You are on page 1of 6

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran:

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-3 TAHUN 2012 : 7 November 2012 : Rabu : 1.10 tengah hari : Makmal Komputer

1. En. Ramlan bin Hj Ramly 2. En. Hanapiah bin Embot 3. En. Ruslan bin Rusli 4. En. Kamil Norzian bin Mohd Ali 5. Pn. Haswani binti Mansor 6. Pn. Suryati bt Ashaari 7. En. Zakaria bin Md Saleh 8. Pn. Norlita Hj Jaafar 9. En. Yahaya bin Ahmad 10. Pn. Norleza bt Md Yassin 11. Pn. Nurol Amirah bt Sahari 12. En. Mohammad Yazid bin Mohammad Saleh 13. En. Muhamad bin Abdul Manap 14. En. Mohd Rafai bin Ismail 15. Pn. Norzila bt Hamshah 16. Pn. Rahazreen bt Bahari 17. Pn. Sharifah Akmal bt Syed Jaafar 18. Pn. Muliana bt Hj Abang 19. Pn. Masita bt Moharam 20. Pn. Jazimah bt Talib 21. Pn. Suhaya bt Ramli 22. Pn. Rosidah bt Tahir 23. Pn. Haryani Masrina bt Masud 24. Pn. Harlini bt Mohd Salleh 25. En. Mohd Faizal bin Abd Latif 26. Cik Nurdayana Ihyas bt Mohd Hafidz Tidak hadir: 1. Pn. Noorazlina bt Mohd Noor 2. En. Norazman bin Mohd Nor 3. Pn. Norsamihah bt Nasir

- Guru Besar - GPK Kurikulum - GPK HEM - GPK Kokurikulum - Setiusaha Kurikulum

- Guru Ganti

- Cuti Bersalin - Mesyuarat Kaunseling - Cuti Bersalin

Agenda: 1. Ucapan Pengerusi : En. Ramlan bin Hj Ramly 2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu (kali kedua). 3. Perkara berbangkit. 4. Laporan ketua-ketua panitia. 5. Peperiksaan Akhir Tahun 6. LINUS 7. MBMMBI 8. Hal-hal lain 1.0 Ucapan Pengerusi : En. Ramlan bin Hj Ramly 1.1 1.2 1.3 1.4 Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana hadir pada mesyuarat Kurikulum ketiga bagi tahun 2012. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru dalam menjayakan semua program sekolah. Ucapan tahniah juga kepada semua guru kerana dapat menjalankan tugas dengan jayanya sepanjang tahun 2012. Bagi pertukaran guru, semua yang memohon pertukaran adalah tidak diluluskan namun ada satu kes petukaran antara daerah masih dalam peringkat perbincangan iaitu status pertukaran Pn. Muliana bt. Hj Abang. Melindungi Masa Instruksional (MMI) di mana ia berkai rapat dengan keberkesanan proses P&P di sekolah. Antara tugas guru ialah menyampaikan dan menyebarkan maklumat sekolah (Visi & Misi). Terdapat juga isu seperti guru ganti perlu mejalankan aktiviti atau melaksanakan P&P sekiranya mendapat jadual ganti tersebut. Selain daripada itu, pengajaran guru perlu menarik minat murid-murid kerana kes murid suka ponteng disebabkan murid tidak minat belajar. Isu yang seterusnya ialah guru masuk ke kelas, tetapi tidak menjalankan P&P sebaliknya mengarahkan murid membuat kerja mereka sendiri. Mulai tahun hadapan, tema bagi perhimpunan mingguan, guru boleh memilih sendiri tema mengikut kesesuaian. Jika ada hari cuti berganti, hari tersebut tidak boleh digunakan untuk mengadakan aktiviti selain P&P. Hanya P&P sahaja boleh dijalankan pada hari ganti. Guru perlu berubah dan berfikir secara kreatif dan inovatif, iaitu perlu berfikir dari luar kotak fikiran (Thinking out of the box). Guru-guru juga seharusnya tidak bersikap mengharapkan hasil yang berlainan walhal setiap kali membuat juga perkara yang sama. Tindakan & makluman : Semua guru

1.5

1.6 1.7

1.8 1.9

2.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 2.1 2.2 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu Mesyuarat Kurikulum kali kedua bagi tahun 2012. Pn. Suhaya bt Ramli mencadangkan minit mesyuarat kali kedua bagi tahun 2012 dishkan. Cadangan tersebut disokong oleh Pn. Jazimah bt Talib.

3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Sepanjang tahun 2012, telah diwujudkan program Tuju cemerlang iaitu program 7.30-7.40 pagi yang dilaksanakan tidak berjalan dengan lancar disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Program ini akan ditambah baik pada tahun hadapan ini kerana pukul 7.30 pagi adalah waktu yang paling baik untuk membina hubungan dengan murid. En. Mohd Rafai mencadangkan agar pada waktu tersebut diadakan bacaan doa oleh pengawas yang bertugas dengan menggunakan PA sistem sekolah yang disediakan. Program Penutur jati : Program yang mengambil masa tiga tahun yang diadakan 2 kali setiap bulan. Guru yang masih dipantau sehingga akhir tahun ialah Pn. Haryani Masrina dan Pn. Norsamihah. Tindakan & Makluman : Semua Guru 4.0 Laporan ketua-ketua Panitia: 4.1 Panitia B. Melayu: 4.1.1 Panitia telah menjalankan mesyuarat sebanyak 3 kali bagi tahun 2012. 4.1.2 Semua aktiviti panitia dapat dijalankan dengan baik. 4.1.3 Ketua panitia telah bertukar kepada En. Mohammad Yazid kerana ketua panitia sebelumnya telah berpindah sekolah. 4.1.4 Analisa keputusan akhir tahun menunujukkan prestasi murid adalah tidak memuaskan. Panitia Matematik: 4.2.1 Panitia telah menjalankan mesyuarat sebanyak 3 kali 4.2.2 P&P sepanjang tahun 2012 berjalan dengan lancar. 4.2.3 Analisa keputusan akhir tahun di mana pencapaian kelas 5 Dinamik tidak mencapai target.

