You are on page 1of 15

RESUSITASI KARDIOPULMONARI

DEFINISI
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting didalam kitar mandiri kepada mangsa denyutan jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting. Lakukan sehingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.

TEKNIK CPR
CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan dan edaran darah (ataupun disebut ABCs of CPR iaitu: A: Airway (Saluran Pernafasan) B: C: Breathing (Pernafasan) Circulation (Edaran darah)

AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)


Tindakan utama ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi mangsa dengan mengangkat kepala ke belakang dan mengangkat dagu. Oleh kerana lidah dan epiglotis tercantum dibawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala kebalakang dan mengangkat dagu akan dapat membuka saluran pernafasan mangsa.

BREATHING (PERNAFASAN)
Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam peparu dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah cara yang paling cepat untuk menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi cukup oksigen untuk membantu menampung sebahagian daripada keperluan mangsa.

CIRCULATION (EDARAN DARAH)


Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari dan organorgan penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan, pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama untuk mengekalkan edaran darah dalam badan mangsa.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN CPR UNTUK DEWASA


Tentukan mangsa tidak sedarkan diri Cuba dapatkan bantuan dan panggil Ambulan Betulkan kedudukan mangsa

A. B.

Saluran pernafasan - Dongakkan kepala dan angkat dagu

Pernafasan - Tentukan mangsa tidak bernafas - Dengar bunyi pernafasan, rasa haba panas yang keluar dari mulut dan hidung mangsa, lihat pergerakan dadanya (5 - 10 saat) Beri 2 kali pernafasan (1 - 2 saat setiap hembusan)

C.

Peredaran darah - Tentukan ketiadaan nadi karotid (5 - 10 saat) Jika tiada nadi, lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 15 kali tekanan keatas tulang sternum sedalam 1 1/2 - 2 inci mengikut kadar 80 - 100 kali tekanan seminit di ikuti 2 hembusan pernafasan. Lakukan 4 pusingan seminit Selepas 4 pusingan, periksa nadi semula. Jika tiada nadi teruskan pusingan semula sehingga perkara berikut berlaku : Sehingga Ambulan sampai Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil alih dari penyelamat Sehingga mangsa ada nadi dan nafas Sehingga penyelamat keletihan Jika nadi ada, pastikan mangsa bernafas. Jika tiada bernafas - beri bantuan pernafasan sekali hembusan setiap 5 saat dengan kadar 12 kali seminit Jika mangsa sudah mula bernafas - pastikan tahap kesedaran mangsa semula, jika masih tidak sedar diri, letak mangsa dalam kedudukan pemulihan sehingga bantuan perubatan tiba. Setiap 5 minit periksa nadi dan pernafasan

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN CPR UNTUK BAYI BAWAH UMUR 1 TAHUN


A. Saluran Pernafasan Penilaian : Tentukan mangsa tidak sedar - gerakkan bahunya dengan perlahan Dapatkan bantuan Baringkan bayi di atas permukaan yang keras. Ampu kepala dan tengkuknya Buka saluran nafas - dongakkan kepala dan angkat dagunya B. Pernafasan Penilaian : Tentukan tiada pernafasan. Rasa, dengar dan lihat pernafasan mangsa Beri bantuan pernafasan perlahan - lahan. Tutup mulut dan hidung bayi dengan mulut anda semasa hembusan di berikan

C.

Peredaran Darah Penilaian : Tentukan nadi brakial mangsa Jika tiada nadi, mulakan tekanan dada. Bayangkan satu garisan antara kedua puting mangsa. Letak 2 jari dengan jarak satu jari di bawah garisan tersebut. Tekan dada 1/2 hingga 1 inci dengan kadar 100 kali seminit di ikuti 1 hembusan nafas. Lakukan 20 pusingan seminit Selepas 20 pusingan, periksa nadi brakial semula. Jika masih tiada nadi, teruskan pusingan semula. Jika nadi ada, pastikan mangsa bernafas. Jika tiada, beri bantuan pernafasan 1 hembusan setiap 3 saat dengan kadar 20 kali seminit Jika mangsa mula bernafas, letak mangsa dalam kedudukan pemulihan

MANGSA TERCEKIK UNTUK ORANG DEWASA


1. 2. Tanya mangsa sama ada beliau boleh bercakap Jika boleh bercakap, galakkan mangsa batuk sehingga benda asing yang tersekat dapat dibatukan keluar

3.

4.

Jika mangsa tidak boleh bercakap dan batuk, lakukan tekanan abdomen . Berdiri di belakang mangsa dan letakkan kedua tangan anda di keliling abdomen nya. Buat genggaman pada satu tangan dan pegang genggaman tersebut dengan tangan yang satu lagi. Letak genggaman tersebut antara pusat dan tulang ulu hati dan tekan arah kedalam dan keatas. Jika mangsa yang gemuk atau perempuan mengandung, buat tekanan pada tengah - tengah dada arah kedalam Jika mangsa tiba - tiba pengsan - Secepat mungkin minta seorang panggil Ambulan

5. Buka mulut mangsa dengan teknik tekan lidah dan angkat dagu. Cuba korek keluar benda asing tersebut, jika tidak berjaya, cuba hembus nafas kemulut mangsa.

6. Jika saluran pernafasan mangsa masih tersekat, lakukan tekanan abdomen dengan berlutut sebelah menyebelah paha mangsa. Letak tumit tapak tangan antara pusat dan tulang ulu hati. Letak tangan sebelah lagi di atas tangan yang pertama dan tekan arah keatas. 7. Selang - seli teknik ini : Buka mulut mangsa, korek benda asing Beri hembusan semula Tekanan Abdomen 8. Lakukan sehingga benda asing tersebut dapat di korek keluar atau hembusan dapat diberikan. 9. Jika mangsa yang gemuk atau perempuan mengandung, lakukan tekanan dada Seperti teknik CPR

MANGSA TERCEKIK UNTUK BAYI


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Tentukan bayi tidak sedar dengan mengerakkannya perlahan di bahu Minta bantuan Betulkan kedudukan bayi. Letakkan telentang sambil mengampu kepala dan tengkoknya jika perlu Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagunya Tentukan bayi bernafas atau tidak. Rasa, dengar dan lihat pernafasan mangsa Cuba beri bantuan pernafasan Jika tersekat, buka saluran pernafasan semula dan hembus semula Jika masih tersekat, arah seorang memanggil ambulan Berikan 5 kali tepukan belakang mangsa, di ikuti dengan 5 tekanan di bahagian dada Buka mulut mangsa dengan teknik tekan lidah dan angkat dagu mangsa dan cuba keluarkan benda yang tersekat dengan jari kelingking jika dapat di lihat sahaja Jika tidak nampak, cuba hembus nafas kemulut mangsa. Jika masih tersekat, ulang semula 5 tepukan belakang dan 5 tekanan dada Lakukan sehingga benda asing dapat di keluarkan atau hembusan

10.
11. 12.

SEKIAN DULU

You might also like