HIDUP TANPA WANITA. (buat mereka yang terpaksa berjauhan...)
Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpamereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudahada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetaprindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan olehlelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskanmereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegiturupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITAYang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan merekakepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dankeadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratucantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator. Bisikkan ketelinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasiTuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Allah, kerana rahim wanita yang lembutitulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" lain.Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikatkejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman danakhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pulamembengkokkan.LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUANDARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKANSEPANDAI-PANDAI LELAKI.Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenaldiri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telahkehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteridan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,rosaklah jantung, hati dan limpa.