009, 07.10.2009, 23.02.2010, 29.04.2010, 26.07.2010, 27.07.2010, 21.09.2010, 03.12.2010, 28.02.2011, 18.05.2011, 22.08.2011. Encik James Culaz dari Tetuan Culaz & Associates hadir bagi pihak Yang Menuntut Encik Vinod Kamalanathan dari Tetuan Vinod Kamalanathan & Associates hadir bagi pihak Syarikat.

Tarikh Perbicaraan:

Perwakilan

RUJUKAN: INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja

ENCIK CHONG YEW SENG (selepas ini disebut sebagai Yang Menuntut)

oleh ASIA PACIFIC ENGINEERING CONSORTIUM SDN. BHD (selepas ini disebut sebagai Syarikat) pada 25 Januari 2006.

AWARD

Yang Menuntut telah dilantik sebagai Clerk of Work melalui kontrak perkhidmatan bertarikh 23 Februari 2005 dengan gaji pokok sebanyak RM3,100.00 beserta 'site allowances' sebanyak RM400.00 sebulan.

Kontrak perkhidmatan tersebut berkuatkuasa selama satu tahun bermula dari 1 Mac 2005.

Apa yang penting di sini adalah pertamanya perlantikan Yang Menuntut adalah untuk tempoh satu tahun dan akan berakhir pada 28 Februari 2006. Ini adalah merupakan kontrak tempoh tetap. Keduanya tempoh satu tahun tersebut boleh dilanjutkan hanyalah atas permintaan Syarikat.

Ini bermakna lanjutan masa satu tahun lagi dalam terma kontrak perkhidmatan tersebut adalah terletak di atas budi bicara pihak Syarikat sahaja. Tiada di mana-mana di dalam perjanjian tersebut memperuntukkan bahawa lanjutan masa adalah secara otomatik ataupun tertakluk kepada siapnya sesuatu projek.

Pihak Yang Menuntut telah diberikan surat penamatan kontrak perkhidmatan pada 27 Januari 2006. Surat tersebut adalah seperti berikut:
Our Ref Date : : APEC/AP288/CYS/06/013/KK 27 January 2006

CHONG YEW SENG 61, Jalan Alam Jaya 6 Taman Alam Jaya 9th Miles, Cheras 43200 Selangor Darul Ehsan Sir, CADANGAN MEREKABENTUK, MEMBINA & MENYIAPKAN SEKOLAH BISTARI YANG MENGANDUNGI 1 UNIT 4 TINGKAT SEKOLAH RENDAH, 1 UNIT 4 TINGKAT SEKOLAH MENENGAH, 1 UNIT 4 TINGKAT BANGUNAN PENTADBIRAN, 1 TINGKAT 'SUB BASEMENT', 1 UNIT KOLAM RENANG, 1 UNIT PADANG BOLA, 1 UNIT 'SEWERAGE TREATMENT PLANT, 1 UNIT PONDOK PENGAWAL DAN 1 UNIT TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 22266, JALAN PADANG TEMBAK, OFF JALAN SUBANG, SEKSYEN U3, 47200 SUBANG, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN APIIT SDN. BHD Completion of Major Civil & Structural Works The project and matter above are referred. Due to the nearing completion of Civil and Structural works on site, you are hereby NOT required to attend to the site starting from 25 January 2006 until the completion of your employment contract. You have to clear all your Annual Leave and remaining to be given as Paid Leaves from the date mentioned above until the termination of your contract which is on the 28 February 2006. However, should we request your service within the stipulated period, you are to attend to our request diligently. We will disperse your Salary as per the terms in you employment contract. Any outstanding amount of Overtime Claim will be cleared to you before or on the 28 February 2006. Your attention is very much appreciated. Thank you. Yours truly, ASIA PACIFIC ENGINEERING CONSORTIUM SDN. BHD

IR. PHOA BOON TING Director.

Penilaian Keterangan dan Undang-Undang Pihak Syarikat menekankan bahawa alasan-alasan telah diberikan semasa penamatan kerja Yang Menuntut. Alasan tersebut adalah bahawa kontrak Yang Menuntut tamat pada 28 Februari 2006.

Kes

pihak

Yang

Menuntut

adalah

berdasarkan

kepada

Notis

Penamatan bertarikh 27 Januari 2006 yang dihantar oleh pihak Syarikat. Jika diteliti Notis Penamatan tersebut, dinyatakan secara jelas bahawa oleh sebab kontrak Yang Menuntut tamat pada 28 Februari 2006, Syarikat tidak berhasrat untuk melanjutkan kontrak tersebut dan oleh sebab kerja-kerja projek hampir siap tidak perlu bagi Yang Menuntut untuk pergi ke tapak projek selepas 25 Januari 2006.

