You are on page 1of 14

BIDANG : KURIKULUM

MATLAMAT 1 : Murid-murid berjaya melalui pencapaian akademik

STRATEGI 1.1 : Menyediakan lanskap pengajaran dan pembelajaran di


dalam
bilik darjah berdasarkan keperluan pelbagai kecerdasan
murid.

• Guru mereka bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran


yang boleh mencabar minda murid bagi menghasilkan
kerja yang kreatif dan inovatif
• Guru menjalankan kajian keperluan murid agar
pengajaran dan pembelajaran guru tepat dan berfokus
• Guru melatih pelajar kemahiran menilai kerja dan
kemajuan diri
• Membudayakan penyelidikan dalam kalangan murid untuk
meningkatkan pencapaian
• Melatih murid-murid dalam pelbagai kemahiran seperti
kemahiran asas; , bertutur, mendengar, membaca, menulis
dan mengira.
• Penyusunan semula pelajar mengikut aras kecerdasan
bagi setiap mata pelajaran (pelajar bergerak ke kelas
mengikut aras)
• Refleksi, ‘reciprocal teaching’

STRATEGI 1.2 : ICT ( Teknologi Maklumat dan Komunikasi ) merentas


kurikulum supaya murid berpeluang dalam setiap pengajaran
dan pembelajaran, menguasai pelbagai kemahiran
melangkaui ruang lingkup bilik darjah/sekolah.

• Murid mengakses maklumat setiap masa dalam bilik


darjah dan di persekitaran sekolah

• murid dapat mempelbagai bahan pembelajaran mereka


dengan bantuan ICT.

• Guru dengan bantuan ICT dapat menghasilkan sumber


atau bahan yang berkesan bagi menjana kepelbagaian
kemahiran pelajar dalam usaha melahirkan murid yang
berupaya berdikari dan menyelesaikan masalah dan
sebagainya.

2
STRATEGI 1.3 : Melatih kemahiran pembelajaran kendiri bagi melahirkan
murid aktif , bertanggungjawab atas pembelajarannya

• Membugarkan amalan membaca dan pembelajaran


sepanjang hayat
• Mengakses dan menggunakan maklumat
• Membina bahan pengajaran dan pembelajaran bagi
menggalakkan ‘higher order thinking’.
• Melahirkan murid yang berdikari.
• Merancang pembelajaran mengikut gaya pembelajaran
kendiri

STRATEGI 1.4 : Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang meransang


murid menggunakan kecerdasan pelbagai bagi membantu
murid meningkatkan intelek

• Menyediakan kemudahan wi-fi di persekitaran sekolah


• Menyediakan e-perpustakaan
• Menyediakan bilik-bilik khas mata pelajaran yang
dilengkapi kemudahan ICT ( Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ) bagi merangsang pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif

STRATEGI 1.5 : Menyisipkan unsur-unsur kecerdasan intelek ,kecerdasan


emosi, kecerdasan kerohanian dan kecerdasan sosial
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melengkapkan
kemenjadian murid

• Melatih murid kemahiran-kemahiran sosial, kemahiran


komunikasi, kemahiran interpersonal & intrapersonal,
penyesuaian diri
• Memupuk nilai-nilai emosi yang positif seperti kesabaran,
tolak ansur, ketenangan dalam menghadapi cabaran
kehidupan seharian

• Mengukuhkan keyakinan nilai-nilai kerohanian sejajar


dengan kepercayaan pegangan agama murid.

3
STRATEGI 1.6 : Mengembangkan potensi pelajar mengikut kecenderungan
dan minat

• Kebebasan memilih aliran dan matapelajaran elektif


• Menawarkan lebih banyak matapelajaran elektif yang
merangkumi skop pekerjaan alaf 21

STRATEGI 1.7 : Mengurangkan sebarang halangan pembelajaran murid


melalui pelbagai perkhidmatan sokongan murid .

