Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
HJ.yusof.rawa

HJ.yusof.rawa

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 319|Likes:
Kenali Allahyarham Tuan Hj Yusof Rawa
Kenali Allahyarham Tuan Hj Yusof Rawa

More info:

Published by: Mohd Zaidi bin Harun on Feb 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

 
Page
1
of 
8
 Saturday, March 15, 2008Saari Sungib |abuurwah@gmail.com|
Tuan Guru Yusof Rawa (1922 – 2000)
Latar Belakang
Yusof bin Haji Abdullah dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 8 Mei 1922. Bapanya adalahseorang pedagang yang merantau dari Sumatera berdagang Al-Quran, kitab-kitab dan alat-alatkegunaan untuk ibadat seperti tasbih, sejadah dan lain-lain.Pendidikan awal Tuan Guru Yusof Rawa bermula di Sekolah Melayu Jalan Carnavon dan kemudiannyadi Sekolah Charausta. Pendidikan menengah beliau ialah di Government English School dankemudiannya di Penang Free School sehingga lulus peringkat Junior Cambridge.Selepas itu bapanya menghantar beliau ke Makkah untuk menuntut dalam bidang agama.Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Tuan Guru Yusof Rawa terus menetap di Makkah untukmendalami pengetahuan agama. Beliau menetap di sana selama 12 tahun.
Menghadapi Ujian
Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kawasan tempat tinggal keluarga Tuan Guru Yusof Rawadihujani dengan bom dari pesawat udara Jepun. Bapanya, Hj Abdullah Hj Nordin sempatmenyelamatkan anak-anak dan isterinya.Walau bagaimanapun, tatkala keluar sekali lagi untuk mengambil sesuatu yang masih tertinggal dikedainya, sebutir bom gugur dekat dengannya. Hj Abdullah terkorban dan tubuhnya berkecai.Peristiwa itu berlaku semasa Tuan Guru Yusof Rawa berada di Makkah.Semasa di Makkah di zaman remajanya, Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah diburu oleh pihak polisMasjidil Haram. Beliau terpaksa bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan daripada ditangkappolis. Peristiwa ini berlaku ekoran perkelahian di antara anak-anak Jawi dengan remaja Arab Makkah.Sekembalinya Tuan Guru Yusof Rawa dari Makkah, beliau menerbitkan majalah Al-Islah. Di ataskegiatannya ini beliau ditahan oleh penjajah Inggeris yang mengesyaki beliau terbabit dengangerakan Islah di Mesir.
Penglibatan dalam PAS
Tuan Guru Yusof Rawa mendaftar menjadi ahli seumur hidup pada awal penubuhan PAS iaitu padatahun 1951. Pada tahun 1959 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
 
Page
2
of 
8
 Beliau kemudian dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat yang ketika itu didominasi olehpemimpin-pemimpin dari Pantai Timur dan Kedah.Sejak dari zaman Dr. Burhanuddin Al-Helmy lagi, Tuan Guru Yusof Rawa sudah pun dianggap sebagaisalah seorang pemimpin kanan PAS. Menjelang penghujung tahun 1970an, Tuan Guru Yusof Rawamenjadi Naib Yang Dipertua pertama dan Naib Yang Dipertua kedua adalah Ustaz Fadzil Noor.Krisis kepimpinan dalam PAS menyaksikan Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Hassan Adli mengosongkan jawatannya. Tuan Guru Yusof Rawa mencabar Dato’ Abu Bakar Omar untuk jawatan tersebut tetapikalah.Pada tahun 1981, Tuan Guru Yusof Rawa bertanding sekali lagi untuk jawatan Timbalan YangDipertua PAS dan menang.Pergolakan PAS pada tahun 1982 telah memaksa Dato’ Mohd Asri Muda meletakkan jawatan.Jawatan Yang Dipertua PAS telah dipangku oleh Tuan Guru Yusof Rawa. Dalam Muktamar PAS ke-29pada tahun 1983, Tuan Guru Yusof Rawa telah sebulat suara dilantik Yang Dipertua PAS. ApabilaMajlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Tuan Guru Yusof Rawa telahdipilih sebagai Mursyidul Am yang pertama pada tahun 1987.Di atas sebab-sebab kesihatan, Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertuapada tahun 1989 tetapi kekal memegang jawatan sebagai Mursyidul Am. Tuan Guru Yusof Rawamelepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am pada tahun 1993. Jawatan itu dipegang seterusnya olehTuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Mursyidul Am PAS yang kedua.
Menangani Krisis Peralihan
Tuan Guru Yusof Rawa mengambil alih kepimpinan ketika PAS berhadapan bukan hanya dengankemelut dalaman PAS tetapi juga dalam angkatan gerakan Islam. Kemelut dalaman PAS berlakuapabila terpinggirnya Dato’ Asri dan angkatan pemimpin-pemimpin eranya. Ekoran itu berlaku pulatindakan dan ancaman terhadap PAS daripada penyokong-penyokong Dato’ Mohd Asri.Kemelut dalaman di kalangan angkatan gerakan Islam pula berlaku apabila rakan kongsi perjuanganIslam, Anwar Ibrahim daripada ABIM membuat keputusan untuk menyertai UMNO. Tuan Guru Yusof Rawa amat kecewa apabila Anwar Ibrahim mengambil keputusan menyertai UMNO. Dalamperbualan telefonnya dengan Anwar, Tuan Guru Yusof Rawa menyatakan: ”...tindakan anda ituumpama menikam kami dari belakang”Dengan pendedahan dan pengalamannya yang luas, dimantapkan dengan sikap keterbukaan dankesederhanaannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya menampung kemelut ini sehingga PASberjaya ditempatkan dalam arus perdana perjuangan Islam di negara ini. Pendekatan dan mesejperjuangan Islam yang dibawa oleh Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya menarik minat angkatanmuda dan pencinta-pencinta perjuangan Islam menyertai PAS.
 
