You are on page 1of 122

Topik 3

Tamadun Melayu
INGATAN IKHLAS: Cetak rompak adalah SALAH dari segi undang-undang negara dan HUKUM agama. Jadikan pembelajaran dan ilmu anda BERKAT dan BERMANFAAT dengan mendapatkan dan menggunakan produk ASLI. DAPATKAN YANG ASLI!
hussain othman copyright 2011

TERUS

Pilih Kaedah Pembelajaran Anda


Pembelajaran Pantas (Quick Learning)
Kaedah ini membolehkan anda belajar secara pantas dan hanya melibatkan aktiviti
menonton video persembahan slaid menjawab soalan latihan

Pembelajaran Proses (Process Learning)


Kaedah ini memerlukan anda mengikuti kesemua proses pembelajaran dalam 5 Tangga Pembelajaran Aktif (5 Ladders of Active Learning) Kaedah ini sesuai untuk:
Pembelajaran berbantukan pensyarah Proses pembelajaran melengkapkan semua tugasan Ulangkaji menyeluruh

Kaedah ini sesuai untuk;


Mendapatkan gambaran awal tentang topik Ulangkaji berkala Ulangkaji sebelum peperiksaan

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Quick Learning!

Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Process Learning!

Quick Learning

Process Learning

Quick Learning
Klik:

TONTON VIDEO

Klik:

PERSEMBAHAN SLAID

Klik:

JAWAB SOALAN LATIHAN


Tamat Sesi Quick Learning

Tangga 1
Mengenalpasti Isu Pembelajaran
5. Refleksi 4. Mengenalpasti Isu Pembelajaran 3. Mengenalpasti Idea 2. Mengenalpasti Fakta 1. Pengenalan Kepada Kes Senario

Process Learning

TERUS

Semasa meneroka seluruh pelusuk Tamadun Islam dalam pelbagai zaman, Profesor Kamal dan Amir akhirnya menemui petunjuk yang menghubungkan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu. Ketika mengembara merentasi masa dan sampai di Mesir pada tahun 1890an, mereka telah menemui beberapa yang menghubungkan Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu iaitu antaranya ialah kewujudan begitu banyak kitab agama berbahasa Melayu dan bertulisan Jawi dicetak di Kaherah.

Senario Kes:
Topik 3 Slaid 1

Senario Kes:
Topik 3 Slaid 2

Fakta ini amat menarik minat Amir kerana baginya inilah peluang keemasan untuk beliau mempelajari secara lebih dekat tentang Tamadun Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama yang telah mengubah pandangan semesta orang Melayu sehingga membentuk jati diri mereka yang unggul. Cuba awak cari manamana kitab yang boleh menceritakan kepada kita bagaimana Islam boleh sampai ke Alam Melayu, Profesor Kamal memberi cadangan kepada Amir sambil mereka membelek-belek kitab Jawi yang tersusun di atas meja di dalam gudang percetakan kitab di Kaherah itu.

Bukan itu sahaja Prof., kita juga boleh mendapatkan maklumat yang tepat tentang bagaimana agama Islam tersebar luas di Alam Melayu, kewujudan pusatpusat Tamadun Melayu Islam serta bagaimana akhirnya Tamadun Melayu Islam muncul menjadi asas kepada pembinaan Tamadun Malaysia, Amir menyambung cadangan Profesor Kamal.

Senario Kes:
Topik 3 Slaid 3

Senario Kes:
Topik 3 Slaid 4

Agak lama mereka menghabiskan masa membelek kitab-kitab Jawi tersebut tiba-tiba Amir menjerit, Prof! Lihat di sini, sambil tangannya mengangkat sebuah daripada kitab Jawi tersebut dan menarik sekeping kertas lusuh yang terselit di dalamnya. Saya rasa saya menemui sesuatu yang agak pelik di sini Prof., sambung Amir apabila Profesor Kamal melangkah mendekatinya. Amir menunjukkan sekeping kertas lusuh bertulisan Rumi dan dengan pantas Profesor Kamal mengambilnya dan melihat kertas tersebut dengan teliti.

Saya rasa ini adalah rangkaprangkap pantun Melayu yang ditulis di dalam tulisan Rumi, Profesor Kamal menunjukkan rasa yakinnya tentang apa yang mereka temui. Lalu satu demi satu pantun tersebut dibaca olehnya; Pantun 1: Menanam kacang di tanah landai Tercabut akar pucuknya layu Kalau tuan orang yang pandai Tolong lakarkan maksud Melayu?
Pantun 2: Menyapu bedak di pagi hari Basah dengan embun bayu Andai tuan bijak bistari Bagaimanakah asal tamadun Melayu?

Senario Kes:
Topik 3 Slaid 5
Pantun 3: Wawasan negara telah dibina Melangkah kehadapan mencapai maju Andai saudara bijak laksana Kenalkah dengan sultan Melayu? Pantun 4: Banyak bangsa membuat bencana Mengamuk bagai seekor gajah Jika tuan bijak laksana Siapa mereka bangsa penjajah? Pantun 5: Kelihatan berbaris gelombang naik Bergenang sekebun surutnya tidak Kejahatan Inggeris ditimbang baik Datang Jepun perut dipijak

Senario Kes:
Topik 3 Slaid 6
Pantun 6: Ikat tali terbuka terlepas Terkena pelipis luka berdarah Hajat di hati merdeka bebas Bahana Komunis seksanya parah
Pantun 7: Putera raja dari Kedah Beserta rakyat di kota Melaka Bicara kata dimaklumkan sudah Berita negara akan merdeka Pantun 8: Naik kereta ke Pulau Pinang Berkayuh sampan ke Kuala Juru Rakyat kita sudahlah senang Sains dan teknologi semakin maju

Pantun 9: Nilai Semesta Tamadun Melayu Dikongsi bersama rakyat Malaysia Pandai berkata tapi tak tahu Tolong ceritakan apakah dia? Pantun 10: Daun layu tunduk ke huma Bunga jambangan jatuh dikerat Tamadun Melayu hidup bersama Membina hubungan kukuh dan erat

Setelah menghabiskan rangkap pantun terakhir Profesor Kamal menunjukkan wajah tersenyum. Amir pula menunjukkan rasa kehairanannya dengan sikap Profesor Kamal.