• Menggunakan perkhidmatan Guru Bimbingan &


Kaunseling untuk mengatasi halangan emosi dan sosial
murid
• Memberi fleksibiliti dalam pengaturan jadual waktu agar
dapat memenuhi keperluan masa pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran tertentu
• Mengamalkan fleksibiliti dalam susun atur kelas bagi
membolehkan kepelbagaian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan
• Memastikan penglibatan semua murid secara menyeluruh
dan berterusan dalam aktiviti instruksional dengan
menyediakan pelbagai aktiviti dan bahan pengajaran dan
pembelajaran
• Menyediakan pelbagai saluran komunikasi terutama
melalui ICT ( Teknologi Maklumat dan Komunikasi ) bagi
memastikan pertautan pengajaran guru dan pembelajaran
murid

STRATEGI 1.8 : Melaksanakan penilaian dan pentaksiran yang dinamik


berdasarkan kecerdasan pelbagai murid.

• Menganjakkan sistem penilaian dan pentaksiran


berasaskan sekolah supaya menepati tahap kebolehan
murid di sekolah berkenaan
• Penilaian secara berterusan dalam pengajaran dan
pembelajaran menggunakan instrumen yang bercorak
alternatif seperti pentaksiran prestasi, folio, projek dan
sebagainya
• Memastikan KBKK diambil kira dalam pentaksiran
• Mereka bentuk pentaksiran berasaskan kerja berkumpulan

4
• Guru dapat melaksanakan e-pemantauan dalam proses
mengawal dan menilai hasil kerja pelajar.
• Guru mereka bentuk tugasan pelajar yang menekankan
kecerdasan pelbgai bagi mengembangkan intelektual
murid.

STRATEGI 1.9 : Memanfaatkan sepenuhnya kepakaran dan kemudahan dari


komuniti setempat dalam menjayakan kurikulum

• Memperbanyakkan pembelajaran di luar bilik darjah


dengan menggunakan kemudahan dan premis komuniti di
persekitaran sekolah
• Menjalin hubungan dengan institusi pendidikan tempatan
dan luar negara
• Melibatkan murid dalam aktiviti komuniti agar mereka
dapat mempraktikkan kemahiran yang dipelajari di sekolah
• Mengadakan program perkongsian kepakaran antara
institusi pendidikan.

BIDANG : HAL EHWAL MURID


5
MATLAMAT 2 : Membina kecemerlangan sahsiah, emosi, potensi,
disiplin, intelektual dan spiritual murid untuk
pembangunan murid

STRATEGI 2.1 : Meningkatkan persekitaran sekolah yang kondusif dan


teraputik (Technological and Learning Intelligence)

• Membestarikan bilik darjah (“Classroom Landscape –


Star Rating”).
• Mewujudkan persekitaran sekolah dengan paparan
siber, informasi digital yang interaktif dan audio-visual
• Meningkatkan kesedaran kepentingan program 3K
sebagai satu tanggungjawab sosial (Keselamatan,
Kesihatan dan Kebersihan)
• Membudayakan persekitaran sokongan yang
menggalakkan
o (supportive environment)

STRATEGI 2.2 : Meningkatkan kesedaran kendiri dalam kalangan warga


Sekolah melalui Pembangunan Sahsiah Murid
(Social Intelligence)

• Membudayakan nilai murni dan keagamaan.


• Berkemampuan menghadapi cabaran (coping skills)
• Melahirkan individu yang berupaya menjauhi gejala
sosial.

STRATEGI 2.3 : Mendemokrasikan minda dengan semangat patriotik dalam


kalangan murid (Cultural Intelligence)

• Membudayakan elemen prioriti sekolah.


o Contoh : Misi, Visi, , Sekolahku Syurgaku,
“Caring and Friendly” dan “Sense of Belonging”
• Mewujudkan platform untuk murid dalam menyuarakan
pendapat.
• Mencintai seni warisan budaya bangsa
• Melahirkan warganegara glokal kelas pertama yang
bertanggungjawab.
• Menghayati Prinsip-prinsip Rukun Negara.

6
STRATEGI 2.4 : Melahirkan Pemimpin Muda Bertaraf Dunia dengan Jati Diri
yang unggul. (Political intelligence)

• Memiliki penampilan diri dan personaliti yang mapan.


