You are on page 1of 24

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

TAJUK 2 KEMAHIRAN PROSES SAINS


2.0 SINOPSIS Kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepada

penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping pemahaman kepada prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni supaya melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan pengetahuan sains dan teknologi dalam proses pembangunan dan perindustrian. Penerapan kemahiran proses sains dalam pengajaran pembelajaran mata pelajaran sains boleh dianggap sebagai suatu cabaran kepada guru sains sekolah rendah. Untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sains ini, tenaga pengajar sains telah dilatih samada secara berpusat ataupun secara latihan dalaman di peringkat sekolah untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang menerapkan kemahiran proses sains. 2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. menyatakan kepentingan sains dalam kehidupan seharian; ii. menyatakan definisi kemahiran proses sains; iii. mengaplikasikan kemahiran proses sains dalam aktiviti sains yang dijalankan;

31

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) 2.2 KERANGKA KANDUNGAN

2.2.1 Kemahiran Proses Sains

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Asas

Bersepadu

Memerhati Mengelas Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal

Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsir maklumat Mendefinisi secara operasi Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis

Berkomunikasi Mengeksperimen

Rajah 1 : Ringkasan Rangka Kursus

2.3 1

KANDUNGAN Kemahiran Proses Sains Kemahiran proses sains adalah satu cara berfikir secara saintifik yang

dilakukan oleh saintis dalam pelbagai kajian yang mereka lakukan melalui penyiasatan, pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Penguasaan kemahiran-kemahiran proses sains tersebut akan membantu kita 32

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) dalam pengajaran sains sebenar dan perlu disemai pada peringkat awal. Prosesproses sains merupakan cara untuk memperoleh dan menyiasat pengetahuan sains. Kedua-dua aspek pendidikan sains ini berbeza, tetapi tidak dapat dipisahkan bagaimana dan apa. Maklumat pengetahuan sains adalah mengenai apa, manakala kemahiran proses adalah mengenai bagaimana tentang sains. Kemahiran proses sains juga membolehkan pelajar membina soalan dan mencari jawapan secara sistematik. Penerangan kemahiran proses sains adalah seperti berikut : 1.1 Memerhati

Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria. Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Alat atau instrumen juga digunakan untuk membantu deria. Dalam memerhati kita perlu mencatatkan apa yang kita cerap melalui sistem deria kita. Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga jenis: i) ii) Pemerhatian Kualitatif merupakan pengumpulan maklumat

menggunakan deria sahaja. Pemerhatian Kuantitatif adalah pemerhatian untuk memperolehi maklumat secara perbandingan yang lebih tepat di mana ukuran, anggaran atau instrumen digunakan. iii) Pemerhatian Perubahan merupakan pemerhatian berdasarkan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia dan dapat

33

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif. Perubahan yang berlaku perlu dinyatakan samada sebelum, semasa dan selepas. Memerhati adalah kemahiran pertama yang perlu dikuasai oleh murid dan amat diperlukan untuk membentuk kemahiran proses sains yang lain/ seterusnya. Penguasaan Kemahiran Memerhati dapat menimbulkan rasa ingin tahu, meransangkan pemikiran, membolehkan tafsiran dibuat tentang persekitaran dan membawa kepada penyiasatan seterusnya. Contoh: i. ii. Pemerhatian Kualitatif Daun berwarna hijau. (penglihatan) Ia berbau wangi. (bau) Ia berasa masam. (rasa) Daunnya berlilin dan licin. (sentuhan) Semua penonton bertepuk tangan. (pendengaran) Pemerhatian Kuantitatif Sehelai daun10 cm panjang dan 6 cm lebar. (pembaris meter) Jisim sehelai daun ialah 5g. (alat timbang) Suhu air mendidih ialah 100C. (termometer) Tumbuhan A adalah lebih besar daripada tumbuhan B. Lebar setiap bunga dari hujung ke hujung adalah sama dengan lebar 3 klip kertas. iii. Pemerhatian Perubahan

34

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Warna air bertukar menjadi merah. Saiz gula-gula semakin kecil.

