pelajar sahaja yang belum hantar. Semuanya lelaki. Apa nombor matrik awak?” Encik Marzuki bertanya sambil mengambil senarai nama pelajar kuliahnya.“Aaa…65829.” Hanna menjawab sambil tangannya menggaru-garu kepalanya yangtidak gatal.“Nama awak, Nurul Liyana Hanna Bt Mohammad Radzwil. Betul? Ha! Baru sayateringat. Tugasan awak ni saya terima daripada seorang pelajar. Namanya…Herwan. Diaada cerita kepada saya yang dia terjumpa assignment awak di tepi longkang, jadi dia puntolong hantarkan kepada saya pada hari ini. Awak sepatutnya menghargai tugasan yangdiberikan dan saya harap perkara begini tak berulang lagi.” kata Encik Marzuki, serius.“Encik, saya bukannya sengaja. Sebenarnya…,” kedengaran pintu diketuk. Kelihatan beberapa orang pelajar di muka pintu. Mungkin mereka ada perkara yang hendak dibincangkan. Mereka melangkah masuk apabila diarahkan Encik Marzuki.“Terima kasih banyak-banyak encik kerana menerima tugasan saya tu. Saya harapencik tak kurangkan markah. Terima kasih sekali lagi encik,” Hanna berkata sambil bangun memberi laluan kepada pelajar-pelajar tadi.“Awak sepatutnya berterima kasih kepada Herwan,” balas Encik Marzuki.Herwan! Kenapa aku mesti berterima kasih kepada dia? Dia telah memburukkan aku dimata Encik Marzuki. Ah! Budak yang langgar aku hari tu memang melampau, gerutuHanna di dalam hati.* * * * *PART 6:Suasana di dalam kelas hingar bingar. Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi. Kelibat PuanWan Noryati belum kelihatan. Hanna dan rakan-rakannya asyik berbual di satu sudut didalam kelas itu.“aku ada benda nak tunjuk kat anda semua,” Wati berkata sambil mengeluarkansesuatu dari dalam begnya. Wati memegang sebuah kotak kecil berbentuk hati bewarnamerah jambu. Kotak itu dibuka. Kelihatan seutas rantai perak berloketkan batu kristalhijau.“Wah! Cantiknya. Siapa yang bagi?” mereka bertanya.“Mestilah balak aku, Si Zul tu. Dia bagi hadiah untuk birthday aku dengan bunga roswarna pink. Tiga kuntum tau!” Wati bercerita dengan bangga.“Untunglah kau dapat boyfriend yang pemurah. Bukan macam boyfriend aku, babhadiah tolak ke tepi. Nak call aku mesti guna public saja. Itupun dia letak 20 sen. Bilanak letak telefon alasannya duit dah habis, bengang aku,” cerita Rina sambil diikuti gelak tawa rakan-rakannya.“Eh,Hanna! Kau tak nak kongsi cerita dengan kami ke? Semua orang dah ada yang punya. Kau bagaimana? Sekarang dah nak masuk semester tiga ni,” tanya Ifah pula.“Eh,apa kena mengena cerita hangpa semua dengan aku. Aku minta simpanglahdaripada penyakit hangpa semua tau. Aku mai sini nak belajar, bukan bercintan-cintun,faham! Lagi pun aku dah nekad dari awal lagi nak study, lepas tu berjaya, dan buat mak abah aku gembira. Itulah impian aku.”“Itu pun impian kami semua. Tapi kau tau tak masa sekarang ni lah kita nak enjoy dandapat banyak pengalaman, nanti boleh cerita kat anak cucu, betul tak?” Watimenyambung. Rina dan Ifah mengangguk-angguk mengiyakan sambil ketawa.Hanna mencebik bibirnya. Dia tidak suka apabila dirinya menjadi topik perbualan. Pastidia akan dikenakan.
Leave a Comment