You are on page 1of 3

MOHAMAD HILMI BIN MOHD DAN

PPISMP S2 2009- IPRM


www.BakalGuru.com

Kemahiran Membaca

Tujuan utama guru menyampaikan kemahiran membaca kepad pelajar


semenjak di prasekolah ialah untuk membolehkan mereka membaca dengan
baik. Kemahiran ini melibatkan proses decoding iaitu membolehkan pelajar
menggunakan pelbagai teknik bacaan seperti membaca secara kuat,
membaca senyap, menjawab soalan dan menyiapkan latihan bertulis
berpandukan teks yang dibaca.

Dalam kemahiran membaca ini, banyak kemahiran lain yang akan turut
terlibat sekiranya dilaksanakan dengan baik seperti kemahiran participation,
bertutur, mendengar, menulis dan kemahiran pengurusan kendiri. Bagi guru
yang berpengalaman, mereka akan memberikan perhatian khusus kepada
kemahiran ini dan memastikan pelajar-pelajar mereka menguasainya kerana
kemahiran ini memberi kesan kepada pembelajaran pelajar pada masa akan
datang.

1. Memahami isi kandungan

Kemahiran membaca ini agak kompleks kerana turut melibatkan kemahiran


comprehension atau memahami apa yang dibaca secara menyeluruh.
Persoalan yang selalu ditanya ialah bagaimana pelajar boleh mendapatkan
ilmu dan pengetahuan melalui pembacaan dan bagaimanakah ia dicerakinkan
atau bagaimanakah pelajar menyenaraikan pemahaman apa yang dibacanya
selaras dengan fakta-fakta yang diajar oleh guru.

2. Struktur Buku Teks

Sesungguhnya setiap buka teks mempunyai kelainan dari segi isi kandungan,
tajuk, struktur penulisan dan stail penulisan. Misalnya buku Bahasa Melayu
tidak sama dengan buku Matematik, buku Sejarah berlainan dengan buku
Fizik dan begitulah dengan buku-buku mata pelajaran yang lain. Semua buku
ini akan mencabar minda dan keupayaan pelajar untuk memahami isi
kandungannya.

3. Memahami Fakta

Guru-guru juga perlu menyedari bahawa apa yang dibaca oleh pelajar
daripada sehari ke sehari semakin sukar dan mencabar. Misalnya, semasa
pelajar di sekolah rendah mereka perlu memahami fakta-fakta asas sahaja
seperti nama, tarikh, tempat, peristiwa dan angka. Apabila masa berubah,
mereka perlu meningkatkan pemahaman mereka kepada fakta saintifik,
bahasa asing dan pengkomputeran. Kemudian lebih mendalam lagi, pelajar
perlu tahu apakah maksud tersurat atau tersirat oleh pengarang, memberi
pendapat kepada sesuatu isu atau membuat kesimpulan daripada hasil
pembacaan mereka. Dengan kata lain, pelajar perlu mengetahui banyak
perkara, mengingat fakta dan menulis kembali berpandukan soalan. Oleh itu,
pelajar perlu digalakkan membuat rujukan melalui perpustakaan, internet,
akhbar, majalah dan dokumen-dokumen. Adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab guru untuk menyebarluaskan kemahiran-kemahiran
mendapatkan maklumat baru itu kepada pelajar mereka.

Adalah dianggap tidak memadai jika guru memberikan kemahiran membaca


ini dengan hanya melalui kaedah how to read tetapi tidak menekankan how
to read to learn. Misalnya, semasa mengajar mata pelajaran Sejarah, guru
meminta pelajar membaca buku teks daripada muka surat 142 hingga 156.
Guru akan merasa puas dan berjaya mengajar apabila dapat menerangkan
ayat terakhir daripada muka surat 156 itu. Sepatutnya guru hendaklah
membuat lebih daripada itu dengan melatih pelajar mendapatkan fakta,
memahami fakta dan mengingat semua fakta melalui pembacaan pada
muka-muka surat tersebut.

