You are on page 1of 7

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO.

7/4-1291/11 DI ANTARA PARIMALA DEVI A/P RAMAN DENGAN GG ELECTRICAL SERVICES AWARD NO: Di hadapan : Tempat 1680 TAHUN 2012

TUAN HAMDAN BIN INDAH - PENGERUSI (Bersidang Berseorangan) : Mahkamah Perusahaan, Kuala Lumpur. 13.10.2011

Tarikh Rujukan:

Tarikh Perbicaraan: 23.10.2012 Tarikh Sebutan: Perwakilan : 3.2.2012, 2.4.2012, 7.5.2012, 21.5.2012 & 6.7.2012. Cik M. Eswary dari The Law Firm of M. Eswary Mewakili pihak Yang Menuntut. Wakil Syarikat tidak hadir. Rujukan: Ini adalah satu rujukan di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan sebagai Perusahaan 1967 bersabit GG dengan pembuangan kerja Parimala Devi a/p Raman (selepas ini disebut Yang Menuntut) oleh Electrical Services Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Syarikat).

AWARD Yang Menuntut Parimala Devi a/p Raman telah dibuang kerja oleh Majikannya, GG Electrical Services pada 26.1.2010 tanpa alasan yang sah dan sebab yang adil. 2. Pada masa diberhentikan kerja Yang Menuntut bekerja

sebagai kerani dengan gaji RM1,000.00 sebulan. 3. Yang Menuntut telah merujuk kesnya ke Jabatan

Perhubungan Perusahaan untuk satu rundingan damai. Bagaimanapun usaha itu tidak berjaya dan pada 13.10.2011 Y.B. Menteri telah memutuskan supaya representasi pembuangan kerja Yang Menuntut dirujuk ke Mahkamah Perusahaan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk satu keputusan. 4. Apabila kes dipanggil untuk sebutan kali pertama pada

3.2.2012, Yang Menuntut telah diwakili oleh peguamnya Cik M. Eswary dari Tetuan The Law Firm of M. Eswary. Manakala Syarikat tidak hadir dan notis Borang 'F' telah dikembalikan tanpa diserahkan. 5. Mahkamah telah memberi tarikh sebutan baru pada

2.4.2012. Pada kali ini Syarikat masih lagi tidak hadir dan kes ditangguh kepada 7.5.2012.

6.

Peguam Yang Menuntut Cik Eswary berjanji untuk

menyerahkan notis secara kediri kepada Syarikat dan tarikh sebutan baru ditetapkan pada 7.5.2012. Pada tarikh sebutan baru, Syarikat masih tidak hadir dan Mahkamah telah mengarahkan Yang Menuntut supaya memfailkan penyata kes dalam masa satu bulan. 7. Pada 6.7.2012 kes dipanggil lagi untuk sebutan dan

Syarikat masih tidak hadir walaupun telah menerima notis melalui pos berdaftar. 8. Memandangkan tidak ada tindakan dari Syarikat,

Mahkamah telah menetapkan kes dibicarakan secara ex-parte pada 10.9.2012. Bagaimanapun kes telah ditangguhkan kerana Pengerusi menghadiri Mesyuarat Suku Tahunan dan tarikh baru ditetapkan pada 23.10.2012. 9. Pada hari perbicaraan Yang Menuntut telah memberi dengan mengemukakan penyata saksi yang

keterangan

ditanda CLWS(1). 10. Antara lain Yang Menuntut mengatakan dia mula bekerja pada 1.7.2009 dengan tugas menjawab telefon, mengambil pesanan, merekodkan pinjaman dan mengendalikan perkhidmatan audio sistem. 11. Yang Menuntut telah berjumpa dengan tuanpunya Syarikat, Encik Gunasegaran untuk bertanyakan tentang