Kenapa Prof.? Soal Amir dengan penuh tanda tanya. Cuba awak bacakan catatan di bawah sekali, balas Profesor Kamal sambil jari telunjuknya menunding ke arah tulisan berwarna merah di sudut bawah kertas tersebut. Amir mengambil kertas tersebut lalu membaca, Sekiranya sesiapa menemui kertas ini maka tolonglah kami untuk menemui jalan kembali ke tamadun kami pada tahun 2000 dan lokasinya adalah di Malaysia. Pantun yang kami karang adalah sebagai petunjuk untuk tuan mempelajari selanjutnya tentang tamadun yang menjadi asas kepada tamadun kami. Maklumat yang tuan temui mungkin akan dapat membantu kami. Sila baca, fahami pembayangnya dan cari jawapannya, Ikhlas, Koh dan Samy.

Senario Kes:
Topik 3 Slaid 7
Di hujung nota itu terdapat dua tandatangan. Satunya bertulisan Mandarin dan satu lagi bertulisan Tamil. Wajah Amir berkerut seribu dan fikirannya diselubungi dengan sejuta kehairanan dengan penemuan ini. Bagaimana mungkin kertas ini berada di sini? Siapakah Koh dan Samy? Sudah tentu mereka telah sampai dahulu ke sini. Kenapa Profesor Kamal tidak menunjukkan rasa pelik dengan penemuan kertas ini? Sebaliknya dia hanya tersenyum. Semua persoalan ini tidak dapat dijawab oleh Amir. Kali ini dia memandang tepat ke arah Profesor Kamal dan dengan penuh rasa mengharap meminta jawapan.

Aktiviti Tangga 1

Perbincangan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik untuk topik. Soalan yang perlu anda fikirkan
Bagaimana Islam datang ke Alam Melayu? Apakah di antara kesan utama kedatangan Islam ke Alam Melayu? Bincangkan jawapan bagi pantun-pantun yang ditemui oleh Profesor Kamal dan Amir. Siapakah Koh dan Samy?

Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A. Setelah selesai mengisi ruangan ini sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

Aktiviti Tangga 1
Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A! Jika anda telah selesai mengisi ruangan di LAMPIRAN A sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri
5. Refleksi 4. Rujukan Bahan Tambahan 3. Ulangkaji Keseluruhan Modul 2. Ulangkaji Ringkasan Modul 1. Ulangkaji Bahan Video
TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Pelajar diwajibkan menjalankan usaha pembelajaran kendiri (secara individu) dengan merujuk bahan berkaitan topik 3 yang disediakan di dalam CD;
Tayangan Video Persembahan Slaid Sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 3 di dalam modul TITAS. Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumbersumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

Ulangkaji Bahan Video


Hayati intipati topik dengan menonton video ini

Terus ke Process Learning Kembali ke Quick Learning

hussain othman copyright 2011

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

NOTA Berdasar tayangan video tadi dan persembahan slaid selepas ini, sila sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1.
hussain othman copyright 2011

TERUS

Persembahan Slaid Topik 3

Tamadun Melayu
hussain 2011 18

Hasil Pembelajaran Topik (TLO)


Setelah mengikuti topik ini, pelajar dapat: Menghuraikan dengan jelas pandangan semesta Tamadun Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam Menganalisis secara kritis isu-isu berkaitan teori kedatangan, faktor perkembangan dan peranan Islam di Alam Melayu Mempamerkan kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis dalam sesi perbincangan dan pembentangan
hussain 2011 19

PENGENALAN
Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini

PENGENALAN
Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

PENGENALAN
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan MelayuIndonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi.

PENGENALAN
Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah 1. Bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan 2. Agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu

Konsep Melayu
Istilah Melayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza, iaitu ras (gentetik atau biologi), kebudayaan, dan bahasa. Apabila istilah Ras Melayu digunakan, ianya hanya merujuk kepada kumpulan orang Melayu yang boleh diasingkan daripada kumpulan lain dari segi ciri-ciri fizikal luaran dan kebudayaannya. Istilah ras dan rumpun Melayu seringkali digunakan bertukarganti. Rumpun adalah istilah yang digunakan dalam pergaulan umum manakala ras adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah.

Konsep Melayu
Bahasa adalah sistem percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan penutur-penutur bahasa yang sama. Ras Melayu (atau rumpun Melayu) selalunya bertutur dalam kumpulan keluarga bahasa Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersamasamanya sub-keluarga bahasabahasa Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu.

