You are on page 1of 3

PATAH

Patah bermaksud pecahan atau rekahan pada suatu tulang.


Terkehel pula bermaksud keadaan tulang yang berada dalam posisi yang tidak normal
atau ia berpunca daripada pengecutan otot-otot yang terlalu kasar.

Terbahagi kepada 5 jenis :

• Keretakan ringan
• Retak seribu
• Keretakan Greenstick
• Keretakan terbuka
• Keretakan tertutup

Patah Tertutup
-Patah keseluruhan tulang tetapi kulit tidak tercedera.
- Pendarahan dlm kulit.
- Bengkak, lebam dan panas

Patah Terbuka
- Patah keseluruhan tulang dan kulit atau otot terkoyak atau tendon terputus.
- Luka wujud di bahagian tulang patah.
- Tulang tertonjol keluar
- Darah banyak mengalir keluar.

Patah Ranting.
- Sebahagian tulang patah.
- Darah tidak mengalir keluar.
- Bengkak, contohnya seperti: patah tulang selangka atau patah tulang clavikel

Patah Melarat.
- Mengakibatkan organ sekeliling rosak.
- Paru-paru rosak kerana patah tulang rusuk.
- Kerosakan otak kerana tengkorak pecah.
- Pendarahan dalaman- berbahaya atau kritikal.
- Amat merbahaya atau kritikal atau renjatan.

Tulang Retak.
– Tulang mengalami pukulan hentakan yg tidak tepat atau tidak terus (hentakan sipi)
– Sebahagian tulang retak kerana ulangan.
– Pukulan atau hentakan yg kerap
– Kesakitan atau kurang selesa pada tulang.

Tanda-Tanda Patah dan retak


-Pergerakan tidak normal atau terhad.
- Bahagian cedera berubah bentuk – bengkak.
- Muka pucat
- Pendarahan berlaku.
- Bengkak dan lebam.

Simptom Patah dan Retak


-Kehausan
- Loya atau muntah
- Badan lemah dan tidak bermaya.
- Terasa kebas dan ngilu pada kedudukkan yang patah.
Rawatan Awal Patah Dan Retak
-Pastikan mangsa selamat
- Jangan gerakkan kecuali tidak selamat,
- Jangan pindahkan mangsa
- Mengawal kedudukan patah.
- Sokong bahagian cedera supaya tiada pergerakan tinggikan bahagian yg cedera
-Rehatkan bahagian yg cedera
- Balutkan atau sokonglah tulang patah dengan kayu – kurangkan pergerakan.
- Balutkan di atas atau di bawah patah tetapi bukan di bahagian cedera.
- Tambahkan kain pelapik di sekeliling utk menghalang kecederaan bertambah teruk.
- Gunakan anggota tidak cedera sebagai sokongan
- Ikat pembalut dengan kuat tetapi tidak menjejaskan pengaliran darah.
- Sentiasa memeriksa pengaliran darah.
- Jika patah terbuka, rawat luka terbuka dahulu.
- Dapatkan bantuan perubatan segera.

You might also like