You are on page 1of 20

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 18/4-404/07 SAW HOAY HOON DAN CHEW JU LI & CO NO.

AWARD: 201 TAHUN 2013 Di hadapan : Y.A. PUAN RASIDAH BINTI HAJI CHIK PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA, CAWANGAN PULAU PINANG. 22 Ogos 2006 5 Mac 2007; 10 May 2007; 12 Jun 2007; 26 Jun 2007; 17 Ogos 2008; 1 April 2010; 3 Mei 2010; 6 Januari 2011; 18 Januari 2011; 18 Mei 2011; 20 Jun 2011; 22 Julai 2011. 2 Disember 2008; 3 Disember 2008;.27 Februari 2012. Dato' Ajit Singh Jessy dari Tetuan Jessy & Associates, bagi Pihak Menuntut. Encik A. Tanasekharan, dari Tetuan Shan & Gooi, bagi pihak Responden.

Tempat

Tarikh rujukan Tarikh sebutan

: :

Tarikh Bicara Perwakilan

: :

Rujukan: Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967. Ianya berpunca daripada pembuangan kerja Saw Hoay Hoon (Pihak Menuntut) oleh Chew Ju Li & Co (Responden).
1

AWARD
1. Ini adalah rujukan oleh Y.B.Menteri Sumber Manusia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bertarikh 22 Ogos 2006 yang timbul akibat dari pembuangan kerja Saw Hoay Hoon (selepas ini di sebut sebagai Pihak Menuntut) oleh Chew Ju Li & Co. (selepas ini di sebut sebagai Pihak Responden) pada 1.9.2005.

LATARBELAKANG KES 2. Pertikaian ini timbul akibat dari pembuangan kerja Pihak Menuntut oleh Pihak Responden pada 1.9.2005. Pihak Menuntut telah mula berkhidmat dengan Pihak Responden mulai dari 15.6.1991 sebagai Peguam (Legal Assistant). Gaji terakhir Pihak Menuntut sebelum ditamatkan komisen. perkhidmatan adalah RM4260.00 disamping bayaran

3.

Perbicaraan kes ini telah dimulakan pada 2.12.2008 di hadapan YA Tuan Mohd Amin Firdaus bin Abdullah. Saksi Pihak Responden, COW-1, masih belum selesai memberi keterangan dan sedang dalam peringkat pemeriksaan balas ketika perbicaraan kes ini di tangguhkan. YA Tuan Mohd. Amin kemudiannya telah di lantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dan setelah itu kes ini telah beberapa kali ditetapkan untuk sebutan dan perbicaraan.Kes ini akhirnya ditetapkan untuk sambung bicara di hadapan saya pada 27.2.2012. Kedua-dua pihak tidak mempunyai bantahan untuk saya menyambung perbicaraan kes ini.
2

4.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 14 tahun dengan Pihak Responden, Pihak Menuntut mempunyai rekod pekerjaan yang bersih dan cemerlang. Beliau juga telah melaksanakan semua tugas dan tanggungjawabnya dengan jujur dan amanah serta taat. Beliau telah menerima kenaikan gaji yang tetap, bonus dan lain-lain faedah yang mana ini semua menunjukkan sumbangan beliau kepada pembangunan dan kemajuan syarikat Responden.

5.

Pada 8.4.2005, tanpa sebarang perbincangan Pihak Responden telah memaklumkan kepada Pihak Menuntut bahawa mulai dari 1.7.2005, Pihak Menuntut tidak akan lagi di bayar gaji bulanan secara tetap sebaliknya beliau akan hanya dibayar komisen sahaja. Walaupun Pihak Menuntut membantah dengan keputusan ini dan memohon agar perbincangan lanjut mengenai perkara ini diadakan, namun Pihak Responden memaklumkan keputusan tersebut adalah muktamad.

6.

Pihak Menuntut telah

menyerahkan Surat Bantahan (Letter of

Protest/Objection) bertarikh 7.5.2005 kepada Pihak Responden pada 11.5.2005 tetapi setelah membaca kandungan surat tersebut pihak Responden enggan mengakui penerimaannya. Kandungan surat bantahan tersebut adalah sepertimana yang diperturunkan di bawah ini.

7.

Keesukan harinya, Pihak Responden telah menyerahkan Surat Penamatan Perkhidmatan bertarikh 12.5.2005. Melalui surat ini, Pihak Menuntut diberi 3 bulan notis dan tarikh akhir perkhidmatan Pihak Menuntut adalah 1.9.2005. Alasan untuk penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah kerana pengurangan saiz (downsizing) Syarikat Responden.