Wilayah Kebudayaan Melayu


Ianya merangkumi kawasankawasan di mana tersebarnya ras (rumpun) Melayu dari pulau Madagaskar ke kepulauan Pasifik. Secara umumnya, pusat teras wilayah ini adalah kawasan kepulauan Asia Tenggara yang menjadi pusat kepada ras (rumpun) Melayu, bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan tamadun Melayu

Takrif Perlembagaan Malaysia


Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai: 1. secara lazimnya berbahasa Melayu, 2. secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan 3. beragama Islam

Asal- Usul Tamadun Melayu


Kemunculan masyarakat kompleks boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu awal mempunyai susunan struktur masyarakat yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar, pedagangpedagang, dan petani-petani sekurang-kurangnya. Oleh yang demikian, kemunculan tamadun Melayu secara langsung boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu.

Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan


Manifestasi tamadun Melayu yang terawal di kawasan Asia Tenggara adalah dalam bentuk kerajaan-kerajaan Melayu awal Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini adalah kerajaan-kerajaan pra-Islam. Antara contoh-contoh kerajaankerajaan Melayu pra-Islam yang awal adalah Oc Eo di Funan (sekarang Vietnam), Langkasuka di Thailand Selatan, Kuala Selinsing di Perak, dan Lembah Bujang di Kedah

Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan


Tidak dapat dipertikaikan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu telah wujud sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu di Malaysia jika kita melihat kesan-kesan peninggalan arkeologi masyarakat Melayu di Lembah Bujang, Kedah dan juga di Kuala Selinsing, Selangor Kedua-dua kerajaan Melayu awal ini meninggalkan bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa pelabuhan-pelabuhan yang dirikan oleh mereka terlibat dengan perdagangan jarak jauh.

Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu Awal


Selepas kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal ini, perkembangan seterusnya dalam tamadun masyarakat Melayu adalah dalam bentuk kerajaankerajaan Melayu Islam.

Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu Awal


Kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha adalah 1. Angkor Wat di Kampuchea, 2. Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia, dan 3. Lembah Bujang, di Kedah, Malaysia.

Empayar Melayu Awal


Kebanyakan daripada kerajaankerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidak mampu berkembang luas. Terdapat dua empayar Melayu yang agak besar dan merangkumi kawasan yang luas iaitu Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya. Sememangnya Empayar Sri Vijaya jauh lebih luas daripada Empayar Funan. Akan tetapi terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua empayar ini. Kedua-duanya mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka.

Teori-Teori Kedatangan Agama Islam ke Asia Tenggara


Secara umumnya, agama Islam dikatakan datangnya melalui tiga laluan iaitu 1. Secara langsung melalui lalauan perdagangan laut dari kawasan negara-negara Arab, 2. Melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil India dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara, dan 3. Melalui laluan perdagangan darat (yakni laluan sutera) ke negara China dahulu sebelum mengikuti laluan perdagangan laut ke kawasan Asia Tenggara

Bukti-Bukti Kesultanan Melayu Islam


Kedatangan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu yang baru dan boleh dikatakan mengukuhkan (atau memantapkan) tamadun Melayu. Empayar Melaka dan lain-lain kesultanan Melayu Islam menjadi pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu.

Ringkasan Sejarah Pembentukan Tamadun Melayu


Orang-orang Melayu menghasilkan tamaduntamadun awal di kawasan Asia Tenggara. Selepas masyarakat Melayu berjaya menghasilkan tamadun-tamadun awal tersebut, mereka telah menggabungkan kebudayaan mereka dengan ajaran-ajaran agama Islam untuk membentuk tamaduntamadun Melayu Islam yang dianggap sebagai zaman kegemilangan tamadun Melayu

Ketamadunan Kesultanan Melayu


Bukti fizikal untuk ketamadunan kurang jelas. Ini adalah kerana kerajaankerajaan Islam Melayu tidak membina bangunan-bangunan monumental yang dibuat daripada batu. Sebaliknya, bukti untuk ketamadunan kerajaankerajaan Islam Melayu lebih menjurus kepada perkembangan ilmu pengetahuan.

Ketamadunan Kesultanan Melayu


Penggunaan bahasa Melayu tersebar luas di rantau Asia Tenggara dan juga kepulauan Melayu. Selain sebagai bahasa lingua franca, penggunaannya menunjukkan bahawa bahasa Melayu itu dikaitkan dengan bahasa orang-orang yang bertamadun. Kita dapati bahawa terdapat penulisan yang dihasilkan oleh tamadun Melayu di antara 10,000 ke 14,000 naskah-naskah Melayu yang memperkukuhan kehebatan tamadun Melayu.

Interaksi Kesultanan Melayu dengan Pengaruh Asing


Bekerjasama Rampasan Kuasa Naungan/Diplomasi

Perjanjian-Perjanjian dengan Pihak Inggeris


Perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani di antara kerajaan Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk mendapatkan hak-hak menetap di beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu. 1. Kerajaan Kedah; 1786 Pulau Pinang di beri kepada pihak Inggeris, dan 1800 - Province Wellesley diberi kepada pihak Inggeris. 2. Kerajaan Johor; 6 Februari 1819 Pentadbiran Singapura diberi kepada Inggeris. 3. Kerajaan Perak; 18 Oktober 1826 Daerah Dindings dan Pulau Pangkor diberi kepada Inggeris

Perjanjian-Perjanjian dengan Pihak Inggeris


Kerajaan Inggeris juga telah membuat perjanjian-perjanjian tertentu untuk mendapatkan hak-hak tertentu ke atas kawasankawasan tanah tertentu di kawasan Pulau Borneo 1. Sarawak 2. Pulau Labuan 3. Sabah

