You are on page 1of 30

PENGANGKUTAN

Pengangkutan ditakrifkan sebagai pemindahan barang dan manusia dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan pelbagai jenis pengangkutan samada melalui pengangkutan darat, air, udara @ saluran paip Pengangkutan salah satu daripada bantuan perniagaan Pengangkutan memindahkan barang dari tempat pengeluaran ke tempat penggunaan atau permintaan

PERANAN PENGANGKUTAN
Mengelakkan lebihan dan kekurangan barang di pasaran Mengurangkan kos penyimpanan stok Menyebarkan hasil ciptaan sains dan teknologi Menggalakkan pengaliran modal dan industri pelancongan Mempelbagaikan pilihan pengguna Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara Menggalakkan pergerakan tenaga buruh

Memperluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa


Menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran

Mengelakkan pembaziran

Jenis Pengangkutan

Darat

Laut

Udara

Saluran Paip

Jalan raya

Rel

Kapal terbang

Helikopter

Kapal kargo

Kapal keretan

Kapal pesisir

Kapal penumpang

Pengangkutan Darat
Pengangkutan Jalan Raya

Pengangkutan jalan raya luas digunakan di Malaysia kerana terdapat rangkaian jalan yang lengkap menghubungkan bandar besar dengan bandar kecil di seluruh negara Pengangkutan jalan raya kini banyak melibatkan kenderaan bermotor seperti lori, bas, van, kereta dan motorsikal Penggunaan lebuh raya memendekkan masa perjalanan dan ini membolehkan penumpang dan barang tiba dengan cepat

KELEBIHAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA

Mudah didapati dan digunakan Murah dan cepat untuk perjalanan jarak dekat Serahan barang dari pintu ke pintu Fleksibel dari segi arah perjalanan jadual

KEKURANGAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA


Ruang muatan terhad Kesesakan lalu lintas dan cuaca buruk Mahal dan lambat bagi perjalanan jauh Penggunaan tenaga buruh yang tinggi

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)


Mendaftarkan kenderaan dan mengeluarkan cukai jalan Mengeluarkan lesen memandu Mengeluarkan permit bagi institusi memandu Menguatkuasakan undang undang jalan raya Bekerjasama dengan agensi untuk tujuan tertentu

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Lembaga perlesenan kenderaan perdagangan terletak dibawah kawalan kementeriaan pembangunan usahawan Terdapat dua jenis lesen yang dikeluarkan LPKP iaitu: a) Lesen kenderaan barang yang terdiri daripada dua kelas: * Lesen pembawa A ~ untuk kenderaan yang mengangkut barang kepunyaan orang lain @ yang disewakan kepada orang lain * Lesen pembawa C ~ untuk kenderaan yang mengangkut barang kepunyaan sendiri sahaja. Pemegang lesen ini tidak boleh menyewakan kenderaannya kepada orang lain b) Lesen kenderaan perkhidmatan awam yang terdiri daripada kelas bas berhenti-henti, bas ekspres, bas pekerja, bas sekolah, teksi, kereta sewa dan sebagainya

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sendirian Berhad (PUSPAKOM)

Puspakom dilesenkan oleh kerajaan untuk menjalankan pemeriksaan dan ujian ke atas kenderaan bagi memastikan semua kenderaan yang digunakan tidak memudaratkan pengguna PUSPAKOM mempunyai sistem komputer yang serba canggih bagi membolehkan ujian dijalankan ke atas kenderaan dengan cekap, tepat dan cepat
Ujian dijalankan meliputi break, lampu, roda, enjin, badan kenderaan, paras asap yang dikeluarkan oleh ekzos dan sebagainya Matlamatnya untuk menjamin kenderaan itu tidak membahayakan mana-mana pihak

Pengangkutan Darat
Pengangkutan Rel

Pengangkutan rel digunakan untuk mengangkut barang dan penumpang bagi jarak jauh Pengangkutan rel di negara ini di kendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KTMB ialah sebuah syarikat yang kini masih dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya KTMB bertanggung jawab menyelenggarakan sepenuhnya semua perkara berkaitandengan perkhidmatan keretapi termasuk menetapkan jadual perjalanan, tambang, menyediakan gerabak dan mengendalikan landasan serta stesen keretapi

Kelebihan Pengangkutan Rel

ruang muatan yang luas Tambang murah untuk perjalanan jauh Mempunyai gerabak khas Lebih bagi jarak jauh

Kekurangan Pengangkutan Rel


Tidak sesuai untuk jarak dekat Tiada serahan dari pintu ke pintu Perjalanan tidak fleksibel dan terikat dengan jadual Kos penyelenggaraan yang tinggi

