You are on page 1of 13

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN JASMANI
(MASALAH PEMBELAJARAN)

TAHUN SATU

2010

DRAF
KANDUNGAN MUKA SURAT

Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pentaksiran Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Pendidikan Jasmani

1 1 2 2 3 3 5 6 7 8 9

DRAF
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DRAF
PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

DRAF
OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. iii. iv. v. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai

DRAF
iii. iv. v. vi. Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

DRAF
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

DRAF
FOKUS MATA PELAJARAN 6.1 Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Komposisi Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani ini terdiri daripada kemahiran asas pergerakan, asas permainan, asas olahraga, asas akuatik, kecergasan, rekreasi dan kesenggangan. Bagi asas permainan dan olahraga hanya akan diajar selepas Tahun Kemahiran ini dibina berdasarkan aplikasi disiplin ilmu dalam Sains Sukan seperti perkembangan motor, pembelajaran motor, anatomi, fisiologi, biomekanik, kecergasan, sosiologi dan psikologi. Kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai Standard Pembelajaran berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. melakukan kemahiran motor asas dengan corak pergerakan yang sesuai dengan betul melakukan kemahiran khusus dengan teknik yang betul kecekapan menggabungkan pergerakan dalam melakukan aktiviti perlakuan mengembangkan kecekapan dalam pergerakan dan kemahiran motor mengembangkan kecekapan semasa menggabungkan pergerakan atau lakuan motor menjelaskan prinsip asas biomekanik dalam pergerakan perlakuan motor memahami bagaimana meningkatkan kemahiran motor dan pergerakan memahami taktik permainan dan menunjuk cara permainan dijalankan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala memahami kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala memahami bagaimana membina jadual kecergasan sendiri menunjuk cara kemahiran sosial yang sesuai dalam aktiviti fizikal menunjuk cara kemahiran tanggungjawab kendiri yang sesuai dalam aktiviti fizikal mengaplikasikan kecergasan berdasarkan lakuan motor melalui aktiviti fizikal dalam kemahiran asas dan khusus

DRAF
xv. xvi. xvii. melakukan aktiviti fizikal dengan riang, bertanggungjawab dan selamat melakukan aktiviti fizikal dan mengetahui kepentingan menjaga kecergasan mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti jasmani

6.2 Perlaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani 6.2.1 Modul Pengajaran Pendidikan Jasmani

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru Penglibatan murid boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.

yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. Di dalam modul pengajaran guru juga mengandungi

senarai semak untuk menguji tahap kemahiran yang dikuasai oleh murid.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Belajar Melalui Permainan Belajar Sambil Bermain Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual

DRAF
Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Pertandingan

9.

Pentaksiran Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Kaedah pentaksiran yang dicadangkan kepada guru adalah seperti senarai semak rubrik, senarai semak pemerhatian, senarai semak rating, buku log, penggredan dan ujian kecergasan

DRAF
DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN JASMANI

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Asas pergerakan

1.1 Melakukan Pergerakan Lokomotor

1.1.1 Menggunakan kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari, merangkak, berguling dan galop 1.1.2 Menggunakan kemahiran lokomotor seperti lompat, leaping, ketingting (hopping), skiping dan mengelunsur untuk melakukan pergerakan ke depan, sisi, belakang dengan objek dan rakan 1.1.3 Melakukan pergerakan kemahiran lokomotor dengan mengubah kelajuan berdasarkan respon terhadap tempo, ritma dan signal menerusi pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag 1.1.4 Menukar arah daripada depan, belakang, kiri dan kanan mengikut tindak balas tempo, ritma dan isyarat semasa melakukan pergerakan lokomotor

1.2. Melakukan Pergerakan Bukan Lokomotor

1.2.1 Menggunakan kemahiran bukan lokomotor seperti berdiri, duduk, membongkok, memusing dan mendekam dengan mengubah kelajuan berdasarkan respon terhadap tempo, ritma dan signal yang diberi

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2.2 Menggunakan kemahiran bukan lokomotor seperti mengilas, menguak dan menyokong dengan mengubah kelajuan berdasarkan respon terhadap tempo, ritma dan isyarat yang diberi

1.3 Melakukan Manipulasi Peralatan

1.3.1 Melambung dan menyambut pundi kacang 1.3.2 Membaling, menyambut, menggolek dan melantun bola 1.3.3 Menendang

1.4 Pendidikan Pergerakan

1.4.1 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang dan diri 1.4.2 Melakukan pergerakan yang melibatkan ruang persekitaran dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras ruang yang berbeza

2. Asas Akuatik

2.1

Keselamatan di Air

2.1.1 Mematuhi aspek keselamatan sepanjang aktiviti air 2.1.2 Memakai pakaian yang sesuai semasa melakukan aktiviti air

10

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3. Kecergasan

3.1 Melakukan Senaman Energetik - asas pernafasan

3.1.1

Melakukan latihan pernafasan kesegaran

3.2 Melakukan Senaman Energetik - asas anatomi

3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4

Melakukan pergerakan tangan energetik Melakukan pergerakan kaki energetik Aktiviti duduk dan pusing Melakukan aktiviti rehat

4. Rekreasi dan Kesenggangan

4.1 Permainan Tradisional

4.1.1 4.1.2 4.1.3

Permainan congkak Permainan batu seremban Permainan guli

11

You might also like