Kemunculan Sistem Pentadbiran Sekular


Kemunculan sistem pentadbiran sekular yang memecahkan kuasa kepada dua, yakni kuasa agama dan kuasa sekular, diperkenalkan oleh pihak Inggeris buat kali pertamanya di Semenanjung Tanah Melayu apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874

Perjanjian Pangkor
Perjanjian Pangkor adalah perjanjian yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia. Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874. Perjanjian Pangkor mengubah sistem pentadbiran negeri Perak dengan mengurangkan kuasa Sultan sehinggakan Sultan hanya mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara tentang agama Islam dan adai istiadat kebudayaan Melayu

Sistem Residen Inggeris di Tanah Melayu


Antara perjanjian-perjanjian yang ditangani oleh pihak Inggeris untuk melaksanakan sistem Residen Inggeris; 1. 1874- Perjanjian Pangkor dengan Perak 2. 1874- Perjanjian dengan negeri Selangor 3. 1874- Perjanjian dengan Sungai Ujong (Negeri Sembilan) 4. 1888- Perjanjian dengan negeri Pahang 5. 1896 Perjanjian dengan keseluruhan Negeri Sembilan

Negeri- negeri Melayu Bersekutu


Untuk memudahkan pentadbiran kerajaan penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah membentuk negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah unit pentadbiran (atau persekutuan) yang diberi gelaran NegeriNegeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) pada 1 Julai 1896 Empat negeri-negeri Melayu yang menjadi ahli dalam NegeriNegeri Melayu bersekutu adalah Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) yang Pertama


Persidangan Raja-Raja Melayu yang pertama dilangsungkan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, yang telah menemukan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Persidangan Raja-Raja Melayu ini menjadi asas kepada pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu yang terdapat pada hari ini, satu institusi yang memainkan peranan penting di Malaysia.

Negeri- negeri Melayu Tak Bersekutu


Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Non-Federated Malay States) merujuk kepada kerajaan-kerajaan (atau negeri-negeri) Melayu yang tidak ditadbir oleh kerajaan penjajahan Inggeris sebagai satu unit pentadbiran seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Lima kerajaan-kerajaan Melayu yang digolongkan dalam kumpulan ini adalah Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Johor

Perang Dunia Kedua: Pendudukan Jepun


Pendudukan Jepun semasa perang dunia kedua banyak membuka mata masyarakat Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British. Kemampuan pihak Jepun untuk mengalahkan pihak British dalam masa yang begitu singkat sekali menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa pihak British boleh ditewaskan. Masyarakat Melayu mula melihat pihak British sebagai lawan yang boleh dikalahkan dan bukannya sebagai tuan yang perlu diikuti perintahnya.

Kebangkitan Semangat Kebangsaan Melayu


1. Kebangkitan Awal 2. Gerakan Inteligensia Melayu 3. Bantahan kepada Penubuhan Malayan Union

Kebangkitan Semangat Kebangsaan Melayu


Kebangkitan Awal: Kebangkitan semangat nasionalisme Melayu mungkin bermula sebelum Perang Dunia Kedua. Gerakan Inteligensia Melayu: Terdiri daripada orang-orang cerdik pandai Melayu yang telah mendapat pendidikan dari Sekolah-Sekolah Melayu, Sekolahsekolah (atau Pondok-Pondok) Agama, dan SekolahSekolah Inggeris.

Kebangkitan Semangat Kebangsaan Melayu


Bantahan kepada Penubuhan Malayan Union: Penubuhan Malayan Union itu sendiri berjaya ditewaskan dan pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan hasil daripada Perjanjian Negeri Negeri dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 yang ditandatangi oleh DuliDuli Yang Maha Mulia RajaRaja Melayu

Komunisme (PKM) dan Darurat


Parti Komunis Malaya menentang pemerintahan kerajaan Inggeris dan kerajaan Malaysia selepas itu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis. Banyak nyawa terkorban akibat usaha-usaha penentangan PKM, kemudahan infrastruktur negara juga turut dimusnahkan. PKM hanya menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1990.

Kemerdekaan dan Pembentukan Persekutuan Malaysia


Proses Pembentukan Negara Bangsa 1. Kewarganegaraan Sebagai Kontrak Sosial 2. Penerapan SimbolSimbol Tamadun Melayu 3. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 4. Penubuhan Persekutuan Malaysia

Ciri Utama Struktur Kerajaan Malaysia


Struktur kerajaan Malaysia yang diamalkan pada hari ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri tertentu yang datangnya kerajaankerajaan Melayu Islam sebelum kedatangan Inggeris. Walaubagaimanapun, struktur ini telah diubahsuai oleh pihak Inggeris apabila mereka campur tangan dalam hal-hal kerajaan-kerajaan Melayu.

Orang Melayu, Bumiputera dan Pribumi


Istilah bumiputera digunakan untuk menunjukkan kumpulan-kumpulan etnik yang asalnya dari kawasan Malaysia Timur sendiri.

Pemantapan Negara Bangsa Malaysia


Ekoran daripada tragedi 13 Mei 1969, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai program pembaharuan untuk mengubah keadaan yang sedia ada untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu.

Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan Melayu


Sains Tamadun Melayu Tamadun Melayu menghasilkan satu sistem sains tepat yang tersendiri berdasarkan kepada keperluan-keperluan kebudayaan Melayu. Sebahagian daripada sistem sains tepat yang dihasilkan oleh tamadun Melayu boleh dilihat daripada sistem sukatan atau penakatan Melayu.

Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan Melayu


Kesenian Tamadun Melayu Tamadun Melayu juga menghasilkan pelbagai bentuk kesenian, ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible).

Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan Melayu


Ilmu dan Teknologi Tamadun Melayu Sebahagian daripada ilmu-ilmu ini boleh dilihat daripada pembinaan (istana, masjid, dan rumah) dan pembuatan barang-barang keperluan harian (seperti keris dan songket).

Nilai (Pandangan Alam - World-View) Tamadun Melayu


Keimanan / Ketakwaan kepada Allah swt. Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin Kepatuhan kepada UndangUndang Mendahului yang Tua Saling Hormat-Menghormati Orang Lain Meraikan Tetamu Bertimbang Rasa Bersopan-santun, berbudi pekerti Bermesyuarah / Bermuafakat Bergotong-royong Bekerja BersungguhSungguh

Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di Malaysia


Orang Melayu Penduduk Kawasan Kepulauan Keadaan ini memaksa orang Melayu untuk berinteraksi dengan mana-mana kumpulan manusia yang datang ke kawasan mereka untuk mendapat khabar berita dari jauh dan pada waktu sama untuk berdagang

Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di Malaysia


Orang Melayu Bersifat Heterogeneous Keadaan orang Melayu yang tinggal di kawasan kepulauan memisahkan mereka secara fizikal dari kumpulan-kumpulan orang Melayu yang lain. Ianya juga membolehkan kemunculan perbezaanperbezaan kebudayaan tempatan. Perbezaan-perbezaan ini menjadikan orang-orang Melayu bersifat heterogeneous atau pelbagai.

Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di Malaysia


Sifat Terbuka Kepada Luar Tamadun Melayu selalunya mempunyai sifat terbuka kepada kedatangan orangorang luar. Penerimaan kedatangan orang luar adalah sebahagian daripada keperluan masyarakat yang menetap di kawasan kepulauan untuk mempertingkatkan kemampuan diri mereka.

Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di Malaysia


Penerimaan Pandangan Luar Masyarakat Melayu begitu mudah sekali menerima pendapatpendapat berbeza yang dibawa oleh pendatangpendatang. Masyarakat Melayu biasa melihat kelainan dan tidak menanggap kelainan itu sebagai sesuatu yang merbahaya.

Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di Malaysia


Memberi Peluang Kepada Kemampuan Luar Kemampuan tamadun Melayu untuk menerima pandangan dari luar adalah satu sifat yang berkaitan rapat dengan kesediaan masyarakat Melayu untuk memberi peluang kepada kemampuan luar.

Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di Malaysia


Bermesyuarah dan bermuafakat Salah satu mekanisma yang terdapat dalam tamadun Melayu untuk mencapai sesuatu keputusan adalah melalui proses bermesyuarah atau bermuafakat.

Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di Malaysia


Interaksi Orang Melayu dengan Orang Bukan Melayu Interaksi yang berlaku antara orang-orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu di Malaysia menunjukkan ciri-ciri biasa kumpulan etnik terbesar (iaitu masyarakat Melayu).

Rumusan dan Kesimpulan


Tamadun Melayu muncul di kawasan Asia Tenggara dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal. Selalunya kerajaan-kerajaan Melayu awal menunjukkan pengaruh dari kepercayaan Hindu-Buddha. Ini adalah kerana kerajaan-kerajaan tersebut membina monumen-monumen besar dari batu. Akan tetapi terdapat bukti-bukti arkeologi yang mencadangkan bahawa terdapat juga kerajaan-kerajaan Melayu awal muncul pada waktu yang sama dengan kerajaan-kerajaan pengaruh Hindu-Buddha, akan tetapi tidak menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha. Perkara penting yang juga perlu diambil perhatian adalah bahawa kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan awal yang terdapat di Asia Tenggara adalah kerajaan-kerajaan yang dibentuk oleh orang-orang Melayu.

Rumusan dan Kesimpulan


Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini menjadi lebih mantap apabila ianya menerima agama Islam. Pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di rantau Asia Tenggara dianggap sebagai zaman kegemilangan tamadun Melayu. Kerajaan Melayu Islam yang sering dikaitkan dengan negara Malaysia adalah kerajaan Melayu Islam di Melaka.

Kembali ke Quick Learning

Tamat Persembahan Slaid


Terus Kepada Process Learning

hussain 2011

70

Ulangkaji Ringkasan Modul


Persembahan Slaid

Sudahkah anda menyediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1?

Jika belum sila selesaikan tugas dan tanggungjawab anda sekarang! Jika sudah sila bergerak ke aktiviti seterusnya!

hussain othman copyright 2011

TERUS

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 3 di dalam modul TITAS.

Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

TANGGA 2
Pembelajaran Terarah Kendiri

Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN B2? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 3!

Tangga 3
Laporan Kepada Kumpulan
5. Refleksi 4. Persediaan Pembentangan 3. Rumusan Kumpulan 2. Laporan Kepada Kumpulan 1. Perjumpaan Bersama Kumpulan
TERUS

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Adakan sesi perbincangan bersemuka bersama kumpulan dengan diselaraskan oleh moderator serta dibantu oleh pengurus dan setiausaha.
Nota: anda juga boleh menggunakan kaedah perbincangan atas talian seperti Nicenet atau Author.

