You are on page 1of 3

NILAI MURNI

Baik Hati Berdikari Berhemah Tinggi Hormat-Menghormati Kasih Sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Kebersihan Fizikal Dan Kebersihan Mental Kejujuran Kerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Rasional Semangat Kemasyarakatan

FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Guru "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

1. Kemahiran berfikir 2. Kemahiran belajar cara belajar 3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi 4. Kajian masa depan 5. Kecerdasan pelbagai 6. Pembelajaran konstruktivisme 7. Pembelajaran kontekstual

You might also like