You are on page 1of 7

TOKOH PENDIDIKAN BARAT

Nama : Carl Rogers

Nama Penuh : Carl Ransom Rogers Tarikh Lahir : 8hb Januari 1902 Tahun Wafat 4hb Februari 1987 Tempat Lahir : Oak Park, Illinois, Chicago Pendidikan :

Mahir membaca pada usia pra sekolah dan memulakan pendidikan formal di Gred Dua.

Kerjaya

Beliau menceburi diri dalam bidang pertanian di Universiti WiscosinMadison, diikuti dengan bidang sejarah dan agama.

Melanjutkan pelajaran di Kolej Guru, Universiti Columbia dan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1928 dan Doktor Falsafah pada tahun 1931.

Sambil menyempurnakan tesis kedoktoran, beliau melibatkan diri dengan kajian berkaitan dengan kanak-kanak di Persatuan Mencegah Keganasan Terhadap Kanak-kanak, Rochester, New York.

Pada tahun 1930, beliau dilantik sebagai Pengarah Persatuan Mencegah Keganasan Terhadap Kanak-kanak.

1954beliau telah mendirikan sebuah pusat kaunseling di Universiti Chicago.

Beliau banyak kali keluar negara untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu mengenai pendekatan pemusatan individu.

Antara 1915-1980, beliau telah mengendalikan beberapa bengkel bersiri bersama anak perempuannya, Natalie Rogers.

Karya

: 1939 : beliau menghasilkan buku pertama yang berjudul The Clinical Treatment of the Problem Child.

19

: buku kedua beliau berjudul Caunselling and Psychotherapy :

Newer Concepts in Practice dihasilkan.

Teori

: Teori Pemusatan Individu. Teori ini adalah satu pendekatan yang diutarakan oleh beliau bertujuan untuk memahami personaliti dan hubungan manusia. Pendekatan ini digunakan (terapi pemusatan klien) dan pendidikan (pembelajaran berpusatkan pelajar)

Penghargaan

1956: Beliau dianugerahkan Award for Distinguished Professional Contributions oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA). 1964: Beliau menerima anugerah Ahli Humanis Tahun 1964 oleh Persatuan Humanis Amerika. Pada penghujung hayat beliau, beliau dicalonkan untuk anugerah Nobel Peace Prize atas jasa beliau terhadap konflik antara kumpulan nasional di Afrika Selatan dan Ireland Utara.

TOKOH PENDIDIK TIMUR RANTAU MELAYU : INDONESIA


Nama N ama Penuh Tarikh Lahir Tarikh Wafat Tempat Lahir Pendidikan : : HAMKA : Haji Abdul Malik Karim Amrullah : 17hb Februari 1908 : 24hb Julai 1981 : Kampung Molek , Maninjau , Sumatera Barat.

Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Kelas Dua.

Ketika tahun 10, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang agama dan bahasa Arab di Sumatera Thawalib, Padang Panjang.

Kerjaya

1927: Beliau mula menceburi diri dalam bidang keguruan sebagai guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan.

1929: Sebagai guru agama di Padang Panjang. 1957- 1958 : Sebagai Dosen di Universiti Islam, Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang.

Sebagai Rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta.

Beliau seorang ahli pidato yang terkenal kerana sentiasa bertukartukar idea dan pendapat dengan tokoh-tokoh terkenal Indonesia seperti Raden Mas, Surjopranoto, Haji Fachrudin.

Beliau sebagai wartawan, penulis, bagi beberapa akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah.

Beliau juga sebagai penyunting dan penerbit bagi majalah-majalah seperti Kemajuan Masyarakat, al-Mahdi, Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Karya

: Karya ilmiah Islam : Tafsir al-Azhar sebanyak 5 jilid. Karya kreatif (novel dan cerpen) : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck , Di Bawah Lindungang Kaabah, Merantau ke Deli.

Gelaran

Buya, nama panggilan orang Minangkabau yang membawa maksud seorang yang amat dihormati.

Penghargaan

1959: Beliau dianugerahkan anugerah Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir.

1960: Beliau menerima anugerah Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo, Jakarta.

1974 : Beliau menerima anugerah kehormat Doktor Honoris Causa daripada Universiti Kebangsaan.

Beliau menerima gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno daripada kerajaan Indonesia.

TOKOH PENDIDIK TIMUR RANTAU MELAYU : MALAYSIA


Nama N ama Penuh Tarikh Lahir Tahun Wafat Tempat Lahir Pendidikan : : ZABA : Zainal Abidin bin Ahmad : 16hb September 1895 : 1973 : Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah.

Beliau menerima pendidikan formal dan didikan agama yang mantap di sebuah sekolah Melayu di Linggi.

Beliau menyambung pendidikannya di St. Pauls Institution, Seremban. 1915 : Beliau merupakan anak Melayu pertama yang lulus peperiksaan Peperiksaan Senior Cambridge.

Kerjaya

Beliau menceburi diri dalam bidang perguruan sebagai seorang guru Bahasa Melayu di English College, Johor.

Beliau ditukarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah.

1923: Beliau bertugas sebagai penterjemah di Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

1924: Beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Beliau turut berjaya menyumbangkan karya terjemahan untuk diterbitkan dalam dua periodikal Bahasa Melayu, iaitu Majalah Guru dan Al-Ikhwan.

1939: Beliau ditukar ke Jabatan Maklumat, Singapura.

1941: Beliau bertugas di Sekolah Oriental dan Kajian-kajian Afrika, Universiti London.

1954 - 1959 : Beliau kembali ke Singapura dan menjawat sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

Beliau bersama dengan Profesor DiRaja Ungku Aziz menyusun pembentukan Pertubuhan Bahasa Melayu dan dua tahun kemudian, Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya ditubuhkan.

Beliau sebagai perancang kurikulum sekolah serta penulis buku teks yang digunakan di Tanah Melayu dan Sumatera semasa era penjajahan Jepun.

1937: Beliau dilantik sebagai Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya.

1946: Beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawantankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO.

1959 : Beliau meletak jawatan.

Karya

: Beliau merupakan seorang ahli bahasa yang memperkembangkan Bahasa Melayu. Antaranya merupakan hasil karya beliau : Pelita Bahasa Melayu Ilmu Mengarang Melayu Daftar Ejaan Melayu Jawi / Rumi Falsafah Takdir Penggal 1

Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kadha dan Kadar.

Gelaran

Beliau mendapat gelaran sebagai Peneroka Tatabahasa Melayu. Beliau menggabung semua aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam penulisan beliau.

Penghargaan

1956 : Gelaran Pendita dalam bentuk songkok semasa diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru;

1959 : Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya;

1973 : Doktor Persuratan daripada Universiti Malaysia;

1962 : Bintang Panglima Mangku Negara bergelar Datuk (kemudiannya Tan Sri) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung.

You might also like