• Melahirkan murid yang berketrampilan.
• Pendemokrasian dalam membuat keputusan dan
tindakan secara terpimpin.
• Penerapan kemahiran kaunseling dalam hubungan
sosial.
• “Political intelligence” contoh menganalisa sumber,
pengetahuan geopolitik dan lain-lain daripada
perkembangan semasa.
• Mengamalkan kemahiran membina kumpulan dinamik.
• Mengembangkan karisma murid
• Kemahiran komunikasi interpersonal dan intrapersonal
o (Effective Communicator)
• Kecekapan Dalam Membuat Keputusan
o (Informed Decision Makers)
• Kemahiran menyelesaikan masalah
o (Knowledgeable Problem Solvers)

STRATEGI 2.5 : Membina kreativiti dan inisiatif murid mendapatkan sumber


bantuan kewangan dan kebajikan (Economic Intelligence)

• Menghargai dan mengurus sumbangan dan bantuan


secara berhemah.
• Menerapkan rasa tanggungjawab kebajikan terhadap
rakan (empathy) melalui hubungan dengan pihak luar.
• Melatih untuk merancang kewangan dalam
menghadapi masa depan.

STRATEGI 2.6 : Meningkatkan hubungan berkualiti melalui perkongsian


komuniti setempat hingga ke peringkat antarabangsa.
(Social Intelligence)

• Menjalin permuafakatan secara kolaboratif.


• Bekerjasama dan melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan.
• Mengadakan hubungan bestari bersama Alumni
• Membangun dan melaksanakan program yang
melibatkan cendekiawan, selebriti dan individu yang
mempunyai pelbagai kepakaran.

7
• Melahirkan murid yang bertanggungjawab dan bersedia
menyumbang masa, tenaga dan idea demi
kesejahteraan komuniti. (Community builder)

STRATEGI 2.7 : Meningkatkan kebolehan merancang kerjaya mengikut


potensi diri, pengalaman dan kemahiran untuk menghadapi
era gobalisasi. (Contextualization Multiple Intelligence)

• Mengenal pasti bidang profesional dalam menjana


program-program kerjaya murid.
• Mendapatkan pengalaman dalam bidang-bidang
profesional di luar bilik darjah. (industrial training)
• Memilih dan menggunakan jurusan yang mencabar
sesuai dengan keperluan kerjaya abad ke-21.
• Menghubungkaitkan ilmu dan pengalaman di sekolah
dengan alam pekerjaan.
• Mengaplikasikan pengetahuan teknologi supaya
berjaya di sekolah dan dunia pekerjaan.
• Mencipta kerjaya dan peluang pekerjaan untuk mampu
berdaya saing dalam menghadapi cabaran abad ke-21.

BIDANG: KOKURIKULUM
8
MATLAMAT 3 : Peningkatan kokurikulum melalui pembangunan modal
insan holistik.

STRATEGI 3.1 : Mencungkil dan mengembangkan potensi serta bakat murid


secara progresif.

• Memberi peluang kepada semua murid untuk memilih


mendaftar dalam ketiga-tiga kokurikulum secara kritis
dengan bakat dan minat masing-masing.
• Memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempamer
dan mengembangkan potensi.
• Merancang aktiviti kokurikulum dengan teliti untuk
mencapai matlamat yang dikehendaki.
• Meningkatkan kemahiran sosial murid pelbagai kaum.
• iktirafan kepada murid yang cemerlang dan aktif dalam
bidang kokurikulum.
• Pembinaan karakter.

STRATEGI 3.2 : Menghasilkan modal insan berminda kelas pertama yang


mempunyai perkembangan secara menyeluruh.

• Merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum yang


berunsurkan perpaduan
• Memberi latihan kepimpinan kepada semua murid
• Mendedahkan dan membimbing pelajar ke arah
berkemahiran menyelesaikan masalah serta membuat
keputusan secara berkesan.
• Meningkatkan tahap ketrampilan diri, kesihatan, fizikal dan
mental.
• Melengkapkan murid dengan sifat-sifat kecemerlangan diri
seperti kepimpinan, daya saing, jati diri, kreatif dan kritis.

STRATEGI 3.3 : Memperkasakan profesionalisme guru dari segi


pengetahuan,kemahiran, kepakaran dan sikap.

• Memberikan latihan dan kursus kejurulatihan.


• Memberikan tugas berdasarkan kepakaran dan minat
guru.
• Merancang dan melaksanakan pemantauan yang
berterusan dan berkesan.

9
• Memberikan peluang untuk guru memberikan pandangan
dan cadangan untuk meningkatkan kecemerlangan
kokurikulum.
• Memberikan pengiktirafan kepada guru yang cemerlang
dalam pencapaian kokurikulum.