Tempoh masa perbincangan bersemuka adalah antara 30 minit sehingga 1 jam bagi setiap topik. Setiap ahli kumpulan wajib melaporkan hasil pembelajaran kendiri kepada kumpulan.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Hasil perbincangan hendaklah didokumenkan oleh moderator dan digunakan sebagai asas untuk menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk peta minda (di atas kertas mahjong atau menggunakan perisian komputer) secara berkumpulan yang akan dibentangkan pada Tangga 4. Lantik dua orang ahli sebagai pembentang atau sebagai ahli panel. Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C.

TANGGA 3 Laporan Kepada Kumpulan


Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN C? Jika sudah selesai anda telah bersedia untuk bergerak ke TANGGA 4!

Tangga 4
Pembentangan
5. Refleksi 4. Rumusan (Bersama Pensyarah) 3. Perbincangan (Bersama Pensyarah) 2. Penilaian Keserakanan 1. Pembentangan (Selari / Forum)
TERUS

TANGGA 4
Pembentangan - (Oral @ Forum)

Proses pembelajaran pada tangga 4 akan dibuat sama ada dalam bentuk pembentangan selari atau forum. Oleh itu setiap kumpulan perlu bersedia untuk kedua-dua pendekatan ini.

Pembentangan Selari
Pembentangan selari; antara dua kumpulan atau berpecah
Setiap dua ahli panel yang dilantik akan membentangkan hasil kerja kumpulan. Ahli kumpulan yang lain akan bergerak untuk mendengar dan menilai pembentangan kumpulan lain. Borang penilaian berdasarkan rubrik yang disediakan akan diberikan oleh pensyarah. Sesi pembentangan adalah antara 20 30 minit sahaja.

Sesi Forum
Forum di dalam kumpulan atau di antara dua kumpulan. Tempoh masa sesi forum adalah antara 20 30 minit. Akan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik bagi topik ini. Jika forum antara dua kumpulan, moderator daripada kedua-dua kumpulan akan mempengerusikannya dan empat ahli panel akan terlibat. Ahli-ahli lain di dalam kumpulan akan menjadi peserta yang akan melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Untuk sesi penilaian: Setiap kumpulan akan melantik seorang ahli untuk menjadi pemerhati atau penilai yang akan memerhati atau menilai sesi forum kumpulan lain. Mereka akan diberikan borang pemerhatian atau borang penilaian. Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

Refleksi
Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 4 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN D. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN D? Jika sudah selesai sila bergerak ke TANGGA 5!

Tangga 5
Refleksi Keseluruhan
5. Refleksi Keseluruhan
4. Refleksi Hasil Pembelajaran
Insaniah)
(Kemahiran

3. Refleksi Hasil Pembelajaran (Kognitif) 2. Refleksi Soalan Latihan / Ulangkaji 1. Menjawab Soalan Latihan / Ulangkaji
TERUS

TANGGA 5 Refleksi / Muhasabah


Setiap ahli kumpulan WAJIB membuat refleksi bagi keseluruhan proses pembelajaran sebaik sahaja selesai proses pembelajaran pada Tangga 5. Sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN E1. SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI LAMPIRAN E1? Jika sudah selesai anda boleh bergerak ke aktiviti menjawab Soalan Latihan Topik

Jawab Soalan Ulangkaji


Pelajar boleh menggunakan soalan latihan topik yang disediakan di dalam CD untuk menguji kefahamannya terhadap topik ini secara manual. Borang OMR yang disediakan dalam Lampiran E2 boleh digunakan untuk tujuan ini.
TERUS JAWAB SECARA INTERAKTIF

SOALAN ANEKA PILIHAN / OBJEKTIF


Sila jawab semua soalan. Pilih A, B, C atau D

hussain 2011

TERUS86

Klik Soalan Pilihan Anda


1
7

2
8

3
9

4
10

5
11

6
12

13
19

14
20

15
21

16
22

17
23

18
24

25

26

27

28

29

30

Kembali ke Quick Learning

Tamat menjawab

S1
Tamadun Melayu merujuk kepada perkara berikut KECUALI A. Agama Islam adalah asas kepada kewujudannya B. Lahir setelah pembukaan kota Melaka oleh Parameswara C. Tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara dikenali sebagai Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) D. Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu

Jawapan anda

88

S2
Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini A. B. C. D. Bahasa Melayu dan agama Islam Bahasa Melayu dan budaya Islam Bahasa Melayu dan tradisi timur tengah Bahasa Melayu dan tradisi Hindu-Buddha

Jawapan anda

hussain 2011

89

S3
Istilah Melayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza iaitu A. Etnik, bahasa dan agama B. Budaya, agama dan bahasa C. Ras, kebudayaan, dan bahasa D. Paras rupa, kebudayaan dan bahasa

Jawapan anda

hussain 2011

90

S4

I.
II. III.

IV.

Manakah kenyataan yang berikut benar tentang istilah ras dan rumpun Melayu Istilah ras dan rumpun Melayu mempunyai makna yang jauh berbeza dan tidak boleh disamakan Istilah ras dan rumpun Melayu mempunyai makna yang hampir sama dan seringkali digunakan bertukar-ganti. Rumpun adalah istilah yang digunakan dalam pergaulan umum manakala ras adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah Ras adalah istilah yang digunakan dalam pergaulan umum manakala rumpun adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah

A. B. C. D.

I dan II II dan III I dan IV III dan IV

Jawapan anda

hussain 2011

91

S5
Keluarga bahasa Melayu-Indonesia pula terangkum dalam Rumpun Bahasa A. Australasia B. Austronesia C.Austroeuropa D.Arab dan Semitik

Jawapan anda

hussain 2011

92

S6
Manakah kenyataan berikut yang TIDAK BENAR tentang konsep perantauan di dalam wilayah kebudayaan Melayu.
A. B. C. Orang-orang Melayu bergerak bebas di dalam kawasan perantauan Orang yang merantau dianggap sebagai sebahagian daripada orang Melayu. Apabila berada di luar kampung atau kerajaan asal, mereka dianggap sebagai orang merantau Dalam kerangka pemikiran masyarakat Melayu, kami membawa maksud orang Melayu diperantauan manakala kita membawa maksud orang Melayu tempatan

D.

