Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
BAB IISOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan
Penggunaan sistem lampu isyarat di persimpangan akan menyebabkan lengahyang mesti dialami oleh pemandu, setidak-tidaknya selama lampu merah dipamerkankepadanya. Banyak kajian telah dijalankan berkait rapat dengan lengah di persimpangansebegini. Walau bagaimanapun, sehingga laporan ini dibuat, kajian-kajian khusustentang sistem lampu isyarat yang dilengkapi penunjuk tempoh belum lagi terdapat.Kajian ini dilakukan untuk menilai sejauh mana sistem lampu isyarat dengan penunjuk tempoh mampu mengatasi masalah yang wujud dengan lampu isyarat tanpa penunjuk tempoh. Kajian ini akan menilai kesan penunjuk tempoh di persimpangan berlampu isyarat terhadap lengah mula yang wujud di persimpangan tersebut.Secara umumnya, keberkesanan sesuatu sistem kawalan lalu lintas bergantungkepada sikap dan kelakuan pemandu di samping faktor operasi lalu lintas di persimpangan berlampu isyarat. Kelakuan pemandu dan lengah lalu lintas merupakan5
 
dua perkara yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam mempengaruhikeberkesanan penggunaan lampu isyarat di persimpangan.
2.2 Persimpangan Berlampu Isyarat
Lampu isyarat dengan tiga aspek iaitu hijau untuk meneruskan perjalanan,kuning untuk membenarkan memasuki atau melalui persimpangan dengan syarat tiadakenderaan melalui persimpangan sebelum lampu bertukar merah, dan merah untuk  berhenti, merupakan satu operasi yang membenarkan sebilangan kenderaan sahajamemasuki atau melalui persimpangan pada satu masa supaya perlanggaran antarakenderaan dalam konflik lalu lintas dapat dielakkan (Morlok, 1978).Lampu isyarat adalah cara yang efektif untuk mengawal lalu lintas di persimpangan jalan. Objektif penggunaan lampu isyarat adalah untuk memberikan pengawalan lalu lintas yang cekap dan keselamatan yang maksimum kepada pengguna jalan raya di persimpangan tersebut. Penyusunan fasa pergerakan lalu lintas yang direkasebegitu rupa untuk mengurangkan atau menghapuskan titik-titik konflik di persimpangan.Persimpangan berlampu isyarat akan digunakan di satu-satu simpang apabila purata bilangan kenderaan perjam di antara 800 hingga 5500 (JKR, 1987). Rajah 2.1menunjukkan pemilihan jenis kawalan persimpangan yang bergantung kepada purata bilangan kenderaan dalam kedua-dua arah pergi dan balik pada waktu puncak (JKR,1987).6
 
7
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more