caruman K.W.S.P dan diberitahu caruman hanya dibuat selepas 3 bulan bekerja. 12. Pada 25.1.2010 Yang Menuntut telah berjumpa dengan Encik Gunasegaran untuk mendapatkan penyata K.W.S.P. Malangnya Yang Menuntut telah diberitahu Syarikat tidak akan mendaftarkan namanya dan Yang Menuntut disuruh berhenti kerja. 13. Keesokannya pada 26.1.2010 Yang Menuntut telah berjumpa dengan Encik Gunasegaran sekali lagi dan diberitahu gajinya tidak akan dibayar. 14. Yang Menuntut terus ke Balai Polis Kelang untuk membuat laporan polis seperti terkandung di muka surat 7 ikatan dokumen CL. 15. Pada 31.1.2010 Yang Menuntut telah menghantar surat kepada Syarikat untuk bertanyakan statusnya di dalam Syarikat, adakah masih dianggap sebagai pekerja seperti di muka surat 8 ikatan dokumen CL. 16. Apabila mengatakan mengatakan Gunasegaran. ditanya dia oleh Mahkamah selama Yang 6 Menuntut bulan dan surat

hanya

bekerja

merupakan pekerja tetap. Syarikat

Bagaimanapun Yang Menuntut memberikan apa-apa

tidak

lantikan dan beliau diberhentikan secara lisan oleh Encik

17. Selepas

Yang

Menuntut

memberi

keterangan

dan

menutup kesnya, Cik Eswary memohon masa satu minggu untuk memfailkan hujahannya. Selepas beberapa peringatan pada 5.12.2012 barulah hujahan difailkan. Keputusan Mahkamah 18. Seksyen 29(d) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 memberi kuasa kepada Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan mana-mana kes di hadapannya walaupun tanpa kehadiran mana-mana pihak: 29(d) hear and determine the matter before it notwithstanding the failure of any party to submit any written statement whether of case or reply to the Court within such time as may be prescribed by the President or in the absence of any party to the proceedings who has been served with a notice or summons to appear; 19. Di dalam kes ini, Mahkamah puashati Syarikat sengaja tidak datang kerana bukti jelas menunjukkan notis sebutan Borang 'F' dan notis pendengaran Borang 'G' telahpun diterima oleh Syarikat secara kediri. 20. Syarikat bukan sahaja gagal untuk hadir pada setiap kali kes disebut tapi juga gagal untuk memfailkan penyata pembelaan.

21. Oleh itu Mahkamah hanya mendengar keterangan Yang Menuntut secara ex-parte dan merujuk kepada bukti dokumen yang terkandung dalam ikatan dokumen CL. 22. Dari keterangan yang ada Mahkamah atas pertimbangan kebarangkalian mendapati Yang Menuntut telah diberhentikan tanpa alasan yang sah dan sebab yang adil. 23. Peguam Yang Menuntut telah merujuk keputusan kes Mahkamah ini dalam Award No. 1706 Tahun 2011 di antara Lu Liong Si @ Ler Liong Si v. Star Decorations Sdn. Bhd. yang memihak kepada Yang Menuntut di mana kes juga dijalankan secara ex-parte. Remedy 24. Yang Menuntut melalui peguamnya telah memohon supaya beliau diambil semula bekerja ataupun mengawardkan pampasan kewangan sekiranya pengambilan semula bekerja tidak wajar. 25. Memandangkan Syarikat tidak hadir dan tidak ada keterangan diberikan. 26. Yang Menuntut pada masa kini berumur 50 tahun dan tidak lagi bekerja selepas diberhentikan. RM1,000.00 sebulan.
6

yang

konkrit

mengenai

status

Syarikat,

Mahkamah berpendapat remedi tersebut tidak sesuai untuk

Yang Menuntut

hanya bekerja selama 6 bulan dengan Syarikat dengan gaji

27. Y.A. Puan Rasidah Chik dalam kes Mohd Hafizul Bahrom & Satu Lagi lwn Mahmud Security (M) Sdn. Bhd. dan Satu Lagi [2012] 1 ILR 531 yang juga mendengar kes secara ex-parte telah memberikan award gaji kebelakangan 10 bulan untuk Yang Menuntut yang bekerja selama 10 bulan. 28. Oleh itu mengambilkira seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 Mahkamah ini berpendapat jumlah 8 bulan gaji kebelakangan adalah munasabah dan berpatutan. 29. Dengan itu Mahkamah memerintahkan Syarikat

membayar Yang Menuntut sejumlah RM1,000.00 x 8 = RM8,000.00 dalam tempoh 14 hari dari tarikh Award. Bayaran dibuat melalui peguam Yang Menuntut, Tetuan The Law Firm of M. Eswary.

DIPERTURUNKAN PADA

DISEMBER 2012.

( HAMDAN BIN INDAH ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR

You might also like