You are on page 1of 3

HARI BUKU SEDUNIA

Selamat Hari Buku Sedunia.

Hari Buku Sedunia diperingati setiap tanggal 23 April, tanggal tersebut merupakan tanggal wafatnya penulis William Shakespeare and Miguel de Cervantes yaitu pada tahun 1616. Tanggal 23 April juga sebagai tanggal lahir William Shakespeare pada tahun 1564. Unesco menetapkan tanggal tersebut sebagai Hari Buku Sedunia sebagai bentuk penghormatan bagi kedua tokoh tersebut yang dikategorikan sebagai penulis dunia yang berjasa dibidangnya. Buku merupakan hal penting bagi kita, dengan buku kita dapat mempelajari banyak hal yang tidak kita ketahui sebelumnya. Buku memberikan pencerahan bagi siapa saja yang dapat mengeksplorasinya dengan baik sekaligus menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari. Dunia begitu luas dan kita dapat menikmatinya lewat buku, oleh karena itu buku sering dikatakan sebagai jendela dunia.Sejarah manusia yang dituliskan kedalam

buku sangat bermanfaat bagi kita, isinya merupakan pelajaran tentang kehidupan yang berguna pada masa kini. Sejarah yang ditulis dapat menjadi rahmat bagi kita, ertinya suatu peristiwa yang baik dalam sejarah harus kita ikuti, sebaliknya peristiwa yang buruk harus kita hindari. Oleh kerananya kita akan menjadi celaka bila tidak memahami rambu-rambu yang ada dalam perjalanan sejarah untuk dijadikan pelajaran pada sekarang ini. Sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia Perpustakaan MOA sedang menjalankan aktiviti-aktiviti berikut : i. Program 'Tukar dan Baca' Program ini berkonsepkan menderma/meminjamkan buku sambil berilmu. YBhg. Dato'/tuan/puan dialu-alukan untuk menyumbangkan bahan-bahan bacaan/buku kepada Perpustakaan MOA dan boleh bertukar-tukar bahan-bahan bacaan dengan warga lain yang turut menyumbangkan bahan-bahan bacaan mereka untuk perkongsian ilmu. Program ini mula dijalankan pada 11 April hingga 11 Mei 2011. Aktiviti ini antara lain dapat menggalakkan perkongsian ilmu di samping menyemarakkan budaya membaca di kalangan warga MOA. ii.Pengedaran Penanda Buku Sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia Perpustakaan akan memberi penanda buku yang mengandungi katakata hikmah berkaitan buku, ilmu dan pembacaan kepada ahli-ahli perpustakaan yang meminjam buku. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia di

samping menggalakkan ahli-ahli lebih banyak meminjam buku dan memanfaatkan ilmu pengetahuan.

Nama Aktiviti : Sambutan Hari Buku Sedunia (Peringkat SMKA Segamat) dan Penyampaian Sijil Anugerah NILAM Tahap Jauhari Tarikh : 23 April 2012 (Isnin) Masa : 7.20 - 8.30 pagi Tempat : Dewan Luqman al-Hakim Objektif : 1. Meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga guru dan pelajar. 2. Memberi maklumat kepada guru dan pelajar berkaitan Sambutan Hari Buku Sedunia 3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti berkaitan pembacaan dan aplikasi ilmu dalam kehidupan seharian. Aktiviti : 1. Ucapan Pengacara Majlis 2. Ucapan dan Pelancaran Hari Buku Sedunia oleh Ust.Jamil Bin Hussin GPK 1 3. Penyampaian Sijil Anugerah NILAM Tahap Jauhari 4. Taklimat penganjuran aktiviti sempena Hari Buku Sedunia 5. Bacaan Ikrar Pelajar 6. Lagu Sekolah 7. Bacaan Doa Penutup

You might also like