STRATEGI 3.4 : Meningkatkan pengurusan aktiviti kokurikulum melalui


kemahiran berfikir.
• Mewujudkan permuafakatan secara kolaboratif.
• Menerapkan pelbagai kemahiran kognitif, psikomotor dan
afektif.
• Memperluaskan penggunaan kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah dalam aktiviti yang dirancang
dalam sukatan

STRATEGI 3.5 : Mewujudkan sekolah berwatak berdasarkan kekuatan dan


potensi sekolah

• Mengenalpasti potensi semua sekolah dan menetapkan


watak (kebitaraan).
• Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh sekolah
berwatak.
• Menempatkan guru yang berkemahiran tinggi sesuai
dengan watak sekolah.
• Memupuk penghayatan sekolah berwatak kepada warga
sekolah
• Pengantarabangsaan sukan/ sukan berprestasi tinggi.
• Memperkasakan sukan di sekolah
• ’Enhancement Wellness programme’

STRATEGI 3.6 : Membina jaringan kerja efektif dengan NGO, Ibu bapa
serta masyarakat setempat

• Merancang dan melaksanakan program bersama


Alumni,PIBG , badan berkanun dan NGO
• Melibatkan murid dalam program yang dianjurkan oleh
pihak luar

STRATEGI 3.7 : Meningkatkan sistem penilaian Kokurikulum

10
• Mewujudkan platfom kepada pihak yang berkepentingan
(stakeholders) untuk menyuarakan pandangan berkaitan
penambahbaikan sistem penilaian kokurikulum
• Memastikan sistem penilaian kokurikulum yang mantap
dan konsisten

BIDANG : PERKEMBANGAN STAF

11
MATLAMAT 4 : Menyediakan persekitaran dan peluang
belajar yang kondusif kepada semua murid dengan
harapan dapat melahirkan murid- murid yang
mempunyai kualiti hidup yang penuh bermakna dan
berjaya dalam pekerjaan dan masyarakat bagi
memenuhi keperluan abad ke-21. Murid-murid yang
memiliki kompetensi berikut :

• Berkomunikasi secara berkesan


• Penyelesaian masalah yang kompeten
• Kemahiran pembelajaran kendiri
• Kemahiran membuat keputusan
• Kepimpinan kolaboratif
• Jaringan kerja
• Warganegara yang bertanggungjawab

STRATEGI 4.1 : Membina dan memupuk kepimpinan berfikir yang efektif


dalam kalangan pemimpin sekolah.

• Membina jaringan komunikasi yang berkesan dengan


pemimpin-pemimpin sekolah lain.
• Mengukuhkan komitmen pengetua-pengetua/Guru Besar
terhadap budaya berfikir melalui kursus, bengkel, seminar
atau perjumpaan profesional dengan PPD dan JPN.
• Mengadakan lawatan-lawatan penanda aras ke sekolah/
institusi pendidikan yang ketara unsur- unsur
“Thinking”nya
• Meningkatkan penyelarasan pemantauan antara PPD dan
sekolah untuk memastikan budaya berfikir dipimpin secara
efektif.

STRATEGI 4.2 : Mengadakan kursus, bengkel, seminar dan budaya ilmu


bagi mempertingkatkan kemahiran dan memperkembangkan
potensi guru sebagai pemangkin modal insan minda kelas
pertama.

• Membuat analisis keperluan guru bagi memenuhi


keperluan pendidikan alaf 21.
• Memperkaya pengalaman dan ilmu guru berasaskan
budaya berfikir.
• Menggalakkan guru-guru untuk mengikuti kursus-kursus
yang releven dengan keperluan kemahiran berfikir.

12
• Perkongsian ilmu dari semasa ke semasa dalam
persekitaran sekolah seperti berkongsi bahan, pemerhatian
rakan sejawat dan perkongsian kepakaran yang
melangkaui ruang lingkup sekolah.
• Menggalakkan jaringan kerja antara guru-guru sekolah
dengan guru-guru dari sekolah lain serta agensi-agensi
luar.
• Membentuk minda guru yang lebih terbuka bagi
mewujudkan pendemokrasian dalam pendidikan
terutamanya dari aspek perhubungan sumber manusia.

STRATEGI 4.3 : Mewujudkan pusat ilmu guru yang kondusif agar dapat
menggalakkan percambahan fikiran yang kreatif dan inovatif.