8.

Pihak Menuntut mendakwa penamatan tersebut di buat secara mala fide, melanggar Code of Conduct dan tanpa sebab atau alasan yang adil.

9.

Mengikut Pihak Responden dalam satu perjumpaan yang diadakan dengan Pihak Menuntut pada 8.4.2005, Pihak Menuntut telah pun dimaklumkan mengenai pengurangan saiz syarikat Responden dan dengan itu terpaksa menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut melainkan Pihak Menuntut dapat membawa masuk lebih banyak fail dan kes dan kekal dengan syarikat Responden sebagai rakan kongsi. Memandangkan Pihak Menuntut enggan menerima cadangan Responden, maka Pihak Responden tidak mempunyai pilihan lain selain dari menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut.

Selanjutnya Pihak Responden mendakwa sebelum Pihak Menuntut diserahkan dengan notis penamatan lagi, Pihak Menuntut telahpun bersedia untuk meninggalkan syarikat Responden. Tujuan Pihak Menuntut mempertikaikan penamatan dan pengurangan saiz syarikat Responden hanyalah semata-mata untuk mendapatkan gantirugi dalam bentuk wang dari Pihak Responden. Dengan itu Pihak Responden memohon agar tuntutan Pihak Menuntut ini di tolak.

UNDANG-UNDANG 10. Fungsi Mahkamah Perusahaan di dalam rujukan yang di buat di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 telah di nyatakan dengan jelas di dalam kes Goon Kwee Phoy v J & P Coats (M) Bhd. [1981] 2 MLJ 129 di muka surat 136 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan:
Where representations are made and are referred to the Industrial Court for enquiry, it is the duty of that court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him, the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper enquiry of the court is the reason advanced by it and that court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it.

Dunston Ayadurai didalam bukunya yang bertajuk Industrial Relations in Malaysia di mukasurat 121 telah menyatakan:

Redundancy refers to a surplus of labour and is normally the result of a reorganization of the business of an employer, and its usual consequence is retrenchment, ie. The termination by the employer of those employees found to be surplus to his requirements after the reorganization. Thus, there must first be redundancy or surplus of labour before there can be retrenchment or termination of the surplus.

11.

Undang-undang mengiktiraf bahawa majikan mempunyai hak untuk menyusun semula syarikat mereka dalam cara mana yang mereka fikirkan patut dan sesuai. Walaubagaimanapun semasa berbuat demikian, mereka hendaklah bertindak secara bona fide dan bukan secara tidak menentu atau dengan motif untuk menindas atau amalan buruh yang tidak adil. (William Jacks & Company (M) Sdn. Bhd. v S. Balasingam [1997] 3 CLJ 235).

STANDARD PEMBUKTIAN 12. Undang-undang adalah mantap bahawa beban pembuktian terletak pada Pihak Responden untuk membuktikan lebihan tenaga kerja itu. Di dalam kes Bayer (M) Sdn. Bhd. v Ng Hong Pau [1999] 4 CLJ 155 Mahkamah Rayuan telah menyatakan :

On redundancy, it cannot be gainsaid that the appellant must come to the court with concrete proof. The burden is on the appellant to prove actual redundancy on which the dismissal was grounded (see Chapman & Ors v Goonvean & Rostowrack China Clay Co. Ltd [1973] 2 All ER 1063). It is our view that merely to show evidence of a re-organization in the appellant is certainly not sufficient. There was evidence before the court that although sales were reduced, the workload of the respondent remained the same. After his dismissal, his workload was taken over by two of his former colleagues. Faced with these evidence, it is any wonder that the court made a finding of fact that there was no convincing evidence produced by the appellant that the respondents functions were reduced to such an extent that he was considered redundant.

13. Beban adalah terletak diatas Pihak Responden untuk membuktikan bahawa pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah satu tindakan yang bona fide dalam penyusunan semula syarikat yang menyebabkan lebihan tenaga kerja dan dengan itu pembuangan kerja tersebut adalah dengan sebab atau alasan yang adil. Standard pembuktian adalah di atas imbangan kebarangkalian sepertimana yang diputuskan di dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v Krishnan Kutty Sanguni Nair [2002] 3 CLJ 314.