1.2

Mengelas
Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya. Mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing

Merupakan kemahiran untuk mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan dilakukan berdasarkan ciri atau sifat sepunya yang dimiliki oleh objek atau fenomena yang dikelaskan. Kemahiran ini melibatkan ciriciri persamaan dan perbezaan di antara objek. Kemahiran objek yang mempunyai ciri yang sama diletakkan ke dalam kumpulan yang sama. Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga jenis: i. ii. Pengelasan bersiri di mana objek diletakkan dalam satu urutan berperingkat berdasarkan ciri-cirinya. Pengelasan perduaan di mana semua objek dibahagi kepada dua subset berdasarkan sama ada setiap objek mempunyai atau tidak mempunyai ciri-ciri tertentu. iii. Pengelasan berbilang tahap di mana objek dikelaskan secara binari beberapa kali untuk menghasilkan hirarki set dan subset Kemahiran proses sains mengelas membolehkan murid-murid menyusun sesuatu mengikut peraturan umum serta memudahkan mereka belajar sesuatu yang baru dengan membandingkan ciri-cirinya dengan pengelasan yang sedia ada. Tambahan dengan mengelas, murid dapat ditunjukkan pelbagai cara 35

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) pengelasan sesuatu objek dapat dilakukan serta memberi kesedaran bahawa pengelasan menjadikan kefahaman tentang sesuatu lebih tersusun. Contoh: i. Pengelasan bersiri Tinggi Paling tinggi Rajah 1 ii. Pengelasan perduaan

Paling rendah

Rajah 2 Ciri-ciri yang diperhatikan Badan berbintik Badan bulat Tepi badan berbentuk scallop Badan berjalur Ada bulatan di atas badan daripada ekornya bergelung Ya 1,5,6 1,4 6 2 3 4 Tidak 2,3,4 2,3,5,6 1,2,3,4,5 1,3,4,5,6 1,2,4,5,6 1,2,3,5,6

Berdasarkan rajah 1, semua objek dikelaskan secara perduaan di mana semua objek dibahagi kepada dua subset berdasarkan sama ada setiap objek mempunyai atau tidak mempunyai ciri-ciri tertentu. iii. Pengelasan berbilang tahap. 36

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Rajah 3 1.3 Mengukur dan menggunakan nombor

Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai

Dalam kajian saintifik yang melibatkan penyukatan murid juga perlu memiliki kemahiran mengambil bacaan yang tepat dan menyelesaikan pengiraan. Ketepatan dalam penyukatan bergantung kepada kesesuaian alat dan unit yang digunakan. Dalam proses sains mengukur dan menggunakan nombor, murid dapat diajar menyukat dengan betul dan membolehkan penyukatan dibuat dengan menggunakan alat dan unit penyukatan yang betul dan sesuai dengan apa yang hendak disukat.

1.4

Membuat inferens

37

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak.

Membuat inferens adalah membuat kesimpulan awal yang logik, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan peristiwa atau pemerhatian tentang sesuatu perkara atau eksperimen yang dijalankan. Ia juga boleh dimaksudkan dengan mentafsir, menerangkan apa yang diperhatikan atau mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Inferens membolehkan penerangan awal untuk sesuatu pemerhatian dilakukan serta membolehkan hipotesis dibuat supaya penyiasatan seterusnya dapat dijalankan. Melalui inferens juga murid-murid dapat melalui proses pemikiran yang kritis semasa hendak menghuraikan sesuatu pemerhatian. Contoh: Murid-murid dibawa keluar untuk membuat pemerhatian mengenai daun yang berlubang-lubang dan bertompok-tompok coklat. Kenyataan A 1. Daun bewarna hijau dan mempunyai tompok-tompok coklat 2. Terdapat beberapa lubang pada daun Kenyataan B 1. Tompok tompok coklat ini mungkin disebabkan oleh racun. 2. Lubang-lubang ini hasil gigitan serangga atau ulat.