Jawapan anda

hussain 2011

93

S7
Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai I. Peribumi II. Beragama Islam III. Berbahasa Melayu IV. Mengamalkan adat istiadat Melayu
Jawapan anda A. B. C. D. I, II dan III I, III dan IV II, III dan IV Semua di atas

hussain 2011

94

S8
Menurut Bellwood dan von Heine Geldern masyarakat Melayu A. B.

C.

D.

Berhijrah ke Asia Tenggara dari China sejak 10,000 tahun lalu Adalah penduduk tetap wilayah Asia Tenggara sejak sebelum 10,000 tahun yang lalu Telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurangkurangnya 7,000 tahun dahulu. Berhijrah ke kawasan Asia Tenggara mengikuti laluan air dari kawasan utara pada zaman batu baru (neolitik) sekitar 5,000 tahun dahulu

Jawapan anda

hussain 2011

95

S9
Menurut sarjana tempatan masyarakat Melayu A. Berhijrah ke Asia Tenggara dari China sejak 10,000 tahun lalu B. Adalah penduduk tetap wilayah Asia Tenggara sejak sebelum 10,000 tahun yang lalu C. Telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 7,000 tahun dahulu. D. Berhijrah ke kawasan Asia Tenggara mengikuti laluan air dari kawasan utara pada zaman batu baru (neolitik) sekitar 5,000 tahun dahulu

Jawapan anda

hussain 2011

96

S10
Secara umumnya, zaman neolitik (atau zaman batu baru) dalam Tamadun Melayu memperlihatkan A. Pertanian tetap B. Wujudnya budaya penghijrahan yang berterusan C. Perubahan teknologi yang berteraskan pemikiran saintifik D. Penubuhan tempat tinggal berpindah randah di sepanjang sungai

Jawapan anda

hussain 2011

97

S11
Berikut adalah kawasan tumpuan awal tamadun Melayu di Asia Tenggara KECUALI A. Funan B. Kuala Selinsing di Perak C. Lembah Bujang di Kedah D. Langkasuka di Sumatera

Jawapan anda

hussain 2011

98

S12
Beberapa artifak yang ditemui di tapak arkeologi tamadun awal Melayu menunjukkan bahawa penghuninya menggunakan
A. Sistem tulisan Jawi (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu B. Sistem tulisan Kawi (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu C. Sistem tulisan Pahlavi (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu D. Sistem tulisan Rencong (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu

Jawapan anda

hussain 2011

99

S13
Secara umumnya, agama Islam dikatakan datangnya melalui tiga laluan iaitu I. Secara langsung melalui laluan perdagangan laut dari kawasan negara-negara Arab II. Melalui laluan perdagangan darat ke benua Afrika dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara III. Melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil India dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara IV. Melalui laluan perdagangan darat ke negara China dahulu sebelum mengikuti laluan perdagangan laut ke kawasan Asia Tenggara

A. B. C. D.

I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Jawapan anda

hussain 2011

100

S14
Berikut adalah di antara karyakarya kesusasteraan yang dihasilkan oleh kesultanankesultanan Melayu Islam KECUALI A. B. C. D. Hikayat Hang Tuah Hikayat Arjuna Tapa Hikayat Amir Hamzah Hikayat Raja-Raja Pasai

Jawapan anda

hussain 2011

101

S15
Penjajah Eropah yang kedua menjejakkan kakinya ke Alam Melayu adalah A. B. C. D. Portugis Belanda Inggeris Perancis

Jawapan anda

hussain 2011

102

S16
Pada tahun 1800, kerajaan penjajah Inggeris telah membuat perjanjian dengan A. Kerajaan Brunei untuk mendapatkan Labuan B. Kerajaan Kedah untuk mendapatkan Province Wellesley C. Kerajaan Selangor untuk mendapatkan hak perlombongan D. Kerajaan Perak untuk mendapatkan daerah Dinding dan Pulau Pangkor
hussain 2011

Jawapan anda

103

S17
Pada tahun 1846, penjajah Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Brunei untuk

A. Mendapatkan kuasa pemerintahan di Sulu B. Mendapatkan kuasa pemerintahan di Sabah C. Mendapatkan kuasa pemerintahan di Labuan D. Mendapatkan kuasa pemerintahan di Sarawak

Jawapan anda

hussain 2011

104

S18
Kerajaan Brunei telah memberi kawasan Sarawak kepada James Brooke pada September 1842 kerana
A. B. C. D. Desakan daripada penjajah Inggeris Desakan daripada keluarga diraja Brunei Mematuhi perjanjian yang dibuat dengan pihak Inggeris Balasan kepada usahausaha beliau yang membantu kepentingan kerajaan Brunei

