You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BADONG 45600 BATANG BERJUNTAI SELANGOR DARUL EHSAN Tel/Faks: 03-32791342 Email: bba3002@btpnsel.edu.

my Laman web: http://skbbs-zoom-a.com KOD SEK: BBA 3002

KERTAS KERJA PEMBELIAN PORTABLE PA SYSTEM DAN PENGGANTIAN PERALATAN SISTEM SIARAYA

JK SIARAYA SEKOLAH SK BUKIT BADONG 45600, BESTARI JAYA, SELANGOR.

Pembelian Portable PA System dan pembelian peralatan sistem siaraya sekolah. 1.0 Rasional Kebelakangan ini SK Bukit Badong sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat dan delegasi-delegasi luar negara. Sehubungan dengan itu penggunaan sistem siaraya sekolah adalah sangat diperlukan terutamanya lawatan yang melibatkan penggunaan ICT sekolah. Untuk itu peralatan ICT di SK Bukit Badong ini telah digunakan secara optimum dalam menjayakan program-program sekolah mahupun lawatan-lawatan daripada delegasi luar ini. 2.0 Masalah Memandangkan SK Bukit Badong ini tidak terpusat dan kebanyakkan pusat tumpuan adalah berselerak (Dewan Bistari, Bilik Gerakan & Makmal ICT) Sistem Siaraya sekolah terpaksa digunakan secara mobile atau bergerak. Namun begitu Set Sistem Siaraya yang ada di sekolah ini bersaiz besar dan agak sukar untuk digerakkan dari satu pusat ke satu pusat yang lain. Selain itu sistem siaraya yang sudah ada mudah rosak sekiranya digerakkan dengan cara yang tidak betul. Selain itu saiz yang besar juga agak membebankan guru-guru untuk menggerakkan set sistem siaraya dari satu tempat ke tempat yang lain. 3.0 Matlamat & Objektif Tujuan pembelian set sistem siaraya mudah alih ini adalah untuk melengkapkan set sistem siaraya sekolah hak milik PIBG yang sedia ada. Pembelian peralatan ini bukan sahaja memudahkan kelancaran program-program yang dijalankan di sekolah bahkan ia juga dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan proses P&P di makmal ICT atau Bilik Sains. Penggatian peralatan seperti kotak pembesar suara sistem interkom, wayar, bateri dan mikrofon klip adalah bertujuan bagi memastikan sistem sedia ada dapat berfungsi dengan baik seterusnya menjamin keselesaan guru-guru dan murid-murid di sekolah.

4.0
Bil 1. 2. 3. 4. 5.

Kos terlibat:
Peralatan Set Sistem Siaraya Mudah Alih (Portable PA System) Wayar Kotak Pembesar suara Mikrofon Klip Bateri Jumlah Harga RM800.00 RM100.00 RM60.00 RM100.00 RM50.00 Unit 1 2 gulung 2 buah 1 set 1 kotak Jumlah RM800.00 RM200.00 RM120.00 RM100.00 RM50.00 RM1 270.00

* semua kos terlibat di atas adalah anggaran berdasarkan tinjauan harga di internet 5.0 Penutup Di harap barisan AJK PIBG SK Bukit Badong dapat mempertimbangkan permohonan sumbangan in bagi memastikan keberkesanan sistem siaraya sekolah dapat digunakan secara optimum dan memberi impak positif kepada murid-murid sekolah ini. Disediakan oleh: . (Mohd. Johari B. Jamaludin) AJK Sistem Siaraya SK Bukit Badong, 45600, Bestari Jaya, Selangor.

You might also like