KES PIHAK RESPONDEN 14. Pihak Responden telah mengemukakan 2 orang saksi. Saksi pertama, COW-1, adalah seorang Setiausaha syarikat. COW-1 telah menyediakan satu laporan berkaitan dengan status kewangan syarikat Responden. Laporan ini dapat di lihat di muka surat 42-50 COB-1. Mengikut COW-1, laporan ini disediakan berdasarkan kepada penyata bank, voucher pembayaran, voucher petty cash, resit-resit dan fail-fail kes.COW-1 juga telah membuat perbandingan bilangan kes-kes yang di bawa masuk ke syarikat oleh Pihak Menuntut dan Ms. Chew Ju Li.

15. Mengikut beliau lagi jumlah fail yang di bawa oleh Ms. Chew lebih tinggi berbanding dengan Pihak Menuntut. Selanjutnya mengikut COW-1, untuk tahun 2004 dan 2005 setelah Majlis Peguam mengeluarkan arahan berkaitan dengan Solicitors Remuneration Order, terdapat pengurangan bilangan fail dan kes dan beban kerja dalam syarikat Responden. Ini telah mengakibatkan
9

overdraft

syarikat Responden telah meningkat kerana Syarikat masih perlu menampung segala kos dan perbelanjaan yang diperlukan untuk mengendalikan syarikat. Sekiranya syarikat Responden masih ingin meneruskan perkhidmatan Pihak Menuntut, ini bermakna Pihak Responden terpaksa menanggung kos tetap yang lebih, oleh itu COW-1 berpendapat dalam keadaan begini adalah lebih baik untuk syarikat Responden melaksanakan pengurangan saiz.

16. COW-2 , Ms. Chew Ju Li, adalah pemilik syarikat Responden. COW2 telah memaklumkan Pihak Menuntut telah mula menerima bayaran komisen dalam tahun 1995 untuk setiap kes atau fail yang beliau bawa ke syarikat. Bayaran komisen yang di bayar adalah sebanyak 70%. Dalam tahun 2005, COW-2 telah mencadangkan agar Pihak Menuntut menjadi rakan kongsi syarikat dimana syarikat akan membayar komisen sebanyak 80% bagi setiap kes atau fail yang berjaya di bawa oleh Pihak Menuntut tetapi cadangan ini telah tidak dipersetujui oleh Pihak Menuntut. Memandangkan keadaan kewangan syarikat ketika itu ditambah pula dengan bilangan kes atau fail yang semakin berkurangan serta persaingan diantara syarikatsyarikat guaman, maka COW-2 tidak mempunyai pilihan lain selain dari melakukan pengurangan saiz syarikat. Dengan itu COW-2 telah mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan kepada Pihak Menuntut bertarikh 12.5.2005 dengan memberi 3 bulan notis.

17. Peguam Pihak Responden didalam hujahan bertulisnya menyatakan Pihak Menuntut telahpun bekerja dengan syarikat guaman lain sebaik sahaja perkhidmatan beliau ditamatkan oleh Pihak Responden.
10

Menurut peguam lagi Pihak Responden tidak mempunyai pilihan lain selain dari menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut apabila Pihak Menuntut tidak bersetuju dengan cadangan COW-2 untuk tidak lagi membayar gaji bulanan secara tetap kepada Pihak Menuntut sebaliknya beliau akan di bayar komisen sebanyak 80% dari setiap fail atau kes yang berjaya di bawa olehnya. Peguam juga menghujahkan prinsip Last In First Out adalah tidak terpakai dalam kes ini kerana Pihak Responden tiada pilihan lain memandangkan hanya Pihak Menuntut seorang sahaja yang berkhidmat sebagai peguam di syarikat Responden. Untuk maksud ini beliau telah merujuk kepada petikan buku oleh AC Malhotra didalam bukunya Dismissal, Discharge, Termination of Services & Punishment (7th. Edn) yang menyatakan:

But the rule of Last Come, First Go would have obviously no application to the case of retrenchment of the only employee in a particular category of workmen. In such a case it is retrenchment of the post itself and therefore, if for reasons of economy and any genuine interest of reorganization the services of a single employee of a category have to be dismissed, there is no scope for the application of this principle.

18. Peguam

juga

telah

merujuk

kepada

beberapa

kes

untuk majikan semula

menunjukkan majikan mempunyai hak untuk menentukan bilangan pekerjanya memutuskan dalam untuk syarikat mereka dan sekiranya penyusunan mengimplimentasikan

syarikat mereka disebabkan oleh keadaan ekonomi dan pengurusan yang lebih baik, didapati perkhidmatan beberapa orang pekerja
11

adalah berlebihan, maka majikan boleh menamatkan perkhidmatan mereka.