Jawapan anda

hussain 2011

105

S19
Kemunculan sistem pentadbiran sekular yang memecahkan kuasa kepada dua, yakni kuasa agama dan kuasa sekular, diperkenalkan oleh pihak Inggeris buat kali pertamanya di Semenanjung Tanah Melayu apabila A. B. C. D. Tertubuhnya Majlis Raja-raja Melayu Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874 Tertubuhnya Sistem Kehakiman Sivil di Tanah Melayu Perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu ditandatangani di London sebelum merdeka

Jawapan anda

hussain 2011

106

S20
Berikut adalah di antara perjanjianperjanjian yang ditangani oleh pihak Inggeris untuk melaksanakan sistem Residen Inggeris KECUALI

A. B. C. D.

Perjanjian dengan Pahang pada tahun 1876 Perjanjian dengan Selangor pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor dengan Perak pada tahun 1874 Perjanjian dengan Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada tahun 1874

Jawapan anda

hussain 2011

107

S21
Berikut adalah empat negeri Melayu yang menjadi ahli dalam Negeri-Negeri Melayu bersekutu adalah
A. B. C. D. Selangor, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan Pulau Pinang, Singapura, Labuan dan Sabah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang

Jawapan anda

hussain 2011

108

S22
Berikut adalah kenyataan yang benar tentang Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (NonFederated Malay States) A. B. C. D. Enam kerajaan-kerajaan Melayu yang digolongkan dalam kumpulan ini Ditadbir oleh kerajaan penjajahan Inggeris sebagai satu unit pentadbiran Empat daripadanya berasal daripada negeri di bawah naungan kerajaan Siam Negeri-negeri ini hanya diserahkan kepada pihak British pada tahun 1919 apabila Perjanjian Bangkok ditandatangani diantara pihak British dengan pihak Siam

Jawapan anda

hussain 2011

109

S23
Pendudukan Jepun semasa perang dunia kedua banyak membuka mata masyarakat Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British kerana A. B.

C.

D.

Pemerintahan Jepun mengganggu dan mengubah sistem-sistem kerajaan Melayu. Tindakan pihak British membantu golongan penentang Jepun dianggap sebagai satu usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu Pemerintahan Jepun tidak cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat tempatan (iaitu orang Melayu) untuk menentang pihak British Masyarakat Melayu mula melihat pihak British sebagai lawan yang boleh dikalahkan dan bukannya sebagai tuan yang perlu diikuti perintahnya

Jawapan anda

hussain 2011

110

S24
Gerakan inteligensia Melayu yang menerajui gerakan nasionalisme Melayu terdiri daripada cerdik pandai Melayu yang mendapat pendidikan dari I. Sekolah-sekolah Melayu II. Sekolah-sekolah Inggeris III. Sekolah-sekolah Pondok dan Madrasah IV. Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III I, III dan IV

Jawapan anda

hussain 2011

111

S25
Malayan Union yang ditubuhkan pada tahun 1946 menggabungkan negerinegeri I. Singapura II. Pulau Pinang dan Melaka III. Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu IV. Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II, dan III II, III dan IV

Jawapan anda

hussain 2011

112

S26
Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948 hasil daripada

A. Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu B. Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955 C. Perjanjian Negeri Negeri dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 D. Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman di London

Jawapan anda

hussain 2011

113

S27
Berikut adalah di antara simbol daripada Tamadun Melayu yang diserapkan ke dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat Lagu Negaraku Stadium Negara Bendera Malaysia Akta-akta berkaitan hak asasi manusia A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III I, III dan IV I. II. III. IV.

Jawapan anda

hussain 2011

114

S28
Berikut adalah kenyataan yang benar tentang orang Asli dan Bumiputera di Malaysia A. B. C. Orang Asli hanya mendiami kawasan selatan Semenanjung Istilah Orang Asli hanya digunakan di Malaysia dan istilah bumiputera digunakan di luar Malaysia Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia, istilahistilah Orang Asli, Bumiputera dan Pribumi terpaksa dijelaskan Berbeza daripada kawasan Semenanjung Tanah Melayu, kawasan Malaysia Timur khususnya mempunyai pelbagai kumpulan-kumpulan etnik asli.

D.

Jawapan anda

hussain 2011

115

S29
Berikut adalah ukuran jarak yang menggambarkan nilai sains kuantitatif di dalam Tamadun Melayu I. Koyan II. Cupak III. Sedepa IV. Sejengkal A. B. C. D. I dan II III dan IV I, II dan III II, III dan IV

Jawapan anda

hussain 2011

116

S30
Kesenian di dalam Tamadun Melayu boleh dilihat daripada dua aspek, ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible). Di antara kesenian yang berbentuk ketara adalah
Jawapan anda A. B. C. D. Syair Pantun Mak Yong Peribahasa

hussain 2011

117

JAWAPAN ANDA

SALAH
Maaf, sila cuba lagi!
Kembali
hussain othman copyright 2011

TAHNIAH!
JAWAPAN ANDA TEPAT SEKALI!
Kembali
hussain othman copyright 2011

Tamat Sesi Pembelajaran Quick Learning

Tamat Menjawab Soalan Ulangkaji Topik


Tamat sesi pembelajaran Process Learning
hussain 2011 120

Anda telah tamat sesi Quick Learning!


Semoga pembelajaran anda mencapai hasilnya
Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!

Teruskan usaha meningkatkan ilmu dan hikmah kebijaksanaan dalam kehidupan anda!

Tahniah!
Anda telah berlabuh di pelabuhan ketiga!

Untuk keluar sila klik kanan dan klik end show!


hussain othman copyright 2011

Ulang Semula Proses Pembelajaran

You might also like