Kenyataan B menerangkan kenyataan A. Kenyataan B adalah inferens.

1.5

Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai

38

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Contoh: i. ii. iii. Hari hujan dan matahari yang keluar. Kemungkinan ada pelangi Magnet lemah menarik lima klip kertas, saya meramalkan magnet yang kuat akan menarik lebih banyak klip kertas. Jika saya lepaskan dua biji bola pada masa yang sama, mereka akan menyentuh tanah pada masa yang sama. 1.6 Berkomunikasi
Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Maklumat dan idea boleh dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gembarajah, model atau jadual. Apabila menerangkan sesuatu objek, anda akan berkomunikasi secara berkesan jika anda i. ii. iii. iv. v. Hanya menghuraikan apa yang diperhatikan bukan apa yang diinferkan. Membuat keterangan ringkas menggunakan bahasa yang tepat. Menyampaikan maklumat dengan tepat. Pertimbangkan pandngan lain dan pengalaman masa lalu. Dapatkan maklum balas.

Contoh:

39

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

D Rajah 4

Rajah 4 menunjukkan cara-cara berlainan menyampaikan maklumat. 1.7 Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa

Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa ini merupakan satu proses memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut masa. Semua peristiwa berlaku pada masa dan tempat yang tertentu. Perhubungan ruang dan masa untuk sesuatu peristiwa tertentu adalah lebih penting berbanding dengan peristiwa-peristiwa yang lain. Sebagai contoh menyiasat alam bahan seperti semasa belajar sifat-sifat fizikal

40

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) bahan tidak penting bagi kemahiran proses asas sains perhubungan ruang dan masa. Menggunakan perhubungan ruang dan masa menyedarkan kita bahawa setiap perubahan itu adalah mengikut masa. Perhubungan ruang dan masa membantu kita menyusun peristiwa-peristiwa mengikut kronologi. Contoh: Penyemaian biji kacang. Murid diarahkan mengukur ketinggian anak benih kacang setiap hari selama 1 minggu.

Rajah 5

1.8

Mentafsir maklumat

41

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat/data yang dikumpul

Data yang dikumpul mungkin dalam pelbagai bentuk seperti jadual, gambarajah, graf, gambar dan lain-lain lagi. Kemahiran mentafsir maklumat penting kerana ia akan membolehkan kita: i. ii. iii. Mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada jadual, graf dan gambarajah. melihat perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. membuat sesuatu rumusan.

Kemahiran proses mentafsir maklumat merupakan lanjutan bagi kemahiran proses berkomunikasi. Sebarang maklumat yang dikumpul dapat ditafsir untuk dikomunikasikan secara lisan atau bertulis. Untuk mentafsir maklumat dengan mahir, pemerhatian yang teliti perlu dibuat. Pengalaman yang sedia ada merupakan asas untuk membantu seseorang mentafsir maklumat dengan bijak. Mentafsir graf merupakan satu kemahiran yang penting dalam sains kerana graf merupakan alat berfikir dan berkomunikasi. Murid-murid sekolah rendah berkebolehan belajar mentafsir graf sekiranya latihan diberi dengan secukupnya. Contoh : 1.

42

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Rajah 6 Mentafsir maklumat berdasarkan Rajah 6. 1. Rajah di atas menunjukkan terdapat empat jenis pencemaran iaitu pencemaran air, udara, bunyi dan alam sekitar. 2. Pencemaran air disebabkan oleh pembuangan sisa kilang dan sampah sarap serta pengaliran air yang mengandungi racun serangga dan baja kimia ke sungai, tasik dan laut yang berhampiran. 3. Pencemaran udara pula disebabkan oleh gas dan asap beracun dari kilang dan eksos kenderaan. 4. Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sampah sarap dari rumah, kedai dan pasar, serta gas dan asap dari kilang ke meratarata tempat. 5. Pencemaran bunyi pula disebabkan oleh bunyi kuat dari kenderaan dan alat-alat elektronik seperti radio dan televisyen.