KES PIHAK MENUNTUT 19. Mengikut Pihak Menuntut beliau telah mula berkhidmat dengan Pihak Responden pada 15.6.1991 sebagai seorang peguam. Pihak Menuntut di bayar gaji sebanyak RM1900.00 dan juga komisen. Sepanjang perkhidmatannya dengan Pihak Responden, Pihak Menuntut telah menerima kenaikan gaji dan gaji terakhir beliau semasa ditamatkan perkhidmatan adalah RM 4260.00 dan komisen. Bayaran komisen ini dikira berdasarkan kepada bilangan fail dan kes yang di bawa masuk oleh Pihak Menuntut dimana beliau dibayar 70% dari jumlah sebenar yuran atau keuntungan yang di dapati dari fail atau kes yang di bawa masuk. Perkhidmatan Pihak Menuntut telah di tamatkan pada 1.9.2005.

20. Pihak Menuntut tidak menafikan pada 8.4.2005, beliau telah dimaklumkan oleh COW-2 bahawa beliau tidak akan lagi di bayar gaji bulanan secara tetap mulai dari 1.7.2005, sebaliknya beliau akan hanya dibayar komisen. Mengikut Pihak Menuntut keputusan ini dibuat oleh COW-2 tanpa berbincang dengan beliau terlebih dahulu dan apabila Pihak Menuntut meminta untuk diadakan berbincangan mengenai perkara ini, COW-2 menyatakan keputusan ini adalah muktamad.

12

21. Ekoran dari itu pada 11.5.2005, Pihak Menuntut telah menyerahkan sepucuk surat bertarikh 7.5.2005 membantah atas perubahan yang dicadangkan. COW-2 telah enggan untuk mengakuterima surat tersebut dan pada 12.5.2005, COW-2 telah menyerahkan Surat Penamatan Perkhidmatan Pihak Menuntut atas alasan pengurangan saiz syarikat Responden. Mengikut Pihak Menuntut sebelum perkhidmatan beliau ditamatkan, syarikat Responden telah membayar bonus kepada semua kakitangan syarikat dan Pihak Menuntut telah dibayar sebanyak 4 bulan bonus untuk tahun 2004. Dalam tahun 2003 dan 2004, perniagaan Syarikat Responden adalah baik dimana syarikat telah membayar bonus satu bulan masingmasing untuk tahun 2002 dan 2003 kepada semua kakitangan termasuk Pihak Menuntut. Oleh itu Pihak Menuntut mendakwa penamatan perkhidmatan beliau atas alasan pengurangan saiz syarikat Responden adalah dibuat secara mala fide.

PENILAIAN KETERANGAN 22. Adalah jelas dapat dilihat dari surat penamatan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Pihak Responden (m.s 16 CLB) alasan yang diberikan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah kerana pengurangan saiz syarikat Responden. Memandangkan Pihak Responden telahpun memberi alasan kepada penamatan tersebut, maka beban adalah terletak atas Pihak Responden untuk membuktikan alasan yang diberikan itu.

13

23. Di

dalam

kes

ini

melalui

keterangan

dan

dokumen

yang

dikemukakan, Mahkamah mendapati tiada secebis keterangan pun yang dikemukakan untuk membuktikan pengurangan saiz syarikat Responden ini. Sebaliknya melalui keterangan dan dokumen yang dikemukakan, dapat dilihat syarikat Responden masih terus mengambil kakitangan baru. Oleh itu dakwaan atau alasan pengurangan saiz adalah tidak dibuktikan.

24. Selain dari itu Mahkamah juga mendapati syarikat Responden telah gagal mengikuti prinsip Last In First Out. Melalui exhibit COB-5, dapat dilihat dan perkara ini tidak dinafikan oleh COW-2, dalam tahun 2005, terdapat peguam-peguam lain yang berkhidmat kemudian dari Pihak Menuntut tetapi perkhidmatan mereka tidak ditamatkan semasa COW-2 mendakwa syarikat Responden melaksanakan pengurangan saiznya.Pihak Menuntut telah mula berkhidmat dengan Pihak Responden pada 15.6.1991 sementara dua orang lagi peguam Pihak Responden iaitu K.Amsavani dan Noor Diana Jamaludin masing-masing pada 12.8.2000 dan 27.4.2002. Memandangkan tarikh mula perkhidmatan mereka adalah lebih kemudian jika di bandingkan dengan Pihak Menuntut, maka mereka yang sepatutnya ditamatkan perkhidmatan dan bukannya Pihak Menuntut. Persoalannya disini ialah mengapakah perkhidmatan Pihak Menuntut yang telahpun berkhidmat selama 14 tahun dengan Pihak Responden yang di tamatkan atas alasan pengurangan saiz syarikat Responden? Ini jelas menunjukkan tindakan COW-2 menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah dibuat secara mala fide.
14