• Menyediakan bilik dengan kemudahan teknologi maklumat


dan komunikasi.
• Menyediakan bahan-bahan bacaan ilmiah yang dapat
mencerna pemikiran yang kritis.
• Menyediakan ruang yang dapat menjanakan pemikiran dan
hasil kerja yang kreatif dan inovatif secara kolektif.

STRATEGI 4.4 : Membentuk kumpulan SANDAR (Saya, Anda Bersaudara)


yang berperanan sebagai pembimbing, pendorong,
penghubung dan penasihat ke arah pembentukan budaya
berfikir.

• Mengenal pasti guru-guru yang dapat menjadi ahli dalam


kumpulan SANDAR mengikut bidang dan Pengetua
sebagai pengerusi.
• Memberi latihan kepada kumpulan ini agar mereka dapat
membimbing, mendorong dan menasihati rakan sejawat.
• Kumpulan ini memberi tumpuan kepada guru-guru yang
memerlukan bimbingan, dorongan, hubungan dan nasihat
melalui sesi perjumpaan.
• Membuat laporan berkenaan status perkembangan budaya
berfikir dalam kalangan guru.
• Memberi pengiktirafan kepada kumpulan ini sebagai
perangsang untuk terus maju dan membantu pihak
sekolah.
• Mewujudkan jadual yang lebik fleksibel agar guru-guru
dapat mengadakan perbincangan ilmiah dan dapat
meningkatkan ilmu.
• Guru mengadakan perbincangan intelektual dengan guru-
guru yang berpengalaman mengenai pengetahuan baru,
teknik-teknik baru bagi meningkatkan amalan berfikir.
13
STRATEGI 4.5 : Membudayakan amalan analisis kendiri bertujuan
menambahbaik dan mempertingkatkan potensi diri sebagai
agen perubahan.

• Mempertingkatkan potensi diri melalui pelbagai strategi


amalan analisis kendiri agar dapat memikul tanggungjawab
sebagai pemangkin modal insan kelas pertama.
• Memberi peluang dan ruang kepada guru untuk
menganalisis diri melalui kaedah seperti menulis jurnal,
penyelidikan tindakan, senarai semak dan sebagainya.
• Guru membuat refleksi proses pemikirannya dan
menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan.
• Menggalakkan guru menyimpan folio mereka sendiri
sebagai dokumentasi kejayaan sepanjang perkhidmatan
sebagai guru dan folio tersebut digunakan untuk
mengimbas kembali serta memberi dorongan kendiri. Folio
ini juga boleh dijadikan rujukan terutamanya kepada guru-
guru baru.

STRATEGI 4.6 : Menyediakan logistik yang dapat menyokong dan


menyumbang kepada budaya berfikir dalam kalangan guru.

• Memperuntukkan dalam Jadual Waktu peluang-peluang


kepada guru untuk menjalani sesi-sesi perkembangan staf.
• Menyediakan bilik-bilik khas yang selesa dan kondusif
untuk guru-guru menjalankan tugas terutamanya bilik-bilik
yang dapat menyediakan fasiliti serta resos yang boleh
membantu ke arah instruksional yang kreatif dan inovatif.
• Meningkatkan peruntukan kewangan supaya guru-guru
dapat mencungkil potensi mereka ke tahap global.
• Memberi ganjaran kepada guru yang berjaya mewujudkan
budaya berfikir sebagai contoh memberi anugerah guru
inovatif.
• Mewujudkan fleksibiliti dalam penjadualan waktu untuk
menampung keperluan program-program yang menyokong
pembudayaan berfikir.
• Membentuk sistem penilaian budaya berfikir.
• Menghasilkan model-model kemahiran berfikir secara
berterusan.

STRATEGI 4.7 : Menggalakan penyelidikan dan pembangunan dalam


kalangan guru bagi mempertingkatkan P&P yang kreatif,
inovatif dan berkesan.

14
• Kenal pasti dan memberi ganjaran kepada guru yang dapat
menghasilkan penyelidikan yang berkualiti.
• Berkongsi hasil penyelidikan agar dapat diguna pakai oleh
guru, relevan dengan murid masing-masing.
• Menyediakan kemudahan penyelidikan dan pembangunan.
• Menghasilkan program-program instruksional berasaskan
penyelidikan dan pembangunan.

15

You might also like