Page
3
of 
8
 Dalam menangani era peralihan ini, Tuan Guru Yusof Rawa amat beruntung kerana dibantu olehtokoh-tokoh besar seperti Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz NikMat, Ustaz Hasan Shukri, Mustafa Ali dan tokoh-tokoh muda PAS yang lainnya.
Menangani Gejala Dalaman
Setelah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua, Dato’ Mohd Asri Muda balik ke Kelantan danmengadakan perjumpaan terbuka dengan penyokongnya mengecam pimpinan baru regu Tuan GuruYusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor. Kumpulan ini mengancam untuk bertindak menggempurpimpinan baru PAS. Laporan yang diterima dari Kelantan melihat ancaman itu membahayakanperpaduan jamaah.Demi menjaga keutuhan parti, Tuan Guru Yusof Rawa melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin telahmembuat satu keputusan yang amat berat sekali. Keputusan tegas dan berani telah dibuat denganUstaz Hasan Shukri selaku Setiausaha Agung telah mengeluarkan surat kepada Dato’ Mohd AsriMuda yang menyebut:”Jawatankuasa Disiplin parti menggantung keahlian saudara daripada menjadi ahli PartiIslam Se-Malaysia (PAS) mulai dari tarikh keputusan ini dibuat sehingga kepada masanyadiberitahu kelak.Dengan demikian maka terlucutlah segala hak keahlian saudara dalam PAS seperti yangdisebutkan oleh Fasal 14(10(a) hingga (e) mula tarikh di atas, 9 Rabiul Akhir 1403/23 Januari1983 hingga masanya diberitahu kelak”Bersama-sama Dato’ Mohd Asri Muda yang dikenakan tindakan disiplin ialah 12 orang lagi yang manaada di antaranya dipecat, digantung dan diberi amaran. Sebahagian besar daripada mereka adalahahli Jawatankuasa Agung.Tindakan ini dikira sebagai tindakan paling berani yang diambil oleh gandingan kepimpinan TuanGuru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil demi menyelamatkan parti daripada ancaman krisis.
Mengasaskan Kepimpinan Ulama’
Isu kepimpinan ulama’ timbul dalam PAS apabila krisis melanda PAS di bawah kepimpinan Dato’Mohd Asri Muda, terutama pada tempoh terakhirnya. Ia bermula dengan polimik apakah PAS partiIslam atau parti nasionalis? Walaupun PAS tidak pernah berganjak bahawa ia adalah sebuah jamaahIslam, namun pandangan yang melihat PAS sebagai lebih kepada arah nasionalis amat berpengaruhpada era Dato’ Mohd Asri Muda.Pertembungan pemikiran ini melemahkan daya tahan pimpinan angkatan Dato’ Mohd Asri Muda.Ada yang berpandangan bahawa malang yang merundung PAS ialah kerana ia tidak dipimpin olehulama’.

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
aspha liked this
Rusydan Muhd liked this
makme69 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->