43

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) 1.9 Mendefinisi Secara Operasi

Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

Untuk mendefinisi satu perkataan secara tindakan (operasi) dan bukan hanya dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lain. Dalam sains, kita perlu mendefinisikan istilah-istilah itu jelas dan tidak mengelirukan. Definisi secara operasi akan dapat membantu kita menyatakan apa yang kita perhatikan atau apa yang kita buat itu dengan jelas supaya pihak lain dapat mengetahui tanpa kekeliruan. Semasa menjalankan eksperimen, definisi secara operasi diperlukan untuk mrngkomunikasikan pembolehubah dengan tepat. Sebagai contoh, untuk mengkaji bagaimana senaman mempengaruhi kadar denyut. Jenis senaman mesti didefinisikan secara operasi supaya semua pembacs mengetahui dengan jelas tentang jenis senaman dalam eksperimen berkenaan. Contoh: Berikut adalah dua kenyataan mengenai asid. i. ii. Asid ialah bahan yang mengandungi hidrogen. Asid ialah bahan yang menukarkan kertas litmus biru menjadi merah Apakah perbezaan antara kenyataan-kenyataan itu? Bolehkan anda menentukan yang manakah definisi secara operasi?

44

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Dalam kenyataan kedua, tindakan asid menukarkan warna kertas litmus boleh dilakukan dan diperhatikan, manakala kenyataan pertama tidak boleh diperhatikan. Kenyataan kedua adalah definisi secara operasi bagi asid. Penguasaan kemahiran mendefinisi secara operasi adalah penting kerana: i. ii. iii. Menghuraikan konsep atau pembolehubah itu dalam bentuk yang boleh dikendalikan. Membolehkan pemerhatian atau pengukuran dilakukan bagi pembolehubah dalam sesuatu penyiasatan. Membolehkan pembezaan dibuat di antaracontoh dan bukan contoh sesuatu konsep. 1.10 Mengawal Pembolehubah

Pembolehubah boleh jadi satu faktor, keadaan atau hubungan yang boleh diubah dalam suatu kejadian atau sistem yang dikaji Pembolehubah dimanipulasikan untuk menghasilkan perubahan dalam pembolehubah kedua (pembolehubah bergerakbalas) Pembolehubah lain yang mungkin mempengaruhi keputusan perlu dimalarkan (pemboleh ubah dimalarkan)

Dalam

sesuatu

penyiasatan, tertentu, salah

untuk satu

memerhati daripadanya lain yang yang

hubungan

antara

dua untuk

pembolehubah sama,

dimanipulasikan mungkin

menghasilkan perubahan dalam pembolehubah yang kedua. Pada masa yang pembolehubah-pembolehubah dimalarkan. Tindakan mempengaruhi mengawal keputusan inilah dinamakan

pembolehubah. Mempelajari kemahiran mengawal pembolehubah penting kerana ia: 45

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

i. ii. iii.

Membantu Menetapkan

kita

menentukan

dengan

teliti

pembolehubah supaya

yang tidak

menyebabkan sesuatu kesan kepada keputusn ujikaji yang dilaksanakan. pembolehubah-pembolehubah tertentu memberi kesan kepada keputusan ujikaji. Membantu kita menentukan bahawa sesuatu kesan adalah disebabkan oleh pembolehubah dimanipulasi ke atas pembolehubah gerakbalas. Contoh:

Bekas kaca ditelangkupkan

Lilin bernyala

Rajah 5 Nadiah telah melakukan eksperimen : Sebatang lilin dinyalakan. Sebuah bekas kaca ditelangkupkan untuk menutup lilin itu. Masa untuk lilin terpadam dicatatkan. Eksperimen diulangi dengan menggunakan bekas-bekas kaca yang berlainan saiz

