Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kekaburan Fahami Erti Riba Sukarkan Natijah Syariat

Kekaburan Fahami Erti Riba Sukarkan Natijah Syariat

Ratings:

4.5

(1)
|Views: 150|Likes:
Published by onemahmud

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: onemahmud on Feb 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

11/19/2013

 
Kekaburan fahami erti riba sukarkan natijah syariat
Oleh Mohd Noor Omar 
Kegagalan selami pengurusan kewangan, ekonomi selari syariahancam kestabilan ekonomi
PERSOALAN mengenai faedah atau riba dalam urusan kewangan menjaditajuk perbincangan penting sejak berabad lamanya. Kegagalan memahamiistilah dan penggunaan secara tepat menyebabkan kepincangan dalampengurusan kewangan dan ekonomi.Sejak penggunaan istilah yang saling berkongsi makna sama itu danperkembangan muamalah kewangan Islam, kegiatan yang mempunyai
faedah
dielakkan ekoran pengharamannya. Kekaburan maksud sebenar ribadan pengabaian sudut etika pengurusan kewangan Islam menyukarkannatijah syariat.Oleh itu,
mengharuskan sesuatu amalan muamalah dengan tidakmenggunakan akad yang dinisbahkan kepada faedah tidak bermaknasesuatu muamalah itu menepati ajaran Islam.
 Pengharaman riba ditemui sejak 2,000-1,400 SM dalam tamadun keagamaanIndia. Begitu juga dalam kitab Bible (Old Testament-Ezekiel), yangmenganggap riba adalah jenayah setanding dengan kesalahan merogol,membunuh, mencuri dan syirik di kalangan kaum Yahudi tahun keenam SM.Seterusnya, Kod Hammurabi mengawal amalan riba dengan mengenakanhad tertentu ke atas pemberian pinjaman wang.Plato dan Aristotle mengakui riba sebagai tidak bermoral dan tidak adil.Greek menjadi antara yang pertama menguatkuasakan kawalan kadartertentu ke atas riba (800-600 SM), diikuti Rom (443 SM) menetapkan kadarriba tidak boleh melebihi 8.33 peratus kemudian dinaikkan kepada 12peratus.Pada kurun ketujuh Masihi, al-Quran menegaskan pengharaman riba ke atasseluruh umat manusia dan mencela amalan itu.
 
Di Malaysia, amalan perbankan dan badan kewangan menetapkan kadarfaedah pinjaman kepada Kadar Asas Pinjaman (Base Lending Rate-BLR) yangketika ini 6.8 peratus, manakala jendela kewangan dan perbankan Islam pulamenutup terus
amalan berunsurkan faedah
ke atas pinjaman kecualihanya membuka ruangan ke atas
akad 'jual beli'.
 Perkembangan pemikir ekonomi moden seperti Adam Smith, Keynes danSilvio Gesell, menyokong pencegahan amalan riba dengan memberi fikrahmengehadkan kadar tertentu keharusannya. Ada juga ahli ekonomi sezamanmereka menganggap riba seperti penyakit kanser dalam masyarakat.Melihat kepada pemikir Islam dan fatwa fiqh antarabangsa
,
pengenaansebarang tambahan bayaran balik ke atas pinjaman wang melebihi jumlahdipinjamkan tanpa mengambil kira bentuk dan istilah digunakan adalah haramdan ditegah sama sekali
.
Dalam Riba in Islam, Fiqh of Contemporary Issues - Mohammad Razi (May2008) menyimpulkan bahawa
riba dalam apa bentuk sekalipun ke ataspinjaman tidak boleh dan haram di sisi agama Islam.
Dengan kata lain,mengambil pulangan secara melebihi daripada pinjaman tidak dibolehkan,
walaupun berbagai hujah logik diberikan atau mendapat keredaanpihak berkenaan.
Pengharaman riba bertujuan memberi keadilan dalam urusan kewangan danmengelakkan daripada berlakunya penindasan golongan kaya ke atasgolongan miskin. Riba juga membuatkan orang miskin bertambah miskin,manakala orang kaya tidak mahu berusaha memakmurkan sumber modalhanya mengharapkan pulangan hasil tekanan kadar tinggi ke atas peminjam.Akibatnya, ekonomi akan mundur dan cenderung memusnahkankemakmuran sesebuah negara.Apa yang digalakkan Islam adalah berniaga atau bermuamalah pertukaranberlandaskan keredaan dengan jalan jualbeli atau kemakmuran ekonomimenerusi perkongsian. Pengagihan kekayaan secara adil dan menggalakkanamalan bersedekah, di samping menunaikan zakat ke atas pemilikankekayaan.Agihan ini dapat dirasai orang kurang berkemampuan, manakala harta yangdiperoleh menepati kehendak syariah mendapat berkat seterusnyamenambahkan lagi kemakmuran negara. Pulangan dengan hanya memberipinjaman tanpa mengusahakan sesuatu kegiatan ekonomi dihapuskan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->