Pengangkutan Laut
Pengangkutan Laut

Pengangkutan laut amat penting bagi Malaysia yang merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh laut dan mempunyai pantai yang panjang Kedudukan geografi ini menyebabkan Malaysia banyak bergantung kepada pengangkutan laut dalam hubungan perniagaannya dengan negara lain Pelabuhan utama di Malaysia yang mengendalikan perniagaan antarabangsa ialah Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Bintulu, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Pulau Pinang

Kapal Kargo

Belayar ikut laluan yang tetap dan singgah di pelabuhan tertentu sahaja Belayar mengikut jadual sama ada muatan penuh @ tidak Tambangnya ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan Kapal Keretan

Mengangkut barang pukal dan berat seperti kayu balak, kapas, gandum dan gula Belayar tidak ikut laluan dan jadual yang tetap Belayar ke mana-mana dan pada bila-bila masa untuk mendapatkan muatan Boleh dicarter @ disewa untuk mengangkut muatan bagi satu pelayaran tertentu - carter perjalanan Boleh juga dicarter untuk suatu tempoh tertentu - carter masa Penyewaan kapal dilakukan di Pasaran Baltik

Kapal pesisir pantai

Belayar di sepanjang pantai menghubungkan bandar dan pelabuhan untuk memungut dan bertukar hasil keluaran tempatan Contohnya : Kuala Kedah dengan Kuala Perlis Terdapat juga yang berfungsi untuk memungut muatan dari pelabuhan kecil dan membawanya ke pelabuhan besar untuk dieksport Contohnya: Dari Muar, Melaka dan Port Dickson ke Pelabuhan Klang

Kapal penumpang

Membawa penumpang, mel, dan sedikit muatan barang Mempunyai banyak kabin penumpang tetapi sedikit ruang mautan barang Belayar mengikut laluan dan jadual yang tetap Singgah di pelabuhan tertentu sahaja dan kadar tambangnya adalah tetap

Kelebihan Pengangkutan Laut


Kos yang murah Ruang muatan yang luas Lebih selamat Tiada kesesakan lalu lintas Penting untuk perniagaan antarabangsa

Kekurangan Pengangkutan Laut


Tempoh perjalanan lama Kegunaan terhad Tiada serahan barang dari pintu kepintu Memerlukan kerja pemunggahan yang rumit

Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)


Sebuah syarikat perkapalan yang terbesar di Malaysia MISC ditubuh kan pada tahun 1968 sebagai syarikat awam berhad MISC menyediakan perkhidmatan pengangkutan laut secara globalkepada pelabuhan utama di seluruh dunia Sebagai sebuah syarikat milikan Malaysia MISC dapat mengurangkan pergantungan Malaysiaterhadap perkhidmatan perkapalan asing dan seterusnya mengurangkandefisit akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran

Jabatan Laut

Jabatan laut ditubuhkan dibawah Kementerian Pengangkutan dan bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perkapalan yang maju Antara tugas utama yang dijalankan oleh Jabatan Laut: Mendaftar dan melesenkan semua kapal dan bot Mengeluarkan perakuankekompetenan untuk pelaut Malaysia Mewujudkan sistem pelayaran yang efisyen Menyelenggarakan pelabuhaan Memelihara kawasan perairan supaya bebasdaripada pencemaran

Lembaga Pelabuhan

Tugas utama yang dijalankan oleh Lembaga Pelabuhan ialah: Mengawal selia pelabuhan Mengeluarkan lesen kepada pengedali pelabuhan Mengawal penyediaan kemudahan di pelabuhan Melesenkan malim Bertindak selaku tuan tanah Merancang pembangunan pelabuhan Tugas tugas lain

Pengangkutan Udara

Pengangkutan udara ialah pengangkutan yang paling cepat tetapi mahal Terdiri daripada dua iaitu kapal terbang dan helikopter Kapal terbang sesuai untuk mengangkut barangan berikut : kecil dan ringan, bernilai tinggi dan tidak tahan lama Kemajuan dalam pengangkutan udara membolehkan kargo berat seperti buah-buahan, daging dan binatang diangkut dengan kapal terbang Helikopter digunakan untuk menghubungi kawasan-kawasan terpencil dan tidak memerlukan kemudahan lapangan terbang

Kelebihan pengangkutan udara


Pantas Selamat Selesa Kadar premium insurans yang rendah Mengurangkan kos pergudangan Dapat menghubungi kawasan pedalaman Sesuai untuk mengangkut barang mahal, segar, dan diperlukan dengan segera