a. Membuat kesimpulan

Satu lagi kaedah yang digunakan ialah summarising a reading passage dan
ianya melibatkan proses kognitif. Tiga proses yang terlibat ialah, pertama
menentukan maklumat yang penting dalam teks, kedua mengenal pasti
konsep umum yang bertahap tinggi dan tahap rendah, dan ketiganya menulis
kesimpulan. Kaedah ini kebiasaannya digunakan oleh pelajar kolej atau
universiti tetapi tidak salah jika diperkenalkan kepada pelajar sekolah lebih
awal.

b. Memantau Fakta Semasa Membaca

Monitoring comprehension while reading merupakan satu kaedah lagi yang


melibatkan minda bekerja semasa membaca atau dikenali sebagai
metacognition. Kaedah ini melihatkan dua kemahiran iaitu kebolehan
mengenal pasti fakta semasa membaca dan keduanya kebolehan memilih
fakta menggunakan strategi membetulkan kesilapan. Pembaca yang baik
biasanya memahami bahan yang dibacanya. Sekiranya ia gagal mendapat
fakta yang diperlukan maka mindanya akan bekerja untuk mencari kesilapan
dan kesukaran di dalam teks serta berusaha untuk mencari jawapannya.

Teknik menyoal sambil membaca daripada teks akan dapat membantu


menguasai kemahiran ini. Kebanyakan buku teks telah menyediakan soalan-
soalan pada bahagian akhir sesuatu bab. Namun pelajar masih boleh
menyediakan soalan sendiri secara dalaman melalui minda ketika sedang
membaca.

c. Membaca cepat
Pelajar juga perlu diajar kaedah membaca dengan cepat kerana dijangkakan
pelajar yang baik akan membaca lebih banyak bahan dibandingkan pelajar
lain. Purata pembacaan pelajar ialah antara 130 hingga 250 perkataan
seminit. Sudah tentu pelajar yang boleh membaca lebih 300 patah perkataan
seminit akan menjadi lebih baik.

Memperkenalkan kaedah SQ3R Reading Strategy (Gall, 1990) kepada pelajar


adalah langkah yang bijak. Kaedah ini melibatkan lima langkah iaitu, Survey
(tajuk teks), As Question (menjadikan tajuk sebagai soalan), Read (membaca
untuk menjawab soalan), Recite (menyediakan nota ringkas) dan Review
(membaca semula nota, menyediakan soalan sendiri dan menjawabnya).

Selain itu, menggunakan kaedah Reciprocal Teaching Reading Strategy (Gall,


1990) juga boleh diperkenalkan kepada pelajar. Kaedah ini dilaksanakan
melalui empat aktiviti pertama menghasilkan soalan sendiri tentang isi teks
berkenaan. Kedua ialah membuat kesimpulan daripada pembacaan, ketiga
menerangkan maklumat daripada teks dan keempat menjangkakan apakan
soalan lain yang boleh ditanya hasil daripada maklumat yang telah dibaca.
Pelajar-pelajar hendaklah digalakkan menyediakan soalan-soalan tersebut
daripada setiap pembacaan mereka sama ada teks yang pendek atau
panjang dan membiasakan diri menjawab semula soalan-soalan tersebut.

KESIMPULAN

Kemahiran-kemahiran yang dinyatakan tadi boleh disampaikan kepada


pelajar melalui program dan aktiviti yang diatur oleh pengetua atau guru
besar. Semua guru perlu dilibatkan supaya maklumat tersebut sampai kepada
semua warga sekolah. Ramai pegawa-pegawai di Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah yang mempunyai
kepakaran dan kemahiran dalam bidang tersebut berusahalah untuk
mendapatkan khidmat mereka kerana saya yakin mereka akan sedia
membantu.

Jemaah Nazir Sekolah berpendapat, proses pengajaran dan pembelajaran


akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru-guru dapat menyampaikan ilmu
dan pelajar-pelajar dapat menerimanya melalui kemahiran-kemahiran yang
sedia ada dalam diri mereka. Pembelajaran yang menggunakan pelbagai
kemahiran belajar akan menjadikan pendidikan lebih menarik dan
merangsang pelajar mengejar ilmu pengetahuan secara optimum. Ini akan
menjadikan sekolah-sekolah kita sebagai pusat kecemerlangan yang
menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar.

You might also like