You are on page 1of 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN


PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEMESTER JANUARI 2009
TUGASAN (35%)

ARAHAN

1. Tugasan individu ini mempunyai SATU soalan sahaja yang dipecahkan kepada
TIGA subtajuk. Anda dikehendaki menjawab semua subtajuk yang diberikan.

2. Tugasan akan dinilai berdasarkan kepada huraian yang tepat dan menepati kehendak
soalan disokong oleh hujah-hujah dan rujukan kepada sumber yang boleh dipercayai .

3. Taipkan tugasan anda dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12
dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

4. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum atau selewat-lewatnya pada tutorial ke 4
(empat).

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang
menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.

1
SOALAN TUGASAN

Kemahiran menulis amat penting di peringkat sekolah rendah. Untuk mencapai objektif ini,
guru perlu merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis
yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Dengan menggunakan beberapa strategi
pengajaran bestari yang anda pelajari, sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
bagi semua kemahiran bahasa dengan kemahiran fokus menulis yang mengintegrasikan
Kemahiran Generik dan Kecerdasan Pelbagai untuk dilaksanakan di bilik darjah. Anda juga
dikehendaki merancangkan aktiviti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis untuk
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemudian anda dikehendaki memberikan
pendapat tentang kebaikan aktiviti yang dirancangkan..
(Jumlah: 35)

PANDUAN PELAJAR

1. Untuk tugasan ini, anda perlu mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan
buat rumusan dalam bentuk lakaran grafik seperti tulang ikan, carta alir, jadual, peta
minda dan sebagainya tentang tajuk-tajuk seperti yang berikut :
 kemahiran bahasa mendengar dan bertutur, membaca dan menulis berdasarkan
Sukatan Bahasa Melayu KBSR
 konsep menulis
 kemahiran generik
 kecerdasan pelbagai
 strategi pengajaran dan pembelajaran bestari.
(15 markah)

2. Bina RPH yang lengkap bagi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan
kemahiran fokus menulis yang mengintegrasikan kemahiran generik dan kecerdasan
pelbagai.
(15 markah)

2
3. Berikan pendapat anda yang panjangnya lebih kurang 50 hingga 100 patah perkataan
tentang kebaikan aktiviti yang dirancangkan.
(5 markah)
(Jumlah: 35)

Untuk tugasan ini, anda perlu memahami setiap tajuk di bawah dengan membaca modul dan
sumber –sumber lain seperti laman web, portal pembelajaran dan sebagainya untuk membina
RPH kemahiran menulis yang mengintegrasikan kemahiran generik dan kecerdasan pelbagai.
a. Konsep kemahiran menulis
b. Kemahiran generik
c. Kecerdasan pelbagai
d. Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari
e. Prosedur pelaksanaan strategi p & p bestari

You might also like