Kekurangan pengangkutan udara


kos mahal Ruang muatan terhad Gangguan cuaca Penggunaan yang terhad Tiada serahan barang dari pintu ke pintu

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)

MAS merupakan sebuah badan penerbangan nasional yang mengendalikan hampir semua penerbangan antarabangsa dan domestik di Malaysia Sejajar dengan penswastaan kerajaan,MAS telah diswastakan pada tahun 1985 sebagai sebuah badan korporat yang beroperasi di bawah naungan kerajaan MAS bukan sahaja menawarkan perkhidmatan penerbangan, malahan juga terlibat dalam pelbagai bidang lain seperti kejuruteraan,katering,Pengurusan Akademik Penerbangan Malaysia (MAA) serta pengendalian kargo domestik dan antarabangsa

Jabatan Penerbangan Awam

Jabatan penerbangan awam juga terletak dibawah Kementerian Pengangkutan Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang dan menyelaras serta mengendalikan semua aktiviti dan urusan berhubung dengan penerbangan awam Malaysia,samada dalam @ diluar negara Objektifnya adalah untuk mewujudkan perkhidmatan penerbangan Malaysia yang baik di arena antarabangsa

Saluran Paip
Salauran Paip

Saluran paip merupakan satu cara untuk menghantar bahan cecair seperti air, minyak dan gas dari satu tempat ke tempat yang lain Contoh : Projek Penggunaan Gas dari Kereteh ke Johor Bahru Minyak dan gas asli cecair yang disalurkan melalui paip selamat daripada kebakaran Penghantaran bahan boleh dilakukan secara berterusan pada setiap masa tanpa dihalang oleh kesesakan lalu lintas

Kelebihan Saluran Paip

Mudah dan cepat Menjimatkan kos pengangkutan dan pengendalian Selamat

Kekurangan Saluran Paip

Kos pemasangan yang tinggi Masalah kebocoran dan sukar diperbaiki Penggunaannya terhad

Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)

Petronas ialah sebuah perbadanan nasional yang ditubuhkan di bawah akta Pembangunan Petroleum PETRONAS diberi hak eksklusif untuk mencari gali,memproses dan memasarkan sumber petroleum dan gas asli diseluruh Malaysia Matlamat korporat PETRONAS ialah melindungi hak asasi pemilikan dan pem bangunan sumber petroleum untuk memenuhi keperluan masa kini dan masa depan, memaksimumkan pulangan hasil daripada sumber petroleum melalui pemprosesan,agihan, dan pemasaran yang optimum, serta memastikan rakyat malaysia dapat manfaat daripada pembangunan industri tempatan

PENGKONTENAAN

Pengkotenaan ialah cara mengangkut barang di dalam kontena yang piawai Kontena ialah peti @ kotak yang diperbuat daripada logam yang digunakan khusus untuk membuat dan mengangkut banyak barang Kontena disediakan dalam pelbagai saiz tetapi kesemua dibuat secara piawai untuk memudahkan pengangkutan dan pengendalian

Kelebihan Pengkontenaan
Menjamin keselamatan muatan Menjimatkan masa dan kerja pemunggahan Kos dapat dijimatkan Memudahkan pengangkutan barang mudahbusuk Peraturan dan dokumentasi kastam dipermudahkan

Kekurangan Pengkontenaan

Memerlukan kos modal yang tinggi Memerlukan kelengkapan alat-alat pengangkutan khas Menyebabkan penggangguran Hanya sesuai untuk kosainan besar sahaja

Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR)

Pengangkutan Antarabangsa Routier (Transport International Routier - TIR) merupakan suatu sistem pengendalian kontena yang diamalkan di peringkat perniagaan antarabangsa Sistem ini memudahkan dan melancarkan penghantaran kontena melalui negara perantaraan Pemeriksaan kastam dan proses dokumentasi yang rumit dapat dikurangkan @ dielakkan Kargo yang dimuatkan ke dalam kontena akan disahkan isi kandungnya oleh pihak berkuasa kastam negara pengeksport, kemudian dipaterikan dan dibawa melalui negara perantaraan tanpa pemeriksaan kastam, apabila sampai ke destinasi negara pengimport kontena dibuka dan cukai dikenakan Sistem TIR membawa kebaikan dari segi pengurangan kos pengendalian kargo kerana kerja mengangkut kargo melalui negara perantaraan dipermudahkan dan di percepatkan

PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN


Kos
Saiz, kuantiti & berat muatan

Jarak serta tempat yang dilalui

Jenis barang

Faktor Pemilihan Jenis Pengangkutan

Risiko kerosakan

Keselesaan

Kesegeraan
Mudah didapati Nilai barang

Tiada Yang MustahilGemilang

You might also like