25. Saksi-saksi

Pihak Responden, iaitu COW-1 dan COW-2 dalam syarikat Responden

keterangan mereka mendakwa perniagaan

adalah tidak baik (doing badly) dan terdapat pengurangan dalam bentuk fail dan kes baru yang diterima.Walaubagaimanapun dakwaan ini tidak di sokong dengan apa-apa bukti atau keterangan sebaliknya hanyalah dakwaan kosong semata-mata. Sebaliknya melalui keterangan yang dikemukakan, jelas menunjukkan perniagaan syarikat Responden adalah baik dimana syarikat berkemampuan untuk membayar bonus setiap tahun kepada semua pekerjanya termasuklah Pihak Menuntut.

26. Keterangan

Pihak

Menuntut

yang

menyatakan

sebelum

perkhidmatan beliau di tamatkan, beliau dibayar 4 bulan bonus untuk tahun 2004 tidak dinafikan oleh Pihak Responden. Sekiranya benar perniagaan syarikat Responden menurun dan dalam keadaan tidak baik, maka sudah tentu Responden tidak akan membayar bonus sebanyak ini kepada pekerjanya.Memandangkan keterangan ini telah tidak di cabar, maka ianya bolehlah dianggap sebagai benar.

27. Seterusnya COW-1 didalam laporannya (ms 43 CLB-1) menyatakan COW-2 terpaksa bergantung kepada pinjaman overdraf untuk menampung segala kos dan perbelanjaan untuk mempastikan perjalanan syarikat Responden dapat berjalan dengan baik dan lancar seperti biasa. Malah di ms 50 CLB-1,COW-1 mendakwa COW-2 terpaksa mengambil satu pinjaman lain untuk digunakan untuk tujuan menguruskan urusan harian syarikat. Namun begitu

15

tiada sebarang bukti yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan ini, tambahan pula pinjaman tersebut adalah atas nama COW-2 dimana tidak dinyatakan tujuan pinjaman adalah untuk menguruskan syarikat Responden. Malah adalah satu fakta yang tidak dinafikan bahawa pada masa tersebut COW-2 telah membeli sebuah kereta Mercedes Benz yang baru.

28. COW-1

juga

didalam

keterangannya

menyatakan

syarikat

Responden was running in the red bagi tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007. Namun begitu tiada apa-apa bukti yang dikemukan untuk membuktikan dakwaan ini. COW-1 juga gagal mengemukakan akaun syarikat Responden yang telah di odit untuk menyokong dakwaan ini.Tanpa sebarang bukti untuk menyokong dakwaan ini, maka adalah sukar untuk Mahkamah menerima keterangan mengenai perkara ini dan apa yang dapat dirumuskan adalah ianya hanyalah dakwaan kosong semata-mata dan ianya sudah tentu tidak dapat dipertimbangkan oleh Mahkamah ini.

29.

Berdasarkan segala keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati Pihak Responden telah gagal untuk mengemukakan sebarang bukti untuk menunjukkan syarikat Responden perlu dan telah melaksanakan pengurangan saiznya. Malah dari keterangan yang dikemukakan, jelas menunjukkan syarikat Responden beroperasi dengan lancar dan baik dimana syarikat berupaya untuk membayar bonus dan komisen kepada semua pekerja, COW-2 telah membeli kereta Mercedes Benz yang baru, kakitangan baru dilantik, kerja-kerja ubahsuai pejabat dijalankan dan juga perjalanan syarikat
16

berjalan seperti biasa. Tiada sebarang keterangan yang dikemukakan untuk menunjukkan syarikat telah mengambil tindakan untuk memotong kos pengurusan syarikat seperti gaji pekerja. Sebaliknya hanya Pihak Menuntut yang menjadi mangsa dimana dari seorang kakitangan yang bergaji tetap selama 14 tahun tiba-tiba hanya akan menerima bayaran komisen sahaja. Oleh yang demikian adalah dapatan Mahkamah bahawa Pihak saiz, Responden dengan ini telah gagal membuktikan adil. pengurangan penamatan

perkhidmatan Pihak Menuntut adalah tanpa sebab atau alasan yang

KEPUTUSAN 30. Setelah menilai keseluruhan keterangan yang ada di hadapan Mahkamah dan pada masa yang sama setelah mengambil kira peruntukan Seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ekuiti dan perasaan nurani serta merit kes yang substantial tanpa mengambil kira kepada perkara-perkara teknikal dan yang berbentuk undang-undang, maka adalah dapatan Mahkamah bahawa pemecatan kerja Pihak Menuntut adalah tanpa sebab atau alasan yang adil.

