You are on page 1of 5

LARIAN PECUT

PENGENALAN ACARA LARI PECUT Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut : a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. c) Tangan digerakkkan dengan pantas. d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ). Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang ALATAN i) Trek larian 400 meter ii) Blok permulaan iii) Baton LATIHAN ANSUR MAJU Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong - Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan - Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan - Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh - Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan b) Larian teknik pecut - Berlari dengan melangkah panjang - Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut - Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. - Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan. - Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. - Berlari menyepak ke belakang. - Berlari dengan lutut tinggi dan memecut - Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung. c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan - Melonjak untuk jarak. - Melangkah panjang ( bounding ) - Melonjak dan melangkah melepasi halangan. - Melompat, memusing, mendekam, dan memecut. - Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan. TEKNIK MULA LARI PECUT Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Gaya Berdiri i) Persediaan - peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi. ii) Ke garisan - Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. - bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan. - condongkan badan. - kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki

hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan. iii) 'sedia' - condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan - bngkokkan lebih lutut kaki hadapan - kaki belakang tolak ke tanah. - badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel. iv) 'Bang' atau 'mula' - pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan. Gaya Dekam - terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN i) Fasa permulaan ii) Fasa larian a) Fasa pecutan b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan c) Fasa larian di selekoh iii) Fasa penamat Fasa Permulaan - terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang. Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan 1. Gaya peluru a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. 2. Gaya sederhana a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. 3. Gaya panjang a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak. b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan Larian dengan Blok - Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu : 1. Gaya peluru - blok permulaan adalah rapat dngan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 2. Gaya sederhana - gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 3. Gaya panjang - blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Fasa Pecutan - selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan. Kedudukan tangan - tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis mula. Kedudukan kepala dan leher - kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan. Pergerakan tangan dan kaki - selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. - tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. - Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan - fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. - pecutan berlaku pada awal larian -95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. - Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan

oleh tahap daya tahan ototnya.

Teknik Penamat - Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. - Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. - Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan. Posted by KELAB OLAHRAGA at 1:18 AM

You might also like