3.2

3.3

3.4

4.2

4.3

Panitia Sains: 4.3.1 Panitia telah mengadakan mesyuarat sebanyak 3 kali. 4.3.2 Tugas panitia sepanjang tahun 2012 ialah pengklusteran makmal Sains di mana tugas pertama ialah lawatan ke Makmal Sains contoh di SK Chuah. Tugas pengklusteran adalah 95% siap dan baki akan disiapkan pada tahun hadapan. 4.3.3 Ketua panitia mencadangkan semasa acara 3 penjuru kelak akan diadakan pameran Sains iaitu di makmal Sains akan diadakan pameran hasil kerja murid berkaitan dengan Sains yang mereka pelajari di dalam silibus. Panitia Agama Islam: 4.4.1 Panitia telah menjalankan mesyuarat sebanyak 3 kali. 4.4.2 Ketua panitia mengucapakan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama dalam menjalankan semua aktiviti panitia sepanjang tahun 2012. 4.4.3 Semua aktiviti panitia dapat dijalankan dengan lancar. 4.4.4 Pn. Jazimah mencadangkan agar semua panitia juga dapat merancang dan menjalankan aktiviti di mana ia akan menarik minat murid-murid terhadap mata pelajaran berkaitan. Tindakan & Makluman : Semua Guru

4.4

5.0 Pepriksaan Akhir Tahun : Pn. Sh. Akmal Syed Jaafar (S/U Peperiksaan Dalaman) 5.1 5.2 5.3 Semua guru telah menghantar analisa keputusan peperiksaan akhir tahun. Semua guru juga telah selesai mengisi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) : semua guru yang berkaitan dikehendaki mengisi dengan segera sebelum 15 November kerana SU ingin mengesahkan sebelum tarikh tutup. Mengikut maklumat SPPBS sekolah, semua murid masih tidak mencapai band. Sistem ini juga akan ditambah baik pada tahun hadapan memandangkan terdapat banyak halangan semasa guru menggunakan dan mengisi band murid-murid. Tindakan & Makluman : Semua Guru

6.0 LINUS : Pn. Rosidah bt Md Tahir 6.1 6.2 Penyelaras memaklumkan bahawa guru-guru LINUS telah selesai menjalankan saringan 3, 6, dan 9. Bagi matapelajaran Matematik, masih terdapat seorang tegar, 3 LINUs dan matapelajaran B. Malaysia 2 orang masih tegar dan 3 orang di peringkat LINUS. Manakala tiada lagi peringkat tegar bagi murid tahun 3. Penyelaras memaklumkan bahawa 7 orang akan berpindah ke PPKI di SK Taman Seri Rembau bermula pada sesi persekolahan tahun hadapan. Makluman : Semua Guru 7.0 MMBMBI 7.1 7.2 7.3 Perkara yang diusulkan ialah mengenai bayaran BISP. Guru-guru diminta bersedia sekiranya berlakunya sebarang pemotongan atau pemberhentian bayaran BISP. Mulai tahun 2012 tiada lagi guru yang mengajar sepenuhnya Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tindakan & Makluman: Semua Guru 8.0 Hal-hal lain 8.1 Semua guru dikehendaki menyemak kembali buku Jadual Kedatangan Guru di mana guru-guru perlu memastikan telah menandatangani kedatangan dan balik setiap hari persekolahan. Semua guru perlu menyerahkan kad LADAP sebelum 19 Nov kepada GPK Kurikulum. Kepada guru-guru yang telah mengahdiri kursus KSSR perlu memulangkn segala dapatan semasa kursus kepada pihak sekolah untuk rekod dan juga sebagai bahan rujukan kelak. Guru-guru perlu memulangkan Buku Rekod mengajar pada 9 Nov. Selain itu, semua guru juga perlu meninggalkan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh pihak sekolah sewaktu cuti persekolahan. Semua panitia perlu mengemaskini portfolio pada tahun hadapan. Sepanjang cuti persekolahan tahun ini, hanya GPK akan berada di sekolah.

6.3 6.4

8.2 8.3

8.4 8.5 8.6 8.7

8.8

8.9

GPK Kurikulum memaklumkan mesyuarat pertama sesi 2013 akan diadakan pada 26 /12 27/12 dan pendaftaran murid adalah pada 31/12/2012. Semua guru diwajibkan hadir pada tarikh tersebut. Semua guru kelas perlu menyerahkan semua dokumen seperti buku rekod prestasi murid serta fail peribadi murid di bilik Pn. Sh. Akmal untuk memudahkan urusan sekiranya ada murid ingin memohon bertukar sekolah. Tindakan & Makluman : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1600.

Disediakan oleh : .. (PN. HASWANI BINTI MANSOR) Setiausaha Kurikulum Sek. Keb. Sepri

Disemak oleh . (EN. HANAPIAH BIN EMBOT) GPK Kurikulum Sek. Keb. Sepri

You might also like