Caklempong
Sejarah Caklempong
Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakatMinangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14.Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong. (Sumber: Abd SamadIdris, 1970)Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur,caklempong turutmemainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang sepertimenyatupadukan penduduk setempat caklempong dimainkan semasa upacara pertabalanSultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacaraperkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya.Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzikwarisan bangsa milik semua dan bukannya tertumpu kepada Negeri Sembilan sahaja. Muzikcaklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan untuk turusmenyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.
Alat-alat Muzik Caklempong
Ensembel caklempong terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga set gong berbusut krcil yangdisusun dalam barisan mendatar dan setiap set gong diletakkan pada rak yang ditentukan.Pada umumnya, gong berbusut mempunyai garis pusat lebih kurang 14 sentimeter dibahagian atas, busutnya pula berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter dan tinggi gong lebihkurang 8-10 sentimeter. Gong-gong kecil diperbuat daripada tembaga.
Gereteh.
Set gong utama dalam ensembel caklempong. Gereteh terdiri daripada 15 buahgong yang disusun berbaris-baris dalam dua barisan (7 gong dalam barisan pertama, dan 8gong dalam barisan yang kedua). Caklempong utama ini menghasilkan melodi utama dalamlagu. Jika terdapat gereteh yang kedua dalam ensambel, melodi berbalas akan dimainkan.Gong disusun dalam nada C Major satu oktaf.
Tingkah dan Saua.
Set gong tingkah dan saua mempunyai lapan gong berbusut dalam satubarisan yang diletak dalam rak masing-masing. Tingkah terdiri daripada lapan biji bonangyang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan Tingkah banyak tertumpukepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang.Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti Tingkah cuma yangmembezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan. Saua diketuk mengikut corak iramaOstinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklahterlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua. Notasi Caklempong Tingkah dan Saua tidakdisediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Saua bermula darinot E rendah.
Leave a Comment