You are on page 1of 12

PKP 3110 Tutorial 1: Penggunaan Teori Dalam Pengajaran Matematik

Standard kandungan: 4.1 menulis ayat matematik bagi operasi darab. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat
Menyelesaikan masalah matematik dengan menulis 5 ayat matematik bagi operasi darab dua secara kumpulan.

Teori: Teori Kognitif, Teori Pembelajaran Sosial, Teori Behaviourisme

Aktiviti Pengajaran
Guru menerangkan bahawa operasi darab merupakan ulangan penambahan operasi tambah. Contoh:

2 2+2

=2 =4

2+2+2
2+2+2+2

=6
=8

Kemudian, guru meminta tiga orang murid mengambil dua pen masingmasing dan menampilkan diri di hadapan kelas. Guru memberikan penerangan iaitu terdapat 3 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 2 batang pen. Guru mengajar murid cara penulisan ayat matematik bagi operasi darab dua.

Guru menanya soalan tentang operasi darab dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan simbol.

=6 3x 2 =6

2+2+2+ =10 2+ 2 5 x 2 = 10

Guru juga menerangkan bahawa 2+2+2 adalah sama dengan 3 x 2, dan 3 x 2 juga adalah sama dengan 2 x 3. Guru membimbing murid menjawab soalan. Contoh:
i. 2 + 2 + 2 = ii. 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = iii. 2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2 =

Kemudian guru menjalankan pertandingan antara 3 kumpulan. Guru menunjukkan gambar dan murid perlu menjawab soalan berserta dengan ayat matematik.

Soalan 1:

+
2X2=4

Soalan 2:

+ +

4X2=8

Soalan 3 : 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 5 x 2 = 10 Soalan 4 : Ali ada 4 bungkusan minuman dan setiap bungkusan mengandungi 2 kotak. 4x2=8 Soalan 5: SK Sri Medan mempunyai 9 kelas dan setiap kelas mempunyai 2 orang guru. 9 x 2 = 18

Justifikasi
Teori kognitif: guru mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam pengajaran, iaitu dari operasi tambah kepada operasi darab. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid telah mengalami beberapa proses, iaitu skema, adaptasi, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Di samping itu, guru mengajar dari konkrit kepada abstrak,iaitu daripada bahan konkrit, kepada gambar dan kepada simbol.

Justifikasi
Teori pembelajaran sosial: guru sebagai model peniruan. Guru mendemonstrasi dengan contoh-contoh yang sesuai. Pada mulanya, murid memerhati dan mengingat konsep darab yang diterangkan oleh guru. Kemudian, murid mengalami proses reproduksi apabila menjawab soalan guru. Selepas itu, motivasi dan peneguhan yang diberikan oleh guru akan mengukuhkan ilmu pengetahuan murid.

Justifikasi
Teori behaviourisme: 3 hukum pembelajaran Thorndike seperti hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan digunakan. Teori pelaziman operan skinner (ABC), iaitu tingkah laku, kesan/ akibat dan tingkah laku masa hadapan. Peneguhan digunakan dalam aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran.

You might also like