Notis Penamatan telah dihantar menurut klausa 8 kontrak perkhidmatan di bawah tajuk Notice of Termination yang menyatakan:
8. NOTICE OF TERMINATION Employment can be terminated by either party giving two (2) months notice in writing or by payment of two (2) months salaries.

Ini bermakna di bawah klausa ini perkhidmatan boleh ditamatkan oleh salah satu pihak dengan memberikan 2 bulan notis bertulis atau pembayaran 2 bulan gaji. Oleh itu dalam kes ini adalah mencukupi bagi pihak Syarikat menamatkan perkhidmatan Yang Menuntut dengan menghantar Notis
4

Penamatan tersebut, namun apa yang telah Syarikat lakukan adalah membayar gaji Yang Menuntut sehingga tamat tempoh kontrak iaitu pada 28 Februari 2006.

Yang Menuntut sendiri menerima Notis Penamatan tersebut dan tidak lagi datang bekerja sejak 25 Januari 2006. Tiada keterangan yang

menunjukkan selepas menerima Notis Penamatan Yang Menuntut mencuba untuk membuat temujanji dengan Pengarah utnuk berbincang mengenai isu penamatan kerjanya. Apatah lagi setelah tidak lagi datang bekerja sejak 25 Januari 2006 Yang Menuntut masih lagi menerima gajinya untuk baki 2 bulan yang dibayar oleh Syarikat.

Yang Menuntut melalui hujahan peguamnya membangkitkan isu bahawa tiada surat amaran atau tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya. Di sini Yang Menuntut cuba mengelak dari isu sebenar dengan cuba mencadangkan bahawa Syarikat telah memberikan alasan yang lain terhadap penamatan kerja Yang Menuntut seperti yang terdapat dalam surat kepada KWSP. Walau bagaimanapun isu ini tiada kena mengena dengan kes ini. Kes ini adalah berdasarkan kepada Notis Penamatan dan bukannya surat kepada KWSP.

Dalam COB1 muka surat 1 mengandungi surat dari Syarikat kepada KWSP bertarikh 9 April 2006 yang melampirkan borang KWSP dan cek RHB
5

No 474294 beserta salinan vaucher pembayaran Syarikat yang juga bertarikh 9 Mei 2006 yang menunjukkan bayaran KWSP untuk Yang Menuntut. Ini menunjukkan bahawa Syarikat telah membuat apa yang sepatutnya untuk Yang Menuntut.

Menurut kes M. Vasagam Muthusamy v. Kesatuan Pekerja-Pekerja Resorts World, Pahang & Anor (2003) 5 CLJ 448, Mahkamah Tinggi memutuskan:
Held: (1) (2) (3) ... .. Even if there was an irregularity, the ultimate issue remained whether or not the contract was a genuine fixed term contract, and since there was a genuine fixed term contract, whether irregularity complained of had no bearing on the question of the claimant's contract coming to an end.

Yang Menuntut mendakwa beliau ditamatkan kerja sedangkan projek hanya 70% siap. Ini juga bukanlah isu yang perlu diberi pertimbangan.

Tambahan pula Yang Menuntut sendiri gagal membuktikan bahawa sebenarnya kerja-kerja tersebut cuma siap 70%, sedangkan COW melalui keterangan bahawa kerja-kerja telah siap 90%.

Jelas terbukti bahawa kontrak perkhidmatan Yang Menuntut adalah suatu kontrak tempoh tetap iaitu selama 1 tahun bermula dari 1 Mac 2005 dan berakhir pada 28 Februari 2006. Notis Penamatan Kontrak diberikan oleh Syarikat kepada Yang Menuntut pada 27 Januari 2006 selaras dengan klausa 8 kontrak perkhidmatan tersebut dan Yang Menuntut telah dibayar gaji sehingga 28 Februari 2006 iaitu sehingga kontrak tersebut tamat.

Kesimpulan Berdasarkan penganalisaan Mahkamah terhadap keterangan pihak Syarikat, pihak Yang Menuntut serta penelitian ekhibit-ekhibit yang dikemukakan Mahkamah berpendapat bahawa Yang Menuntut berkhidmat di bawah kontrak tempoh tetap. Oleh itu tiada penamatan kerja terhadap Yang Menuntut oleh Syarikat dan pihak Syarikat tidak perlu menyatakan sebab mengapa kontrak Yang Menuntut tidak diperbaharui. Kontrak tempoh tetap telah tamat tempoh. Dengan ini tuntutan Yang Menuntut ditolak.

DIPERTURUNKAN PADA 4 DISEMBER 2012

(HAPIPAH BINTI MONEL) Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia Kuala Lumpur

You might also like