• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
Page
1
of 
12
 Saturday, March 15, 2008
Abu Urwah Shaari Sungib
Dato’ Fadzil Noor (1937 – 2002)
Latar Belakang
Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar,Kedah. Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal duniasewaktu beliau masih kecil. Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan SyeikhIdris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani. Ustaz Fadzil Noormendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949). Beliau melanjutkan pelajaran keperingkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di SekolahMenengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan ZakatNegeri Kedah.Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia,Kuala Lumpur.
Penglibatan Awal
Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajardan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud. Ketika di Mesir UstazFadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan,setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden. Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausahaPersatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan TimbalanPresiden ABIM (1974-1978). Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan KebajikanIslam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah. Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibatdalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974. Ketika Anwar Ibrahimditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadiPemangku Presiden ABIM.
Penglibatan dalam PAS
Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di MaktabMahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut. Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof.Zulkifli Muhammad. Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedahdan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah.Jawatan tertinggi yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:
 
Page
2
of 
12
 * Naib Yang Dipertua (1979-1983)* Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)* Presiden PAS (1989-2002)Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989. Nama jawatan Yang Dipertua PASditukar menjadi Presiden PAS pada masa beliau.
Ditahan Polis
Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihakpolis. Pada penghujung tahun 1970an, ketika sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg SeberangTakir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalahperhimpunan haram. Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali danUstaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskanceramahnya dengan memberi peringatan kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor beserta para penceramah lain.Mereka terus dibawa ke balai di bandar Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ustaz FadzilNoor di lokap pada malam itu. Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan danmenjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasanbalai polis Kuala Terengganu. Mereka mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera.Perundingan antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan. Hasilnya, Ustaz FadzilNoor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarangtindakan.Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam ceramah di Jerlun, Kedah.Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS denganUMNO di Kedah. Ustaz Fadzil Noor ditahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama Hj. Shaari,YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya terus dibawa ke mahkamah. Walaubagaimanapun kes ini digugurkan berikutan kematian Hj. Shaari.
Orang Kanan Tuan Guru Yusof Rawa
Dalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan kepimpinan, Ustaz FadzilNoor sentiasa berseiringan jalan dengan Tuan Guru Yusof Rawa. Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi,ketika Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil Noor menjadi NaibYang Dipertua kedua. Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan yangDipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula menduduki jawatan Naib Yang Dipertuapertama.Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Ustaz Fadzil Noorbersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam MajlisSyura Ulama’. Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang pertama, bebanantugas Yang Dipertua telah dilaksanakan sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.
 
Page
3
of 
12
 Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat akhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang menjalankan tugas-tugasteraju utama parti. Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu Tuan GuruYusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan kepimpinan dan tragedi Memali.Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan Guru Yusof Rawa merintas konsepkepimpinan ulama’ dan mengukuhkan asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS. Ustaz Fadzil Nooradalah orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka bersama-sama dalam PAS.
Menangani Fatwa Syuhada’ Memali
Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut telah diserahkan oleh Tuan GuruYusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor. Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah bagaimana jenazah hendakdiurus? Adakah mereka syuhada’?. Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perludimandi, dikapan dan disolat-jenazahkan.Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling.Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedahdan menantunya Ustaz Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua merekaadalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedahtetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai parasyuhada’.Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidakmati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya danrakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka.Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka tidak syahid, kerajaan mestibertindak menggali kubur, memandi, mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka!Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya danrakan-rakannya.Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

mcm mane nk download ni

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...