46

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Apakah tujuan eksperimen Nadiah? Tujuan eksperimen di atas adalah mengkaji kesan saiz bekas ke atas masa untuk lilin terpadam sedang dikaji. Saiz bekas kaca dan masa untuk lilin terpadam adalah pembolehubahpembolehubah dalam eksperimen yang dijalankan. Saiz bekas diubah untuk menentukan kesannya ke atas masa untuk lilin terpadam. Oleh itu saiz bekas kaca ialah pembolehubah yang dimanipulasi, manakala masa untuk lilin terpadam adalah pembolehubah yang berubah. Pembolehubah yang berubah ini dinamakan pembolehubah gerakbalas. Mempelajari kemahiran mengawal pembolehubah penting keana ia: i. Membantu kita menentukan sesuatu kesan dengan kepada teliti pembolehubah ujikaji supaya yang yang tidak

menyebabkan dilaksanakan. ii. iii. Menetapkan

keputusan tertentu

pembolehubah-pembolehubah

memberi kesan kepada keputusan ujikaji. Membantu kita menentukan bahawa sesuatu kesan adalah disebabkan oleh pembolehubah yang dimanipulasi ke atas pembolehubah gerakbalas.

1.11

Membuat Hipotesis

Proses menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens, untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa. Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

47

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Secara terperinci, kemahiran membuat hipotesis adalah kebolehan: Memberi cadangan penerangan berasaskan pemerhatian awal mereka. o Contoh: Murid-murid memerhati ketul-ketul garam melarut dalam air dan membuat hipotesis berikut: o Hipotesis: Saiz bahan larut mempengaruhi masa dikehendaki untuk bahan itu larut dalam air. Membuat deduksi logik berasaskan kefahaman atau pengetahuan sedia ada. o Contoh: Kefahaman bahawa udara lembab mengandungi lebih banyak wap air akan membolehkan hipotesis berikut dibuat. o Hipotesis: Kain kering lebih cepat pada keadaan kering daripada keadaan lembab. Membuat kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji. o Contoh hipotesis : Jika suhu bertambah, lebih banyak bahan larut melarut di dalam air.

Penguasaan kemahiran membuat hipotesis adalah penting kerana ia: i. ii. Menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis semasa memilih antara beberapa cadangan penerangan. Membolehkan peneranganperistiwa atau kejadian yang berlaku di persekitaran.

48

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) iii. iv. Memberi kesedaran bahagwa terdapat pelbagai penerangan bagi pemerhatian. Memberi kesedaran bahawa kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji diperlukan apabila mencari jawapan kepada sesuatu. 1.12 Mengeksperimen

Menyiasat, memanipulasikan pembolehubah dan hipotesis untuk membuat keputusan

Mengeksperimen mengaitkan proses-proses secara sistematik. Satu eksperimen melibatkan pengujian hipotesis dan pengawalan pembolehubah. Murid-murid sekolah rendah masih belum mencapai tahap kematangan untuk menjalankan eksperimen sebenar. Walau bagaimana pun, mereka berkebolehan menggunakan proses-proses sains berikut untuk menjalankan projek-projek pilihan yang bersesuaian dengan tahap kematangan mereka: i. ii. Menyatakan hipotesis. Menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah yang bergerak balas dan pembolehubah-pembolehubah yang dimalarkan dalam eksperimen. iii. iv. v. vi. Mereka bentuk kaedah mengumpul data, iaitu menyatakan langkahlangkah eksperimen dengan jelas. Mengumpul data, iaitu menjalankan eksperimen untuk menguji hipotesis dengan cara mengubah pembolehubah yang dimanipulasikan. Mentafsir maklumat, iaitu mempersembahkan data dalam bentuk lukisan, jadual, carta, graf dsb. Menerangkan eksperimen. dapatan eksperimen dan menyatakan kesimpulan

49

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) Dalam sekolah rendah, proses sains lebih dipentingkan berbanding dengan data yang diperolehi daripada eksperimen yang dijalankan. Contoh: Murid-murid sedang menjalankan aktiviti meyiasat masalah:

Apakah yang mempengaruhi kadar gula melarut di dalam air?