17

REMEDI 31. Pihak Menuntut di dalam keterangannya telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa setelah perkhidmatan beliau ditamatkan oleh Pihak Responden, beliau telah bekerja dengan firma guaman Messrs. Tung Chan & Partners (sebelum ini dikenali sebagai Zakkariyah Tung & Partners) sebagai peguam dan beliau juga dibayar komisen. Melalui Borang B yang dikemukakan bagi tahun taksiran 2006 dan 2007, pendapatan tahunan Pihak Menuntut bagi tahun-tahun tersebut adalah masing-masing berjumlah RM 52,815.00 dan RM 67,718.00. Gaji terakhir Pihak Menuntut sebelum perkhidmatan beliau ditamatkan adalah RM 4260.00 sebulan dan bayaran komisen yang diterima bagi tahun 2005 mengikut Borang EA adalah RM 74,290.77. Oleh itu secara purata komisen yang diterima setiap bulan bagi tahun 2005 adalah RM 6190.89, ini menjadikan jumlah gaji dan komisen yang diterima berjumlah RM 10,450.89 sebulan. Adalah menjadi amalan Mahkamah apabila mengawardkan bayaran gaji kebelakangan, jika terdapat pendapatan selepas penamatan perkhidmatan tersebut, maka satu tolakan yang munasabah atas pendapatan yang berkenaan akan di buat. Setelah mengambil kira semua perkara di atas dan dengan berlandaskan kepada Seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Mahkamah berpendapat tolakan 30% adalah munasabah, dengan itu Mahkamah memerintahkan Pihak Responden membayar bayaran gaji kebelakangan kepada Pihak Menuntut seperti berikut: RM 10,450.89 x 24 bulan = RM 250,821.36 Ditolak 30% RM 75,246.41 RM 175,574.95
18

PAMPASAN SEBAGAI GANTIRUGI PENGEMBALIAN KE JAWATAN ASAL 32. Pihak Menuntut di dalam Pernyataan Kesnya telah memohon untuk pengembalian semula ke jawatan asal. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat bahawa remedi ini adalah tidak wajar dalam keadaan dan fakta kes ini di mana Mahkamah berpendapat bahawa pengembalian ke jawatan asal Pihak Menuntut adalah tidak seiring dengan keharmonian perusahaan. Dengan itu Mahkamah berpendapat award pampasan (monetary compensation) sebagai gantirugi pengembalian jawatan kepada Pihak Menuntut adalah lebih sesuai. (rujuk kes Koperasi Serbaguna Sanya Bhd. (Sabah) v Dr. James Alfred & Anor [2003] 3 CLJ 766.)

33.

Adalah menjadi amalan Mahkamah untuk mengawardkan pampasan sebagai gantirugi pengembalian ke jawatan asal berlandaskan formula satu bulan gaji bagi setiap tahun genap perkhidmatan Pihak Menuntut dengan Pihak Syarikat. Dalam kes ini Pihak Menuntut telah mula berkhidmat dengan Pihak Responden pada 15.6.1991 dan telah di tamatkan perkhidmatannya pada 1.9.2005. Ini bermakna Pihak Menuntut telah berkhidmat selama 14 tahun dengan Pihak Responden dengan itu Mahkamah mengawardkan pampasan sebagai gantirugi pengembalian ke jawatan asal seperti berikut:

RM 10,450,89 x 14 = RM 146,312.45

19

PERINTAH 34. Mahkamah memerintahkan Pihak Responden untuk membayar Pihak Menuntut jumlah sebanyak RM 321,887.40 (RM 175,574.95 + RM 146,312.45), ditolak caruman-caruman statutori, sekiranya ada, melalui peguam Pihak Menuntut, Messrs. Jessy & Associates dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini.

DIPERTURUNKAN PADA 22HB JANUARI 2013. -t.t.(RASIDAH BINTI HAJI CHIK) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA PULAU PINANG

20

You might also like