Mereka telah memilih hipotesis berikut untuk disiasat:

Hipotesis : Semakin banyak kuantiti gula, semakin lambat ia melarut Mereka menggunakan kuantiti-kuantiti berlainan (6, 12, 18 dan 30 g) gula dan 200 ml air. Air dikacau sehingga tiada hablur gula kelihatan. Sebelum melakukan aktiviti beberapa pembolehubah-pembolehubah yang terlibat telah dikenal pastikan, iaitu: suhu air kuantiti air cara mengacau air dan jenis gula

Data yang dikumpul telah direkod dalam jadual 1. Kuantiti gula (g) 6 12 18 50 Masa untuk gula melarut (saat) 30 60 80

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

30

90

Jadual 1 Berdasarkan Jadual 1, murid-murid menyatakan perhubungan yang diperolehi di antara pembolehubah-pembolehubah yang sedang diuji.

Latihan 1.

Terangkan perbezaan di antara pemerhatian, inferens dan ramalan. Ilustrasikan perbezaan ini.

2.

Rancangkan satu aktiviti yang sesuai bagi setiap kemahiran proses sains tersebut dan laksanakan di dalam makmal.

Memikir

Berdasarkan pengalaman mengajar di sekolah, terangkan mengapa kemahiran proses sains perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bahan Bacaan Pembelajaran Kendiri Gather information from : http://www.union.k12.sc.us/ems/Science--Process%20Skills.htm http://www.scribd.com/doc/416573/Kemahiran-Proses-Sains http://www.slideshare.net/syazayasmin/kemahiran-proses-sains Mengumpul Maklumat

51

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Kumpulkan maklumat dari sumber-sumber yang sesuai mengenai petunjuk bagi setiap kemahiran proses sains

2.

Peringkat-peringkat pengajaran kemahiran proses sains kepada murid bermasalah pembelajaran.


Mengenalpasti konsep dan terminologi Menganalsis bahan Menganalisis pengetahuan asas Hubungan dengan kehidupan seharian Aplikasi dalam kehidupan Interaksi sosial Mengenalpasti konsep dan terminologi

2.1

Contoh : Manusia Konsep : Manusia Terminologi : (a) (b) (c) (d) 2.2 Jantina - lelaki, perempuan Bahagian tubuh - kepala, telinga, kaki dan sebagainya 5 deria - bau, pendengaran, penglihatan, sentuhan da n rasa Penampilan fizikal - ciri-ciri luaran

Menganalisis bahan Guru perlu menggunakan bahan-bahan/alat bantu mengajar untuk

mengajar konsep sains. Contoh : Bahagian-bahagian tubuh manusia, gunakan murid sebagai model. Bahan-bahan yang digunakan perlulah tidak berbahaya, mudah dikendali, mudah diperolehi dan sebagainya. 52

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

2.3

Menganalisis pengetahuan asas

Guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai konsep yang diajar. Contoh : Bahagian-bahagian tubuh manusia, minta murid-murid analisis diri mereka terlebih dahulu dan namakan bahagian-bahagian tersebut.
2.4

Hubungan dengan kehidupan seharian

Melalui kemahiran proses sains murid-murid boleh menerangkan fenomena yang berlaku di sekeliling mereka. Contoh : Membuat roti. Beberapa kemahiran proses sains seperti memerhati, meramalkan, mengukur dan menggunakan nombor dan mengawal pembolehubah terlibat.
2.5

Aplikasi dalam kehidupan

Menggunakan kemahiran proses sains untuk mencari jawapan kepada soalansoalan berkaitan alam semula jadi. 2.6 Interaksi sosial

Menggunakan kemahiran proses sains untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat yang berkaitan alam semula jadi.

Latihan

Anda dikehendaki merancang satu aktiviti berkaitan kemahiran proses sains dalam pelajaran sains bagi murid bermasalah pembelajaran.

Rehat

Well done, take a break now! Time for a cup of coffee before you go to the next topic

53

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

54

You might also like